Rohingya: Dunia perlu beri tekanan pada Myanmar
Harakahdaily, | 26 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR:Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat perkembangan terkini mengenai umat Islam di Rohingnya amatlah menggusarkan.
Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Azmir Mustafa berkata penghapusan etnik Islam Rohingnya di Rakhine (Arakan) telah berlaku tanpa campur tangan dunia dan pembunuhan beramai-ramai itu seolah-olah dibiarkan dengan sengaja oleh regim di Myanmar.
Justeru itu, katanya SAMM Wilayah tampil untuk menjayakan sebuah bantahan di hadapan kedutaan Myanmar sekaligus menyerahkan satu memorandum bantahan.
Bantahan dan penyerahan memorandum itu, ujarnya akan diadakan pada 3 Ogos ini di Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang Hilir selepas solat Jumaat.
“Semua NGO yang memperjuangkan kemanusiaan dan semua parti politik di dalam negara ini juga diseru untuk bersama membuat bantahan dan turut mengiringi penyerahkan memorandum,” katanya dalam satu kenyataan.
Azmir berkata, ia bukan soal agama tetapi kemanusiaan apabila wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik Rohingnya.
Di atas nama kemanusiaan, tegas beliau dunia harus memberi tekanan kepada Myanmar agar bertindak menghentikan penghapusan etnik Rohingnya.
Menurutnya, Malaysia lebih lagi dikenali sebagai sebuah negara Islam harus lebih peka dan lebih ke hadapan dalam memberi tekanan yang besar ke atas Myanmar yang juga negara serantau.
Beliau menambah, SAMM Wilayah melihat kewajaran untuk rakyat sendiri untuk turun memberi tekanan kepada Myanmar sekiranya kerajaan Malaysia gagal memainkan peranan.
“Tanpa mengira fahaman agama dan warna kepartian, semua wajib bersama menyertai tekanan ke atas negara Myanmar,” tegasnya.
Sumber : HarakahDaily
Jebat berani : Mungkin tak banyak yang dapat kita bantu saudara seagama kita di Myamar ini.Tetapi setidak tidaknya berdoalah untuk kesejahteraan mereka.Moga moga Allah S.W.T memberikan bantuan agar mereka 'bebas' dari kezaliman tentera tentera Myanmar ini
No comments:
Post a Comment