WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, July 9, 2012

Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar SAMAN TV3 suku!!!

(Nizar tunjuukan surat peguam kepada Utusan dan TV3 sebelum ini)

KUALA LUMPUR: Berikutan fitnah Utusan dan TV3 terhadapnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin akan memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta esok. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau dijangka akan memfailkan kes jam 11 pagi esok.

"Sidang media akan diberikan selepas menfailkan saman yang akan diketuai oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Perak itu.

Sebelum ini, Nizar beberapa kali mendakwa Utusan dan TV3 memfitnah beliau berikutan kenyataannya mengenai plat kereta WWW 1. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan Sultan Johor telah mendapat plat nombor itu apabila menang bidaan dengan harga tertinggi iaitu RM520,000. Ekoran itu pelbagai pihak mempertikaikannya termasuk Nizar.

Nizar telah membuat laporan polis (gambar) terhadap TV3 yang menuduh beliau mendakwa Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520 ribu.

"Ia adalah tidak benar kerana saya tidak pernah sama sekali membuat komen di Twitter saya bahawa 'Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1," kata Nizar, bekas MB Perak itu dalam laporan polisnya.

Jebat Berani : TV3 suku nie kalau tak putar belit statement orang memang tak sah...DAh jadi trademark kot..Ingat la sikit weii...Setiap satu perbuatan itu dicatat dan akan diadili di akhirat kelak...Semoga Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Beroleh keadilan

No comments:

Post a Comment