WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, July 16, 2012

BELA PANDA : 'KETERLAMPAUAN BIJAK HAJJAH NAJIB ALTANTUYA DIPERTIKAI KAKITANGAN KERAJAAN


 Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan. 

Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia – China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan.
Dengan bersedia menerima panda itu yang dijangka akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya, ia bukan saja menyebabkan kita terpaksa menyediakan prasarana khusus yang menyerupai habitat asal panda yang hidup dalam iklim sejuk tetapi juga terpaksa mengimport buluh khas daripada China sebagai makanannya.
Kita juga dikatakan terpaksa menghantar beberapa kakitangan menjalani latihan ke China untuk menjalani latihan berkaitan panda serta memahami secara menyeluruh mengenai kehidupan panda itu. Dalam masa yang sama, beberapa kakitangan daripada China’s Wulong Panda Research Institute, badan yang bertanggungjawab menyewakan panda itu, akan turut ditempatkan di negara ini bagi mengawasi kehidupannya sepanjang panda tersebut berada di negara ini.
Secara keseluruhannya, sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos RM20 juta sepanjang 10 tahun dua ekor panda itu ditempatkan di negara ini. 


Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan pegawai tinggi kerajaan ialah tentang kebijaksanaan Najib menerima permintaan China untuk memelihara panda itu. Mereka berpandangan sebaiknya Najib menolak permintaan China itu dengan baik sambil mengambil kira faktor cuaca, makanan dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung itu.

Bagi pegawai tinggi kerajaan, masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hubungan  mesra yang telah terjalin selama 40 tahun antara Malaysia dengan China, selain daripada memelihara panda. Jika pun ingin  sangat meraikan hubungan diplomatik yang mesra itu, ia juga boleh dilakukan dengan mengadakan pertukaran rombongan kebudayaan, pertukaran pelajar, lawatan belia sambil belajar secara tetap dan sebagainya.
Dalam kedudukan Najib sendiri dipertikaikan oleh rakyat, memelihara dua ekor panda dengan kos RM20 juta melalui  wang pembayar cukai selama 10 tahun tentulah memburukkan lagi persepsi beliau di mata rakyat.
Rasa tidak setuju rakyat terhadap panda itu terserlah bilamana Najib dalam laman facebook bahasa Cinanya meminta rakyat turut memberi nama kepada dua ekor panda itu, ia  akhirnya menjadi persendaan maya di mana antara nama yang dicadangkan ialah cin cin & beg beg, Altantuya & Scorpene dan sebagainya.
Para pegawai tinggi kerajaan juga bimbang hubungan Malaysia dan China akan terjejas serta menjadi isu besar di antara kedua negara sekiranya panda itu mati dan sebagainya berikutan persekitaran habitatnya yang dibina  nanti tidak bersesuaian. 
Selain isu panda, pegawai tinggi kerajaan juga menyifatkan tindakan pentadbiran Najib mengadakan pelbagai program melibatkan rakyat hampir setiap minggu dan sepanjang masa sejak beberapa bulan lalu sebagai meletihkan kakitangan kerajaan.
Secara umumnya, pegawai kerajaan memang sedia berkhidmat dan menurut arahan daripada pemerintah tetapi yang menjadi persoalan ialah program-program itu sudah berjalan secara marathon sejak beberapa lama dan masih tidak ternampak tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.
Mereka juga dapat merasakan pastinya dalam bulan Ramadan dan Syawal nanti, program-program yang melibatkan rakyat akan berlipat kali ganda lagi dari segi bilangan dan saiznya kerana Najib nampaknya masih berusaha meraih sokongan sebanyak-sebanyaknya sebelum mengadakan pilihanraya.
Para pegawai kerajaan kini mengadu  sudah beberapa bulan keletihan dan tidak tahu sampai bila lagi mereka akan terus keletihan di bawah pentadbiran Najib ini.
Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com
Jebat Berani : Alahai awatlah 'terlampau' bijak Hajjah Najib Altantuya nih....Tidakkah beliau terfikir akan pembaziran yang berlaku akibat tindakan beliau ini? Tidakkah beliau terfikir bahawa bajet tersebut boleh digunakan kepada perkara perkara yang lebih penting terutamanya berkaitan keperluan rakyat.
Inikah yang mereka katakan "Rakyat didahulukan,percapaian diutamakan"?..Pada aku kalau begini la rupanya pertadbiran Hajjah Najib Altantuya,slogan yang sesuai mungkin berbunyi begini,"Panda diutamakan,rakyat diperbodohkan"...
Ini antara salah satu pembaziran wang rakyat yang dilakukan pentadbiran Hajjah Najib Altantuya...Masih banyak lagi pembaziran lain yang boleh kita pertikaikan selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.lebih lebih lagi dekat dengan PRU ke 13 ini..Makin menjadi jadilah pembaziran yang dilakukan demi memastikan kesinambungan jangka hayat politik beliau.
Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab,apakah kita hendak melihat begitu sahaja wang negara dibazirkan? Atau kita hendak bertindak membanteras pembaziran ini? Bagaimana kita rakyat biasa boleh menghalang Hajjah Najib Altantuya dari terus melakukan pembaziran ini?
Kita mampu melakukan sebenarnya walaupun kita hanyalah rakyat biasa.PRU ke 13 adalah medan untuk kita menghentikan pembaziran yang dilakukan oleh Hajjah Najib Altantuya selama ini.Kita berikan undi kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus mengulingkan UMNO/BN yang telah gagal menguruskan harta negara dengan amanah.KITA MAMPU MELAKUKANNYA!!!

No comments:

Post a Comment