WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, July 16, 2012

PELAKON & PENGARAH MUDA ADAM HAMID SERTAI PAS TOLAK UMNO



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.

Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.

Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.

Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.

Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.

Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.

Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS.

Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan.

Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11689-pelakon-adam-hamid-pula-sertai-pas

Jebat Berani : Lepas satu satu artis sertai PAS...Semakin hari UMNO/BN semakin tertekan dengan fenomena ini..Mengapa golongan artis ini menyertai rasanya semua dah ada jawapannya...Mereka mahukan perubahan dan mereka yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu memberikan perubahan yang mereka harapkan...

Mungkin ada suara suara sumbang yang mempertikaikan penyertaan artis ini ke dalam PAS..Namun kita sendiri dapat melihat akan perbezaan antara artis artis yang menyertai PAS dan artis artis yang menyertai UMNO/BN..Perbezaan yang sangat nyata baik dari segi duniawi mahupun dari segi akhirat..

Penyertaan Adam Hamid ke dalam PAS ini bukanlah yang terakhir..Percayalah dalam masa terdekat ini akan ada lagi artis artis yang menisytiharkan menyertai parti PAS mahupun lain lain parti dalam Pakata Rakyat.Fenomena ini menunjukkan keyakinan golongan seni tanahair bahawa bakat seni mereka tidak akan 'terkubur' jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment