WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, July 25, 2012

INFO SUKAN : GUNNERS NYARIS DIBAHAM HARIMAU MALAYA


Harimau Malaya hampir aib Gunners

Azmi (kiri) meraikan jaringannya untuk membolehkan Malaysia mendahului Arsenal.
Azmi (kiri) meraikan jaringannya untuk membolehkan Malaysia mendahului Arsenal

Kuala Lumpur: Kemenangan yang cukup memeritkan! Itulah yang dapat digambarkan kemenangan Arsenal ke atas Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Sebaik wisel ditiupkan, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan dengan jentera serangan Arsenal terlebih dulu menguji benteng pertahanan negara menerusi penyerangnya, Marouane Chamakh, namun rembatan derasnya pada minit ke-8 berjaya dibaca dengan baik oleh penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.
Rentetan daripada serangan berbahaya itu, corak permainan semakin panas dan pakar sepakan percuma kebangsaan, Safiq Rahim hampir meletakkan pasukan kebangsaan di depan tetapi sepakan lencongnya dari sebelah kanan pintu gol lawan bijak ditepis penjaga gol, Vito Mannone. 


Lebih 50,000 penonton yang hadir terus dihiburkan dengan banyak percubaan bahaya ke pintu gol dan sebaik memasuki masa tambahan separuh masa pertama, seluruh stadium bergegar selepas rembatan tonggak pertahanan, Mohamad Azmi Muslim dari luar kotak penalti terus menerjah gawang Arsenal untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Arsene Wenger yang seperti terdesak bagi mengelak daripada diaibkan Harimau Malaya membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Theo Walcott dan Alex Oxlade Chamberlain.

Bagaimanapun, ia masih gagal menambah sengat jentera serangan The Gunners apabila menemui jalan buntu malah kecekapan Farizal turut menjadi pembantu kepada kekebalan benteng negara.

Pada minit ke-59, harapan peminat tempatan untuk menyaksikan penyerang prolifik negara, Safee Sali meledak gol kedua juga tidak berhasil, sebaliknya keghairahan Harimau Malaya itu hampir memakan diri sendiri namun situasi satu lawan satu antara Benik Afobe dengan Farizal, gagal disudahi penyerang itu untuk mendapatkan gol penyamaan. 
Bagaimanapun, lima minit terakhir menjadi mimpi ngeri buat anak buah Datuk K Rajagobal sehingga menyaksikan kekebalan Farizal mengawal gawang skuad kebangsaan akhirnya lebur pada minit ke-87 apabila Thomas Eisfeld menjaringkan gol penyamaan sebelum Chuks Aneke menjadi wira Arsenal pada minit ke-90, menjadikan keputusan akhir, 2-1.
Sumber : Berita Harian Online
Jebat Berani : Walaupun Harima Malaya kita tewas,tetapi aku berasa amat bangga dan terhibur dengan permainan dan semangat yang ditunjukan oleh para pemain.Para pemain kelihatan lebih berkeyakinan dalam memegang bola dan melakukan serangan.Barisan pertahanan juga mempamirkan displin yang baik ketika bertahan.Manakala pemain di bahagian tengan memperlihatkan kekreatifan mereka mencorak serangan.

Cuma mungkin pertukaran 'terlalu ramai' pemain oleh jurulatih Harimau Malaya K Rajagopal telah mengubah konsentrasi dan corak permainan Harimau Malaya.Jurulatih K rajagopal mungkin mempunyai alasan mengapa beliau melakukan pertukaran ini.
Apa pon syabas dan tahniah buat Harimau Malaya atas semangat juang yang tinggi dan corak permainan menghiburkan yang dipamerkan dalam perlawanan ini.Sekurang kurangnya 'cuak' jugak la para pemain dan jurulatih Arsenal.Mungkin Harimau Malaya terpaksa memberikan kemenangan kepada Arsenal pada perlawanan ini sebab 'risau' tahun depan die orang 'serik' nak datang lagi(hehe gurau je).

No comments:

Post a Comment