Aishah bersama barisan panel dan Azua (kiri) di Dataran Al-Ikhwan, Air Mawang, kelmarin
|
JOHOR- “Saya
memilih Pas kerana Islam". Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana parti ini
mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan
Pas.”
Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah ‘Bilo Selebriti Dah Join Pas’ di Dataran Al- Ikhwan di Air Mawang, petang kelmarin.
Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT.
“Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum, perjuangan Pas salah satunya adalah Islam.
“Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah, seorang penyanyi juga mampu melakukannya,”katanya.
Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu sendiri dan kerana kesucian agama Islam.
“Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan agama Islam".
“Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya,” katanya.
Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima golongan artis sebagai ahli.
Sementara itu, bekas kumpulan XPDC, Azua Md Tasi berkata, dia memilih Pas kerana mahu berhijrah.
“Dulu saya lalai dengan duniawi semata-mata tetapi sejak awal 90-an, saya sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti keagamaan".
“Saya sering bertemu imam dan pendakwah. Dari situlah, hati saya mula terbuka untuk memilih Pas. Kita mestilah berhijrah daripada tidak baik kepada baik, daripada kurang baik kepada lebih baik,” katanya.
Menurutnya, jika mahu berubah, ia bermula dari diri sendiri.
“Jangan salahkan bidang nyanyian jika kita lalai, sebaliknya diri sendiri perlu berpendirian teguh".
“Bila waktu solat, kita solat. Jadi tiada masalah untuk kita meneruskan profesion dalam dunia nyanyian,” katanya.

Jebat Berani : Sekalung TAHNIAH buat para para artis yang semakin berani menegakkan kebenaran walaupun mungkin akan menjejaskan kerjaya mereka sebelum ini.Nampaknya mereka sangat yakin sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T bukannya dari manusia.
Mungkin ramai yang mempertikaikan 'ketauliahan' artis artis ini dalam memberikan ceramah berkaitan agama Islam.Namun tahukah mereka bahawa Islam tidak mendidik ummatnya agar hanya menyampaikan ilmu agama jika mereka cukup bertauliah.sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang berbunyi,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Hadith ini membawa pegertian bahawa Rasulullah memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari baginda,kerana Allah S.W.T menjadikan agama ini sebagai satu-satunya agama bagi manusia dan jin (yang artinya),
“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah : 3)
Tentang sabda beliau, “Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan,
“Hal ini agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Rasulullah S.A.W bersegera untuk menyampaikannya, meskipun hanya sedikit.Tujuannya agar nukilan dari Rasulullah S.A.W dapat segera tersambung dan tersampaikan seluruhnya"
Hal ini sebagaimana sabda Baginda S.A.W, “Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini menunjukkan hukum fardhu kifayah.
Oleh itu sewajarnya tiada yang mempertikaikan untuk sesiapa pun menyampaikan pesanan Rasulullah ini dan juga ilmu ilmu Allah.Ini kerana telah jelas dalam Islam bahawa setiap manusia berkewajiban untuk menyampaikan apa yang mereka tahu kepada yang tidak tahu kerana Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment