Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah UMNO/BN |
Nampaknya pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada senario politik ganas Umno-BN setelah 5 dekad melalui hegemoni politik dan penyalahgunaan kuasa.
Sabah dan juga Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling terpinggir dengan kerajaan persekutuan memberikan lampu hijau kepada pemimpin-pemimpin BN yang sudah sekian lama memimpin kedua-dua negeri di timur Malaysia dengan merompak hasil semulajadi dengan begitu banyaknya untuk menjadikan diri mereka kaya raya selain memberi manfaat kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung.
Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO yang juga merupakan MP Tuaran, menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, dan berhenti sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia dijangka membuat "pengumuman penting" pada hari Ahad untuk mendedahkan langkah seterusnya. Lajim, MP Beaufort pula, akan menyusul kemudian.
"Saya bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletakkan jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Surat perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baru BN Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam surat perletakan jawatannya.
Blok bebas dan mesra Pakatan Rakyat
Berita yang telah dijangkakan selama beberapa bulan itu telah mengejutkan dunia politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki ini merupakan pemimpin kanan Sabah, yang telah menjadi wakil rakyat selama beberapa tahun.
Mereka dijangka membentuk parti bebas yang mesra Pakatan Rakyat dan bukannya terus menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS.
"Wilfrid akan membawa dan mengumpul beberapa kumpulan pro-Pakatan Rakyat Sabah. Kebanyakannya merupakan Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila masa yang sesuai sudah tiba, mereka akan membuat yang pengumuman. Peranan Pakatan adalah untuk membantu kumpulan ini bertanding dalam PRU ke-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk mencapai pertadingan satu lawan satu," naib presiden PKR Tian Chua, ketua perunding perjanjian itu berkata kepada Malaysia Chronicle.
Penghijrahan bermula dengan debaran: Sarawak fokus seterusnya!
Bukan sahaja berita terkini ini menjadikan hati pemimpin BN seram sejuk, terutamanya Perdana Menteri Najib Razak yang telah cuba menghalang pemergian Wilfrid kerana ia akan mencetuskan sebilangan besar daripada gabungannya memasuki parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pesaing utama mereka Anwar Ibrahim.
Spekulasi terakhir pada bulan Jun yang mengatakan 6 pemimpin Sabah bakal lompat masuk parti PKR telah hilang begitu saja selepas orang dalam membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.
Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga menunjukkan bahawa PRU ke-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013 apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha mereka untuk melenyapkan keinginan mereka untuk meninggalkan BN.
Walau bagaimanapun, yang belum cukup lagi untuk menghalang Bumburing dan mereka yang bersependapat dengan pemimpin itu, yang nampaknya sudah letih akan helah politik UMNO yang bergantung kepada perjuangan perkauman dan ketaksuban agama. Ramai yang terkejut akan banyaknya kes rasuah yang dilakukan tanpa memikirkan kepayahan rakyat biasa tetapi kerana cengkaman kuasa Umno sejak 5 dekad yang lalu, tidak banyak yang boleh dilakukan atau berisiko akan dipulaukan.
"Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya bertiup di Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai menyedari bahawa BN telah menjadi satu jenama yang buruk. Ini telah kita beri amaran 3 tahun yang lalu dan ia telah menjadi kenyataan kerana UMNO tidak mampu untuk berubah dan Najib terlalu lemah untuk a melaksanakan reformasi dalam partinya," kata Tian lagi.
Tian menambah bahawa Pakatan seterusnya akan memberi tumpuan kepada Sarawak, di mana Ketua Menteri Taib Mahmud yang kontroversi telah memerintah dengan kuku besi selama beberapa dekad di sebalik dakwaan korupsi yang menggunung terhadapnya.
Penghijrahan dan perpecahan BN juga berlaku di Semenanjung
Ahli Parlimen PKR Batu itu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan ia akan turut berlaku di Semenanjung.
"Semua sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan serta Umno sendiri yang menunggu untuk bebas dari belenggu BN," ramal Tian.
"Saya tidak pasti jika PRU ke-13 akan berlaku pada September tahun ini atau awal tahun depan tetapi pengakhiran bagi BN semakin ketara. Apa yang rakyat mahukan juga sangat jelas, jadi tidak perlulah takut untuk meninggalkan BN. Malah, jika pemimpin-pemimpin terus berpaut pada Umno, pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk tidak mengundi mereka. "
Pastinya, PRU ke-13 akan menjadi pilihanraya yang paling sengit, dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri untuk dipertandingkan. Sudah ada penganalisis politik memanggilnya Ibu segala Pilihanraya Kotor walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa pilihanraya adalah bersih.
Namun begitu, memandangkan wujud dokumen bukti penipuan pilihanraya yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas seperti memanipulasi nama, membeli undi dan pengundi hantu, ramai rakyat Malaysia ragu bahawa Umno-BN akan melakukan yang terbaik untuk menipu untuk berpaut kepada kuasa. Ia sangat memalukan apabila diketahui kedua-dua pengerusi SPR dan timbalannya merupakan pemimpin Umno.
Tunggu dan lihat!
Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing memperolehi 17.645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran bagi BN dengan majoriti 6622 undi berbanding Ansari Abdullah saingan daripada PKR yang mendapat 11.023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya meraih 879 undi.
Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort, dia juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua cawangan Umno Kerambai Kebatu, dia juga berkata bahawa tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort.
Lajim berjumpa penasihat rohani PAS yang juga Ketua Menteri Kelantan Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabatnya di Kota Bharu tetapi mesyuarat itu mungkin merupakan kunjungan hormat daripada dirinya dan bukannya menyertai parti itu seperti apa yang dispekulasi.
"Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu. Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua adalah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga - tunggu dan lihat!," Lajim dipetik oleh portal berita New Sabah Times pada hari Isnin.
Sumber : Malaysia Chronicle
Jebat Berani : Situasi ini pastinya memberikan tamparan kepada kepimpinan UMNO/BN...Dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat dengan 'menabur' pelbagai 'ole ole pilihanraya',terdapat pula barisan kepimpinan mereka yang berundur dari parti mereka.Mengapakah situasi ini berlaku? Apakah benar dakwaan liar 'blogger2 UMNO/BN' bahawa terdapat usaha 'membeli' kepimpinan UMNO/BN ini? Apakah benar Pakatan Rakyat berupaya untuk membeli mereka?!
Dakwaan liar ini hanya untuk memburukkan Pakatan Rakyat..Dakwaan ini sekadar untuk menutup kelemahan perjuangan mereka yang bukan sahaja semakin ditolak rakyat tetapi juga kepimpinan mereka sendiri.Hakikatnya UMNO/BN sudah hilang kekuatannya hari demi hari.Hakikatnya UMNO/BN sudah tidak diterima kebanyakan kepimpinan dan ahli ahli mereka sendiri.Dan kerana itulah sehingga hari ini Dato Seri Najib Tun Razzak masih tidak dapat menetapkan masa yang sesuai untuk diadakan PRU13.
Disebalik kegusaran UMNO/BN dengan situasi ini,sebaliknya pula di pihakPakatan Rakyat.Situasi ini pastinya memberikan 'motivasi' untuk Pakatan Rakyat 'menakluki' negeri negeri di Malaysia Barat.Penghijrahan ini pastinya juga akan mempengaruhi pengundi pengundi di Sabah untuk menilai semula akan perjuangan UMNO/BN dan inilah masa yang sangat sesuai buat Pakatan Rakyat untuk menerangkan akan perjuangan mereka,
No comments:
Post a Comment