WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, July 7, 2012

PAK JAMIL OH PAK JAMIL...ARAK JADI PRODUK BULAN RAMADHAN??

Kebiadapan ini samaada disegajakan atau tidak patut dihukum sebagai pengajaran
MALAYSIA BOLEH!!!...ARAK PON BOLEH!!!...APA APA PON BOLEH!!!..HALAL KE HARAM KE SEMUA BOLEH!!!..Mungkinkah ini maksud disebalik laungan 'MALAYSIA BOLEH'...

Seolah olah kata kata ini membolehkan kerajaan dan sesiapa sahaja mengatakan 'HALAL' pada perkara perkara yang telah Allah s.w.t 'HARAMKAN'...Jika tidak pastinya perkara seumpama ini tidak akan berlaku...


Atau mungkinkah ini yang dinamakan konsep 1Malaysia??!!..Yang mana bukan sahaja 1 negara 1 bangsa tapi apakah mereka juga maksudkan 1 agama??!!..Bolehkah kita orang Islam menerima akan konsep satu agama??!!..




Jika tidak mengapa perkara yang HARAM BAGI ORANG ISLAM(orang Islam ye bukan orang melayu terutamanya melayu UMNO) boleh diiklankan sebagai promosi menyambut bulan mulia umat Islam iaitu bulan Ramadhan??!!...Apakah pihak yang bertanggungjawab melakukannya tidak memikirkan perasaan penganut agama Islam??!!..Apakah dalam satu syarikat yang begitu besar tidak ada seorang pun yang beragama Islam dan boleh menegur akan perkara ini??!!

Alahai 'tuan' Jamil...takkan membisu jer
Dan kemana perginya 'hamba Allah' ini??!!..Tidakkah beliau berasa bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap pihak yang menghina bulan ramadhan ini??!!..



Bukankah beliau mempunyai 'kuasa' dalam perkara ini??!!..Atau adakah mulutnya telah 'terkunci' dan matanya telah 'ditutupi'??!!..Apakah erti jawatan yang disandangnya selama ini??!!...ADAKAH BONEKA SEMATA MATA??...



Ingatlah,sesungguhnya amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita akan disoal kelak di akhirat samaada kita melaksanakannya sebagaimana yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita...




Sadis sungguh bila pak haji pi rasmi air kencing iblis ini
Atau mungkinkah ini jawapan yang tepat mengapa pihak perkara seumpama ini boleh berlaku..Kalau seorang pemimpin tertinggi negara yang mengaku beragama Islam dan bergelar 'haji' tanpa rasa segan silu dan bersalah boleh merasmikan pembukaan syarikat 'air kencing syaitan' ini, jadi mungkin ianya dirasakan tidak salah untuk pihak pasaraya ini turut mempromosikan arak dalam pakej jualan ramadhan.

Dan adakah perasmian kilang ini oleh mantan Perdana Menteri kita juga dikatakan 'tidak disengajakan' sebagaimana alasan pasaraya yang terbabit ini dalam permohonan maafnya setelah perkara ini disebarkan.


(permohonan maaf The Store)

The Store Corporation Berhad

PEMBERITAHUAN

Pelanggan Muslim Yang Kami Hargai

Pihak Pengurusan The Store memohon maaf atas keterlanjuran mempamerkan minuman


'Carlsberg Can' pada notis dan risalah promosi PRE-RAMADHAN SALE baru-baru ini.

Kami sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Kesilapan


ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal & kecuaian pengurusan dan ianya amatlah

 dikesali.


Kami, Pihak The Store mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kesetiaan anda

  selama ini.

Daripada

Pihak Pengurusan The Store

Cawangan Sri Petaling



"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa

sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala

 dan mengundi nasib dengan batang-batang anak

panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari

perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu

menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-

Maa’idah : ayat 90)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :
1.Pembuatnya,
2.pengedarnya,
3.peminumnya,
4.pembawanya,
5.pengirimnya,
6.penuangnya,
7.penjualnya,
8.pemakan wang hasilnya,
9.pembayarnya,
10.pemesannya.”
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
 
 

No comments:

Post a Comment