WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, October 29, 2009

NIZAR VS ZAMBRY:BUBAR,BUBAR,BUBAR DUN PERAK!!!!!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) sekali lagi merayu kepada Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak supaya membantu menyelesaikan segera krisis politik di negeri ini melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, dewan itu amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana di Perak, terutama yang berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.Katanya, krisis yang sudah hampir lapan bulan berlalu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.

Dewan itu juga, katanya, melihat bahawa krisis yang sepatutnya diselesaikan oleh rakyat telah diketepikan kerana wujudnya sikap "gilakan kuasa dan sikap tidak sabar" sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai adab ketimuran serta adab tertib kepimpinan.

"DPPN Pk sedar bahawa suara yang telah kami sembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah semasa mengadap baginda tempohari, tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan.

"DPPN Pk amat bersimpati kepada seluruh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, malah masyarakat antarabangsa yang melihat sendiri krisis yang masih berlarutan ini tanpa penyelesaian konkrit serta terkuburnya demokrasi dan undang-undang yang menjadi asas keluruhan dalam Rukun negara Malaysia.

"DPPN Pk sekali lagi merafak sembah merayu kepada Paduka Seri Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak membantu kami dan rakyat yang cintakan demokrasi untuk memastikan krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan," katanya.


HAMBA MERASAKAN SUDAH SAMPAI MASANYA BAGINDA SULTAN BERTINDAK MENYELESAIKAN KRISIS POLITIK DI PERAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT NEGERI PERAK..JIKA BAGINDA SULTAN MASIH LAGI BERDIAM DIRI,MAKA KRISIS POLITIK INI AKAN TERUS BERLANJUTAN DAN MENGANGGU KELANCARAN PENTADBIRAN KERAJAAN PERAK...

SITUASI INI SUDAH PASTINYA AKAN MEMBANTUTKAN KEMAJUAN NEGERI PERAK DAN SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MERUGIKAN RAKYAT PERAK ITU SENDIRI..KRISI INI PADA PENDAPAT HAMBA TIDAK BOLEH DISELESAIKAN DIMAHKAMAH..IANYA PERLU DISELESAIKAN DENGAN CARA MEMBUBARKAN DUN DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT PERAK MEMILIH PEMIMPIN MENGIKUT KEHENDAK MEREKA...


KEMBALIKAN HAK RAKYAT PERAK!!!!

No comments:

Post a Comment