Mungkin sebagai suatu langkah perubahan yang dilaung-laungkan semasa perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, UMNO Setiu juga seolah-olah dilihat mengambil langkah positif untuk mendamaikan antara puak-puak yang hebat bertelagah dengan mengadakan pertemuan antara semua wakil-wakil rakyat di dalam parlimen Setiu beserta penyokong-penyokong mereka bersama Ahmad Said bertempat di Dewan Sivik Jabi sejurus selepas perhimpunan Agong Umno baru-baru ini. Sumber yang diyakini memaklumkan, semua wakil-wakil rakyat hadir bersama penyokong mereka kecuali ADUN Batu Rakit.
Dalam konteks Setiu, pertelagahan berlaku antara puak pro Idris Jusoh yang diketuai Ramlan Ali, ADUN Jabi dan puak Pro Ahmad Said yang diketuai Mohammad Jidin, Ahli Parlimen Setiu. Pergeseran antara dua puak jelas dizahirkan semasa pemilihan UMNO peringkat bahagian baru-baru ini yang menyaksikan Ramlan Ali tewas tipis untuk merebut jawatan ketua bahagian di tangan Mohammad Jidin tetapi Ashaari Mohamad dari team Ramlan menang dalam perebutan jawatan timbalan ketua bahagian.
Krisis perlantikan pengerusi JKKK khususnya di DUN Jabi yang mengakibatkan tersingkirnya ramai pengerusi-pengerusi JKKK pilihan Ramlan dan digantikan dengan pengerusi-pengerusi JKKK pilihan MB (baca pilihan Mohammad Jidin) seolah-olah seperti meletakkan garam yang menambah kepedihan di tempat luka yang masih belum sembuh dan tidak tahu bilakah akan sembuh.
Masyarakat setempat juga ramai yang tertanya-tanya kenapakah Pejabat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Setiu untuk DUN Jabi dibuka di Kampung Renek, tidak di Pekan Jabi di mana terletaknya Pejabat dan Pusat Khidmat ADUN Jabi sedangkan Pekan Jabi adalah tempat tumpuan masyarakat DUN Jabi dan di sinilah acara-acara penting peringkat DUN selalu dilangsungkan.
baca selanjutnya:http://drazmanibrahim.blogspot.com/2009/10/benarkah-umno-setiu-berdamai.html
PERSENGKETAAN MEREKA INI SEBENARNYA PADA PENDAPAT HAMBA BELUM LAGI BERPENHUJUNG.KESEPAKATAN YANG MEREKA CUBA TUNJUKKAN TIDAK MAMPU MENUTUP KEMELUT YANG MASIH MELANDA UM-NO TERENGGANU.MEREKA DILIHAT CUBA UNTUK MEYAHUT SERUAN P-END NAJIB UNTUK KEMBALI BERSATU MENGUATKAN UM-NO NAMUM HAKIKATNYA UM-NO TERENGGANU SEKARANG DALAM KEADAAH PARAH YANG MANA MUNGKIN TAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI
KEMELUT YANG MELANDA UM-NO TERENGGANU INI SEBENARNYA BERPUNCA DDARI SIKAP TAMAKKAN KUASA OLEH KEPIMPINAN UM-NO TERENGGANU.BERMULA DARI PENOLAKKAN IDRIS JUSOH SEBAGAI MB TERENGGANU OLEH SULTAN TERENGGANU,UM-NO TERENGGANU MULA BERGOLAK DENGAN WUJUBNYA DUA PASUKAN IAITU PASUKAN AHMAD SAID DAN PASUKAN IDRIS JUSOH.WALAUPUN UM-NO TERENGGANU CUBA MENAFIKAN HAKIKAT INI,KEBENARAN TETAP DIKETAHUI OLEH SEKALIAN RAKYAT.
KEMELUT YANG MENIMPA UM-NO TERENGGANU INI MENJADIKAN HANYA RAKYAT TERENGGANU MANGSA SECARA TIDAK LANGSUNG.SIKAP BEREBUT KUASA INI MENYEBABKAN PENTADBIRAN TERENGGANU TERJEJAS DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENYEBABKAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN RAKYAT TERENGGANU KEPADA MEREKA TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK.
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment