KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan meneliti kewajaran sama ada untuk menerima anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali atau menolak sekiranya beliau membuat permohonan untuk kembali ke pangkuan parti.
"Semua orang sekarang berminat untuk masuk Umno sama ada yang sudah keluar hendak masuk balik atau yang baru hendak masuk, jika ada hasrat begitu kita tidak akan sekat. "
Tetapi apapun ia akan dibawa pada Majlis Tertinggi (MT), pihak pengurusan akan meneliti apakah wajar atau tidak tidak (menerima Ibrahim), apakah ini dibuat atas dasar kesungguhan dan keikhlasan berdasarkan rekod lalu, cara dia (Ibrahim), itu kita nilai kerana Ibrahim Ali ini semua orang kenal, cara politiknya pun agak 'istimewa'," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, menegaskan parti itu tidak akan mengambil keputusan secara tergopoh-gopoh dan hanya akan membuat keputusan selepas kajian secara mendalam.baca selanjutnya:
HA ELOK SANGAT LA KALU UM-NO NIE NAK TERIMA KATAK PENCEN NIE DALAM PARTI MEREKA...HAMBA NAK TENGOK BERAPA LAMA KATAK BOLEH MENAHAN DIRINYA DARI MELOMPAK...KALU DAH SIFAT KATAK MANE LA BOLEH TAK MELOMPAT...TAK NAMA KATAK LA KALU TAK MELOMPAT...
APA-APA PUN TUE HAK PUAK UM-NO BE-END SAMAADA NAK MENERIMA BALIK ATAU TIDAK SIKATAK LOMPAT NIE...KALAU MEREKA WARAS MEREKA TAK AKAN MENERIMA SIKATAK NIE DALAM PARTI MEREKA...TAPI KALU DITENGOK KEADAAN TERDESAK PUAK UM-NO BE-END NIE HAMBA RASA TAK MUSTAHIL SIKATAK NIE DITERIMA BALIK OLEH UM-NO DAN BE-END..
No comments:
Post a Comment