ALHAMDULILLAH...HARI INI ADA DUA PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN AKU....PERTAMA PENOLAKKAN KERAJAAN PERPADUAN...KEDUANYA PULA APABILA TOK GURU NIK AZIZ(TGNA) MENARIK BALIK SARANAN BELIAU KEPADA USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA AGAR KULUAR PAS DAN MELETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN BACHOK KELANTAN...
TGNA BERKATA DEMIKIAN DALAM SATU KENYATAAN YANG DIBACA SELEPAS SATU PERJUMPAAN KHAS HAMPIR 2 JAM DI PEJABAT AGUNG PAS DI KUALA LUMPUR...
TGNA DALAM KENYATAAN BELIAU BERKATA,"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.
"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.
"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.
"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."
PERJUMPAAN KHAS ITU TURUT DIHADIRI OLEH Presiden PAS DATUK SERI TUAN GURU HJ HADI,Timbalan Mursyidul Am DATUK DR. HARUN DIN,Naib Presiden TUAN IBRAHIM TUAN MAN,SALAHUDDIN AYUB DAN DATUK MAHFUZ OMAR,Setiausaha Agung PAS DATUK MUSTAFA ALI,bekas naib presiden AHMAD AWANG,Ketua Dewan Pemuda NASARUDDIN HASSAN,DAN Ketua Muslimat NURIDA SALLEH.
DENGAN KENYATAAN TGNA INI MAKA BERTAMBAH HAMPALAH PUAK-PUAK UMNO/BE-END YANG INGIN MELIHAT PERPECAHAN DI DALAM PARTI PAS...SEBALIKNYA APA YANG BERLAKU MEMPERLIHATKAN PARTI PAS YANG SEMAKIN UTUH DAN MATANG DALAM MENGHARUNGI GELOMBANG POLITIK MAINAN UMNO/BE-END...
No comments:
Post a Comment