PKR Menang Besar
Media Umno-BN jaja seluruh negara bahawa jumlah 46.15% pengundi yang keluar mengundi di DUN N12 Penanti sebagai yang terendah dalam sejarah. Walau apa pun yang mereka tulis dan sebarkan, hakikatnya PKR yang mewakili Pakatan Rakyat menang besar di Penanti dengan Calonnya, Dr. Mansor Othman mendapat 6052 undi sekaligus menewaskan calon lain dengan majoriti 5,558 undi.
Calon bebas Nai Kha Ari mendapat sebanyak 494 undi, Aminah Abdullah memperolehi sebanyak 392 undi dan Kamarul Ramizu Idris memperolehi undi sebanyak 56 undi. Semua Calon bebas hilang wang pertaruhan.
Seandainya Umno-BN letak calon dan arahkan 5,000 ahli mereka di Penanti keluar mengundi, tetap mereka akan kalah juga. Sebab itulah mereka boikot sebenarnya.
SPR Gagal
Jumlah 46.15% keluar mengundi dijadikan isu utama, walhal mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka itu memperjelaskan lagi pentabiran Kerajaan BN yang gagal melaksanakan mandat rakyat. SPR merupakan agensi dibawah tadbiran Kerajaan BN gagal menjalankan fungsinya bagi memastikan rakyat keluar mengundi di Penanti.
Kegagalan SPR ini terserlah bila mana jumlah keluar mengundi merosot dengan banyaknya. SPR dengan segala kemudahan dan peralatan yang mereka ada gagal untuk menarik pengundi.
Jelas kesilapan itu bukan silap PKR kerana semua ahli dan penyokong PKR keluar mengundi. Yang tak keluar adalah 30% penyokong Umno yang diarahkan tidak mengundi oleh Umno Pulau Pinang dan bakinya pengundi atas pagar yang gagal dipikat oleh SPR.
Isu boikot adalah lumrah, setiap sesi pengundian pasti ada rakyat yang boikot atau mahu berkecuali. Ini jelas dilihat dalam semua pilihanraya, kerana hingga ke hari ini belum ada pilihanraya yang merekodkan jumlah keluar mengundi 100%. Maknanya ada juga yang tak keluar.
Ini memperjelaskan pada rakyat dan SPR khususnya, agar perlunya satu usaha untuk mendidik rakyat keluar mengundi dan tunaikan hak mereka sebagai pengundi. SPR harus post mortem perkara ini dan tidak mengikut rentak Umno-BN yang kecewa.
Umno Kecewa dan Sakit Hati
Ya! Umno BN kecewa dan sakit hati dengan keputusan ini kerana dengan tindakan boikot mereka itu, PKR mendapat laluan mudah untuk pertahankan Penanti. Terima kasih Umno-BN kerana tidak bertanding kalau tidak jenuh juga nak berkempen. Bila Umno-BN tak bertanding suasana pilihanraya jadi tenang, damai dan tiada provokasi atau kejadian pergaduhan.
Kalau BN bertanding pasti ada masalah. Mesti ada gaduh, ada rasuah, pengundi hantu, kutuk mengutuk dan surat layang atau berita palsu yang mereka sebarkan. Pastinya pilihanraya di Penanti memperjelaskan pada rakyat bahawa dengan ketiadaan Umno-BN negara ini akan aman sebagaimana amannya pilihanraya Penanti.
Umno akan terus lara dan kecewa kerana tidak bertanding di Penanti. Sebab itulah mereka masih terpekik, melolong dalam ceramah mereka di Permatang Pauh sepanjang sesi Kempen. Mereka tak boleh masuk berkempen di Penanti, jadi nak lepas gian dan kekecewaan mereka berceramahlah di sempadan Penanti.
Pastinya apa yang berlaku di Penanti memeritkan lagi BN kerana keputusannya menambahkan lagi Koleksi Kemenangan Pakatan sejak Pilihanraya 2008.
Rekod semasa Pilihanraya kecil menunjukan Pakatan kini meninggalkan BN dengan kemenagan 5-1. Pakatan sudah menang di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti. BN hanya mendapat kemenangan saguhati di Batang Ai setakat ini.
Akhir kalam, syabas kepada Dr. Mansor Othman yang bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang lepas ini.
dipetik dari tulisan: HermanSamsudeen
Species yang bernama UMNO ni memang pelik. Ajak bertanding tak mahu - takut malu kalau kalah. Kemudian bila PKR menang, mulalah jaja cerita fantasi, mengatakan kemenangan tak mutlaklah, tak popular lah .... Habih, yang dia cabut lari tak bertanding tu nak kata apa? UMNO memang sahih kalah secara mutlak! Aku juga pelik, lepas itu kata orang muda tak sokong parti UMNO. Mana kita orang nak sokong, kalau dah mengarut 24 jam! Penuh dengan alasan yang tak logik. Logik yang hanya boleh diterima hanya oleh badut sarkas! Aku tak kata orang UMNO badut sarkas, tapi .... Lu pikir lah sendiri .....
ReplyDelete