WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, June 15, 2009

DATO SERI NIZAR DIGANTUNG DEWAN RAKYAT


YB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pagi tadi di Dewan Rakyat. Belia mengangkat sumpah dihadapan Speaker Dewan Rakyat Tan sri Pandikar Amin Mulia.


Walau bagaimanapun Hj Nizar diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya menanggalkan lilitan "BUBAR DUN" Perak.


Hj Nizar mengenakan lilitan "BUBAR DUN" di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang. Beberapa ahli Dewan Rakyat yang lain juga turut melilitkan "BUBAR DUN".


Dewan kecoh seketika apabila Speaker mengeluarkan arahan keluar dewan yang turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. HJ Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok "F".


Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang enggan mematuhi arahan Speaker supaya tidak memakai lilitan itu.


Mereka ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).


Dewan Rakyat juga mengarahkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan "BUBAR DUN". Mereka adalah ADUN-ADUN PR dari Perak dan penyokong-penyokong PR dari Bukit Gantang.


Kempen "BUBAR DUN" Perak telah menjalar ke parlimen selepas dalam Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam baru-baru melancarkannya. Dengan tindakan ini, ia memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat Perak melalui ahli-ahli parlimen medesak dan menuntut supaya DUN Perak dibubarkan.

No comments:

Post a Comment