WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, June 11, 2009

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN


Muktamar PAS ke 55 telah pun berlalu. Penuh dengan kenangan pahit dan manis tetapi yang pastinya secara keseluruhan ia telah berjaya berjalan dengan baik dalam semangat ukhuwah dan persaudaraan Islam. Kebetulan muktamar kali ini menyaksikan pemilihan diperingkat pucuk pimpinan, maka masing-masing memendam kenangan menurut calon yang masing-masing juarai.

Bagi yang menang tentulah gembira, namun bersedialah memikul amanah besar yang diberikan oleh jemaah. Yang kalah pula usah bersedih, jika kita ikhlas menawarkan diri untuk berkhidmat demi Allah dan Rasul Nya, maka jadilah umpama Khalid al Walid, walaupun tidak berpangkat, namun tidak sekali-kali menggugat semangat dan kesungguhannya untuk berjung menegak dan mempertahankan agama Allah ini. Jadilah pemimpin yang baik bagi yang menang dan jadilah pengikut yang taat dan setia bagi yang tewas.


Apa pun yang pentingnya dari muktamar ini adalah mesej ucapan dasar Presiden yang bakal menjadi dasar dan panduan parti selain dasarnya yang tetap yang sedia termaktub dalam perlembagaannya.“Islam memimpin perubahan” itulah tema ucapan dasar Presiden. Kini bukan masanya untuk berbahas dan membicarakan darihal pemilihan yang lepas, muktamar telah pun bersuara, dan suaranya perlu dihormati. Marilah kita kini fokuskan pada perjuangan yang laluannya masih panjang dan luas di hadapan.Bagaimana kita mahu memandu jemaah ini agar Islam terus menjadi teraju dan pimpinan yang membawa ummah dan negara ke arah perubahan.


Kata Tuan Guru Presiden:Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma’aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan kea rah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam. PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat.

Inilah sepatutunya fokus dan tumpuan kita kini. PAS sudah menjangkau usia melebihi setengah abad, jangan kita berpecah kerana merebut kedudukan sebagaimana pecahnya badan siasah yang lain. Ini gerakan Islam, ia akan kekal teguh dan padu kerana yang penting bukan individu dan kelompok, yang penting adalah nasib dan masa depan Islam yang tercinta.Ayuh kita bersatu meneruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment