WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, May 26, 2010

JUDI BOLASEPAK : SURAT TERBUKA TAMRIN UNTUK 'USTAZ' JAMIL KHIR


Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom

Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.

Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’

Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK

Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.
Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,




TAMRIN TUN GHAFAR

Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu

YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO

Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan

Mufti Mufti

Media Cetak dan Elektronik

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : APAKAH "USTAZ" JAMIL KHIR MASIH MAHU BERDIAM DIRI??APAKAH BELIAU HANYA MAHU MENENTANG KELULUSAN JUDI BOLASEPAK INI "DALAM HATI"...APAKAH BELIAU SANGGUP MELIHAT KEMUNGKARAN BERLAKU TANPA DIAMBIL TINDAKAN??ATAU BELIAU MEMPUNYAI HUJAH-HUJAH TERSENDIRI BAGI "MENGHALALKAN"JUDI BOLASEPAK INI....TIADA GUNALAH JAWATAN YANG DISANDANG OLEH BELIAU JIKA TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA TERHADAP KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK INI...BAIK BELIAU "MENGAJAR" AGAMA DI KAMPUNG-KAMPUNG SAHAJA...JANGAN SAMPAI DIAKHIRAT KELAK ALLAH S.W.T MEMPERSOALKAN APA YANG TELAH DILAKUKANNYA UNTUK MENJAGA KESUCIAN AGAMA ALLAH INI....ERMMM.......

GADAI TANAH KEPADA SINGAPURA : NAJIB ALTANTUYA DIKUTUK BLOGGER UMNO

(Inikah manusia yang ingin kita harapkan menjaga negara?!)


JEBAT-BERANI : TINDAKAN P-END NAJIB ALTANTUYA 'MENGADAIKAN' TANAH YANG DIMILIKI OLEH KERETAPI TANAH MELAYU DI TANJUNG PAGAR KEPADA SINGAPURA SUNGGUH MENGECEWAKAN RAKYAT MALAYSIA..IANYA SEOLAH-OLAH P-END NAJIB ALTANTUYA TELAH 'MENGADAI' MARUAH NEGARA KEPADA NEGARA JIRAN KITA INI..

APAKAH RASIONAL BELIAU BERBUAT DEMIKIAN??APAKAH ADA KEUNTUNGAN 'TERSEMBUNYI' YANG DIPEROLEHINYA SEHINGGA BELIAU SANGGUP MENYERAHKAN 'HARTA' NEGARA KEPADA SINGAPURA??BEGINIKAH CARA BELIAU MENJAGA NEGARA YANG TELAH DIAMANAHKAN RAKYAT KEPADANYA??

PERBUATAN P-END NAJIB ALTANTUYA INI BUKAN SAHAJA DIKUTUK OLEH BLOGGER PAKATAN RAKYAT,MALAH BLOGGER PRO KERAJAAN JUGA TURUT SAMA MENGUTUK TINDAKAN 'BODOH' P-END NAJIB ALTANTUYA INI...JELAS SEKALI SUKAR BAGI RAKYAT MALAYSIA TAK KIRALAH APA FAHAMAN POLITIK UNTUK MENERIMA TINDAKAN P-END NAJIB ALTANTUYA MENYERAHKAN TANAH KERETAPI TANAH MELAYU KEPADA SINGAPURA....

BERIKUT ADALAH BLOGGER PRO KERAJAAN YANG TURUT MENGUTUK TINDAKAN 'BODOH' NAJIB ALTANTUYA INI...


BLOGGER 1 : http://khairulryezal.blogspot.com/2010/05/apa-lagi-malaysia-hendak-berikan-kepada.html

Monolog III:

Apa lagi yang boleh diberikan Malaysia, akan berikan. Ya, Malaysia memang sebuah negara yang berbudi bahasa. Hak sendiripun hendak "digadaikan" kepada negara asing. Terbaru, 24 Mei 2010, Kerajaan Malaysia dengan bermurah hati telah menyerahkan hakmilik dan maruah negara kepada negara jiran, Singapura. Hari ini, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah menyerahkan kedaulatan dan hakmilik tanah yang dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia di Tanjung Pagar kepada Singapura.

'Gula-gula' apakah yang diberikan oleh Kerajaan Singapura sebagai ganjaran menyerahkan tanah landasan keretapi yang telah direbutkan lebih dari dua dekad ini? Kenapakah penyerahan bersejarah ini tidak mendapat liputan besar-besaran di akhbar-akhbar tempatan? Apakah kehilangan harta negara ini tidak mendapat tempat di Malaysia, sedangkan akhbar The Straits Times Singapura menyiarkan sebagai berita utama dan pemimpin serta rakyat Singapura telah berpesta dengan kemenangan ini.

Walaupun kedua-dua Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan jirannya DS Najib Razak telah mengumumkan bahawa tanah yang "dirampas" oleh Singapura di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan tiga di Bukit Timah akan "digantikan" dengan tanah yang sama nilainya di Marina South dan sekitar Ophir-Rochor, bolehkah rakyat Malaysia percaya dengan Kerajaan yang "baik hati" yang telah menyerahkan hak milik negara kepada kuasa luar. Sejarah telah membuktikannya dan tidak mustahil ianya akan berulang dan berulang.


BLOGGER 2 : http://theflyingkick.blogspot.com/2010/05/besar-kesalahan-najib-kali-ini.html
Walau apa pun alasan, walau apa pun strategi, walau apa pun kebijaksanaan yang cuba ditunjukkan, bahkan walau apa pun faedah yang diperolehi oleh rakyat Malaysia secara langsung atau tidak langsung, Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-6 telah melakukan kesalahan yang sangat besar kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA dalam tempoh singkat dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kesalahan Najib Abdul Razak jauh lebih besar berbanding kesalahan Anwar Ibrahim yang menjemput dan memanggil Zionis yang bertopengkan Bank Dunia dan IMF menguasai dasar kewangan negara pada 1997-98 dulu. Kesalahan Najib Abdul Razak jauh lebih besar berbanding kesalahan Abdullah Badawi membiarkan anak menantu menguasai harta negara, pentadbiran dan pembuat keputusan. Malah Najib Abdul Razak melakukan kesalahan yang jauh lebih besar berbanding Hussein Onn yang tidak ada sebarang daya dan ikhtiar untuk mengeluarkan Malaysia daripada jerutan inflasi 1978-1980.

Najib Abdul Razak telah menyerahkan tanah atau kawasan Malaysia kepada negara lain untuk ditukarkan sebagai barang dagangan! 271 hektar tanah di Singapura diserahkan kepada Kerajaan Keluarga Lee Kuan Yew yang sudah membuat tuntutan semenjak 1965 dengan topeng usahasama syarikat yang hanya akan ditubuhkan menjelang 31 Disember 2010. 271 hektar tanah tersebut akan mula dibangunkan pada 1 Julai 2011.

Ini kerosakan yang sangat besar kepada Malaysia. Seandainya Najib Abdul Razak boleh berkompromi untuk keuntungan korporat dengan menggadaikan sempadan dan asset negara, maka tidak mustahil kemasukan pendana-pendana yang mempunyai proposal lebih menarik berbanding yang ditawarkan oleh Singapura akan menarik minat Najib Abdul Razak.

Selepas menghadiahkan lesen judi kepada syarikat yang pengerusinya memang mencari jalan untuk rapat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Najib hadiahkan pula harta negara kepada negara lain. Alasan yang diberikan, Singapura akan menggantikan tanah seluas 271 hektar dengan tanah di dua kawasan lain, hanyalah mekap dan aksesori untuk menyedapkan telinga rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli UMNO yang sentiasa menyokong dan membenarkan perlakuannya.

Dan semuanya dilakukan secara 'senyap-senyap' dan berusaha disenyapkan sehinggalah maklumat tersebut bocor secara tak sengaja!

Adakah Slogan 1Malaysia yang Najib Abdul Razak ciptakan bermakna, Malaysia tidak ada apa-apa lagi yang ditinggalkan untuk generasi akan datang, melainkan angka satu semata-mata? Segala sembang dan kempen Najib Abdul Razak dan pasukannya selama ini, rupa-rupanya mempunyai matlamat terselindung yang berasaskan kepada keuntungan yang lain.

Nyata harapan tinggi yang diletakkan kepada Najib Abdul Razak, dihampakan dan digelakkan sahaja oleh anak bangsawan Pahang ini. Secebis harapan buat orang Melayu Singapura menerusi pemilikan tanah Malaysia di pulau tersebut, telah dihancurkan oleh Najib Abdul Razak yang melihat pendapatan besar adalah segala-galanya. Kejayaan yang dilihat oleh Najib Abdul Razak ialah menjual setiap kepingan Malaysia atas nama pelaburan.

Mungkin ada baiknya Najib Abdul Razak belajar daripada Gerakan BENDERA di Indonesia yang tidak rela walau seinci tanah negara mereka diambil atau diserahkan, sekalipun mereka akan makan sampah untuk hidup sehari-hari.

Suka atau tidak suka, Najib Abdul Razak dan pasukan penasihatnya serta pasukan yang menyertainya berunding di Singapura untuk penyerahan hak milik Malaysia kepada anak Lee Kuan Yew, adalah PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA, sama ada kepada rakyat Malaysia sekarang, mahupun kepada generasi akan datang.

Ini bukan kisah peribadi yang tidak ada kena-mengena dengan negara seperti kisah Altantuya Shiiribu atau kisah gila punggung jantan tetapi mencari jalan menarik orang ramai menyokong kegiatan songsangnya dengan pelbagai manipulasi dan putarbelit, mahupun menggunakan Islam untuk mencari kuasa dengan haram bagimu, halal bagiku... ini kisah menyerahkan negara kepada orang lain!

Anda tanyalah kepada diri anda sendiri sama ada layak atau tidak, Perdana Menteri seperti Najib Abdul Razak dan pasukannya dibiarkan terus menjadi PENJAHANAM di Malaysia?

BLOGGER 3 : http://dinturtle.blogspot.com/2010/05/geram.html

Geram !
NAJIB -ANDA TELAH MENGECEWAKAN ORANG MELAYU !!
YOU FAILED MISERABLY AS OUR LEADER !
UMNO - JIKA TERUS BERDIAM DIRI, ANDA TIDAK MUNGKIN JADI JUARA RAKYAT APATAH LAGI SEBAGAI JUARA MELAYU !

ANDA JUARA TOILET BOWL...
TEMPAT CINA KENCING !

NAJIBowl - Pengkhianat Melayu !

BLOGGER 4 : http://penaminang.blogspot.com/2010/05/sekali-lagi-malaysia-melutut-di-kaki.html

Aku benar-benar tak boleh terima dengan keputusan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang memutuskan untuk memindahkan Stesen Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar, Singapura ke Woodlands Train Checkpoint (WTCP) pada 1 Julai 2011.

Pada pendapat aku tidak ada sebarang masalah kedudukan Stesen Keretapi Tanah Melayu berada di Selatan negara Singapura tersebut kerana selama ini pun, para penumpang yang menaiki Keretapi dari Kuala Lumpur ke Singapura tidak banyak bersungut apabila tiba di Stesen Keretapi Tanjung Pagar.Perdana Menteri Najib Tun Razak seharusnya mengetahui bahawa Stesen Keretapi Tanjung Pagar itu mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri bukan sahaja kepada pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad, tetapi juga, seluruh warga Malaysia. Ini kerana Stesen Keretapi Tanjong Pagar itu menjadi saksi bahawa Singapura itu pernah menjadi sebahagian dari TANAH MELAYU suatu ketika dahulu.

Ingatlah wahai Perdana Menteriku, Malaysia sudah beberapa kali beralah dengan negara Temasek ini. Dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah sekarang, aku tidak melihat sebarang perjanjian yang kita adakan dengan mereka, menyaksikan situasi MENANG-MENANG, sebaliknya KALAH-MENANG, yang mana pihak yang Menang itu adalah SINGAPURA, dan yang Kalah itu ialah MALAYSIA.Perdana Menteri terdahulu Dr. Mahathir Mohamad begitu tidak berkompromi dalam apa jua perjanjian dengan Singapura. Walaupun telah berkali-kali Singapura mengajak Malaysia berunding bagi memindahkan Stesen Keretapi berkenaan, Mahathir tetap dengan pendirian, Stesen Keretapi Tanah Melayu Akan Terus WUJUD DI TANJUNG PAGAR, SINGAPURA!!!!

Kini dengan hanya beberapa tahun dalam Pentadbiran, Najib Razak telah membuat keputusan yang aku rasa SALAH dan bakal memberikan impak kepada pemerintahannya tidak lama lagi. Kepada Najib Razak dan Barisan Nasional, ingin aku nasihatkan, bersedialah KALIAN untuk masuk ke dewan Parlimen sebagai PEMBANGKANG pada Pilihanraya Umum yang akan datang

MIC MAKIN BERBELIT DAN AKAN TERBELIT


Krisis antara UMNO dan MIC bertambah buruk hari ini apabila anak Datuk Seri Samy Vellu menuduh UMNO sebagai mendalangi kempen untuk membunuh kerjaya politik ayahnya.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan dakwaan oleh S Vell Paari itu sebagai biadap dan meminta Samy supaya menasihati anaknya.

Pertikaman lidah antara UMNO dan MIC itu adalah yang terburuk dalam sejarah Barisan Nasional dan mencerminkan ketidakstabilan yang semakin ketara dalam gagasan itu.

Samy Vellu menjadi sasaran beberapa kerat pemimpin MIC yang mendesak beliau supaya meletakkan jawatan setelah menerajui parti itu sejak tahun 1974.

Pergeseran antara UMNO dan MIC pula semakin buruk apabila Perdana Menteri Najib Razak menolak calon pilihan parti itu untuk bertanding pada pilihanraya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Ini kali pertama Umno masuk campur dan menentukan calon yang mana harus diletakkan oleh MIC. Tindakan itu dilihat sebagai mengaibkan Samy di samping mengundang kritikan terhadap kepimpinannya.

Beberapa orang yang mengkritik Samy kemudian menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) bagi memaksa beliau berundur sebagai presiden MIC.

Vell Paari anak kepada Samy semalam membuat kenyataan terbuka bahawa gerakan itu turut didalangi oleh UMNO dan mendedahkan bahawa UMNO telah lama mendominasi parti-parti komponen lain dalam BN.

“Umno akan menentukan siapa memimpin MIC jika pihak luar tak henti campurtangan dalam urusan dalaman MIC” ujar Vell Paari.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Dalam reaksi kilas, Muhyiddin menyifatkan Vell Paari sebagai biadap kerana menuduh Umno cuba menjatuhkan ayahnya.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap”ujat Muhyiddin.

Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya” tambahnya lagi. -

Sumber : TV Selangor

JEBAT_BERANI : TERBAKAR KAMPUNG NAMPAK ASAPNYA...TERBAKAR 'HATI' SIAPA TAHU-KARAM SINGH WALIA MELAPORKAN....HEHEHE

BANTAHAN LESEN JUDI BOLASEPAK : PEMUDA GERAKAN TURUT MEMBANTAH,PEMUDA UM-NO BILA LAGI??!!


ALOR SETAR, 25 Mei: Pemuda Gerakan Kedah dan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan kesediaan untuk menyertai Himpunan Membantah Judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria (gambar) mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk bersama-sama dalam himpunan besar-besaran itu.

Katanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP (DAPSY) negeri juga telah menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut.

Menurutnya, himpunan itu adalah bertujuan menyatakan bantahan rakyat terhadap kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Umno BN kepada Kumpulan Berjaya.

"Himpunan ini adalah rentetan daripada beberapa himpunan yang diadakan di negeri-negeri lain Jumaat lalu dan kemuncaknya rakyat akan berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyerahkan tuntutan rakyat terhadap aktiviti perjudian kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai nanti," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap.

Menurut Nasir lagi, penganjur juga turut menjemput semua pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik termasuk Umno dan MCA untuk bersama-sama menyertai himpunan itu.

"Perhimpunan ini terbuka kepada semua pihak dan ianya bukan untuk rakyat beragama Islam sahaja, semua agama tidak membenarkan judi kerana judi mengundang banyak keburukan.

"Kita menjemput kesemua NGO-NGO dan parti-parti politik yang ada di negeri ini tapi sehingga kini Umno dan MCA tak memberikan jawapan balas," katanya.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : BUKAN SAHAJA PEMUDA PAS,PEMUDA KEADILAN DAN PEMUDA DAP SERTA NGO YANG BERANI MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK INI,PEMUDA GERAKAN JUGA TURUT SAMA MEMBANTAH.INI KERANA MEREKA SEDAR KESAN BURUK DARI KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK INI..
NAMUN APA YANG MENGHAIRANKAN HAMBA IALAH SIKAP MEMBISU "ULAMA-ULAMA" DALAM UM-NO DAN JUGA AHLI-AHLI UM-NO YANG BERAGAMA ISLAM??APAKAH MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWA TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA MELULUSKAN LESEN JUDI INI BUKAN SAHAJA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG DIAJAR DALAM ISLAM MALAH IANYA JUGA BOLEH MEMBERIKAN KESAN BURUK KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA DAN KIRA APA KAUM SEKALIPUN..
APAKAH MEREKA LEBIH BIMBANGKAN KEDUDUKAN DAN PANGKAT MEREKA BERBANDING LAKNAT ALLAH S.W.T??USTAZ HARON DIN YANG JUGA MERUPAKAN TIMBALAN MUSYIDUL AM PAS DALAM KENYATAANNYA KEPADA AKHBAR SUARA KEADILAN BERKATA,"Apabila usaha yang dilakukan untuk mengajak ummah kepada nilai murni khususnya penerapan nilai Islam telah berkecai apabila kerajaan dengan rasa tidak bertanggunggjawab meluluskan lesen judi tersebut."Perkara sebegini ingin dipandang remeh oleh sebahagian orang, tetapi ianya amat besar kepada umat yang berjiwa besar, menghormati dan menjunjung hukum Allah,"...
DARI APA YANG DIKATAKAN OLEH USTAZ HARON DIN ADALAH SANGAT JELAS BAHAWA TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA MELULUSKAN LESEN JUDI SEOLAH-OLAH SENGAJA INGIN MEROSAKAN NILAI MURNI MASYARAKAT MALAYSIA...TIADA SATU KAUM DAN AGAMA YANG MENGALAKAN PENGIKUTNYA UNTUK BERJUDI KERANA SANGAT JELAS AKAN KEROSAKAN YANG BOLEH DIAKIBATKAN DARI TABIAT BERJUDI INI...NAMUN SANGAT MENGHAIRANKAN APABILA PARA 'ULAMA' DALAM UM-NO SANGGUP BERDIAM DIRI DARI MENYUARAKAN BANTAHAN KEATAS KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK INI..
KINI SETELAH PARA 'ULAMA' DAN AHLI UM-NO YANG BERAGAMA ISLAM TIDAK LANSUNG MAHU MENYATAKAN BANTAHAN MAKA TUGAS UNTUK MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI INI TERPIKUL KE ATAS BAHU KITA YANG MENGAKU ISLAM DAN CINTAKAN AGAMA YANG SUCI INI...JANGAN KITA HANYA TAHU BERKATA-KATA TANPA KITA MAHU BERUSAHA MENYATAKAN BANTAHAN KITA KEPADA KELULUSAN LESEN JUDI INI...LAKUKANLAH SESUATU AGAR ISLAM SENTIASA TERPELIHARA DI BUMU TERCINTA INI...

YDP KEPONG MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Yang Dipertua PAS Kawasan Kepong, Nordin Md Nor telah kembali ke rahmatullah jam 6.50 petang tadi akibat sakit jantung.

Allahyarham berusia 64 tahun meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan.

Menurut isterinya, Hajah Firda Gusni Firdaus, allahyarham diserang angin ahmar ringan ketika mempengerusikan mesyuarat PAS kawasan pada 16 Mei lalu.

Katanya, allahyarham sempat bertahan dan meneruskan mesyuarat hingga selesai dan pulang ke rumah dalam keadaan berpapah seterusnya dibawa ke hospital keesokan hari.

Difahamkan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh jam 10 pagi esok.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : AL-FATIHAH BUAT ARWAH.......

DHPP PUAS HATI WALAU TAK BOLEH MENGUNDI...


Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berpuas hati dengan kedudukan dewan itu yang setaraf dengan sayap lain di dalam PAS walaupun anggotanya tidak berhak mengundi dalam pemilihan parti.

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw berkata beliau juga menyokong penuh keputusan PAS untuk menaik taraf kelab penyokong tersebut menjadi satu lagi sayap parti, setaraf dengan dewan Muslimat, Pemuda dan Ulama.

“Kami berbesar hati dengan kejayaan Kelab Penyokong PAS yang telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Dewan ini dibuka keahliannya kepada bukan Islam. Beza antara kami dan dewan yang lain ialah kami boleh menghadiri muktamar, mesyuarat, memberi pandangan dan kritikal, tetapi cuma kuasa memilih dan dipilih kami tiada,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Tambahnya, beliau menyokong penuh perjuangan PAS kerana parti itu terbukti boleh diterima oleh semua kelompok masyarakat.
“PAS telah mengamalkan dasar keterbukaan untuk semua kaum di Malaysia.

“Perjuangan PAS adalah keadilan untuk semua dan ia dituntut oleh semua kaum dan agama. Jadi kami tak rasa salah apabila menyertainya,” kata Hu lagi.

Timbalannya, N Balasubramaniam pula berkata, beliau menghormati keputusan oleh pucuk pimpinan untuk tidak membenarkan mereka mengundi dalam pemilihan parti.

“Mereka telah bagi semua hak kepada kita, cuma dalam pemilihan sahaja yang kita tidak boleh buat. Kita kena hormat keputusan itu,” katanya.
Penubuhan DHPP semalam menyaksikan seramai 20,000 anggota Kelab

Penyokong PAS sedia ada 'dinaiktaraf' dengan diserapkan sebagai ahli penuh DHPP.

Dewan tersebut dibentuk bagi menumpukan usaha penerangan dasar parti melalui program dialog dan ceramah.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : SATU KEJAYAAN BESAR PAS APABILA IANYA DITERIMA OLEH MASYARAKAT BUKAN ISLAM BERBILANG KAUM...SESUATU YANG TAK MAMPU DILAKUKAN OLEH MANA-MANA PARTI TERMASUK UM-NO..JIKA SEBELUM MASYARAKAT BUKAN ISLAM TAKUT UNTUK MENDEKATI PAS KERANA TERPENGARUH DENGAN TOMAHAN YANG DILEMPARKAN OLEH UM-NO TERHADAP PAS,KINI MASYARAKAT BUKAN ISLAM BUKAN SAHAJA TIDAK LAGI TAKUT DENGAN PAS MALAH MENERIMA APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS.

MENGAPA MEREKA MENERIMA PERJUANGAN PAS??TIDAK LAIN TIDAK BUKAN KERANA MENYAKINI AKAN KETELUSAN PAS DALAM MEMPERJUANGKAN RAKYAT..INI KERANA PAS YANG MELETAKKAN ISLAM PADA KEDUDUKAN TERTINGGI DALAM PARTI PASTINYA TIDAK AKAN MENGANIAYA AGAMA DAN KAUM LAIN KERANA DALAM ISLAM SENDIRI MELARANG UMATNYA BERLAKU ZALIM TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN..SEDANGKAN PERJUANGAN UM-NO MELETAKAN PERKAUMAN SEBAGAI KEUTAMAAN MEREKA WALAUPUN HAKIKATNYA MEREKA GAGAL MEMBELA NASIB KAUM MELAYU..PERJUANGAN BERLANDASKAN PERKAUMAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH MENGENEPIKAN HAK KAUM LAIN..

ADUN KOTA BELUD TERLUPA BELIAU AHLI UMNO BUKAN PAS!!!

Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak seharusnya berperanan sebagai penyokong sahaja kerana dewan tersebut bertanggungjawab untuk menerangkan dasar parti, kata ahli parlimen BN dari Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, PAS kini mempunyai sokongan daripada orang bukan Islam dan beliau juga ingin mengetahui dasar-dasar yang akan dijalankan parti itu jika berjaya menjadi pemerintah.

"(Maka) menjadi tanggungjawab dewan ini untuk memberitahu kepada rakyat. Kalau setakat sokong dan tidak menjelaskan pendirian PAS buat apa?” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab DHPP untuk menjelaskan kepada rakyat bentuk dan jenis kerajaan persekutuan yang PAS akan wujudkan bersama Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang dalam pilihanraya akan datang.Abdul Rahman juga tidak melihat penubuhan dewan itu sebagai satu masalah kepada BN.

Sementara itu, timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pula berkata, penubuhan dewan itu adalah satu "mainan politik" untuk menambat penyokong bukan Islam.

“Ini semua mainan politik. Mungkin ahli PAS perlu fikir tentang perjuangan mereka. Selama ini perjuangan mereka lain, sekarang dia bagitau lain dari apa yang mereka perjuangkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 23 Mei lalu, seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS 'dinaiktaraf' melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad dilaporkan berkata, anggota dewan tersebut kini berpeluang untuk menghadiri muktamar parti sebagai ahli perwakilan bagi mengikuti mesyuarat tetapi belum boleh mengundi.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : MAMAT SORANG NIE SEDAR KE TAK YANG DIE NIE BUKAN AHLI PAS DAN TAK LAYAK UNTUK MENERANGKAN TUGAS YANG PERLU DILAKUKAN OLEH DHPP...FAHAMKAH BELIAU AKAN MATLAMAT PAS DAN TUJUAN PAS MENUBUHKAN DHPP??RASANYA KETUA DHPP EN HU PANG CHAW LEBIH MENGETAHUI MATLAMAT PAS BERBANDING BELIAU..JADI RASANYA LEBIH BAIK BELIAU TAK BERSUARA TENTANG PERKARA INI..NANTI DIBIMBANGI DIRI SENDIRI JUGAK YANG MALU...KALAU RASA TERINGIN SANGAT NAK BERCAKAP PASAL PAS DAN MATLAMAT PERJUANGAN PAS...JOM MASUK PARTI PAS..TINGGALKAN UM-NO YANG DAH TAK RELEVAN TUE...HUHUHUHU

Monday, May 24, 2010

LESEN JUDI BOLASEPAK : NAJIB ALTANTUYA KELU SERIBU BAHASA


KUALA LUMPUR, 23 Mei: Sampai bilakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu berdiam diri daripada mengulas isu pemberian lesen judi bola sepak walau jelas ia dikeluarkan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.

Ini kerana, hampir setiap malam di segenap tempat ia dibincangkan oleh semua pihak hatta mereka yang bukan beragama Islam.

Hari ini, sekali lagi Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengulas isu itu dengan mencabar Umno dan Perkasa membuat pendirian dalam isu judi bola yang dikeluarkan oleh kerajaan BN.

Di segenap masjid dan surau khasnya di negeri-negeri yang bebas dari cengkaman BN, hampir semua kuliah agama menyentuh isu judi bola itu.

Mungkin mengetahui perkara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan agar mendengar bantahan rakyat.

Abdullah berkata demikian di Pulau Pinang semalam.

Di Surau Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, bekas tahanan penjara Amerika di Teluk Guatanamo, Ustaz Abdullah Iraq menyesali kebisuan para mufti di negara ini.

"Setiap negara ada satu mufti. Malaysia ada 13 mufti tetapi semuanya senyap sunyi bila kerajaan kata judi bola halal," kata beliau.

Kalau adapun, kata beliau, yang cakap bantah judi hanya perlahan takut ia dimarahi oleh kerajaan.

Sepatutnya, kata beliau, bantahan keras dibuat kepada kerajaan sebagaimana dibuat oleh para ulama Islam terhadap khalifah Islam zaman kegemilangan Islam dahulu.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA LIDAH P-END KITA NAJIB ALTANTUYA KELU SERIBU BAHASA...KEBIJAKSANAAN BELIAU BERPIDATO LENYAP SAMA SEKALI UNTUK MEMPERKATAKAN ISU KELULUSAN LESEN JUDI BOLSEPAK INI.APAKAH BELIAU MEMPUNYAI AGENDA TERTENTU DALAM ISU INI ATAU BELIAU SUDAH 'TERPERANGKAP' DENGAN TINDAKANNYA MELULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK INI??SEBAGAI KETUA NEGARA YANG BERAGAMA ISLAM P-END NAJIB ALTANTUYA HARUS MENYATAKAN PENDIRIAN BELIAU BERKAITAN ISU LESEN JUDI BOLASEPAK INI..MELAINKAN BELIAU TURUT BERSETUJU DENGAN PEMBERIAN LESEN JUDI BOLASEPAK INI.

ASINGKAN CUKAI 'HALAL' DAN CUKAI 'DOSA' : UM-NO TAK AMBIL PEDULI PUN


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud bimbang dengan tindakan kerajaan yang dilihat kurang sensitif membabitkan pengasingan hasil pendapatan percukaian daripada perusahaan haram yang didapati daripada judi, arak dan riba.

Menurut Dr Mariah bagi pembentangan usul di parlimen Jun ini, beliau akan menitikberatkan mengenai cukai arak dan judi yang tergolong sebagai cukai dosa atau ’sin tax’.

Maka beliau menggesa kerajaan agar mengasingkan cukai dosa atau ’sin tax’ ini daripada sebarang akuan atau dana terkumpul negara.

Kebimbangan ini wujud kerana punca dana itu turut diagihkan kepada orang Islam dalam bentuk gaji atau elaun sekaligus menjadi kegunaan seharian mereka.

"Pengasingan "sin tax" ini perlu supaya ia tidak digunakan untuk membayar gaji dan elaun kakitangan awam termasuklah kami sebagai Ahli Yang Berhormat. Lebih membimbangkan sekiranya dana itu digunakan untuk kebajikan atau membina masjid.

"Menjadi persoalan saya di parlimen akan datang untuk mengetahui berapa banyak pendapatan hasil daripada cukai arak dan judi ini yang dikumpul dalam dana yang disatukan (consolidated fund) negara? Kita mengambil berat kerana ia jelas merupakan pendapatan haram.

"Jika cukai dosa ini dicampurkan dengan cukai bersih daripada wang terkumpul negara maka secara tidak langsung ia menjadi darah dan daging rakyat kelak.

"Sekarang ini kita sudah ada judi bola pula yang mereka kumpulkan maka kita tidak tahu pengasingan dan terkumpul tersebut. Maka saya lihat kerajaan perlu peka mengenai hal ini," katanya kepada Free Malaysia Today.

Sumber : Malaysia Today

JEBAT_BERANI : AGAK-AGAKNYA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END NIE AMBIL PEDULI KE SEMUA INI??NAK MENGASINGKAN CUKAI HALAL DAN CUKAI HARAM...SEDANGKAN PADA MEREKA JUDI ITU PUN TELAH "DIHALALKAN" OLEH MEREKA...APATAH LAGI KALAU SETAKAT CUKAI-CUKAI NIE..DENGAN MENGUNAKAN "MAZHAD" MEREKA SENDIRI PERKARA SEUMPAMA INI SENANG SAHAJA MEREKA ATASI...

PAS TIMBANG LANTIK BUKAN ISLAM KE DALAM DUN NEGERI PERINTAHAN PAS


KLANG, 23 Mei: PAS sedang mempertimbangkan untuk meminda perlembagaan di negeri-negeri di bawah pemerintahan parti itu mengenai penyertaan bukan Islam ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti yang pernah dicadangkan di Terengganu pada 1999.

Namun, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya bergantung kepada kedudukan kerusi PAS di Dun masing-masing dan proses yang perlu dilalui setiap negeri.

"Ya, dalam pertimbangan. Tetapi itu bergantung kepada kedudukan kerusi kita (PAS) di Dewan Undangan Negeri dan bergantung kepada proses yang berbeza dengan negeri lain.

"Pindaan perlembagaan negeri perlu melaului penasihat undang-undang, mendapatkan tandatangan Sultan. Banyak proses yang perlu dilalui. Di Terengganu kita dapat melalui proses ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), di sini, hari ini.

Menurut timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pula, meskipun di Kelantan belum membuat pindaan itu namun negeri itu sudah melantik penghulu di kalangan orang bukan Islam."Di Kelantan kita telah melantik penghulu di kalangan bukan Islam," katanya.

Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya sebelum itu ada memberitahu bahawa sewaktu PAS memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004, perlembagaan negeri telah dipinda bagi membolehkan orang bukan Islam dilantik sebagai ahli Dun meskipun tidak bertanding dalam pilihan raya.Pindaan itu ujarnya, sehingga sekarang tidak dibantah oleh Umno/Barisan Nasional di negeri itu.

Pada sidang media sama, beliau turut memaklumkan keputusan parti melantik pimpinan tertinggi DHPP dan menyerahkan kepada pimpinan tertingginya untuk mengadakan mesyuarat pertama bagi melantik ahli jawatankuasa yang lain.

Dewan itu seperti juga dewan-dewan yang lain, akan mempunyai setiausaha agung, ketua penerangan,bendahari, pengarah pilihan raya dan 12 ahli jawatankuasa yang lain."Saya mengisytiharkan bahawa kami telah membuat keputusan untuk melantik ketua DHPP iaitu Hu pang Chaw, timbalannya N. Balasubramaniam," katanya.

Ditanya samaada PAS akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata ia bergantung kepada keperluan."Calon bukan Islam dilihat pada keperluan. Setakat ini kita belum tentukan kouta. Apa yang penting kita tidak mahu berlaku pertembungan dengan rakan-rakan parti dalam Pakatan."Kita mahu bertanding dua penjuru sahaja dengan Barisan Nasional," katanya.

Turut bersama pada sidang media itu Naib Presiden, Salahudin Ayub, pengerusi lajnah perpaduan nasional, Dr. Mujahid yusuf Rawa, timbalannya, Dr halimah Ali, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mariah Mahmod, dan beberpa pimpinan lain.DHPP kini sudah mempunyai 20, 000 ahli di seluruh negara.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : JIKA SEBELUM INI PUAK-PUAK UM-NO/BE-END SERING MENAKUT-NAKUTKAN BUKAN ISLAM DENGAN PAS...KINI NAMPAKNYA GOLONGAN BUKAN ISLAM TIDAK LAGI TAKUTKAN PAS...MALAH MEREKA SANGAT MENYUKAI PAS DAN INI TERBUKTI DENGAN TERTUBUHNYA KELAB PENYOKONG PAS DIKALANGAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA..
MENERIMA MEREKA INI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI SAYAP PARTI MERUPAKAN SUATU TINDAKAN YANG BIJAK..WALAUPUN HAMBA YAKIN PASTI ADA YANG KURANG BERSETUJU NAMUN PERCAYALAH UNTUK JANGKA MASA PANJANG IANYA BUKAN SAHAJA MENGUNTUNGKAN PARTI MALAH TURUT AKAN MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI...
INI KERANA IANYA SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MEMBERI PELUANG KEPADA BUKAN ISLAM INI UNTUK MENGENALI DENGAN LEBIH DEKAT AGAMA ISLAM DAN HUKUM ISLAM YANG INGIN KITA SEMUA DAULATKAN DI BUMI MALAYSIA..JIKA SEBELUM INI UM-NO SERING MENAKUTKAN GOLONGAN BUKAN ISLAM DENGAN HUKUM HUDU,INILAH MASANYA UNTUK KITA MENJELASKAN KEPADA MEREKA TENTANG HUKUM HUDUD INI..