WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, May 14, 2010

PEMIMPIN AL-ARQAM MENINGGAL DUNIA

Ashaari Muhammad meninggal dunia

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam. Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.

Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Singai buluh, Kuala Lumpur.

Ashaari pernah mendakwa beliau pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.Selepas dua tahun dalam tahanan, Ashaari dikenakan hukuman buang daerah di Selangor.

Bagaimanpaun, Ashaari kemudiannya dipindahkan ke Labuan pada tahun 2000 selepas pihak berkuasa mendapat ada pihak-pihak yang mencuba mempengaruhinya supaya menghidupkan semula pergerakan tersebut.Hukuman buang daerah itu kermudian ditarik balik pada Oktober 2004-
Sumber : Malaysiakini

DR HARUSSANI BERIKAN "SMASH KENCANG' KERAJAAN 1MALAYSIA NAJIB ALTANTUYA!!!

Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib


SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.-

Sumber : TVSelangor

JEBAT_BERANI : SETELAH MEMBISU SEKETIKA KINI BARULAH MUFTI PERAK DATUK DR HARUSSANI ZAKARIA BERSUARA MENYATAKAN PENDIRIAN BELIAU TERHADAP TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA YANG TELAH MELULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK DI NEGARA INI...

JELAS SEKALI BELIAU JUGA BERASA DUKACITA YANG AMAT SANGAT DENGAN TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI YANG SANGGUP MENGHALALKAN JUDI BOLASEPAK DI NEGARA YANG MAJORITINYA ADALAH UMAT ISLAM...MALAH JIKA KITA TANYA KEPADA PENGANUT AGAMA LAIN SEKALIPUN JUDI ADALAH DILARANG KERANA IANYA MENDATANGKAN LEBIH BANYAK KEMUDARATAN BERBANDING KEBAIKKAN....

SEBAGAIMANA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH DR HARUSSANI BAHAWA KERAJAAN YANG MELULUSKAN LESEN JUDI INI TURUT DIKIRA BERSUBAHAT DENGAN PERBUATAN JUDI INI..JUSTERU ITU APAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA MASIH MAHU BERDEGIL MEMPERTAHANKAN TINDAKKAN MEREKA MELULUSKAN JUDI BOLASEPAK INI??

APAKAH MASIH TIDAK CUKUP LAGI GEJALA SOSIAL YANG MELANDA DI DALAM NEGARA INI SEHINGGA KERAJAAN 1MALAYSIA MAHU MENGGALAKKAN RAKYAT UNTUK BERJUDI??APAKAH INI SAHAJA PENYELSAIAN YANG DAPAT DIFIKIRKAN OLEH KERAJAAN 1MALAYSIA BAGI MENGATASI MASALAH AKTIVITI JUDI HARAM??APAKAH SELEPAS INI KERAJAAN 1MALAYSIA AKAN TURUT MEMBERIKAN LESEN PELACURAN BAGI MENGATASI MASALAH PELACURAN HARAM YANG TAK TERKAWAL??

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI YANG MEMBERIKAN UNDI KEPADA UM-NO/BE-END BOLEHLAH BERKIRA-KIRA UNTUK MEMIKIRKAN SEMULA UNDI YANG TELAH MEREKA BERIKAN INI...MAHUKAH MEREKA TERUT BERSUBAHAT DENGAN KERAJAAN 1MALAYSIA DALAM DOSA JUDI INI??INIKAH KERAJAAN YANG DIHARAPKAN UNTUK MENDAULATKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA?TEPUK DADA TANYA IMAN.....

Thursday, May 13, 2010

AYUH KITA BERHIMPUN MEMBANTAH LESEN JUDI BOLASEPAK DAN KONSERT 12 JAM



JEBAT_BERANI : JIKA BENAR ANDA SAYANGKAN AGAMA ANDA DAN JUGA ANAK BANGSA ANDA SEMUA...AYUH BERSAMA KITA BERGANDINGAN MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI DAN KONSERT 12 JAM...AYUH KITA RAMAI-RAMAI BERHIMPUN DI MASJID JAMEK KG BARU DEMI MENYATAKAN KEPADA KEPIMPINAN NAJIB ALTANTUYA BAHAWASANYA KITA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHUKAN PERKARA MAKSIAT SEBEGINI DIADAKAN DI DALAM NEGARA KITA YANG TERCINTA....SEBELUM LAKNAT ALLAH S.W.T MENIMPA,AYUH KITA BERAMAI-RAMAI MENDESAK KERAJAAN MEMBATALKAN KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK DAN KONSERT 12 JAM INI.....TAKBIR!!!

LIWAT SAIFUL : MISTERI BIN AJAIB!!!

Mahkamah: Misteri, Saiful Mengaku Jumpa Najib 24 Jun Kata Dia Diliwat Tapi Bagaimana Dia Tahu Anwar Akan Meliwatnya Pada Tarikh 26 Jun 2008

Sungguh mengejutkan, satu kejadian misteri berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini 12 Mei 2010. Ia berikutan mangsa liwat sensasi, Mohd Saiful Bukhari Azlan dilaporkan telah mengetahui apa yang bakal berlaku hari esok. Maknanya Saiful sudah seperti "ahli nujum negara".

Ini dibuktikan dengan kenyataan Saiful bahawa dia telah bertemu PM Najib Razak pada 24 Jun 2008, kemudian itu berhubung pula dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan pada 25 Jun 2008.

Ketika itu Saiful mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ini bermakna, selepas berjumpa Najib (24 Jun) dan berhubung dengan Musa Hassan, (25 Jun) Saiful boleh pula tahu Anwar akan meliwatnya pada keesokan harinya (26 Jun). Bukankah ini amat aneh dan menakjubkan sebenarnya.

Malah, tambah mengejutkan pada 27 Jun 2008 pula Saiful berjumpa pula dengan Ezam Md Noor untuk menceritakan pengalaman dia diliwat Anwar itu. Tarikh-tarikh ini sungguh mengerikan kita.

Persoalannya, bukankah antara Ezam dengan Najib dan Musa Hassan, siapakah yang paling tinggi jawatannya?. Ezam ketika itu bukanlah Senator seperti sekarang. Maka kenapa Saiful berjumpa Ezam semalaman untuk menceritakan kejadian misteri yang berlaku ke atas dirinya?. Bukankah, berjumpa Najib atau hubungi Musa Hassan sudah cukup untuk beliau berpuas hati. Apa perlu Saiful jumpa Ezam agaknya?.

Keduanya, siapa Saiful yang melayakkan dirinya untuk menghubungi telefon Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Bahkan, apa hebatnya Saiful hingga Khairil Anas membawa beliau ke rumah Najib Razak?. Semua ini menambahkan misteri kes liwat II itu sebenarnya.

Ketiganya, selepas Saiful berjumpa Najib pada 24 Jun mengatakan Anwar meliwatnya maka kenapa dia masih berjumpa Anwar untuk "menadah bontotnya" bagi membuktikan dia diliwat pada 27 Jun 2008?. Ikuti rentetan kes hari ini.

Perbicaraan Kes Liwat Di Tangguhkan Esok Pagi

Esok, pihak pembelaan dan pendakwaan akan berhujah berhubung permohonan peguambela, Karpal Singh untuk menangguhkan perbicaraan tersebut sehingga selesai rayuan terhadap keputusan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pagi tadi. Hakim itu menolak permohonan pihak pembelaan unutk mendapatkan kenyataan bersumpah saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan

Saiful Mengaku Bertemu Ezam Pada 27 Jun 2008

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau ada berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor (foto) pada 27 Jun 2008 untuk mengadu tentang penganiayaan yang berlaku kepadanya.


Siapa Ezam ketika itu selain dari penjaja kotak?


Saiful Hubungi Musa Hassan Pada 25 Jun 2008

Kepada soalan lain oleh Karpal adakah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (foto) ada menghubungi beliau, Saiful juga menjawab bahawa beliau yang menghubungi Musa ketika itu. Beliau ingin mengadu masalahnya kepada Musa kerana dia memang ada banyak masalah.

Beliau bagaimana pun menafikan berjumpa Musa dan hanya berhubung menerusi telefon pada pagi 25 Jun 2008.

Beliau juga memberitahu bahawa dia hanya bercakap selama seminit dan dimarahi oleh Musa Hassan kerana mungkin dia hanya main-main. Musa kemudian meletakkan telefon dan menyuruh Saiful menghubunginya kemudian.

Saiful Mengaku Jumpa Najib Pada 24 Jun 2008

Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mengaku ada membuat pertemuan dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak (foto) pada 24 Jun 2008. Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh Anwar.

Dia juga mendakwa dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas. Katanya Najib terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar).

Dia menafikan Najib ada menawarkan sebarang nasihat kepadanya. Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi.

Rakyat sebenarnya semakin keliru dengan kes ini. Malah, makin ramai yang mempercayai memang wujudnya satu konspirasi terancang terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Tambahan pula apabila seorang anak muda seperti Saiful, yang bekerja di pejabat Ketua Pembangkang boleh begitu muda "aksess" ke talian telefon peribadi seorang Ketua Polis Negara malah boleh pula bertandang ke rumah seorang Timbalan Perdana Menteri untuk mengadu dia diliwat.

Apa kehebatan anak muda ini sebenarnya?. Rasanya, polis pangkat Inspektor atau DSP pun tidak berani untuk menghubungi Musa Hassan jika ada sebarang masalah. Bukankah Saiful boleh mengikut prosedur seperti biasa dan tidak perlu melangkau seolah-olah dia VIP.

Tindakan serta layanan yang diterima oleh Saiful ini, apakah boleh diberikan juga kepada rakyat biasa yang lain. Malah, apakah Saiful terlalu istimewa sehingga dilayan sebegitu?. Semua ini menimbulkan kesangsian dan ia telah disahkan oleh Saiful sendiri dalam perbicaraan liwatnya itu.

Mungkin selama ini kita hanya mengandaikan sahaja pertemuan-pertemuan itu berlaku. Rupanya semua benar belaka.


Sumber : Pahang Daily Online

JEBAT_BERANI : KITA TENGOK SEJAUH MANA 'PERMAINAN' INI MAMPU MENJATUHKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM....BOLEHKAH HUJAH-HUJAH DAN BUKTI-BUKTI YANG TIDAK RELEVAN INI MENJATUHKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM....DARIPADA RETETAN PERBICARAAN INI SEBENARNYA SUDAH JELAS KEPADA KITA SEMUA SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG TIDAK....MEREKA YANG MENABUR FITNAH INI PASTI TIDAK AKAN TERLEPAS DARIPADA PEMBALASAN....KITA TUNGGU DAN LIHAT APA YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA....DAN SEJAUH MANA KOMSPIRASI INI MAMPU MENJATUHKAN KREABILITI DATO SERI ANWAR IBRAHIM...

DAH LA TEMBAK SECARA TIDAK SAH..NAK MINTAK MAAF PUN SUSAH



SHAH ALAM 12 MEI: Keengganan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memohon maaf kepada keluarga Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, hanya mendorong keluarga mangsa meneruskan tindakan perundangan.

"Kita kemungkinan untuk ambil tindakan kepada IGP dengan CPO sebab masih gagal dan enggan memohon maaf dan mengaku percakapan mereka tentang isu ini adalah salah," kata Lateffa Koya kepada TV Selangor. Lateffa Koya adalah antara peguam keluarga mangsa.

Berikutan kenyataan terbaru kedua-dua pegawai polis ini, beliau berkata, keluarga Allahyarham sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan perundangan.

Lateffa Koya juga kesal kerana kedua-dua pegawai atasan polis ini, membuat kenyataan sembarangan tanpa bersandarkan bukti.

"Kita tak faham macam mana mereka boleh cakap macam itu. Mereka tidak boleh cakap sewenang-wenangnya. Sekurang- kurangnya kena tunjuk bukti, mana parangnya? Mana benda-benda yang dia kata?

"Kalau semua benda itu tidak muncul dan tak dapat dibuktikan, maksudnya ini adalah keterangan palsu," katanya lagi.

Selepas pendakwaan Koperal Jenain Subi atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid, Musa Hassan dan Khalid Abu Bakar terus menolak permintaan keluarga mangsa untuk memohon maaf kerana melabel Aminulrashid sebagai “penjenayah”.

Malah, mereka tetap mempertahankan kenyataan mereka atas alasan perbuatan melabel Aminulrashid sebagai penjenayah yang disyaki, bukan satu kesalahan.

Mereka juga enggan memohon maaf walaupun diminta keluarga Aminulrashid, dengan alasan bimbang ia akan memberi implikasi perundangan.

Aminulrashid sebelum ini didakwa sebagai memiliki parang dalam kereta selain didakwa mengundurkan kereta hingga hamper melanggar kenderaan polis pada malam kejadian.-
Sumber : TVSelangor
JEBAT_BERANI : SUDAHLAH MEMBUAT PERTUDUHAN TANPA DISOKONG OLEH BUKTI YANG KUKUH DAN MENYEBABKAN KELUARGA ARWAH ADIK AMINULRASHID MENANGGUNG MALU DAN KINI KETUA POLIS NEGARA MENGANGGAP BAHAWA KENYATAAN YANG DIKELUARKAN PIHAK POLIS ADALAH TIDAK SALAH KERANA MEREKA HANYA MENYATAKAN BAHAWA ARWAH ADIK AMINULRASHID DISYAKI SEBAGAI PENJENAYAH...
SEDARKAH MEREKA PIHAK POLIS IMPLIKASI YANG TERPAKSA DITANGGUNG KELUARGA ARWAH DI ATAS KENYATAAN MEREKA ITU WALAUPUN IANYA SEKADAR MENYATAKAN BAHAWA ARWAH DISYAKI SAHAJA...BAGAIMANA PULA DAKWA PIHAK POLIS BAHAWA TERDAPAT PARANG DI DALAM KENDERAAN YANG DIPANDU OEH ARWAH??TIDAKKAH DAKWAAN INI SENDIRI BOLEH MENDATANGKAN PRASANGKA BURUK MASYARAKAT TERHADAP ARWAH DAN KELUARGA...JUSTERU ITU PIHAK POLIS PERLU MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN PARANG INI ATAU BERTINDAK MEMBERSIHKAN NAMA ARWAH DARI PERTUDUHAN INI..
MEREKA MUNGKIN TIDAK MERASA BAGAIMANA PERASAAN KELUARGA ARWAH ADIK AMINULRASHID KETIKA INI APABILA AHLI KELUARGA MEREKA DIKAITKAN DENGAN PERBUATAN JENAYAH YANG TIDAK DILAKUKAN OLEH ARWAH....BAGAIMANA KELUARGA ARWAH HENDAK BERHADAPAN DENGAN MASYARAKAT YANG MUNGKIN BERTANGGAPAN BAHAWA ARWAH BENAR-BENAR TELIBAT DENGAN PERBUATAN JENAYAH SEBAGAIMANA YANG DIGAMBARKAN OLEH PIHAK POLIS....
APAKAH SUSAH SANGAT BAGI PIHAK POLIS MEMINTA MAAF KEPADA KELUARGA ARWAH SEKLIGUS MEMBERSIHKAN NAMA ARWAH DARI PERTUDUHAN JENAYAH YANG TIDAK DILAKUKANNYA....APAKAH PIHAK POLIS MASIH MAHU MENEGAK BENANG YANG BASAH??TINDAKKAN PIHAK POLIS YANG BERKERAS UNTUK TIDAK MEMBUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA KELUARGA ARWAH HANYA AKAN MEMBURUKKAN LAGI IMEJ POLIS DI MATA MASYARAKAT....

ERA NAJIB ALTANTUYA : KERAJAAN 1MAALAYSIA "HALALKAN" JUDI

Kerajaan lulus judi bola sepak Piala Dunia


KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : OH MALAYSIAKU YANG TERCINTA....APA LE MALA PETAKA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END NIH....ADA PULAK "JUDI HALAL" DAN "JUDI HARAM"...HUKUM KITAB MANA LA YANG DIE ORANG GUNA NIH....SETAU HAMBA LA TIADA SATU BANGSA DAN AGAMA PUN YANG MENGALAKKAN JUDI...ATAS DASAR APALAH KERAJAAN 1MALAYSIA NAJIB ALTANTUYA INI MELIHAT BAHAWASANYA JUDI BOLEH MENDATANGKAN KEBAIKAN..

MANA PERGI MUFTI DAN ULAMA UM-NO?TAKKAN SENYAP JERK KOT....KALAU DULU ZAHID DIPERTIKAIAN KREABILITINYA KERANA PERNAH TERBABIT DENGAN JUDI KUDA WALAUPUN BELIAU MENGAKU DAN TELAH INSAF...AKAN TETAPI PUAK KERAJAAN 1MALAYSIA INI LAGI LA DASYAT...MELULUSKAN PULA LESEN JUDI....TERANG-TERANG MEREKA MENGGALAKKAN JUDI...

KALAU MACAM NIE LE GAYANYA JANGAN HARAPLAH YANG PUAK-PUAK UM-NO/BE-END NIE NAK MENDAULATKAN ISLAM...SESUATU YANG JELAS ADALAH HARAM DI"HALAL"KAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END INI...PADA MEREKA ASALKAN SESUATU ITU BOLEH MENDATANGKAN KEUNTUNGAN KEPADA MEREKA,YANG HARAM PUN SANGGUP MEREKA HALALKAN...SOAL HUKUM AGAMA MEREKA CAMPAK KETEPI....KEPADA AHLI-AHLI UM-NO SEKALIAN...APAKAH ANDA SEMUA MASIH MAHU BERSUBAHAT DENGAN PUAK-PUAK UM-NO/BE-END INI....TEPUK DADA TANYA IMAN...

PERUNTUKKAN KE RASUAH POLITIK??!!



Peruntukan RM18 juta disalurkan kepada 65 sekolah Cina dan dua sekolah mubaligh di Sibu bagi pembangunan sekolah berkenaan. Bantuan itu diumum dan disampaikankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri majlis ramah mesra Persatuan Sekolah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu, di Sibu, petang tadi.

Bantuan itu membabitkan RM10 juta untuk semua 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Sibu, lima sekolah menengah persendirian Cina Sibu (RM5 juta), Sekolah Kebangsaan St Mary Sibu (RM1 juta) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta).

Semasa berucap kepada lebih 3,000 warga pendidik Cina pada perhimpunan di Sibu, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti menjadi 'rakan tulen' sekolah Cina di negara ini demi memastikan semua kaum dan rakyat mendapat pendidikan yang saksama dan berkualiti.

Katanya, berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu mencerca setiap usaha kerajaan meningkatkan mutu pendidikan negara, kerajaan BN mengotakan setiap janji yang dibuat.

"Kerajaan BN adalah sahabat sejati pendidikan sekolah Cina," katanya.

Menurut beliau adalah satu hakikat bahawa masyarakat itu amat menghargai pendidikan dan sanggup berkorban semuanya untuk itu.

"Tetapi pada masa yang sama, anda akan perlukan bantuan kerajaan untuk pendidikan," katanya.

Mengimbas kembali ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, Najib berkata beliau telah mengambil "risiko politik" apabila beliau mencadangkan Akta Pendidikan dipinda untuk membolehkan sekolah rendah Cina ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan.

Beliau berkata pada masa itu beliau merasakan keadaan itu boleh membawa "nahas" kepada kedudukannya kerana isu berkaitan pendidikan sekolah Cina telah berlarutan sejak sekian lama dan tidak berjaya diselesaikan oleh beberapa menteri pendidikan sebelum itu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini Ketua Pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Oleh kerana Anwar juga aktif berkempen bagi calon DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Najib mencadangkan masyarakat Cina di Sibu bertanyakan kepadanya apakah sumbangan beliau (Anwar) terhadap pendidikan sekolah Cina.

Beliau berkata sebagai perdana menteri, beliau mahu memberikan khidmat yang terbaik dan juga mahu kerajaan melaksanakan yang terbaik untuk penduduk di Sibu.

Namun, katanya kerajaan dalam melakukan semua usaha itu juga pada masa yang sama memerlukan sokongan rakyat dalam menjayakannya.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : NAMPAK BAIK BETUL P-END NAJIB ALTANTUYA NIE KAN....SANA SINI DIE BAGI PERUNTUKKAN KEPADA RAKYAT....TAPI KALAU DIAMATI BETUL-BETUL PERUNTUKKAN ITU HANYA DI KAWASAN YANG ADA PILIHANRAYA...EHMM...NIE BUKAN KE TERMASUK DALAM RASUAH POLITIK NAMANYA?SPRM TAKKAN NAK PELUK TUBUH JERK KOT...KALAU TAK NAK RAKYAT PERSOALKAN TUGAS DAN INTERGRITI SPRM MAKA SEGERALAH BERTINDAK....

KALAU BENAR KERAJAAN 1MALAYSIA NAJIB ALTANTUYA INI IKHLAS MEMBERIKAN PERUNTUKKAN KEPADA RAKYAT MENGAPA RAKYAT DI KAWASAN YANG TIDAK TERLIBAT DALAM PILIHAN RAYA TIDAK DIBERIKAN PERUNTUKKAN SEUMPAMA INI...DAN MENGAPAKAH PERUNTUKKAN INI BARU DIBERIKAN SEDANGKAN PERKARA INI BUKANLAH BARU DAN PERUNTUKKAN INI SEMEMANGNYA DIPERLUKAN SEKIAN LAMA LAGI...

SEBELUM NAJIB ALTANTUYA MENGAJAR PENGUNDI DI SIBU MEMPERSOALKAN SUMBANGAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP KAUM CINA...ELOK DITANYA PADA DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU....KERANA PERKARA SEUMPAMA INI MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH DAN NAMPAKNYA PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END JELAS GAGAL MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB INI DENGAN BAIK DAN AMANAH....

PERUNTUKKAN SEUMPAMA INI JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA UM-NO/BE-END SEBENARNYA GAGAL DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT...MENGAPA SETELAH WAJUD PILIHAN RAYA BARULAH PERUNTUKKAN INI HENDAK DISALURKAN KEPADA RAKYAT..SELAMA INI KEMANAKAH PERUNTUKKAN INI DISEMBUNYIKAN....SILA JAWAB WAHAI DATO SERI NAJIB ALTANTUYA OIIII......

AYUH KITA MENYUMBANG UNTUK PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN

Marilah menderma


Rayuan dari YB Dr Siti Mariah -Bagi pilihan raya kecil Sibu Serawak.
KEPADA DERMAWAN-DERMAWAN PAKATAN RAKYAT BANTULAH SAHABAT-SAHABAT KITA DI SIBU UNTUK TERUS BERJUANG.HULURKANLAH SUMBANGAN ANDA.

Assalamualaikum wbth & Salam Perjuang...Semuga surat ini menemui tuan puan dalam kemanisan Iman...Surat ini saya tulis bagi mewakili YB Dr Siti Mariah Mahmud yang kini berada di Sibu Serawak.

Permintaannya berbunyi begini.

"Tolong masuk dalam Weblog dan Facebook saya, kami perlukan sumbangan kewangan dari Penyokong Pakatan Rakyat untuk kami buat program-program MESRA RAKYAT di lokaliti-lokaliti Melayu, juga untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada hari pilihanraya nanti (16 Mei 2010).

Nanti saya akan fowardkan No Akaun saya, tolonglah MERAYU.

Saya akan kemukakan jumlah yang di masukkah dalam akaun saya nanti untuk ketelusan ... Dr. Mariah"

NO AKAUN : MAYBANK : 5627 4005 1315
(SITI MARIAH BINTI MAHMUD)

*Nota :YB Dr Mariah boleh dihubungi di talian 019-2361889

Mewakili beliau saya merayu semua pejuang dan penyokong PR untuk menyambut seruan ini dengan menyumbangkan wang anda untuk perjuangan ini.

Teringat pesanan Tok Guru "Duit yang ada dalam poket atau dompet kita belum tentu jadi hak kita - tapi duit yang kita dermakan sebagai Infak Fisabilillah sudah PASTI menjadi hak kita diakhirat nanti"

Sekian untuk makluman.

Minta Sebarkan sebanyak mungkin pada yang lain. Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Diambil dari mesej facebook oleh anak muaalaf..

JEBAT_BERANI : JIKA BENAR KITA YAKIN BAHAWA PERJUANGAN INI AKAN DIHITUNG OLEH ALLAH S.W.T SEBAGAI GANJARAN DI AKHIRAT NANTI..MAKA MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYUMBANGKAN WANG RINGGIT TAK KIRALAH BANYAK ATAU SEDIKIT BUAT SAHABAT KITA YANG SEDANG BERJUANG MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT DI SIBU....SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SUMBANGAN KITA SEMUA....

Sunday, May 2, 2010

UGUT TOK GURU : LAPORAN POLIS SUDAH DIBUAT...TINGGAL LAGI MAHUKAH POLIS MENYIASAT?



KUALA LUMPUR, 1 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi.

Nasrudin yang membaca kenyataan berbaur ugutan itu pada 30 April 2010 meminta supaya kes tersebut ditangani secara berkesan bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain berleluasa.

"Saya juga meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka," kata beliau merujuk pendirian politik Mohd Safuan di dalam profil Facebooknya.

Dalam profil tersebut juga turut menyatakan bahawa Safuan bekerja di Syarikat Prasarana Berhad.

Nasrudin turut menyatakan bahawa Facebook Safuan Hilmi telah di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan adat ketimuran orang Melayu.

"Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugut dan kekerasan antara sesama kita," tambahnya yang membuat laporan di Balai Polis Chot Kit, di sini tengah hari tadi.

Turut hadir bersama ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamaruzaman Mohamad.

Sementara itu, Nasrudin dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : LAPORAN POLIS SUDAH DILAKUKAN DAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT JUGA TELAH DIPANGGIL MEMBERI KETERANGAN...KINI HANYA TINGGAL TINDAKKAN POLIS MEMANGGIL"SICELAKA" YANG MENGUGUT TOK GURU NIK AZIZ SAHAJA PULA MEMBERI KETERANGAN...KITA LIHAT SEJAUH MANA PIHAK POLIS AKAN BERLAKU ADIL DALA MENJALANKAN SIASATAN INI...JANGAN SAMPAI RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK POLIS DAN MENGAMBIL TINDAKKAN SENDIRI SUDAHLAH....

Saturday, May 1, 2010

UGUT TOK GURU NIK AZIZ : APAKAH TINDAKAN PIHAK POLIS???





JEBAT_BERANI ; APAKAH INI BUDAYA YANG SANGAT-SANGAT DIBANGGAKAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END???BEGINIKAH CARA MEREKA MENDIDIK PEMUDA-PEMUDA MEREKA???APAKAH MALAYSIA INI TIDAK MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG SEHINGGAKAN MEREKA BEGITU BERANI HENDAK MEMBUNUH MANUSIA LAIN???

APAKAH TINDAKAN POLIS DALAM MENANGGANI UGUTN INI???APAKAH PIHAK POLIS HANYA MENGAMBIL PENDIRIAN UNTUK MEMERHATI SAHAJA AKAN PERKARA INI???DAN APA PULA PENJELASAN PUAK-PUAK UM-NO/BE-END BERKAITAN DENGAN UGUTAN INI...APAKAH MEREKA AKAN MENGATAKAN BAHAWA PEMUDA TERSEBUT BUKAN AHLI UM-NO/BE-END???ATAU MEREKA INGIN MENYATAKAN PERSETUJUAN DENGAN APA YANG DILAKUKAN OLEH PEMUDA INI??

DIKHABARKAN PEMUDA PAS PUSAT AKAN MEMBUAT LAPORAN POLIS HARI INI BERKAITAN UGUTAN INI...HAMBA BERASA RAGU DENGAN LAPORAN POLIS YANG HENDAK DILAKUKAN INI..APAKAH PIHAK POLIS AKAN MENGAMBIL TINDAKAN DIATAS LAPORAN YANG AKAN DIBUAT OLEH PEMUDA PAS PUSAT INI???ATAU LAPORAN POLIS TERSEBUT HANYA AKAN BERAKHIR KE DALAM TONG SAMPAH???JIKA UGUTAN TERSEBUT DILAKUKAN OLEH PEMUDA PAS TERHADAP PIMPINAN UM-NO/BE-END HAMBA YAKIN TAK PERLU LAPORAN POLIS DIBUAT..


PIHAK POLIS DENGAN SENDIRI AKAN MEMBUAT LAPORAN DAN MENJALANKAN SIASATAN..TAPI OLEH KERANA IANYA BERLAKU DI PIHAK KITA MAKA BERDOA SAJALAH SEMOGA AKAN ADA PEMBELAAN...SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN TINDAKKAN POLIS BERHUBUNG LAPORAN UGUTAN INI OLEH PEMUDA PAS PUSAT....