WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, November 15, 2009

NAJIB ALTANTUYA : NAJIB DIGELAR PEMIMPIN REFOMIS EKONOMI...BETUL KA NIE????

DATUK Seri Najib Razak semalam diperkenalkan sebagai 'Pemimpin Reformis Ekonomi' pada Sidang Kemuncak Ketua Eksekutif (CEO Summit) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) susulan kejayaannya membendung kesan krisis global dan usahanya dalam merangka pelan transformasi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi-SUMBER BERITA HAIRAN


JEBAT_BERANI: HAMBA SEBENARNYA MALAS NAK MENGULAS INI..HAMBA SEBENARNYA BUKAN ADA KELAYAKAN PUN NAK MENGULAS ISU BERKAITAN DENGAN HAL EKONOMI NEGARA INI..


MALAH RAKAN BLOGGER HAMBA PUN ADA MENASIHATKAN HAMBA SUPAYA ISU EKONOMI INI JANGAN DIULAS SEBARANGAN..PERLU DIPELAJARI TERLEBIH DAHULU..MEMANG BENAR APA YANG DIKATA BELIAU..


TAPI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MENLALUI SENDIRI SITUASI EKONOMI NEGARA DARI SUDUT KEHIDUPAN HARIAN,HAMBA TAK DAPAT MENAHAN DIRI DARI MELUAHKAN PENDAPAT YANG TERBUKU DI HATI..


P-END NAJIB KITA DI BERI GELARAN'PEMIMPIN REFOMIS EKONOMI' PADA SIDANG KEMUNCAK KETUA EKSEKUTIF (CEO SUMMIT) KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIC (APEC)SUSULAN KEJAYAANNYA MEMBENDUNG KESAN KRISIS GLOBAL DAN USAHANYA DALAM MERANGKA PELAN TRANFOMASI MALAYSIA KEARAH EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI..


NAMUM APA YANG MENHAIRANKAN PULA ADALAH KEGAGALAN BELIAU MEMENUHI TUNTUTAN CUEPACS BERKAITAN BONUS KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN DENGAN ALASAN YANG TIDAK RELEVAAN..ATAU PUN MEMANG SEKARANG INI PEMERINTAHAN P-END NAJIB MENGALAMI PENGUCUPAN EKONOMI AKIBAT AMALAN RASUAH,KETIRISAN DAN SEBAGAINYA SEHINGGA GAGAL MEMENUHI TUNTUTAN CUEPACS..


LAIN KALI KALAU NAK MENIPU PUN AGAK-AGAK LA..MAKCIK JUAL NASI LEMAK PON BOLEH PIKIR LA ALASAN YANG LEBIH BAIK DARI P-END NAJIB NIE...LU PIKIR LA SENDIRI..

NAJIB ALTANTUYA :KENYATAAN MADEY BIKIN KEPALA 1MALAYSIA PUSING







ADUS SEDIH DAN KECEWA BETUL LA HAMBA NGAN PANDANGAN BEKAS P-END KITA YANG NAMPAKNYA SEMAKIN NYANYUK DI KALA BERADA DI USIA SUBSIDI NIE..

CAKAP-CAKAPNYA PULA HAMBA LIHAT SEMAKIN TAK BOLEH DIPAKAI..BERCAKAP SESEDAP HATI DAN PERASAAN SAHAJA MENAMPAKKAN LAGI BAHAWA BELIAU SEMEMANGNYA NYANYUK..

BELIAU YANG TELAH MENGEMUKAKAN CADANGAN PENCERAMAH YANG MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK TURUT DIKENAKAN SYARAT MENDAPATKA TAULIAH DARIPADA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI,BAGI MENGELAK AGAMA DIPUTAR BELITKAN UNTUK KEPENTINGAN PRIBADI DAN POLITIK..

BELIAU JUGA DENGAN BONGKAK DAN SOMBONG MENGATAKAN BAHAWA,"Kalau gunakan Islam untuk perkara lain, orang itu tidak boleh berceramah. Sepatutnya Jabatan Agama Islam negeri pergi tangkap orang macam ini,"

KENYATAAN BELIAU INI MENUNJUKKAN BETAPA SINGKAT DAN NYANYUKNYA BELIAU..BELIAU JUGA DILIHAT SANGAT ANTIKAN PEJUANGAN POLITIK BERASASKAN ISLAM..PERKARA INI BUKANLAH SESUATU YANG MENGHAIRANKAN JIKA DILIHAT KEMBALI KEPADA SEJARAH BELIAU MENERAJUI UM-NO/BE-END..

BELIAU TIDAK DAPAT MENERIMA BAHAWA ISLAM DAN POLITIK TIDAK BOLEH DIPISAHKAN..BELIAU SEDAYA UPAYA MEMISAHKAN ISLAM DAN POLITIK KERANA MERASAKAN BAHAWA POLITIK BERASASKAN ISLAMLAH YANG MENJADI PUNCA KEJATUHAN BELIAU SELAMA INI..VELIAU SEOLAH-OLAH MEMPUNYAI PERASAAN DENDAM TERHADAP PERJUANGAN POLITIK BERASASKAN ISLAM..

HAMBA RASA DARI TERUS BERSUARA ADA BAIKNYA BELIAU MENDIAMKAN DIRI..KERANA APA SAHAJA YANG DISUARAKANNYA MEMPERLIHATKAN KENYANYUKAN YANG TAK TERHINGGA BELIAU..MALAH HAMBA MELIHAT KENYATAAN BELIAU BUKAN SAHAJA DITOLAK OLEH PAKATAN RAKYAT MALAHAN SEGELINTIR AHLI UMNO SENDIRI TIDAK BOLEH MENERIMA APA YANG BELIAU KATAKAN..

NAJIB ALTANTUYA:1 MALAYSIA BIKIN KAKITANGAN LHDN PENING LALAT

Ketika P-End Najib bergitu bangga melaungkan slogan 1 Malaysia,masih terdapat kakitangan kerajaan yang tersangat dungu dalam menjalankan tugasnya..


Hamba pon tak tahu apa yang harus hamba kategorikan terhadap kakitangan kerajaan yang akan hamba ceritakan kisahnya ini..Cuma apa yang jelas bagi hamba,samaada beliau hanya sekadar ingin melawak atau bergurau..Ianya hanya menampakan 'kebodohan' dan 'sikap tidak bertanggungjawap' beliau ketika menjalankan tugas..

Tentu pembaca sekalian tertanya-tanya apa yang cuba hamba nyatakan sebenarnya..Hamba pun sebenarnya tidak tahu bagaimana harus hamba nyatakan cerita berkenaan kakitangan di Jabatan Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini..Hamba rasa ada baiknya pembaca sekalian membaca sendiri kisah benar yang hamba akan paparkan ini..

Pada suatu hari, seorang pekerja swasta telah membuat panggilan ke LHDN dan bertanyakan 'Form 'B'. Salah seorang kerani LHDN telah menjawab panggilan tersebut dan bertanyakan alamat bagi membolehkan borang tersebut dihantar dan berikut adalah perbualan mereka :-

Kerani LHDN : Boleh bagi alamat encik?
Pekerja Swasta : Ok, hantar ke Ranhill Worley di opis saya.
Kerani LHDN : Apa Ranhill? ...... eja macam mana?
Pekerja Swasta : R.A.N.H.I.L. L eja dia camni : 'R'.. untuk Rumah... 'A' untuk Ayam .. 'N' untuk Nangka... 'H' untuk Holland ... 'I' untuk itik.. 'L.L' untuk lain- lain....'
Kerani LHDN : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu

Selepas seminggu, borang tersebut pun sampai - jom tengok alamat di sampul surat !!! 1Malaysia Boleh!!!
P/S : NILAILAH SENDIRI KALAU DAH MACAM NIE CARA KERJA DAN PENERIMAAN MATLUMAT SEORANG KAKITANGAN MAKA TAK HAIRANLAH BANYAK URUSAN KITA DI PEJABAT KERAJAAN MENJADI LAMBAT ATAU TERABAI..HAMBA SEBENARNYA TAK HAIRAN SANGAT AKAN HAL NIE KERANA DI ERA P-END NAJIB ANTATUYA NIE MEMANG MACAM-MACAM BENDE PELIK BERLAKU..AL MAKLUMLAH DI ERA AKHIR ZAMAN PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END

Saturday, November 14, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : KAWE NOK PITIH KAWE WEH..BUKE DUIT ENSAN!!!

KUALA LUMPUR – Isu minyak di Kelantan terus menjadi hangat apabila Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), terutama Pas, terus mendesak Kerajaan Pusat menyerahkan royalti, bukannya wang ihsan kepada negeri itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Kerajaan Pusat mesti patuh kepada undang-undang negara dan mendakwa Akta Petroleum Negara 1974 jelas menyebut negeri-negeri akan menerima lima peratus royalti hasil daripada segala aktiviti petroleum di negeri-negeri tersebut.

Menurutnya, keengganan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mematuhi undang-undang dalam perkara itu jelas membuktikan tujuannya menafikan hak rakyat Kelantan.

"Kita akan membangkitkan isu minyak ini pada sesi pembentangan bajet nanti. Sikap sesetengah pemimpin BN yang mahu membawa perkara ini ke mahkamah membuktikan mereka besar kepala," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Ditanya apakah tindakan Pas jika Kerajaan Pusat terus enggan membayar royalti kepada Kelantan, Salahuddin berkata: “Kita akan tunggu dan lihat dahulu. Kita akan ikut prosedur dan akan terus cuba berunding dengan Kerajaan Pusat. Tindakan mahkamah adalah jalan terakhir,” katanya.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mendakwa Kerajaan Pusat bersikap berat sebelah dalam isu royalti minyak di negeri Terengganu pada tahun 1999.

“Bagaimanapun, apabila Terengganu ditawan semula oleh BN pada Pilihan Raya Umum 2004, wang ihsan ditukar semula kepada wang royalti. Ini bukti betapa tidak adilnya Kerajaan Pusat,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, keengganan Kerajaan Pusat memberi royalti kepada Kelantan jelas melanggar peraturan negara.“Kerajaan yang sombong dan tidak adil serta melanggar undang-undang adalah amat tidak baik kepada pelabur asing. Mereka akan berfikir (dua kali) sebelum melabur dalam negara ini,” katanya.

Dewan Pemuda Pas Kelantan juga menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, mengenai isu pembayaran royalti.

Ia membuat tiga tuntutan daripada Perdana Menteri, iaitu menarik balik pengumuman Kerajaan Pusat membayar wang ihsan kepada Kelantan, membuat pengumuman akan membayar wang royalti dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas penafian hak terhadap wang royalti selama ini.

Isu minyak Kelantan timbul apabila negeri yang diperintah Pas sejak 1990 itu menuntut wang royalti daripada aktiviti petroleum di Blok Cakerawala yang bermula sejak 2005.Pada akhir 2007, dianggarkan 8.5 trilion kaki padu petroleum dan gas daripada 22 kawasan telah dijumpai di kawasan perairan Kelantan yang terletak dalam Teluk Thailand.

Dalam laporan Jabatan Statistik 2009, negeri Kelantan disenaraikan antara empat negeri yang mempunyai aktiviti petroleum. Negeri-negeri lain adalah Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Jebat_Berani : DEMO NIH TOK PEHE KO BUAK BUAK TOK PEHE..AMBO SEKEH BARU RETI BASO KALI..AMBO NOK PITIH AMBO LA..BUKE PITIH ENSAN DEMO..NIE LA SERO NOK BAKAR JAH PEJABAT P.END NIH(acah jah lamo khe nyo igat pulok)

SUSOH SANGAT KO DEMO NIH NOK PEHE KEHENDOK KERAJAAN KELATE..WI JAH PITIH HOK MEME DOH SEMO ORE TAHU HOK KELATE..BAKPO GAK DOK NOK AFI LAGI..EEE NIE AMBO GERE NIH..TOK LEH KECEK BANYOK NATI LAMO KHE ADO HOK TERBAKA..

ZAMBRY JATUH MB : PENYELEWENGAN PROJEK PERHUTANAN OLEH KHIR TOYO

Fail OSA Dedah Penyelewengan Projek Perhutanan Dr Khir Toyo
Jajarkan ke Tengah

Projek pemulihan hutan yang diwar-warkan bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo boleh membawa keuntungan RM800 juta kepada negeri Selangor dalam masa 20 tahun sebenarnya hanya mampu menjana tidak lebih dari RM500 ribu sahaja.
Projek usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan syarikat swasta ini dibuat dengan hasrat untuk mengimbangi pembangunan fizikal dan alam sekitar, namun bukan sahaja projek ini tidak menguntungkan kerajaan negeri, sebaliknya ia menjadi lapahan syarikat-syarikat kroni Umno-BN.

Kejadian ini didedahkan fail Akta Rahsia Rasmi yang dibuka Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. Bercakap kepada media selepas sidang Dewan Undangan Negeri, Khalid berkata butiran perjanjian yang di dalangi Dr Khir Toyo ini hanya menguntungkan syarikat-syarikat swasta semata-mata.

“Lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka antaranya Bukit Tarek, Rantau Panjang, Hutam Simpan Jeloh dan Bukit Belata. Syarikat-syarikat swasta telah diberi hutan-hutan ini," kata Khalid."Mengikut kenyataan kerajaan sebelum ini, dia dah janji nak bagi hutan kepada syarikat-syarikat terbabit.

Pada tahun 2001, Khir bin Toyo berkata PKPS dijangka mengaut keuntungan RM800 juta dari hasil kayu-balak, hasil pajakan tanah dan royalti," tegas Khalid.Dokumen sulit ini mendedahkan empat projek ini dimeterai antara 2001 hingga 2007, membabitkan tanah seluas 11,000 hektar. Kawasan tanah hutan simpan ini dibahagi-bahagikan dan dipajakkan selama 50 hingga 60 tahun kepada 11 syarikat swasta untuk projek penanaman semula hutan dengan kayu-kayan komersil seperti Jati, Sentang dan Getah.

Khalid berkata dokumen-dokumen ini menunjukkan corak bagaimana projek usahasama diagihkan kepada sekelompok kecil manusia, yang melalui syarikat yang berbeza, turut merebut projek-projek lain.Bahkan sebahagian dari projek-projek sebegini rupa disalurkan kepada syarikat yang tidak aktif, yang dari pengamatan tokoh korporat ini, tidak mempunyai kepakaran untuk menjalankan projek perhutanan semula.

Pemimpin Umno yang disebut sebagai pengarah di syarikat-syarikat terbabit ketika perjanjian dimeterai adalah bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan Adun Sementa Datuk Abdul Rahman Palil.“Khir Toyo nak gantikan hutan ni dengan pokok getah tetapi setengah syarikat terbabit pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah.

Apa yang syarikat Guthrie boleh peroleh pada harga dua ringgit, tetapi di tangan syarikat-syarikat ini, benih getah yang mereka peroleh mencecah RM25 ringgit," ujar Khalid.Khalid berkata ketelusan melindungi wang pembayar cukai dan berharap pendedahan ini dapat mendidik rakyat betapa pentingnya Akta Kebebasan Maklumat supaya semua pemimpin politik lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
Sumber : TV Selangor

Jebat_Berani : SEORANG YANG SANGAT LANTANG BILA MENYUARAKAN KESILAPAN ORANG LAIN WALAUPUN ADAKALANYA KESILAPAN ITU TIDAK WUJUP MALAH DIREKA-REKA DEMI MEMBURUKKAN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR SEHINGGAKAN TERLUPA DIRI SENDIRI BERBUAT PERKARA YANG LEBIH DASYAT KETIKA BERKUASA..

PRILAKU KHIR TOYO INI SANGAT SESUAI DIGAMBARKAN DENGAN PRIBAHASA KUMAN SEBERANG LAUT KELIHATAN SEDANGKAN GAJAH DEPAN MATA TIDAK KELIHATAN..KHIR TOYO DILIHAT TERLALU CUBA UNTUK MEMBURUKKAN PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR.BELIAU SEOLAH-OLAH TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT BAHAWA KEHIDUPAN RAKYAT SELANGOR DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KINI LEBIH BAIK BERBANDING KETIKA ERA PENTADBIRANNYA..

BELIAU SEPATUTNYA MENERIMA DAN SEDAR BAHAWA RAKYAT SELANGOR TELAH MENOLAK PENTADBIRAN BELIAU SEBELUM INI KERANA MENYEDARI WUJUBNYA KETIDAK JUJURAN DALAM PENTADBIRAN BELIAU..NAMUN APAKAN DAYA,KHIR TOYO UMPAMA ORANG YANG 'GILA TALAK' KERANA TIDAK MAMPU MENERIMA HAKIKAT BAHAWA BELIAU SUDAH TIDAK DITERIMA RAKYAT LAGI...

SIKAP TIDAK AMANAHNYA AKAN TERUS DIDEDAHKAN DAN BELIAU AKAN MENERIMA HUKUMAN DI ATAS PERBUATANNYA SELAMA INI..

ZAMBRY JATUH MB : BILA SUMBANGAN IKHLAS DIKATAKAN RASUAH

KOTA BAHARU- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber: BERNAMA

Jebat_Berani : BETAPA BUSUKNYA HATI MANUSIA YANG SANGGUP MENABUR FITNAH SEHINGGA MENYEBABKAN TERHALANGNYA NIAT SUCI TOK GURU NIK AZIZ YANG INGIN MENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN SEKALIGUS JUGA MENGHALANG NIAT MURNI SEORANG HAMBA ALLAH YANG INGIN MENYUMBANGKAN TAJAAN BUAT TOK GURU NIK AZIZ MENUNAIKAN UMRAH..

MEREKA MENGAITKAN SUMBANGAN ITU SEUMPAMA RASUAH YANG BIASA DITERIMA OLEH PIMPINAN MEREKA.SEDARKAH DAN TAHUKAH MEREKA BAHAWA BEGITU RAMAI INDIVIDU YANG INGIN MENAJA TOK GURU NIK AZIZ MENUNAIKAN HAJI TANPA MENGHARAPKAN SEBARANG BALASAN.HAMBA SENDIRI PUN JIKA BERKEMAMPUAN JUGA INGIN MENAJA TOK GURU MENUNAIKAN HAJI..

MENGAPA BEGITU RAMAI ORANG YANG INGIN MENAJA TOK GURU NIK AZIZ MENUNAIKAN HAJI..TAK LAIN DAN TAK BUKAN ADALAH KERANA RASA KAGUM DAN HORMAT YANG TERAMAT SANGAT KEPADA TOK GURU DI SAMPING MENGHARAPKAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T.. PERKARA INI BUKALAH SESUATU YANG BARU DAN PELIK BAGI KITA..

SEOARANG ULAMAK YANG DILIHAT SANGAT BERJASA KEPADA MASYARAKAT SUDAH TENTU AKAN MELALUI APA YANG DILALUI OLEH TOK GURU NIK AZIZ..MALAH PERKARA SEUMPAMA INI JUGA BIASA TERJADI KEPADA PENDAKWAH ATAU KETUA-KETUA AGAMA LAIN..SEMUA INI HANYA KERANA RASA HORMAT YANG SANGAT TINGGI MEREKA TERHADAP PIMPINAN AGAMA MEREKA..

CUMA BAGI ORANG YANG BERNIAT JAHAT SAHAJA MELIHAT PERKARA INI DARI SUDUT YANG SALAH..MEREKA BERNIAT UNTUK MENJATUHKAN IMEJ TOK GURU NIK AZIZ DI MATA MASYARAKAT..MEREKA SANGGUP MELEMPARKAN FITNAH SEBEGINI KEPADA SEORANG ULAMAK YANG SANGAT DIHORMATI DAN DIKAGUMI RAMAI ORANG HANYA KERANA INGIN MENJAYAKAN MATLAMAT POLITIK MEREKA..

INGATLAH JANGAN SAMPAI NANTI KEMURKAAN ALLAH MENIMPA DIRI KERANA MENGFITNAH PEWARIS NABI BARULAH KESEDARAN DAN KEINSAFAN WUJUB DALAM DIRI..SEMENTARA MASIH ADA WAKTU MAKA SEGERALAH BERTAUBAT..LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!

Friday, November 13, 2009

ZAMBRY JATUH MB : SIASATAN SPRM GAGAL KERANA TIADA KERJASAMA??

PUTRAJAYA: Saksi 'belot' atau keengganan saksi bekerjasama antara punca kebanyakan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), gagal disabitkan di mahkamah atau kalah dalam perbicaraan.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, berkata kebanyakan kes yang disiasat berakhir tanpa pertuduhan kerana gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada saksi."

Ada di antara saksi yang enggan menyatakan perkara sebenar atau sengaja melindungi orang yang melakukan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan."

Malah, ada saksi yang gagal dikesan untuk memberi keterangan di mahkamah, atau saksi memberi keterangan yang bercanggah dan ada saksi yang sengaja menyatakan 'tidak ingat' apabila ditanya soalan berkaitan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

sumber: Harian Metro

JEBAT_BERANI:BARANGKALI KERANA INILAH SPRM APABILA MENYOAL SIASAT SAKSI MELAKUKAN KEKERASAN DAN JUGA UGUTAN..INI KERANA MEREKA GAGAL MENGUNAKAN PENDEKATAN PSYIKOLOGI DALAM MELAKUKAN SOAL SIASAT..

PENDEKATAN SEPERTI INI ADA KALANYA RELEVEN TETAPI KEKERASAN YANG DIGUNAKAN OLEH SPRM DIBIMBANGI BOLEH MENGAKIBATKAN KEMATIAN LEBIH-LEBIH LAGI SETELAH APA YANG DILALUI OLEH TEOH BENG HOCK YANG MANA MENDIANG TELAH MATI DI DALAM KAWASAN PEJABAT SPRM...

SPRM SEPATUTNYA MENJALANKAN SIASAT SECARA BERHEMAH DAN TIDAK MENGANCAM NYAWA ORANG YANG DISIASAT..ANDAI KATA PERISTIWA YANG BERLAKU KEPADA TEOH BENG HOCK BERULANG SUDAH SEMESTINYA KREBILITI SPRM AKAN DIPERTIKAIKAN DAN JUGA DIPERSOALKAN...

ZAMBRY JATUH MB : P-END NAJIB BIKIN TELINGA BERASAP BERAPI



Artikel ini dicilok dari blog http://peranaksama.blogspot.com/


Wah...JomoSama rasa agak `berasap' telinga bila lihat PM kita berucap dalam perhimpunan parti Gerakkan baru-baru ini. Maklumlah...dah jadi Perdana Menteri, Presiden parti UMNO.. gayapun mesti hebatkannnn!!!

Tapi...bila timbul persoalan teguran atau pertanyaan wakil rakyat Sri-Gading tentang perlantikan Presiden Gerakkan yang kalah PIRU ke-12 tu, kedalam kabinet menteri persekutuan.. tiba-tiba JomoSama nampak macam yang berucap kat screen TV tu bukan PM kita.. tapi, seseorang yang sudah lupa diri dan besar kepala.

`SAYA ADALAH PERDANA MENTERI NEGARA INI,SAYA JUGA PRESIDEN PARTI UMNO DAN JUGA PENGERUSI BARISAN NASIONAL, TINDAKAN SAYA JANGAN DIPERSOAL,SESIAPA SAJA YANG SAYA LANTIK JANGAN DIPERTIKAI..." antara lain petikan ucapan TUAN PERDANA MENTERI MALAYSIA kita malam itu.

Amboiii....wakil rakyat BN Sri-Gading tu bertanya atau mempersoalkan apakah kewajarannya Tan Sri Koh Tsu Koon dilantik kejawatan yang setaraf dengan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri..nampak macam perlu diperbaiki atau dibuat sesuatu agar ianya lebih berkesan. Bukannya nak mempersoalkan siapa PERDANA MENTERI, SIAPA PRESIDEN PARTI atau PENGERUSI BARISAN NASIONAL...???

Yang bertanya itupun adalah antara orang-orang yang menyokong perlantikan seorang PERDANA MENTERI, seorang PRESIDEN PARTI UMNO dan PENGERUSI BARISAN NASIONAL.. takkan tak boleh bertanya?? Apa pula rasionalnya dengan perlantikkan itu...kalau nak dengar `SUARA' parti GERAKKAN, gunalah cara yang biasa digunakan pada anggota-anggota BN yang lain... apa salahnya!!

Kalau itulah alasannya, bagaimana dengan Presiden MIC, IPP, parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak... kenapa tak lantik mereka dalam Kabinet persekutuan?? Kenapa dengan Tan Sri Koh Tsu Koon sahaja??

Kalau tiada wakil rakyat BN Sri-Gading, atau tiada sapa-sapa yang calonkan dan menyokong perlantikkan seseorang PERDANA MENTERI,PRESIDEN PARTI dan PENGERUSI BARISAN NASIONAL.. boleh ke kita suka-suka lantik diri kita pegang jawatan tu, Datuk Seri..??? Tak boleh ke sesiapa mempersoalkan atau bertanya tentang tindak tanduk ketua mereka?? SEJAK BILA PULA KITA LANTIK STALIN JADI PM MALAYSIA NI???

jebat_berani: INILAH BARANGKALI MAKNA SLOGAN 1 MALAYSIA YANG DI LAUNGKAN P-END NAJIB KITA.."1 MALAYSIA AKU YANG BERKUASA'1 MALAYSIA AKU SAHAJA YG LAYAK BERSUARA,1 MALAYSIA AKU SAHAJA YANG SERBA TAHU,1 MALAYSIA AKU SAHAJA YANG LAYAK BUAT KEPUTUSAN,1 MALAYSIA AKU SAHAJA MEMERINTAH....KEPADA YANG MENYOKONG 1 MALAYSIA..RENUNG-RENUNGKANLAH DAN JIKA ADA MAKSUD LAIN DISEBALIK 1 MALAYSIA..TOLONGLAH KABARKAN KEPADA HAMBA KERNA APA YANG HAMBA TAHU..1 MALAYSIA BUAT 1 MALAYSIA PENING KEPALA..HUHUHUHU

Wednesday, November 11, 2009

NAJIB ANTATUYA: NAK POTONG POTONG AJA LAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan 'potong' secara berulang-kali dalam iklan itu.


Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.


"Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.


Terdahulu Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir.


"Bila kita kata potong ini... lucah sangat la... kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada amalan bersunat).


"Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah," katanya.


Bagaimanapun hasrat Mohamad untuk berhujah mengenai pengwujudan Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meminta beliau meringkaskannya.


"Yang Berhormat, sila ringkaskan, saya tidak mahu menggunakan perkataan 'potong' pada Yang Berhormat," katanya, berseloroh.


Mendengar teguran itu, Mohamad segera menghentikan hujahnya dengan berkata: "Jadi begitu saya tidak kena potonglah," yang mengundang ketawa anggota dewan. BERNAMA


SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/117105


ADUHAI BENDE MACAM NIE PON NAK JADI HAL..KALAU BETUL PON PENONTON IKLAN TERSEBUT MENYANGKA POTONG TUE MACAM SUNAT LUCAH KE?SUNAT TUE LUCAH KE??TAK FAHAM BETUL HAMBA..INGAT MENTALITI MASYARAKAT MALAYSIA NIE RENDAH SANGAT KE SAMPAI TAK BLEH NAK FAHAM MAKSUD IKLAN TERSEBUT...CARILAH ISU LAIN UNTUK DIBINCANGKAN DI PARLIMEN..BUAT SEDIH RAKYAT PILIH KO ORANG JADI AHLI PARLIMEN JERK KALAU ASYIK DOK BINCANG ISU SEKECIL INI..MACAMLAH KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN RAKYAT DAH SELESAI SEMUA SAMPAI TAKDE BENDA DAH YANG NAK DIBINCANGKAN...

NIZAR VS ZAMBRY:SULTAN TAK BERKUASA PECAT NIZAR


“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.


Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.


Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

SUMBER : http://peguampas.blogspot.com

HAMBA MENYERU PADA YANG BERKENAAN..JIKA BENAR SAYANGKAN NEGERI PERAK DAN RAKYATNYA MAKA BUBARKANLAH DUN PERAK DAN KEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT PERAK MENENTUKAN PIHAK YANG BERHAK MEWAKILI KERAJAAN NEGERI PERAK DAN JUGA RAKYAT PERAK..KEMBALIKAN KEDAULATAN DAN KEMAKMURAN NEGERI PERAK...