WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, April 2, 2010

UM-NO/BE-END GUNA TAKTIK JAHAT HALANG PENDEDAHAN DATO SERI ANWAR!!

KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan hari ini untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.

Menurutnya juga, kerajaan telah memberi masa kepada Anwar untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan itu namun mendakwa Anwar tidak menyatakan bukti kukuh dalam penghujahannya dalam isu itu.

"Setelah mengkaji ucapan beliau, saya dapati beliau tidak menunjukkan bukti kukuh untuk kenyataan beliau itu. Apco sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar itu," katanya.

Beliau turut mendakwa penjelasan Anwar di Dewan Rakyat semalam tidak berasas.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terdiri daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Ahli-ahli lain adalah Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang Dipertua (BN-Beluran), Razali Ibrahim (BN-Muar), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Puan Hajah Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa a/l K. Rasiah (PKR-Subang) dan Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Berkenaan prosedurnya pula, beliau memberitahu, beliau akan membentangkan usul itu untuk dibahaskan, kemudiannya beliau akan menjawab perbahasan tersebut sebelum proses pengundian dijalankan.

Selepas itu, jawatankuasa akan membincangkan perkara itu sama ada bersetuju atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

Beliau juga menegaskan tidak akan menjawab sebarang soalan berhubung isu berkenaan dalam sesi penggulungannya pada petang ini.


Kes Gobind

Sebelum itu, anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung keahliannya selama setahun melalui satu usul yang dikemukakan Nazri kepada Dewan Rakyat.

Selepas usul itu dibacakan Nazri, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafsirkan Perintah Tetap.

Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.

Dengan majoriti yang ada pada BN, usul itu diluluskan. Semua anggota Pakatan Rakyat meninggal Dewan ketika undi dibuat.

Kini, Nazri mencadangkan agar Anwar dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen untuk dibincangkan dahulu sebelum dikemukakan kepada sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub pernah mencadangkan Nazri di bawa kepada Jawatankuasa yang sama dengan dakwaan beliau berbohong di Parlimend dalam isu royalti minyak, namun permohonan itu ditolak oleh Speaker.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA UM-NO/BE-END MENGGUNAKAN TAKTIK KOTOR APABILA CUBA MENGHALANG PENDEDAHAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERKAITAN DENGAN APCO DENGAN CUBA MENGHERET BELIAU KEPADA JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN AHLI PARLIMEN..JIKA SEBELUM INI GIBIND SINGH MENJADI MANGSA UM-NO/BE-END DENGAN KAEDAH YANG SAMA,KINI PUAK-PUAK UM-NO/BE-END SEKALI LAGI MENGGUNAKAN TAKTIK YANG SAMA TERHADAP DATO SERI ANWAR IBRAHIM..

NAMUN APAKAH TAKTIK INI AKAN BERJAYA MENGHALANG DATO SERI ANWAR IBRAHIM DARI TERUS MENDEDAHKAN SALAH-LAKU DAN KEPINCANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN P-END NAJIB ALTANTUYA??PADA HAMBA TIADA SATU PUN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END BAGI MENGHALANG DATO SERI ANWAR DARI MENYATAKAN KEBENARAN...TINDAKKAN MEREKA HANYA MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT DAN PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH DATO SERI ANWAR IBRAHIM....

DATO SERI ANWAR IBRAHIM SAMAN KHAIRY

Kes saman fitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditetapkan untuk pengurusan kes akhir pada 12 Mei.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Wan Nursalena Wan Abdullah menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam Anwar, S Prakash dan A Sarah Maalini yang mewakili Khairy.

Prakash berkata, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak supaya mengemukakan dokumen bersabit dengan kes itu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes saman berkenaan.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 September 2007 dengan mendakwa bahawa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, memfitnah beliau dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa kenyataan berbaur fitnah Khairy itu disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : BARU BERTEMU BUKU DENGAN RUAS...KITA TENGOK BAGAIMANA KHAIRY AKAN MENYELAMATKAN DIRINYA DARI DISAMAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM..APAKAH BELIAU KAN MENANGIS MERAYU-RAYU KEPADA BAPA MENTUANYA AGAR MENYELAMATKAN BELIAU ATAU BELIAU AKAN MEMINTA BANTUAN SEPUPUNYA NAJIB ALTANTUYA,SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.....

CRAZY FROG NAIK ANGIN!!!!


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.

Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.Sebaik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”

Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan."Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.

Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB.Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.

Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : MARAH SUNGGUH NAMPAKNYE PRESIDEN PERKOSA NIH..OPSSS!!PERKASA BUKAN PERKOSA..KAN NANTI MAKIN BERTAMBAH HANGIN PLAK KATAK PLASTIK NIE...NANTI MAUNYE BANJIR MALAYSIA KALAU KATAK PLASTIK NIE MENGAMUK....HAHAHAHAHA

NAMPAKNYE BERSUNGGUH-SUNGGUH SIKATAK PLASTIK NIE MEMPERJUANGANKAN PERJUANGAN ASSOBIYAH...APAKAH BELIAU LUPA DAN TIDAK SEDAR BAHAWA MALAYSIA INI DIHUNI PELBAGAI KAUM YANG SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN DAN MEMAJUKAN NEGARA INI..APAKAH SIKATAK PLASTIK INI MAHU MENAFIKAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH LAIN-LAIN KAUM??

TIDAK SALAH MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU..TAPI JANGAN PULA SAMPAI KITA MENAFIKAN HAK KAUM LAIN UNTUK SAMA-SAMA MENIKMATI KEMAKMURAN BUMI MALAYSIA..HAMBA SEBAGAI KAUM MELAYU JUGA TIDAK BERSETUJU JIKA KITA MENAFIKAN HAK KAUM LAIN UNTUK SAMA-SAMA MENIKMATI APA YANG ADA DALAM NEGARA INI..

DAN APA YANG LEBIH UTAMA IALAH ISLAM SENDIRI SANGAT-SANGAT MEMBENCI SIKAP ASSOBIYAH INI...MALAH NABI MUHAMMAD S.A.W TIDAK MENGAKU UMAT TERHADAP MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN ASSOBIYAH INI..SEPATUTNYA SIKATAK PLASTIK INI BERJUANG MENDAULATKAN ISLAM BUKANNYA MEMPERJUANGKAN SIKAP PERKAUMAN SEPERTI YANG BELIAU SERING LAKUKAN...

Wednesday, March 31, 2010

PRK HULU SELANGOR : UM-NO KA @ MIC KA....



MIC diminta berkorban dengan menyerahkan kerusi parlimen Hulu Selangor kepada Umno yang lebih berpeluang untuk merampasnya semula dalam pilihan raya kecil akan datang.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abibin Ahmad yang meninggalkan kerana barah otak, khamis lalu.

"MIC kena berkorban, pilihan raya kecil ini penting kerana ia adalah pertama kali di Selangor selepas (negeri itu) terlepas kepada Pakatan Rakyat," kata sumber Umno Selangor.

"Ia akan menjadi kayu pengukur, apa salahnya (diberikan kepada Umno) kerana ia adalah kejayaan parti, bukan kejayaan individu atau kejayaan sesuatu kaum.

"Dalam pilihan raya umum ke-12 kita kena ambil kira pandangan akar umbi. Atas semangat persefahaman kita akan serah salah satu daripada kerusi milik umno kepada MIC.

Sumber itu berkata, sebagai gantinya, pucuk pimpinan parti barangkali boleh menjanjikan mana-mana kerusi milik Umno untuk diserahkan kepada MIC.

Menurutnya, selama ini, Umno memberikan kerusi sama ada parlimen atau DUN untuk ditandingi calon MIC di kawasan yang majoriti pengundi Melayu, antanya di parlimen Kota Raja dan DUN Batu Caves, Sri Andalas dan Ijok.

"Kerusi yang ditandingi MIC majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Umno berikan atas dasar persefahaman (sebagai komponen BN) dan Umno memberi MIC peluang untuk bertanding di situ.

"Oleh itu, kita hendak kepada pengorbanan MIC (serahkan kerusi parlimen Hulu Selangor), supaya pilihan raya kecil kali ini menjadi mudah (untuk menang)," katanya.

Sumber-sumber itu berkata, berdasarkan tanda atau isyarat dalam pilihan raya yang lalu, terdapat penolakan akar umbi terhadap calon MIC yang bertanding.

"Berdasarkan konsep 'rakyat didahulukan' apa salahnya mengambil kira pandangan akar umbi. Pengorbanan MIC amat kita harapkan. Namun, ini tidak bererti kita mengingkari persahabatan dalam BN.

"Pengorbanan MIC dalam pilihan raya kecil ini amat penting supaya BN diterima kembali di Selangor. Kita letak calon pilihan akar umbi," katanya.

Menurutnya, terdapat ramai calon dari Umno yang layak dipertimbangkan, antaranya, naib ketua bahagian, Datuk Adnan Buyong; setiausaha bahagian, Nazri Dahalan; ketua Pemuda, Mahmud Kassim dan juga ketua Wanita bahagian, Rosni Sahar yang juga setiausaha wanita Umno pusat.

Sementara itu, BN Selangor yang bermesyuarat malam tadi telah membincangkan mengenai persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mesyuarat selama dua jam setengah itu dihadiri oleh 70 pemimpin BN negeri dari Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Bagaimanapun, Malaysiakini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut tidak menyentuhkan tentang calon BN yang bakal bertanding di situ.

Difahamkan, pengarah pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Noh Omar yang mempengerusi mesyuarat tersebut, memaklumkan bahawa pemilihan calon akan diputuskan oleh pucuk pimpinan BN pusat

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR BAKAL MENYAKSIKAN SEJAUH MANA KESEPAKATAN PARTI-PARTI DALAM BARISAN NASIONAL..UMUM MENGETAHUI BAHAWA KERUSI HULU SELANGOR ADALAH KUOTA MIC SEBAGAIMANA YANG TELAH DIPERSETUJUI DALAM PAKATAN BARISAN NASIONAL..

NAMUN KINI TELAH MULA KEDENGARAN DESAKKAN DARI PUAK-PUAK UM-NO YANG MAHU MIC MEMBERI LALUAN KEPADA MEREKA UNTUK BERTANDING KERUSI HULU SELANGOR INI..DESAKKAN INI PASTI AKAN MEMBUATKAN PUAK-PUAK MIC NAIK BERASA TIDAK PUAS HATI..SITUASI INI PASTI MEMBERI TEKANAN KEPADA P-END NAJIB ALTANTUYA..

KEADAAN INI JUGA BAKAL MENGUJI KEMAMPUAN P-END NAJIB ALTANTUYA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN SIAPAKAH YANG BAKAL BERTANDING DI HULU SELANGOR NANTI..JIKA TERSILAP LANGKAH PASTI ADA PIHAK SAMAADA DARI UM-NO ATAU MIC YANG AKAN MEMPROTES CALON YANG DI PILIH BE-END NANTI..SITUASI INI JELAS SEKALI MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PAKATAN RAKYAT YANG SEMEMANGNYA SALING BERPAKAT ANTARA SATU SAMA LAIN TIDAK SEPERTI PUAK-PUAK DALAM BE-END..

P-END NAJIB ALTANTUYA HINA BAHASA MELAYU??!!

Mana laungan keramat "Rakyat Didahulukan" seperti yang diwar-warkan selama ini?. Sungguh mengecewakan dan amat mengejutkan bilamana Najib lebih mengutamakan golongan tertentu dalam membentangkan sesuatu yang penting untuk rakyat Malaysia.

Langkah Perdana Menteri, Najib Razak yang mengumumkan kandungan kerangka Model Ekonomi Baru (MEB) di Persidangan Invest Malaysia 2010 amatlah menducitakan rakyat terutamanya mereka yang berada di luar bandar. Apa tidaknya, Najib lebih mengutamakan pelabur, golongan korporat dan orang luar bila menggunakan Bahasa Inggeris ketika membentangkan MEB.

Apa salahnya ia dilakukan dalam satu program khas buat semua rakyat. Apalah gunanya menyuruh rakyat menanti ucapannya semata-mata untuk melihat beliau berkata-kata, sedangkan mereka tidak memahaminya. Siarang langsung ucapan beliau yang disiarkan oleh TV3 pagi tadi sesungguhnya menyebabkan ramai rakyat yang mengeluh.

Bukan kerana memikirkan apa yang ditawarkan oleh kerajaan Najib, tetapi mereka keliru tentang apa yang disampaikan oleh PM itu. Adalah lebih elok, pihak TV3 menyediakan sarikata di dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan semua rakyat memahaminya. Ternyata, pemimpin seperti Najib gagal mendahulukan rakyat dalam hal ekonomi seperti ini.

Ia jelas menunjukkan bahawa memang Najib mengagung-agungkan Bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda tercinta. Maka itu kita tidak hairan UMNO amat menyanjung tinggi Bahasa Inggeris dalam pendidikan daripada memartabatkan Bahasa Melayu itu sebenarnya.

Sumber : Pahang daily Online

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SEKALI LAGI P-END NAJIB ALTANTUYA GAGAL MEMAHAMI KEHENDAK DAN KEPERLUANN RAKYAT..UNTUK SIAPAKAH BELIAU MEMBENTANGKAN KERANGKA MODEL EKONOMI BARU (MEB)??MENGAPA PERLU BELIAU MENGUTAMAKAN PELABUR ASING LEBIH DARI RAKYATNYA SENDIRI?APAKAH INI YANG DIMAKSUDKAN BELIAU DENGAN SLOGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN"..??

APAKAH P-END KITA TIDAK YAKIN DENGAN KEUPAYAAN BAHASA MELAYU??APAKAH P-ENG NAJIB ALTANTUYA MEMANDANG RENDAH TERHADAP BAHASA MELAYU??ATAU APAKAH P-END NAJIB ALTANTUYA SEBENARNYA TIDAK BERHASRAT UNTUK MEMAHAMKAN RAKYAT DENGAN APA YANG DIBENTANGKAN BELIAU??APAKAH BELIAU MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI SEHINGGA MEMBUATKAN BELIAU MEMILIH UNTUK MEMBENTANGKAN MEB INI DALAM BAHASA INGGERIS AGAR TIDAK DIFAHAMI RAKYAT KEBANYAKKAN??

WALAU APA PUN ALASAN P-END NAJIB ALTANTUYA YANG JELASNYA BELIAU TELAH MENGHINA RAKYAT DAN JUGA BAHASA MELAYU..BELIAU JELAS MENGUTAMAKAN PELABUR ASING LEBIH DARI RAKYATNYA SENDIRI..INI NYATA SEKALI BERBEZA DENGAN APA YANG SERING BELIAU LAUNGKAN SELAMA INI MELALUI KONSEP 1MALAYSIA YANG BELIAU BANGGAKAN..MUNGKIN BAGI PUAK-PUAK UM-NO/BE-END MELIHAT PERKARA INI ADALAH SATU ISU YANG REMEH,NAMUN KETAHUILAH BAHAWA KESANNYA AMAT MENDALAM DI DALAM JIWA RAKYAT MALAYSIA...PERBUATANN NAJIB ALTANTUYA INI SANGAT MENGHAMPAKAN RAKYAT KEBANYAKKAN YANG BEGITU TERNANTI NANTIKAN PEMBENTANGAN MEB INI..

SEPINTAS LALU DI SIDANG DUN PERAK



Terkini 11.26 am : Kenyataan Dato Ngeh
Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis.Keselamatan kami tergugat dan kami mohon jaminan.Saya mendapati agenda berikut tidak ada perbahasan, apa sudah jadi?Polis yang datang hari ini dibawa dari banyak tempat termasuk yang saya kenal sekumpulan dari Manjung.

Terkini 11.21 am : Kenyataan Speaker Sivakumar
Saya tidak nampak media dalam dewan yang seharusnya diketahui oleh rakyat umum.Sepatutnya media semua pihak dan blogger dibenarkan masuk .Persoalan kenapa ini dibuat dan telah mencemar demokrasi.

Terkini 11.20 am : Kenyataan Media Ds.Nizar
Kami baru balik dari perhimpunan polis, tetapi kami bersama DYMM Pemangku Perak dalam acara perasmian tadi.Kami dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa. Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN,kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk.

Hampir 15 minit kami tergendala disitu dan ini cara baru yang dilakukan BN untuk halang kami masuk .Kami lihat dalam galeri penuh dengan polis dan dewan dipenuhi polis. Ini pencemaran dan kami bantah dan kondem dengan arahan kepada polis yang tidak sepatutnya.

Inilah sebab kami ajak berbincang dengan tujuan kami bersidang dengan licin dan mohon sidang selama 5 hari namun ditolak.

Saya juga membisikkan kepada Ganesan tadi dia juga senyum.Kami dapat sms tadi kalau ada kekecohan dalam dewan, kami akan ditangkap, dan saya anggap benar kerana dalam dewan begitu ramai polis.

BN menggunakan cara mengasing-asingkan tempat laluan masuk dewan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Terkini 11.11 am : Kami meninggalkan dewan dan berjalan kaki menuju Wisma DAP
Kami keluar dari bangunan dewan dan dengan berjalan kami singgah sebentar di bawah pokok demokrasi dan sempat saya membuat jenaka dengan cadangan supaya diadakan sidang bawah pokok, dan mendapat perhatian dari pihak polis yang ada disitu. Mungkin mereka ingat kami serius atau betul-betul....

Terkini 10.54 am : Sidang Media Satu sidang media akan diadakan sebentar lagi, semua ADUN PR masih berada di dalam dewan. Dan secara baik mengadakan perbincangan dengan ADUN BN. Kelihatan Tajol Rosli berkata sesuatu kepada Dato Ngeh sambil diperhatikan oleh ADUN yang lain.

Terkini 10.46 am : Bacaan Doa

Terkini 10.42 am : Bacaan doa oleh Mufti Perak, DYMM Pemangku Raja Perak selesai merasmikan Dewan Perak.

Terkini 10.45 am : Bacaan doa selesai, Ganesan tangguhkan dewan dan umum dewan ditangguh ke hari Rabu(esok) jam 10 pagi.

Terkini 10.46 am : DYMM Raja Nazrin meninggalkan dewan.

Terkini 10.48 am : Setelah Raja Nazrin meninggalkan dewan semua polis berbaju biru meluru masuk mengambil tempat tadi,benar mereka hanya berlakon.

Terkini 10.28 am : Polis yang berkawal didepan Ganesan meninggalkan tempatnya
Macam berlakon, bila Pemangku Raja Perak masuk ke dalam dewan tadi, lalu semua polis itu meninggalkan tempat mereka berdiri.Sebelum itu ADUN Pengkalan Hulu sempat mempertahankan mereka yang tidak dikenali yang berbaju biru itu adalah untuk menjaga keselamatan Pemangku Raja Perak.Namun ternyata Tajol Rosli berbohong apabila Pemangku Sultan masuk lalu mereka meninggalkan bahagian depan pentas utama.Mungkin mereka menjaga kerusi Ganesan takut dirampas oleh kami???

Terkini 10.14am : Semua ADUN hadir.Semua ADUN PR dan BN berjumlah 59 orang berada dalam dewan mengikuti Majlis Perasmian oleh Pemangku Raja Perak.

Terkini 10.13 am : Titah Ucapan Perasmian.DYMM Pemangku mulai masuk ke dewan dan memulakan titah ucapan perasmian sidang hari ini.

Terkini 10.11 am : Sivakumar menuju ke kerusi Speaker, Ganesan patah balik takut kerusi kena ambil.Apabila Sivakumar cuba menuju ke kerusi Speaker, Ganesan terus berpatah balik ke kerusinya takut diambil oleh Sivakumar sebentar tadi.

Terkini 10.09 am : ADUN PR terus protes supaya polis keluar.ADUN PR terus protes supaya polis keluar, sidang terhenti..Raja Muda belum masuk ke dalam dewan.

Terkini 10.06 am : Permohonan PR ditolak, sidang diteruskan.Selepas bacaan doa oleh SU Dewan Ganesan tetap meneruskan dewan dengan tidak mengindahkan permohonan dari Pakatan Rakyat.

Terkini 10.03 am : ADUN PR protes polis ramai dalam dewan, supaya keluar.ADUN PR diketuai oleh DS. Nizar protes dewan yang dipenuhi oleh ratusan polis dan menjamin dewan akan berjalan lancar walaupun dewan tiada polis, namun ditolak oleh BN.

Terkini 9.57 am : Kami akhirnya dibenar masuk setelah dihalang sekitar 15 minit.
Akhirnya kami dibenarkan masuk setelah berlaku perdebatan dipintu masuk E sebentar tadi.

Terkini 9.55 am: Kami dihalang untuk masuk.Polis tidak ada kerja diluar dan banyak berkumpul di luar dewan. Dalam bangunan dewan untuk menghalang kami masuk melalui pintu masuk yang kami pilih iaitu pintu E.

Terkini 9.40 am : Acara Pemeriksaan Perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak.Perbarisan tamat. Acara perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak. Raja Nazrin Shah.

Terkini 9.36 am : DYMM Raja Muda Perak tiba di bangunan dewan.DYMM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak selamat sampai di bahagian hadapan dewan negeri tempat perbarisan akan diadakan sebentar lagi.Semua tetamu termasuk dari Pakatan Rakyat berdiri untuk penghormatan bersama dengan lagu NegaraKu yang berkumandang.

Terkini 9.16 am : Speaker haram ambil tempat hormat perbarisan.Kelihatan speaker haram bersama setiausaha Kerajaan Negeri menerima tabik hormat dari pasukan perbarisan yang bertugas.

Terkini 8.56 am : Kami sampai di dataran tempat perbarisan Semua ADUN PR sudah sampai didewan tempat perbarisan yang akan diadakan pada jam 9.30pagi nanti.Maaf, saya sempat tersalah duduk di samping katak Changkat Jerin, mana tahu kalau ada media yang siarkan, jangan salah faham pula.Semua ADUN PR telah mengambil tempat masing-masing. Kami pilih tempat di bahagian belakang sekali.

Terkini 8.50 am : Pintu masuk penuh dengan polis.Keadaan pintu masuk bangunan dewan sesak dengan hampir 100 polis yang mengawal ketat pergerakan kami untuk masuk.

Terkini 8.46 am : Kawalan ketat sepanjang perjalanan ke dewan.Kami mendapat kawalan ketat sepanjang perjalanan ke dewan dan mendapat liputan yang meluas dari rakan media.

Terkini 8.44 am : Kami mula bergerak ke dewan.Semua ADUN PR mula bergerak ke dewan sebentar tadi.

Terkini 8.39 am : Masuk dewan pun pintu lain-lain.Menurut surat terakhir yang dihantar oleh Speaker haram dimana antara ADUN BN dan PR masuk ke dewan melalui lif dan pintu berasingan.

Terkini 8.34 am : Semua ADUN PR sudah berkumpul di Wisma DAP.Semua ADUN PR kini berada di Wisma DAP dan sedikit talimat sedang diadakan untuk kami.

Terkini 8.30 am : Wartawan cuma diletakkan dalam bilik audio bercermin gelap.Seorang wartawan yang bertugas memaklumkan kepada saya sebentar tadi bahawa mereka cuma dibenarkan duduk dalam bilik audio semacam bilik pemerhati bercermin gelap.
Ada kemungkinan mereka gagal untuk mengambil gambar apabila diletakkan dalam bilik gelap itu.

Terkini 8.27 am : 150 polis berpakaian biasa dalam bangunan dewan.Menurut maklumat yang kami terima juga didalam bangunan SUK sekarang terdapat sekitar 150 orang pegawai polis yang mengenakan pakaian biasa.Saya tidak pasti apakah strategi jahat yang diatur oleh BN pada sidang hari ini.

Terkini 8.25 am : Maklumat dikatakan talifon pun tidak dibenarkan masuk.Menurut maklumat yang saya terima alat rakaman akan dihalang masuk ke dalam dewan termasuk juga talifon. Kalau ini menjadi kenyataan maka sekali lagi ADUN PR dihalang untuk merakamkan perkara yang sebenar berlaku di dalam dewan.

Sekitar bangunan Dewan Negeri Perak kembali jadi "Zon Perang " Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.Banyak juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.Siapakah mereka ?

Terkini 7.14 am: Polis mula datang untuk buat kawalan.Seperti yang saya jangkakan dari awal, rupanya benar suasana sidang hari ini akan berlangsung dengan kawalan dari pihak keselamatan seperti sebelumnya sejak BN merampas kuasa di Perak.Saya menerima SMS dari ADUN Selingsing yang sampai ke lokasi lebih awal dimana pada mula katanya kelihatan 2 orang saja yang berligar disekitar pokok demokrasi.Selepas itu saya menerima sms berikutnya mengatakan mereka datang beramai-ramai seperti biasa.


Sumber : RAKYAT MARHAEN

DATO SERI ANWAR IBRAHIM JAWAB ISU APCO




Video:Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu. "Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa. Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan. Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang. "Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini. Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri. Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel "Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco? "Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya. Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu "Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies. "Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco. "Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. "Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya. Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel. Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya. Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel. Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting. "Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi. Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco. Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd. "Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan. "Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorangnya CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : SETELAH DICABAR MENJELASKAN ISU APCO DAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM TELAH MEMENUHI CABARAN TERSEBUT MAKA KALI INI KITA LIHAT PULA APA YANG BAKAL DIULAS OLEH P-END NAJIB ALTANTUYA..APAKAH BELIAU AKAN MEMILIH UNTUK MEMBISU ATAU MENJELASKAN ISU INI??APA SEKALIPUN PENJELASAN YANG BAKAL DIBERIKAN OLEH P-END NAJIB ALTANTUYA,KERAJAAN HARUS MENANGANGI ISU INI DENGAN TELUS DAN JIKA BENAR APCO ADA HUBUNG KAIT DENGAN ISRAEL MAKA SEBARANG KERJASAMA DENGAN SYARIKAT INI MESTI DIBERHENTIKAN SEGERA...

Tuesday, March 30, 2010

1MALAYSIA : MALAYSIA ANTARA 10 TERTINGGI AMBIL ARAK DI DUNIA


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3
Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : APAKAH TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN 1MALAYSIA DALAM MENANGGANGI ISU ARAK INI??APAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA HANYA MAHU BERDIAM DIRI TANPA MELAKUKAN SESUATU BAGI MENGATASI PERMASALAHAN YANG BERPUNCA DARI ARAK INI..

SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG DIISTIHARKAN SEBAGAI NEGARA ISLAM OLEH KERAJAAN 1MALAYSIA,SEHARUSNYA PIHAK KERAJAAN PUSAT MENAMBIL LANGKAH DRASTIK BAGI MENGGURANGKAN ATAU MENGHENTIKAN TERUS PENJUALAN ARAK INI...INI KERANA KEWUJUDAN PENJUALAN ARAK SECARA BERLELUASA DAN MENJADI SEBAHAGIAN SUMBER PENDAPATAN UTAMA NEGARA SAMA SEKALI TIDAK MENCERMINKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAJORITI RAKYATNYA BERAGAMA ISLAM...

KEWUJUDAN ARAK SECARA BERLEBIHAN INI SEBENARNYA BUKAN SAHAJA TIDAK DISENANGI OLEH MASYARAKAT ISLAM..MALAH MASYARAKAT BUKAN ISLAM JUGA NYATA TIDAK MENYENANGI AKAN PERKARA INI..INI KERANA MEREKA SEDAR KEBURUKKAN YANG AKAN TIMBUL DISEBALIK PENGAMBILAN MINUMAN KERAS INI...JUSTERU ITU ALASAN KERAJAAN 1MALAYSIA YANG MENGATAKAN BAHAWA PENJUALAN MINUMAN KERAS INI PERLU MEMANDANGKAN MALAYSIA BUKAN SAHAJA DIHUNI MASYARAKAT ISLAM SUDAH TIDAK RELEVAN SAMA SEKALI..

MALAYSIA SEPATUTNYA MENCONTOHI BRUNEI DALAM MENANGANGI ISU ARAK INI..MEREKA SANGAT BERTEGAS MELARANG PENJUALAN DAN PENGAMBILAN ARAK WALAUPUN UNTUK TUJUAN PELANCONGAN..BAGI MEREKA PELANCONG YANG DATANG KE NEGARA MEREKA SEHARUSNYA MENGHORMATI LARANGAN PENGAMBILAN ARAK INI..JIKA MEREKA MASIH MSHU MEMINUM ARAK MEREKA BOLEH MENGAMBILNYA DI NEGARA MEREKA SEBANYAK MANA YANG MEREKA MAHUKAN...

SEBALIKNYA DI MALAYSIA KERAJAAN UM-NO/BE-END MENJADIKAN ARAK SEBAGAI TARIKKAN PELANCONGAN DAN JUGA SEBAGAI MERAIKAN PEMIMPIN-PEMINPIN LUAR YANG DATANG KE MALAYSIA...BUKAN SAHAJA MENYEDIAKAN ARAK INI BAGI MERAIKAN PEMIMPIN ASING,YANG MENYEDIHKAN MEREKA TURUT SAMA MENIKMATINYA BERSAMA-SAMA PEMIMPIN ASING TERSEBUT...SAMAADA APA YANG HAMBA NYATAKAN INI BENAR ATAU TIDAK PARA PEMIMPIN KITA BOLEH MENJAWABNYA SENDIRI..KEBENARAN TETAP KEBENARAN YANG TAK AKAN MAMPU DISELINDUNGI BUAT SELAMA-LAMANYA..

OLEH YANG DEMIKIAN SEBAGAI RAKYAT YANG SEDAR AKAN KEBURUKKAN YANG BOLEH DIAKIBATKAN OLEH ARAK INI MAKA KITA SEMUA PERLU SAMA-SAMA MENDESAK KERAJAAN 1MALAYSIA MENGHENTIKAN PEMBERIAN LESEN ARAK INI DAN JUGA MENAMATKAN LESEN YANG SEDIA ADA..KITA TIDAK PERLU MERASA GUSAR AKAN KESANN SAMPINGAN DARI LARANGAN INI KERANA IANYA PASTI HANYA BERSIFAT SEMENTARA..SEDANGKAN MEMBIARKAN PENGAMBILAN ARAK INI AKAN MEMBERIKAN KESAN BURUK YANG BERPANJANGAN KEPADA INDIVIDU TERBABIT,MASYARAKAT DAN JUGA NEGARA...

1MALAYSIA : UM-NO ROBOH RUMAH AHLI UM-NO!!!


Tindakan pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang telah meroboh sebahagian daripada rumah penduduk Kampung Denai Pinggiran Kempas tanpa belas kasihan dianggap tindakan kejam Umno-Barisan Nasional di kubu kuat mereka sendiri.

Dalam sidang media yang dihadiri beberapa penduduk terbabit, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata perkara ini akan di bawa dalam perbahasan dan berharap penduduk dibantu tanpa mengira parti politik.

"Saya akan membawa perkara ini semasa perbahasan nanti dengan harapan pihak kerajaan akan mengambil serius tentang masalah yang dihadapi penduduk Kampung Denai Pinggiran Kempas ini walaupun kebanyakkan mereka adalah daripada Umno. Bagi saya ini satu tindakan kejam yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan yang tidak ada pertimbangan untuk memberi tempoh masa agar penduduk dapat membuat persiapan untuk berpindah," jelas beliau.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mendesak agar kerajaan membayar pampasan bagi meringankan beban penduduk terbabit.

"Kami berharap kerajaan negeri Johor dapat membayar pampasan kepada penduduk terbabit bagi meringankan beban keluarga terbabit membina kehidupan baru selepas berpindah.

"Peruntukan yang di pohon penduduk adalah sebanyak RM30,000 setiap keluarga dan ini boleh dianggap sebagai balasan daripada pihak kerajaan yang ingin membangunkan kawasan berkenaan." kata Suhaizan.

Semasa operasi pada 24 Mac lalu, 7 buah rumah dan 5 buah kedai telah dirobohkan.

Setelah mendapat bantahan daripada penduduk setempat pihak PTDJB telah melanjutkan tempoh selama 3 hari agar penduduk dapat membuat persiapan untuk berpindah.

Kebanyakan penduduk di situ adalah ahli Umno tetapi parti itu tidak membela nasib ahli yang telah menyokong mereka pada pilihan raya umum lepas.

Umno yang selalu melaungkan perjuangan untuk rakyat tetapi mengambil tindakan menindas penyokongnya sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Setinggan Kempas, Ramli Ibrahim menjelaskan penduduk telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi tiada maklumbalas dari mereka.

"Pihak kami telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor dan juga Perdana Menteri pada 20 Jun 2008 dan 27 Oktober 2009 tetapi kami tidak mendapat apa-apa reaksi dari mereka. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada Umno dan kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi sehingga Barisan Nasional menang dikawasan itu.

"Kami kesal kerana suara yang menyokong mereka tidak diterima oleh pemimpin BN, kami mahukan pampasan agar ini dapat meringankan beban kami dalam memulakan hidup baru selain digunakan untuk membuat persiapan membina rumah baru kami," kata Ramli.
JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG TAK SELAMAT DI BAWAH PEMERINTAHAN NAJIB ALTANTUYA...PENYOKONG MEREKA JUGA KINI TURUT MENJADI MANGSA KERAKUSAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI..SLOGAN 1MALAYSIA,"RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN" HANYALAH LAUNGAN KOSONG SAHAJA...
KERAJAAN 1MALAYSIA DILIHAT GAGAL MEMAHAMI KEHENDAK DAN KEPERLUAN RAKYAT DAN HANYA TAHU MEMENUHI KEPERLUAN KRONI MEREKA SAHAJA..SEDANGKAN KEPERLUAN RAKYAT SERING TERABAI DAN DILUPAKAN...KERAJAAN BUKAN SAHAJA GAGAL MEMAHAMI KEHENDAK DAN KEPERLUAN RAKYAT,AKAN TETAPI TURUT MEMBEBANKAN RAKYAT DENGAN PELBAGAI PERKARA...
SAMPAI BILAKAH KITA HENDAK MEMBIARKAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI TERUS MEMERINTAH DAN MENGANIAYA RAKYAT?APAKAH KITA SANGGUP TERUS HIDUP TERANIAYA BEGINI..KITA PERLU BERBUAT SESUATU DEMI MENYELAMATKAN NEGARA INI DARI KERAKUSAN UM-NO/BE-END

54 BILION SAHAM BUMIPUTRA HILANG : APAKAH IANYA PERBUATAN TOYOL ATAU TOYOL KEPALA HITAM??!!

Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.

"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.

"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."

Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.

"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : KEMANA PERGINYA SAHAM BERNILAI 54 BILION INI?APAKAH ADA TOYOL TOYOL YANG TELAH MENCURINYA??ATAU IANYA PERBUATAN 'TOYOL BERKEPALA HITAM' YANG KITA SEMUA TAHU LAGI BERBAHAYA BERBANDING TOYOL SEBENAR...MENGAPA TIADA SEBARANG TINDAKAN DARI PIHAK BERKUASA SEPERTI POLIS DAN JUGA SPRM??APAKAH KEHILANGAN SAHAM INI TIDAK PERLU DISIASAT??RAKYAT PASTINYA HENDAK TAHU KEMANA PERGINYA BAKI SAHAM YANG TELAH HILANG INI..