WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, November 11, 2009

NIZAR VS ZAMBRY:SULTAN TAK BERKUASA PECAT NIZAR


“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.


Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.


Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

SUMBER : http://peguampas.blogspot.com

HAMBA MENYERU PADA YANG BERKENAAN..JIKA BENAR SAYANGKAN NEGERI PERAK DAN RAKYATNYA MAKA BUBARKANLAH DUN PERAK DAN KEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT PERAK MENENTUKAN PIHAK YANG BERHAK MEWAKILI KERAJAAN NEGERI PERAK DAN JUGA RAKYAT PERAK..KEMBALIKAN KEDAULATAN DAN KEMAKMURAN NEGERI PERAK...

Saturday, October 31, 2009

1 MALAYSIA BUAT 1 MALAYSIA PENING KEPALA

1Malaysia - Satu Malaysia tak faham
Aspan Alias (news:http://harakahdaily.net)
Slogan 1Malaysia berkumandang melalui RTM setiap waktu dengan 'obsession' yang begitu tinggi sekali.Assalaamualaikum sudah diganti dengan Salaam 1Malaysia.

Begitulah hebatnya slogan 1Malaysia ini dan saya begitu kagum dengan usaha Kementerian Penerangan kita mempromosikan slogan kita yang terbaru ini.

Saya tertanya-tanya apa dia 1Malaysia ini? Selama ini saya hanya bertanya kepada diri saya sendiri apa maknanya 1Malaysia ini.

Saya berasa malu juga untuk bertanya kepada mana-mana pihak kerana mungkin saya seorang sahaja yang tidak faham sedangkan 27 juta rakyat yang lain faham apa maksud slogan ini.

Apabila orang sebut 1Malaysia saya pun sebut juga walaupun dalam hati saya sedang berusaha untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan yang saya ajukan kepada diri saya itu.

Pada suatu hari seorang sahabat saya muncul di kaca TV berforum tentang slogan 1Malaysia ini, tetapi beliau tidak berjaya meyakinkan saya tentang tuju arah slogan ini dicipta.

Dalam hati saya berkata sepatutnya tentu ada definasi jelas tentang slogan ini, kalau tak panjang pendek; mesti ada definasinya, tetapi saya tidak juga terdengar sahabat saya ini memberikan definasi itu.

Pada keesokkan harinya saya bertanya kepada sahabat saya yang bercakap dalam TV itu, "Bro, boleh ke you terangkan kat I apa dia definasi 1Malaysia itu? Sorry to ask you, sebab I tak faham. Aku segan nak tanya ramai orang.

Sebab you dah muncul dalam TV bercakap tentang isu ini, I nak tanya youlah!"Dia lantas menjawab,"Sebenarnya bro, aku pun tak faham. Dah dia orang suruh, aku cakaplah apa yang patut. Aku pusing ke sana, aku pusing ke sini dan cakap ajelah. Oh! Kau tengoklah aku bercakap dalam TV semalam?"Saya jawab, "Tengok!".

Dia pun kata, "Haa, apa yang aku cakap itu, itulah 1Malaysia. Aku pun dah lupa apa yang aku cakap...dan itu pun 1Malaysia,"katanya sambil berdekah ketawa.Selepas itu saya bertanya-tanya kepada begitu ramai orang termasuk pemimpin dalam kerajaan yang berkawan dengan saya tentang definasi 1Malaysia ini.

Tiada siapa pun boleh menjawab pertanyaan saya itu, malahan ramai pula akhirnya yang bertanya kepada saya apa itu 1Malaysia.Mereka juga bertanya antara satu dengan lain soalan yang sama; masing-masing keliru.

Baru saya sedar bahawa bukan saya seorang yang tidak faham tentang slogan ini.Rupa-rupanya Satu Malaysia yang tidak faham tentang 1Malaysia ini. Mungkin itukah definasinya?

HAMBA PUN MASIH TERCARI-CARI MAKSUD SEBENAR 1 MALAYSIA DAN TUJUAN SLOGAN ITU DIWUJUBKAN..APAKAH P-END NAJIB NAK MENJADI SEPERTI PAK LAH YANG MEWUJUBKAN ISLAM HADHARI SEOLAH-OLAH ISLAM YANG ADA MASIH KEKURANGAN...

APAKAH PENTING DAN BERKESANNYA SLOGAN 1 MALAYSIA INI DALAM KEHIDUPAN RAKYAT MALAYSIA?ATAU IANYA SEKADAR SATU TRICK MARK MANA-MANA INDIVIDU DALAM BN BILA MENJADI PM?

APA YANG HAMBA RASA RALATNYA ADALAH PEMBAZIRAN OLEH PEMERINTAH BILA MANA BERUSAHA UNTUK MEMPROMOSIKAN SLOGAN INI..BUKAN SIKIT-SIKIT DUIT DIHABISKAN.DAN MATLAMAT SLOGAN INI TADAK DIKETAHUI AKAN KEBEKESANANNYA DALAM KEHIDUPAN RAKYAT MALAYSIA..

SEKARANG INI SERBA SERBI DIKAITAN DENGAN SLOGAN 1 MALAYSIA TAK KIRALAH DARI PIHAK KERAJAAN MAHUPUN SWSTA..MEREKA BERLUMBA-LUMBA MENGUNAKAN SLOGAN INI YANG TIDAK DIKETAHUI AKAN PEGERTIAN SEBENARNYA.APA YANG MEREKA TAHU ADALAH MENGAMPU PIHAK KERAJAAN DAN MENGAUT KEUNTUNGAN DARINYA...

JANGAN SAMPAI SLOGAN INI HANYA AKAN MEMBUATKAN RAKYAT MALASIA DUDUK TERMENUNG SABAN HARI UNTUK CUBA MEMAHAMI PENGERTIANNYA DAN JUGA TUJUANNYA SEHINGGA AKHIRNYA TERPAKSA DIMASUKKAN KE WAD PSIKIATRI..KAN NAYA JADINYA..

Thursday, October 29, 2009

NAJIB ALTANTUYA:PENDEDAHAN SIASATAN SPRM TERHADAP AHLI POLITIK



SPRM dedah siasatan terhadap ahli politik
53 terbabit rasuah Januari hingga 30 September

PUTRAJAYA-Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) mendedahkan menyiasat 53 ahli politik dari pelbagai parti politik yang terlibat dengan gejala rasuah bermula Januari hingga 30 September tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjayanya,Datuk Abu Kassim Mohamed berkata,daripada jumlah itu,seramai 36 orang terdiri daripada anggota Barisan Nasional(BN), manakala 17 lagi terdiri daripada Pakatan Rakyat.

"Dari jumlah itu,lapan orang sudah dituduh atas kesalahan rasuah dan kesemua mereka merupakan anggota BN.

"Kita tidak menjalankan siasatan secara terpilih dan akan menyiasat jika terdapat unsur jenayah yang dilaporkan tidak mengira parti politik,"katanya.

Abu Kassim berkata,selain lapan ahli politik berkenaan,turut dituduh di mahkamah ialah 64 kakitangan sektor awam termasuk seorang pegawai dari peringkat pengurusan tertinggi,kakitangan pengurusan dan profesional(18) dan kakitangan sokongan (46).

"Selain itu,seramai 56 kakitangan swasta turut dituduh kerana terlibat dengan jenayah rasuah dan SPRM turut memandang serius gejala rasuah dalam kalangan kakitangan swasta berikutan ia juga boleh memberi kesan negatif kepada proses pembangunan negara,"katanya.

Sumber dari:Sinar Harian khamis 29 Oktober 2009


HAMBA RASA SUNGGUH SEDIH MELIHAT MEREKA YANG DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT MENGKHIANATI AMANAH TERSEBUT DENGAN MENERIMA RASUAH..DARI APA YANG DIDEDAHKAN OLEH TIMBALAN KETUA PERSURUHJAYA SPRM,NAMPAKNYA JUMLAH AHLI POLITIK BN LEBIH RAMAI YANG DISOAL SIASAT BERBANDING AHLI POLITIK PAKATAN RAKYAT..

MANAKALA DARI JUMALAH MEREKA YANG DISIASAT,8 ORANG SUDAH DITUDUH DI MAHKAMAH DAN KESEMUA MEREKA MERUPAKAN AHLI POLITIK BN.KEAADAAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBERI KREDIT KEPADA PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT YANG MANA MASIH BELUM DIBUKTIKAN TERLIBAT DENGAN RASUAH..

HAMBA UCAPKAN TANIAH KEPADA PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT KERANA MASIH MAMPU MENGEKALKAN IMEJ BERSIH DALAM PENTADBIRAN.TAPI HAMBA AGAK HAIRAN MELIHAT AKAN KESUNGGUHAN SPRM UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT TERLIBAT DENGAN GEJALA RASUAH INI..

MELIHAT DARIPADAPEKEMBANGAN SEMASA,KESUNGGUHAN SPRM MENYIASAT PAKATAN RAKYAT SANGAT KETARA BERBANDING DENGAN BN..BN YANG SECARA TERANG-TERANGAN MENGAKU DAN MENGHUKUM AHLINYA YANG TERLIBAT DENGAN POLITIK WANG TAPI TIDAK PULA DISOAL SIASAT OLEH SPRM..

HAMBA TIDAK TAHU PULA KALAU DIFENISI RASUAH POLITIK WANG INI TIDAK TERMASUK DALAM PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DISIASAT OLEH SPRM..CUMA APA YANG HAMBA FAHAM,POLITIK WANG DAN RASUAH ADALAH PERKARA YANG SAMA DAN IANYA TETAP SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG..


HAMBA HARAP SPRM AKAN TERUS MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAPNYA MEMBASMI GEJALA RASUAH INI DENGAN ADIL DAN SAKSAMA...JANGAN SAMPAI PULA MEREKA YANG DIHARAPKAN MEMBASMI GEJALA RASUAH TERLIBAT SAMA DENGAN GEJALA TIDAK BERMORAL INI...

NAJIB ALTANTUYA:MAJLIS PEGUAM KECEWA KES LINGAM DITUTUP

Majlis Peguan Malaysia kecewa dengan keputusan kerajaan yang dilaporkan tidak akan mengambil tindakan lanjut dalam kes membabitkan klip video Lingam, sedangkan Suruhanjaya Diraja 2008 telah mengesahkan ketulenannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya, Ragunath Kesavan berkata persoalan yang dibangkitkan dalam klip video itu memerlukan jawapan.Katanya, jika terdapat kebenaran dalam mana-mana dakwaan yang timbul, maka tindakan yang keras perlu diambil.

Ragunath berkata, kerajaan mesti melakukan yang terbaik untuk menyiasat perkara itu.Ini, katanya, termasuk mengambil kira pengumuman yang dibuat dua hari lalu mengenai terdapatnya saksi utama untuk memberi keterangan.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa bidang kehakiman yang jujur dan bebas daripada sebarang campurtangan, adalah kritikal kepada semua masyarakat."...dan keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman, dan kebebasannya, moral dan integritinya, adalah mustahak dalam proses keadilan," tambahnya.

Oleh itu, katanya, jika berlaku sesuatu yang tidak kena dalam bidang kehakiman - sama ada dalam proses pelantikan atau pengendalian kes-kes, atau perilaku hakim - ia mesti disiasat segera dan secara telus dan komprehensif, supaya rakyat yakin tiada wujud sebagai tindakan melindungi mana-mana pihak terbabit.

"Kerajaan mesti menunjukkan bahawa ia mempunyai keazaman politik untuk bertindak terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Diraja 2008," katanya.Isu tersebut, katanya, hanya boleh ditutup sekiranya semua bentuk penyiasatan dimanfaatkan sepenuhnya dan mereka yang melakukan kesalahan di hadap ke muka pengadilan.
Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/116095

DALAM ISU INI HAMBA RASA BUKAN SAHAJA MAJLIS PEGUAM YANG KECEWA,TETAPI HAMBA RASA RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA JUGA TURUT KECEWA..KEADAAN INI MENGAMBARKAN SEOLAH-OLAH ADA PIHAK YANG CUBA MELINDUNGI KEPENTINGAN SESEORANG SEHINGGAKAN KES YANG PADA DASARNYA KELIHATAN MAMPU MEMBUKTIKAN KETIDAK JUJURAN SESEORANG AKHIRNYA DITUTUP BEGITU SAHAJA..

KALAU BEGINILAH BETERUSAN SISTEM KEHAKIMAN HAMBA RISAU RAKYAT AKAN MULA MEMANDANG RENDAH AKAN KEWIBAWAAN MAHKAMAH DAN HILANG KEPERCAYAAN KEPADA SISTEM KEHAKIMAN..MAJLIS PEGUAM PERLU MENGAMBIL SATU INISEATIF BAGI MEMBINCANGKAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL BAGI MEMBERSIHKAN SISTEM KEHAKIMAN YANG MULA DICABULI OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DEMI KEPENTINGAN PRIBADI..
Banner created with MyBannerMaker.com

NIZAR VS ZAMBRY:BUBAR,BUBAR,BUBAR DUN PERAK!!!!!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) sekali lagi merayu kepada Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak supaya membantu menyelesaikan segera krisis politik di negeri ini melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, dewan itu amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana di Perak, terutama yang berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.Katanya, krisis yang sudah hampir lapan bulan berlalu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.

Dewan itu juga, katanya, melihat bahawa krisis yang sepatutnya diselesaikan oleh rakyat telah diketepikan kerana wujudnya sikap "gilakan kuasa dan sikap tidak sabar" sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai adab ketimuran serta adab tertib kepimpinan.

"DPPN Pk sedar bahawa suara yang telah kami sembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah semasa mengadap baginda tempohari, tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan.

"DPPN Pk amat bersimpati kepada seluruh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, malah masyarakat antarabangsa yang melihat sendiri krisis yang masih berlarutan ini tanpa penyelesaian konkrit serta terkuburnya demokrasi dan undang-undang yang menjadi asas keluruhan dalam Rukun negara Malaysia.

"DPPN Pk sekali lagi merafak sembah merayu kepada Paduka Seri Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak membantu kami dan rakyat yang cintakan demokrasi untuk memastikan krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan," katanya.


HAMBA MERASAKAN SUDAH SAMPAI MASANYA BAGINDA SULTAN BERTINDAK MENYELESAIKAN KRISIS POLITIK DI PERAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT NEGERI PERAK..JIKA BAGINDA SULTAN MASIH LAGI BERDIAM DIRI,MAKA KRISIS POLITIK INI AKAN TERUS BERLANJUTAN DAN MENGANGGU KELANCARAN PENTADBIRAN KERAJAAN PERAK...

SITUASI INI SUDAH PASTINYA AKAN MEMBANTUTKAN KEMAJUAN NEGERI PERAK DAN SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MERUGIKAN RAKYAT PERAK ITU SENDIRI..KRISI INI PADA PENDAPAT HAMBA TIDAK BOLEH DISELESAIKAN DIMAHKAMAH..IANYA PERLU DISELESAIKAN DENGAN CARA MEMBUBARKAN DUN DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT PERAK MEMILIH PEMIMPIN MENGIKUT KEHENDAK MEREKA...


KEMBALIKAN HAK RAKYAT PERAK!!!!

Monday, October 26, 2009

NAJIB ALTANTUYA:BENARKAH MEREKA BERDAMAI ATAU SEKADAR SANDIWARA

Mungkin sebagai suatu langkah perubahan yang dilaung-laungkan semasa perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, UMNO Setiu juga seolah-olah dilihat mengambil langkah positif untuk mendamaikan antara puak-puak yang hebat bertelagah dengan mengadakan pertemuan antara semua wakil-wakil rakyat di dalam parlimen Setiu beserta penyokong-penyokong mereka bersama Ahmad Said bertempat di Dewan Sivik Jabi sejurus selepas perhimpunan Agong Umno baru-baru ini. Sumber yang diyakini memaklumkan, semua wakil-wakil rakyat hadir bersama penyokong mereka kecuali ADUN Batu Rakit.

Dalam konteks Setiu, pertelagahan berlaku antara puak pro Idris Jusoh yang diketuai Ramlan Ali, ADUN Jabi dan puak Pro Ahmad Said yang diketuai Mohammad Jidin, Ahli Parlimen Setiu. Pergeseran antara dua puak jelas dizahirkan semasa pemilihan UMNO peringkat bahagian baru-baru ini yang menyaksikan Ramlan Ali tewas tipis untuk merebut jawatan ketua bahagian di tangan Mohammad Jidin tetapi Ashaari Mohamad dari team Ramlan menang dalam perebutan jawatan timbalan ketua bahagian.

Krisis perlantikan pengerusi JKKK khususnya di DUN Jabi yang mengakibatkan tersingkirnya ramai pengerusi-pengerusi JKKK pilihan Ramlan dan digantikan dengan pengerusi-pengerusi JKKK pilihan MB (baca pilihan Mohammad Jidin) seolah-olah seperti meletakkan garam yang menambah kepedihan di tempat luka yang masih belum sembuh dan tidak tahu bilakah akan sembuh.

Masyarakat setempat juga ramai yang tertanya-tanya kenapakah Pejabat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Setiu untuk DUN Jabi dibuka di Kampung Renek, tidak di Pekan Jabi di mana terletaknya Pejabat dan Pusat Khidmat ADUN Jabi sedangkan Pekan Jabi adalah tempat tumpuan masyarakat DUN Jabi dan di sinilah acara-acara penting peringkat DUN selalu dilangsungkan.

baca selanjutnya:http://drazmanibrahim.blogspot.com/2009/10/benarkah-umno-setiu-berdamai.html

PERSENGKETAAN MEREKA INI SEBENARNYA PADA PENDAPAT HAMBA BELUM LAGI BERPENHUJUNG.KESEPAKATAN YANG MEREKA CUBA TUNJUKKAN TIDAK MAMPU MENUTUP KEMELUT YANG MASIH MELANDA UM-NO TERENGGANU.MEREKA DILIHAT CUBA UNTUK MEYAHUT SERUAN P-END NAJIB UNTUK KEMBALI BERSATU MENGUATKAN UM-NO NAMUM HAKIKATNYA UM-NO TERENGGANU SEKARANG DALAM KEADAAH PARAH YANG MANA MUNGKIN TAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI

KEMELUT YANG MELANDA UM-NO TERENGGANU INI SEBENARNYA BERPUNCA DDARI SIKAP TAMAKKAN KUASA OLEH KEPIMPINAN UM-NO TERENGGANU.BERMULA DARI PENOLAKKAN IDRIS JUSOH SEBAGAI MB TERENGGANU OLEH SULTAN TERENGGANU,UM-NO TERENGGANU MULA BERGOLAK DENGAN WUJUBNYA DUA PASUKAN IAITU PASUKAN AHMAD SAID DAN PASUKAN IDRIS JUSOH.WALAUPUN UM-NO TERENGGANU CUBA MENAFIKAN HAKIKAT INI,KEBENARAN TETAP DIKETAHUI OLEH SEKALIAN RAKYAT.

KEMELUT YANG MENIMPA UM-NO TERENGGANU INI MENJADIKAN HANYA RAKYAT TERENGGANU MANGSA SECARA TIDAK LANGSUNG.SIKAP BEREBUT KUASA INI MENYEBABKAN PENTADBIRAN TERENGGANU TERJEJAS DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENYEBABKAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN RAKYAT TERENGGANU KEPADA MEREKA TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK.

IKLAN SEBENTAR:KEPUTUSAN EPL

KEPUTUSAN PERLAWANAN ANTARA LIVERPOOL DAN MANCHESTER UNITED MEMANG HAMBA NANTIKAN.KEPUTUSAN PERLAWANAN INI BOLEH MENENTUKAN KEDUDUKAN PASUKAN KESAYANGAN HAMBA IAITU CHELSEA.HAMBA MELETAKKAN SASARAN UNTUK LIVERPOOL MENANG PERLAWANAN INI DENGAN JARINGAN 2-O DAN AKHIRNYA JANGKAAN HAMBA TEPAT SEKALI.TIDAK SEBAGAIMANA TAHUN LEPAS,HAMBA MENYOKONG APA SAHAJA PASUKAN YANG MENENTANG ARSENAL.PADA TAHUN INI PULA HAMBA AKAN MENYOKONG APA SAHAJA PASUKAN YANG MENENTANG MANCHESTER UNITED.KENAPA BEGITU?INI KERANA HAMBA SANGAT BENGANG DENGAN PENYOKONG MANCHESTER UNITED YANG BERLAGAK(tak semua la tapi kebanyakkan)DAN TAHUN INI HAMBA YAKIN TIADA SATU PUN PIALA AKAN DIPEROLEHI OLEH MANCHESTER UNITED..HEHEHE






LIVERPOOL F.C





MENENTANG




MANCHESTER UNITED F.C






DAN KEPUTUSANNYA LIVERPOOL F.C 2-MANCHESTER UNITED F.C 0
DAN PASUKAN YANG BAKAL BERGELAR JUARA EPL IALAH



CHELSEA F.C


NAJIB ALTANTUYA:SAJAK DARI PAHLAWAN BAHASA MELAYU

Lalu, aku sayu dan aku pilu; lalu, aku ragu dan aku malu … Buah ranum pada tangkai; bahasa gugur dari hati,sekali janji, sekali nafi; sekali pancang, sekali pincang, iktibar apakah semua ini? Lalu pemimpin angkuh berkata … Aku apa peduli

Kalaupun Shakespear turun ke bumi! Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi … Jangan berikan undi, pada mereka yang menghina bahasa sendiri. Jangan diundi pemimpin yang … bertelinga satu,berlidah dua. (A. Samad Said - Sasterawan Negara)

HAMBA RASA SANGAT TERTARIK DENGAN SAJAK SASTERAWAN NEGARA INI...RASANYA TAK PERLULAH HAMBA HURAIKAN APA MAKSUDNYA..MASING-MASING BOLEH MENILAI SENDIRI APA YANG CUBA DIJELASKAN OLEH BELIAU MELALUI SAJAKNYA INI..HANYA HATI YANG GELAP DAN BENCIKAN KEBENARAN SAHAJA TIDAK MAMPU MEMAHAMI APA YANG CUBA DITERJEMAHKAN MELALUI SAJAK INI......

NAJIB ALTANTUYA:PEMUDA UM-NO YANG BAPOK




IPOH ,Rombongan Dewan Pemuda Pas Perak yang ingin menghantar surat jawapan cabaran Pergerakan Pemuda UMNO Perak di hadapan Banggunan UMNO Perak mencatatkan satu peristiwa yang cukup bersejarah kerana Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengambil pendirian untuk tidak menerima surat jawapan cabaran tersebut.Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Penerangan, Ustaz Akmal dan exco serta rombongan pemuda Pas Perak mengambil tindakan untuk berjumpa dengan Pergerakan Pemuda Umno Perak dan menyerahkan surat jawapan sebagai respon kepada cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNOSaudara Maslin Sham Razman .


Wakil Pemuda UMNO hanya menghantar SUKnya untuk tidak menerima surat jawapan cabaran.


Wakil kedua pemuda UMNO mencelah untuk turut bersuara.


Semalam, Maslin telah mencabar agar Dewan Pemuda Pas Perak mengemukakan bukti berhubung dengan dakwaan mengatakan Barisan Nasional (BN) cuba melakukan kekacauan sehingga mengancam keselamatan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 22 Oktober.


Dalam perjumpaan tersebut , Pergerakan Pemuda Umno hanya mewakilkan setiausaha kerjanya untuk tidak menerima surat jawapan dari Dewan Pemuda PAS. Puluhan wartawan dan petugas media turut bersama dalam menyaksikan peristiwa yang agak aneh dan bersejarah ini. Pemuda UMNO nyata cuba bermain dengan kata-kata apabila mengatakan tidak boleh menerima surat tersebut sedangkan dalam masa yang sama menyatakan persetujuan untuk menerima surat itu sekiranya dihantar melalui faks ataupun pos. Sikap putar belit Pemuda UMNO pada petang ini amatlah dikesali kerana melalui SMS yang dihantar oleh Maslin kepada saudara Safarizal selaku penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS menyatakan persetujuan untuk menerima surat dan kunjungan dari Dewan Pemuda PAS Perak.



"Ini semua permainan media" ujar wakil Pemuda UMNO yang cuba untuk menyalahkan media kerana tidak berani untuk menyahut cabaran yang mereka sendiri laungkan.


Sidang Media dilakukan sejurus selepas itu oleh DPP Perak. Saudara Safarizal (PSU2) kemudiannya mengatakan pihak DPP Perak akan menghantar kembali semula surat tersebut dalam hasrat untuk terus berhujah dengan Pemuda UMNO yang kelihatan cukup gentar dan tidak bersedia.


Wakil pergerakan Pemuda Umno itu bukan sahaja tidak mahu menerima surat jawapan cabaran tersebut, bahkan dilihat cuba untuk merendah-rendahkan keupayaan Ketua Pergerakan Pemuda mereka sendiri yang tidak hadir bersama petang tadi. Mereka mengajukan tawaran perbincangan di waktu yang lain atas isu yang sama dan boleh diwakili oleh mana-mana panel dalam Pemuda UMNO sekiranya Maslin tidak bersedia. Tawaran itu seolah-olah merendahkan keupayaan dan kemampuan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak untuk berhujah dalam isu yang penting seumpama sidang DUN ini.


Ustaz Akmal kemudiannya mengambil pendirian untuk membacakan keseluruhan isi surat jawapan sebagai respon tindakan Pemuda UMNO yang tidak mahu menerima surat tersebut. Dalam sidang media yang berlangsung sejurus selepas itu, saudara Safarizal telah menyatakan bahawa Dewan Pemuda Pas Negeri Perak akan menghantar semula surat itu dengan hasrat yang sama iaitu untuk membincangkan isu kemelut politik di Perak dengan mengubah tajuk surat daripada menjawab cabaran kepada sesuatu yang lebih sesuai.


Beliau turut menyatakan bahawa tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tidak mencerminkan keberanian anak muda dalam berhujah untuk mengemukakan pendirian dan ianya amatlah dikesali.




SANGAT MEMALUKAN!!!HAMBA RASA INILAH PERKATAAN YANG PALING SESUAI UNTUK MENGAMBARKAN SIKAP PEMUDA UM-NO INI.PADA SATU KETIKA MEREKA DILIHAT SEOLAH-OLAH BERGITU BERANI DAN GAGAH PERKASA MELAUNGKAN CABARAN KEPADA DEWAN PEMUDA PAS PERAK,TETAPI TIBA-TIBA BERTUKAR MEMJADI TIKUS MONDOK MENYEMBUNYIKAN DIRI APABILA DIAJAK BERHADAPAN...

SELAYAKNYA MEREKA INI DIPANGGIL DENGAN NAMA PEMUDA BAPOK UMNO.MAAFKAN HAMBA DI ATAS KELANCANGAN HAMBA BERBICARA INI.TETAPI MELIHAT CARA MEREKA HAMBA RASA INILAH PANGGILAN YANG SELAYAJNYA BUAT MEREKA.HANYA BERANI MENYALAK BILA BERJAUHAN AKAN TETAPI BILA BERHADAPAN TIDAK BERANI UNTUK BERHUJAH.
KEPADA SEKALIAN PEMUDA UM-NO INGIN HAMBA NASIHATKAN,JIKA TIDAK CUKUP ILMU DAN KEBERANIAN YANG ADA JANGAN DICABAR KAMI UNTUK BERHUJAH.LEBIH BAIK KALIAN SEMUA BERDIAM DIRI SAHAJA DARI MENYALAK TAK TENTU PASAL.