WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, October 29, 2009

NAJIB ALTANTUYA:MAJLIS PEGUAM KECEWA KES LINGAM DITUTUP

Majlis Peguan Malaysia kecewa dengan keputusan kerajaan yang dilaporkan tidak akan mengambil tindakan lanjut dalam kes membabitkan klip video Lingam, sedangkan Suruhanjaya Diraja 2008 telah mengesahkan ketulenannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya, Ragunath Kesavan berkata persoalan yang dibangkitkan dalam klip video itu memerlukan jawapan.Katanya, jika terdapat kebenaran dalam mana-mana dakwaan yang timbul, maka tindakan yang keras perlu diambil.

Ragunath berkata, kerajaan mesti melakukan yang terbaik untuk menyiasat perkara itu.Ini, katanya, termasuk mengambil kira pengumuman yang dibuat dua hari lalu mengenai terdapatnya saksi utama untuk memberi keterangan.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa bidang kehakiman yang jujur dan bebas daripada sebarang campurtangan, adalah kritikal kepada semua masyarakat."...dan keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman, dan kebebasannya, moral dan integritinya, adalah mustahak dalam proses keadilan," tambahnya.

Oleh itu, katanya, jika berlaku sesuatu yang tidak kena dalam bidang kehakiman - sama ada dalam proses pelantikan atau pengendalian kes-kes, atau perilaku hakim - ia mesti disiasat segera dan secara telus dan komprehensif, supaya rakyat yakin tiada wujud sebagai tindakan melindungi mana-mana pihak terbabit.

"Kerajaan mesti menunjukkan bahawa ia mempunyai keazaman politik untuk bertindak terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Diraja 2008," katanya.Isu tersebut, katanya, hanya boleh ditutup sekiranya semua bentuk penyiasatan dimanfaatkan sepenuhnya dan mereka yang melakukan kesalahan di hadap ke muka pengadilan.
Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/116095

DALAM ISU INI HAMBA RASA BUKAN SAHAJA MAJLIS PEGUAM YANG KECEWA,TETAPI HAMBA RASA RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA JUGA TURUT KECEWA..KEADAAN INI MENGAMBARKAN SEOLAH-OLAH ADA PIHAK YANG CUBA MELINDUNGI KEPENTINGAN SESEORANG SEHINGGAKAN KES YANG PADA DASARNYA KELIHATAN MAMPU MEMBUKTIKAN KETIDAK JUJURAN SESEORANG AKHIRNYA DITUTUP BEGITU SAHAJA..

KALAU BEGINILAH BETERUSAN SISTEM KEHAKIMAN HAMBA RISAU RAKYAT AKAN MULA MEMANDANG RENDAH AKAN KEWIBAWAAN MAHKAMAH DAN HILANG KEPERCAYAAN KEPADA SISTEM KEHAKIMAN..MAJLIS PEGUAM PERLU MENGAMBIL SATU INISEATIF BAGI MEMBINCANGKAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL BAGI MEMBERSIHKAN SISTEM KEHAKIMAN YANG MULA DICABULI OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DEMI KEPENTINGAN PRIBADI..
Banner created with MyBannerMaker.com

NIZAR VS ZAMBRY:BUBAR,BUBAR,BUBAR DUN PERAK!!!!!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) sekali lagi merayu kepada Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak supaya membantu menyelesaikan segera krisis politik di negeri ini melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, dewan itu amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana di Perak, terutama yang berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.Katanya, krisis yang sudah hampir lapan bulan berlalu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.

Dewan itu juga, katanya, melihat bahawa krisis yang sepatutnya diselesaikan oleh rakyat telah diketepikan kerana wujudnya sikap "gilakan kuasa dan sikap tidak sabar" sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai adab ketimuran serta adab tertib kepimpinan.

"DPPN Pk sedar bahawa suara yang telah kami sembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah semasa mengadap baginda tempohari, tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan.

"DPPN Pk amat bersimpati kepada seluruh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, malah masyarakat antarabangsa yang melihat sendiri krisis yang masih berlarutan ini tanpa penyelesaian konkrit serta terkuburnya demokrasi dan undang-undang yang menjadi asas keluruhan dalam Rukun negara Malaysia.

"DPPN Pk sekali lagi merafak sembah merayu kepada Paduka Seri Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak membantu kami dan rakyat yang cintakan demokrasi untuk memastikan krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan," katanya.


HAMBA MERASAKAN SUDAH SAMPAI MASANYA BAGINDA SULTAN BERTINDAK MENYELESAIKAN KRISIS POLITIK DI PERAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT NEGERI PERAK..JIKA BAGINDA SULTAN MASIH LAGI BERDIAM DIRI,MAKA KRISIS POLITIK INI AKAN TERUS BERLANJUTAN DAN MENGANGGU KELANCARAN PENTADBIRAN KERAJAAN PERAK...

SITUASI INI SUDAH PASTINYA AKAN MEMBANTUTKAN KEMAJUAN NEGERI PERAK DAN SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MERUGIKAN RAKYAT PERAK ITU SENDIRI..KRISI INI PADA PENDAPAT HAMBA TIDAK BOLEH DISELESAIKAN DIMAHKAMAH..IANYA PERLU DISELESAIKAN DENGAN CARA MEMBUBARKAN DUN DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT PERAK MEMILIH PEMIMPIN MENGIKUT KEHENDAK MEREKA...


KEMBALIKAN HAK RAKYAT PERAK!!!!

Monday, October 26, 2009

NAJIB ALTANTUYA:BENARKAH MEREKA BERDAMAI ATAU SEKADAR SANDIWARA

Mungkin sebagai suatu langkah perubahan yang dilaung-laungkan semasa perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, UMNO Setiu juga seolah-olah dilihat mengambil langkah positif untuk mendamaikan antara puak-puak yang hebat bertelagah dengan mengadakan pertemuan antara semua wakil-wakil rakyat di dalam parlimen Setiu beserta penyokong-penyokong mereka bersama Ahmad Said bertempat di Dewan Sivik Jabi sejurus selepas perhimpunan Agong Umno baru-baru ini. Sumber yang diyakini memaklumkan, semua wakil-wakil rakyat hadir bersama penyokong mereka kecuali ADUN Batu Rakit.

Dalam konteks Setiu, pertelagahan berlaku antara puak pro Idris Jusoh yang diketuai Ramlan Ali, ADUN Jabi dan puak Pro Ahmad Said yang diketuai Mohammad Jidin, Ahli Parlimen Setiu. Pergeseran antara dua puak jelas dizahirkan semasa pemilihan UMNO peringkat bahagian baru-baru ini yang menyaksikan Ramlan Ali tewas tipis untuk merebut jawatan ketua bahagian di tangan Mohammad Jidin tetapi Ashaari Mohamad dari team Ramlan menang dalam perebutan jawatan timbalan ketua bahagian.

Krisis perlantikan pengerusi JKKK khususnya di DUN Jabi yang mengakibatkan tersingkirnya ramai pengerusi-pengerusi JKKK pilihan Ramlan dan digantikan dengan pengerusi-pengerusi JKKK pilihan MB (baca pilihan Mohammad Jidin) seolah-olah seperti meletakkan garam yang menambah kepedihan di tempat luka yang masih belum sembuh dan tidak tahu bilakah akan sembuh.

Masyarakat setempat juga ramai yang tertanya-tanya kenapakah Pejabat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Setiu untuk DUN Jabi dibuka di Kampung Renek, tidak di Pekan Jabi di mana terletaknya Pejabat dan Pusat Khidmat ADUN Jabi sedangkan Pekan Jabi adalah tempat tumpuan masyarakat DUN Jabi dan di sinilah acara-acara penting peringkat DUN selalu dilangsungkan.

baca selanjutnya:http://drazmanibrahim.blogspot.com/2009/10/benarkah-umno-setiu-berdamai.html

PERSENGKETAAN MEREKA INI SEBENARNYA PADA PENDAPAT HAMBA BELUM LAGI BERPENHUJUNG.KESEPAKATAN YANG MEREKA CUBA TUNJUKKAN TIDAK MAMPU MENUTUP KEMELUT YANG MASIH MELANDA UM-NO TERENGGANU.MEREKA DILIHAT CUBA UNTUK MEYAHUT SERUAN P-END NAJIB UNTUK KEMBALI BERSATU MENGUATKAN UM-NO NAMUM HAKIKATNYA UM-NO TERENGGANU SEKARANG DALAM KEADAAH PARAH YANG MANA MUNGKIN TAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI

KEMELUT YANG MELANDA UM-NO TERENGGANU INI SEBENARNYA BERPUNCA DDARI SIKAP TAMAKKAN KUASA OLEH KEPIMPINAN UM-NO TERENGGANU.BERMULA DARI PENOLAKKAN IDRIS JUSOH SEBAGAI MB TERENGGANU OLEH SULTAN TERENGGANU,UM-NO TERENGGANU MULA BERGOLAK DENGAN WUJUBNYA DUA PASUKAN IAITU PASUKAN AHMAD SAID DAN PASUKAN IDRIS JUSOH.WALAUPUN UM-NO TERENGGANU CUBA MENAFIKAN HAKIKAT INI,KEBENARAN TETAP DIKETAHUI OLEH SEKALIAN RAKYAT.

KEMELUT YANG MENIMPA UM-NO TERENGGANU INI MENJADIKAN HANYA RAKYAT TERENGGANU MANGSA SECARA TIDAK LANGSUNG.SIKAP BEREBUT KUASA INI MENYEBABKAN PENTADBIRAN TERENGGANU TERJEJAS DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENYEBABKAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN RAKYAT TERENGGANU KEPADA MEREKA TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK.

IKLAN SEBENTAR:KEPUTUSAN EPL

KEPUTUSAN PERLAWANAN ANTARA LIVERPOOL DAN MANCHESTER UNITED MEMANG HAMBA NANTIKAN.KEPUTUSAN PERLAWANAN INI BOLEH MENENTUKAN KEDUDUKAN PASUKAN KESAYANGAN HAMBA IAITU CHELSEA.HAMBA MELETAKKAN SASARAN UNTUK LIVERPOOL MENANG PERLAWANAN INI DENGAN JARINGAN 2-O DAN AKHIRNYA JANGKAAN HAMBA TEPAT SEKALI.TIDAK SEBAGAIMANA TAHUN LEPAS,HAMBA MENYOKONG APA SAHAJA PASUKAN YANG MENENTANG ARSENAL.PADA TAHUN INI PULA HAMBA AKAN MENYOKONG APA SAHAJA PASUKAN YANG MENENTANG MANCHESTER UNITED.KENAPA BEGITU?INI KERANA HAMBA SANGAT BENGANG DENGAN PENYOKONG MANCHESTER UNITED YANG BERLAGAK(tak semua la tapi kebanyakkan)DAN TAHUN INI HAMBA YAKIN TIADA SATU PUN PIALA AKAN DIPEROLEHI OLEH MANCHESTER UNITED..HEHEHE






LIVERPOOL F.C





MENENTANG




MANCHESTER UNITED F.C






DAN KEPUTUSANNYA LIVERPOOL F.C 2-MANCHESTER UNITED F.C 0
DAN PASUKAN YANG BAKAL BERGELAR JUARA EPL IALAH



CHELSEA F.C


NAJIB ALTANTUYA:SAJAK DARI PAHLAWAN BAHASA MELAYU

Lalu, aku sayu dan aku pilu; lalu, aku ragu dan aku malu … Buah ranum pada tangkai; bahasa gugur dari hati,sekali janji, sekali nafi; sekali pancang, sekali pincang, iktibar apakah semua ini? Lalu pemimpin angkuh berkata … Aku apa peduli

Kalaupun Shakespear turun ke bumi! Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi … Jangan berikan undi, pada mereka yang menghina bahasa sendiri. Jangan diundi pemimpin yang … bertelinga satu,berlidah dua. (A. Samad Said - Sasterawan Negara)

HAMBA RASA SANGAT TERTARIK DENGAN SAJAK SASTERAWAN NEGARA INI...RASANYA TAK PERLULAH HAMBA HURAIKAN APA MAKSUDNYA..MASING-MASING BOLEH MENILAI SENDIRI APA YANG CUBA DIJELASKAN OLEH BELIAU MELALUI SAJAKNYA INI..HANYA HATI YANG GELAP DAN BENCIKAN KEBENARAN SAHAJA TIDAK MAMPU MEMAHAMI APA YANG CUBA DITERJEMAHKAN MELALUI SAJAK INI......

NAJIB ALTANTUYA:PEMUDA UM-NO YANG BAPOK




IPOH ,Rombongan Dewan Pemuda Pas Perak yang ingin menghantar surat jawapan cabaran Pergerakan Pemuda UMNO Perak di hadapan Banggunan UMNO Perak mencatatkan satu peristiwa yang cukup bersejarah kerana Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengambil pendirian untuk tidak menerima surat jawapan cabaran tersebut.Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Penerangan, Ustaz Akmal dan exco serta rombongan pemuda Pas Perak mengambil tindakan untuk berjumpa dengan Pergerakan Pemuda Umno Perak dan menyerahkan surat jawapan sebagai respon kepada cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNOSaudara Maslin Sham Razman .


Wakil Pemuda UMNO hanya menghantar SUKnya untuk tidak menerima surat jawapan cabaran.


Wakil kedua pemuda UMNO mencelah untuk turut bersuara.


Semalam, Maslin telah mencabar agar Dewan Pemuda Pas Perak mengemukakan bukti berhubung dengan dakwaan mengatakan Barisan Nasional (BN) cuba melakukan kekacauan sehingga mengancam keselamatan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 22 Oktober.


Dalam perjumpaan tersebut , Pergerakan Pemuda Umno hanya mewakilkan setiausaha kerjanya untuk tidak menerima surat jawapan dari Dewan Pemuda PAS. Puluhan wartawan dan petugas media turut bersama dalam menyaksikan peristiwa yang agak aneh dan bersejarah ini. Pemuda UMNO nyata cuba bermain dengan kata-kata apabila mengatakan tidak boleh menerima surat tersebut sedangkan dalam masa yang sama menyatakan persetujuan untuk menerima surat itu sekiranya dihantar melalui faks ataupun pos. Sikap putar belit Pemuda UMNO pada petang ini amatlah dikesali kerana melalui SMS yang dihantar oleh Maslin kepada saudara Safarizal selaku penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS menyatakan persetujuan untuk menerima surat dan kunjungan dari Dewan Pemuda PAS Perak.



"Ini semua permainan media" ujar wakil Pemuda UMNO yang cuba untuk menyalahkan media kerana tidak berani untuk menyahut cabaran yang mereka sendiri laungkan.


Sidang Media dilakukan sejurus selepas itu oleh DPP Perak. Saudara Safarizal (PSU2) kemudiannya mengatakan pihak DPP Perak akan menghantar kembali semula surat tersebut dalam hasrat untuk terus berhujah dengan Pemuda UMNO yang kelihatan cukup gentar dan tidak bersedia.


Wakil pergerakan Pemuda Umno itu bukan sahaja tidak mahu menerima surat jawapan cabaran tersebut, bahkan dilihat cuba untuk merendah-rendahkan keupayaan Ketua Pergerakan Pemuda mereka sendiri yang tidak hadir bersama petang tadi. Mereka mengajukan tawaran perbincangan di waktu yang lain atas isu yang sama dan boleh diwakili oleh mana-mana panel dalam Pemuda UMNO sekiranya Maslin tidak bersedia. Tawaran itu seolah-olah merendahkan keupayaan dan kemampuan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak untuk berhujah dalam isu yang penting seumpama sidang DUN ini.


Ustaz Akmal kemudiannya mengambil pendirian untuk membacakan keseluruhan isi surat jawapan sebagai respon tindakan Pemuda UMNO yang tidak mahu menerima surat tersebut. Dalam sidang media yang berlangsung sejurus selepas itu, saudara Safarizal telah menyatakan bahawa Dewan Pemuda Pas Negeri Perak akan menghantar semula surat itu dengan hasrat yang sama iaitu untuk membincangkan isu kemelut politik di Perak dengan mengubah tajuk surat daripada menjawab cabaran kepada sesuatu yang lebih sesuai.


Beliau turut menyatakan bahawa tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tidak mencerminkan keberanian anak muda dalam berhujah untuk mengemukakan pendirian dan ianya amatlah dikesali.




SANGAT MEMALUKAN!!!HAMBA RASA INILAH PERKATAAN YANG PALING SESUAI UNTUK MENGAMBARKAN SIKAP PEMUDA UM-NO INI.PADA SATU KETIKA MEREKA DILIHAT SEOLAH-OLAH BERGITU BERANI DAN GAGAH PERKASA MELAUNGKAN CABARAN KEPADA DEWAN PEMUDA PAS PERAK,TETAPI TIBA-TIBA BERTUKAR MEMJADI TIKUS MONDOK MENYEMBUNYIKAN DIRI APABILA DIAJAK BERHADAPAN...

SELAYAKNYA MEREKA INI DIPANGGIL DENGAN NAMA PEMUDA BAPOK UMNO.MAAFKAN HAMBA DI ATAS KELANCANGAN HAMBA BERBICARA INI.TETAPI MELIHAT CARA MEREKA HAMBA RASA INILAH PANGGILAN YANG SELAYAJNYA BUAT MEREKA.HANYA BERANI MENYALAK BILA BERJAUHAN AKAN TETAPI BILA BERHADAPAN TIDAK BERANI UNTUK BERHUJAH.
KEPADA SEKALIAN PEMUDA UM-NO INGIN HAMBA NASIHATKAN,JIKA TIDAK CUKUP ILMU DAN KEBERANIAN YANG ADA JANGAN DICABAR KAMI UNTUK BERHUJAH.LEBIH BAIK KALIAN SEMUA BERDIAM DIRI SAHAJA DARI MENYALAK TAK TENTU PASAL.

Wednesday, October 21, 2009

NAJIB ALTANTUYA:SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA ATAU SURUHANJAYA PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA??

ADA individu yang ditangkap atau disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) membuat laporan polis mendakwa didera atau dipaksa untuk membuat pengakuan bagi meraih simpati serta memberi gambaran kepada masyarakat SPRM agensi penguatkuasaan yang kejam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata tindakan itu kebelakangan ini menjadi satu trend. “Tindakan pihak berkenaan juga semata-mata bertujuan untuk mengelakkan pengakuan mereka dijadikan keterangan di mahkamah kelak,” katanya menjawab soalan bertulis Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Mohamed Nazri berkata, bagi mengelak dakwaan seperti itu berlarutan, SPRM mengambil beberapa langkah seperti mewujudkan bilik temu duga dan rakaman penyataan yang dilengkapi dengan keperluan logistik seperti kelengkapan kamera litar tertutup (CCTV) serta kemudahan komputer bagi proses rakaman percakapan di setiap pejabat SPRM.

Selain itu, beliau berkata, SPRM juga mengadakan kursus dan latihan komprehensif bagi membentuk kemahiran dan pengalaman pegawai SPRM dalam pengendalian teknik temu duga atau ‘investigative interviewing’.

Katanya, kemahiran dan pengalaman itu membolehkan pegawai mendapatkan kerjasama, kebenaran dan pengakuan daripada saksi dan suspek melalui kaedah psikologi tanpa membabitkan unsur kekerasan atau penderaan.

HAMBA CUKUP BENCI PADA ORANG YANG CUBA MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN...SPRM HARI INI DILIHAT SEMAKIN BERANI DAN ANGKUH DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAPNYA...

KEPADA RAKYAT YANG LEMAH SPRM DILIHAT BEGITU BERANI DAN ANGKUH MENJALANKAN PROSUDUR SIASATANYA...TAPI,BILA MANA BERHADAPAN DENGAN PIMPINAN UM-NO/BE-END SPRM MENJADI SANGAT LEMAH LEMBUT SEUMPAMA BAPOK LAGAKNYA....

SEDARLAH BAHAWASANYA KAMU SPRM DIBAYAR GAJI OLEH RAKYAT UNTUK MENJALANKAN TUGAS DENGAN ADIL DAN SAKSAMA,BUKANNYA MEMILIH BULU...JANGAN SAMPAI SATU HARI NANTI RAKYAT BERTINDAK MELAWAN KEZALIMAN KAMU..

NIZAR VS ZAMBRY:KATAK OH KATAK

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata kerjasamanya dengan PAS yang terjalin sewaktu pertanding atas tiket parti itu, dalam pilihanraya umum lalu, sudah berakhir.Ibrahim juga membuat pengakuan bahawa beliau kini lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan BN.

"Saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, kata Ibrahim, buat masa ini belum ada keperluan baginya menyertai Umno walaupun beliau melihat parti itu semakin kukuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya membuat pendirian ini juga sebab saya tidak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri atau kepentingan peribadi dan seumpamanya."Saya juga perlu menjaga integriti dan kredibiliti saya sebagai pemimpin Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) iaitu sebuah badan bukan kerajaan dan perlu kekal sebagai anggota Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik," katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata Umno tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali ke pangkuan Umno termasuk Ibrahim sekiranya ingin menyertai semula parti yang ditunjangi orang Melayu itu.Ibrahim berkata beliau gembira melihat Umno sekarang yang sudah menjadi betul-betul terbuka dan boleh ditegur dan dikritik.

"Berbeza pula dengan Pas, bila saya memberi teguran, pandangan dan kritikan nampaknya mereka tidak boleh terima sehingga mendesak saya supaya meletak jawatan dan mengatakan saya tidak mengenang budi," katanya. - Bernama

DAH MEMANG DASAR 'KATAK' TAKDE MARUAH..BILA LOMPAT KE SINI DIE KATA PUAK YANG BELAH SANA TAK ELOK DAN MACAM-MACAM LA..TAPI BILA LOMPAT KE SANA PULAK DIE KATA PUAK BELAH SINI PULAK TAK ELOK DAN MACAM-MACAM...PADA HAMBA ORANG MACAM NIE MEMANG TAK BOLEH DIBUAT KIRA DAH...TAPI TAK TAHU LA HAMBA KALAU MASIH ADA ORANG YANG MINAT NGAN 'KATAK' NIE...

TAPI HANBA RASA UM-NO MEMANG DAH TERDESAK UNTUK TERIMA 'KATAK' NIE...JENIS ORANG YANG TAK TAHU KENANG JASA NIE HANYA AKAN MENJADI KUDIS PADA MANA-MANA PARTI YANG MENERIMANYA...

Tuesday, October 20, 2009

NIZAR VS ZAMBRY:UM-NO BERANGAN KUMPULKAN KEAHLIAN 4 JUTA ORANG



KANGAR: Keahlian Umno dijangka meningkat melebihi empat juta dalam tempoh setahun akan datang berikutan perluasan kuasa mendaftar ahli baru kepada semua ketua sayap di cawangan termasuk Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri.



Bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, berkata perluasan kuasa mendaftar ahli mampu mengelak politiking.



“Menerusi pindaan pendaftaran keahlian yang diluluskan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat cawangan mempunyai kuasa menerima kemasukan ahli baru,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bakau, di sini, petang kelmarin. Baca setrusnya di





HAMBA RASA SANGAT SIMPATI DENGAN UM-NO/BE-END NIE...DALAM SOAL MEMBILANG ANGKA HAMBA RASA UM-NO/BE-END NIE SELALU MEMBERIKAN ANGKA YANG TIDAK TEPAT ATAU PUN DI LUAR KEUPAYAAN MEREKA SEBENARNYA...



DIKALA SOKONGAN TERHADAP MEREKA SEMAKIN HARI SEMAKIN MEROSOT,MEREKA PULA BEGITU BERKEYAKINAN MAMPU MEMCATAT JUMLAH KEAHLIAN 4 JUTA ORANG...NIE MUNGKIN DIKIRA SEKALI DENGAN AHLI UM/NO HANTU YANG SELALU MEMBANTU MEREKA DI PILIHANRAYA SELAMA INI..



SEPATUTNYA MEREKA MENJAGA KEAHLIAN YANG ADA DARI KELUAR MENINGGALKAN PERJUANGAN MEREKA YANG SEMAKIN TIDAK RELEVEN DARI BERCITA-CITA MENAMBAH KEAHLIAN YANG ENTAH DARI MANA DATANGNYA..JANGAN SAMPAI PULA BAK KATA PERPATAH.."YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDUNG KECICIRAN"...