WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, June 11, 2009

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN


Muktamar PAS ke 55 telah pun berlalu. Penuh dengan kenangan pahit dan manis tetapi yang pastinya secara keseluruhan ia telah berjaya berjalan dengan baik dalam semangat ukhuwah dan persaudaraan Islam. Kebetulan muktamar kali ini menyaksikan pemilihan diperingkat pucuk pimpinan, maka masing-masing memendam kenangan menurut calon yang masing-masing juarai.

Bagi yang menang tentulah gembira, namun bersedialah memikul amanah besar yang diberikan oleh jemaah. Yang kalah pula usah bersedih, jika kita ikhlas menawarkan diri untuk berkhidmat demi Allah dan Rasul Nya, maka jadilah umpama Khalid al Walid, walaupun tidak berpangkat, namun tidak sekali-kali menggugat semangat dan kesungguhannya untuk berjung menegak dan mempertahankan agama Allah ini. Jadilah pemimpin yang baik bagi yang menang dan jadilah pengikut yang taat dan setia bagi yang tewas.


Apa pun yang pentingnya dari muktamar ini adalah mesej ucapan dasar Presiden yang bakal menjadi dasar dan panduan parti selain dasarnya yang tetap yang sedia termaktub dalam perlembagaannya.“Islam memimpin perubahan” itulah tema ucapan dasar Presiden. Kini bukan masanya untuk berbahas dan membicarakan darihal pemilihan yang lepas, muktamar telah pun bersuara, dan suaranya perlu dihormati. Marilah kita kini fokuskan pada perjuangan yang laluannya masih panjang dan luas di hadapan.Bagaimana kita mahu memandu jemaah ini agar Islam terus menjadi teraju dan pimpinan yang membawa ummah dan negara ke arah perubahan.


Kata Tuan Guru Presiden:Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma’aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan kea rah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam. PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat.

Inilah sepatutunya fokus dan tumpuan kita kini. PAS sudah menjangkau usia melebihi setengah abad, jangan kita berpecah kerana merebut kedudukan sebagaimana pecahnya badan siasah yang lain. Ini gerakan Islam, ia akan kekal teguh dan padu kerana yang penting bukan individu dan kelompok, yang penting adalah nasib dan masa depan Islam yang tercinta.Ayuh kita bersatu meneruskan perjuangan.

Idea pimpinan tidak rugikan parti, Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim Tuan Man



KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - "PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat."
Iklan

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.


"Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya.

"Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya.

Ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian apabila Presiden PAS mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan namun katanya kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.

Terdahulu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecah-belahkan PAS.

"Kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

"Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh," katanya yang dipetik daripada blog 'darigaunghati'. -


DIPETIK DARI HARAKAH DAILY

Wednesday, June 10, 2009

HENTIKAN KENYATAAN KELIRU, TIADA HASRAT BAWA PAS KEPADA BN - TIMBALAN PRESIDEN

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.


"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.


Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.


Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.


"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.


"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.


"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.


Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.



"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.


Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.



Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.


Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.


Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.


"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.


Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.


Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS. (harakahdaily)


Dipetik dari catatan ar_rawa


Monday, June 8, 2009

DUN MANEK URAI-MAMPUKAH UM,-NO ATAU SEKADAR MIMPI DISIANG HARI


UM-NO KALI INI BERIA-IA BENAR UNTUK BERTANDING DI DUN MANEK URAI...MEREKA MENYATAKAN KEYAKINAN DAN KESUNGGUHAN UNTUK MENUMBANGKAN PARTI PAS DI PRK MANEK URAI...SURAT KHABAR DAN STESEN TV SEKUTU MEREKA SUDAH PUN MULA MENCANANGKAN PERBAGAI DAKYAH UNTUK MEMPENGARUHI PENGUNDI DUN MANEK URAI AGAR MENOLAK KEPIMPINAN PARTI PAS.....
PERSOALAN YANG BERMAIN DI PIKIRAN AKU SEKARANG IALAH...ADAKAH MEREKA BENAR-BENAR MAMPU ATAU SEKADAR MIMPI DI SIANG HARI..AKU BUKAN HENDAK MEMPERKECILKAN KEMAMPUAN UM-NO DAN BE-END...AKAN TETAPI UM-NO DAN BE-END SEKARANG DILIHAT UMPAMA ORANG YANG TERCEDERA SETELAH TERKENA PUKULAN TERUK DALAM PRK SEBELUM INI...DENGAN REKOD KEKALAHAN 5-1 DI PRK SEBELUM INI(TERMASUK SATU KALAH TANPA BERTANDING),KECEDERAAN YANG DIALAMI MEREKA DILIHAT BELUM SEMBUH SEPENUHNYA MALAH SEMAKIN PARAH DENGAN KEKALAHAN TANPA BERTANDING DI DUN PENANTI PULAU PINANG....
JADI KALAU DILIHAT PADA KEADAAN UM-NO DAN BE-END PADA KETIKA INI,ADA BAIKNYA PADA AKU MEREKA BEREHAT DULU DARI BERTADING BAGI MEYEMBUHKAN LUKA-LUKA KEKALAHAN DI PRK SEBELUM IN SAMBIL-SAMBIL MENILAI SEBELUM SAMAADA UM-NO DAN BE-END MASIH RELEVEN ATAU PERLU DIBUBARKAN....MAAF LA SEKIRANYA KENYATAAN YANG AKU KATAKAN INI MENYAKITKAN HATI PUAK-PUAK UM-NO DAN BE-END...TAPI ITULAH HAKIKAT YANG PERLU MEREKA TERIMA JIKA SEMAKIN HARI MEREKA SEMAKIN DITOLAK OLEH SEKALIAN RAKYAT...JIKA MEREKA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK BERBAKTI KEPADA RAKYAT,MEREKA BOLEHLAH BERKIRA-KIRA UNTUK MASUK KE DALAM PARTI PAS,KEADILAN ATAUPUN DAP
MELIHAT KEPADA MOOD RAKYAT NEGERI KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT KETIKA INI,ADALAH AGAK MUSTAHIL BAGI UM-NO DAN BE-END MEMPENGARUHI RAKYAT DI DUN MANEK URAI AGAR MEMILIH MEREKA...SELURUH RAKYAT NEGERI KELANTAN BAIK MELAYU,CINA MAHU PUN INDIA DILIHAT SEMAKIN MENYAYANGI KEPIMPINAN TUAN GURU...SEGALA DAKYAH DAN FITNAH YANG CUBA DIMAINKAN OLEH AKBAR-AKHBAR DAN STESEN TV PRO KERAJAAN TIDAK AKAN MAMPU MEMPENGARUHI RAKYAT DI DUN MANEK URAI...MALAH IANYA HANYA AKAN MEMBUATKAN UM-NO DAN BE-END SEMAKIN DIBENCI OLEH RAKYAT MALAYSIA....
APA-APA PUN KEADAAN UM-NO DAB BE-END PADA MASA INI BUKANLAH LESEN BAGI PETUGAS-PETUGAS PARTI PAS UNTUK BERGOYANG KAKI...PERSIAPAN HARUS DILAKUKAN SEBAIK MUNGKIN BAGI MENGELAK BERLAKUNYA KEJUTAN DI DUN MANEK URAI..PENERANGAN DEMI PENERANGAN HARUS DILAKUKAN BAGI MENOLAK SEGALA DAKYAH YANG DIMAINKAN OLEH UM-NO DAN BE-END......
SEMOGA ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG BENAR DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA NYA

Tuesday, June 2, 2009

Penanti-PKR-Menang-Besar-SPR-Gagal-UMNO-Sakit-Hati



PKR Menang Besar
Media Umno-BN jaja seluruh negara bahawa jumlah 46.15% pengundi yang keluar mengundi di DUN N12 Penanti sebagai yang terendah dalam sejarah. Walau apa pun yang mereka tulis dan sebarkan, hakikatnya PKR yang mewakili Pakatan Rakyat menang besar di Penanti dengan Calonnya, Dr. Mansor Othman mendapat 6052 undi sekaligus menewaskan calon lain dengan majoriti 5,558 undi.
Calon bebas Nai Kha Ari mendapat sebanyak 494 undi, Aminah Abdullah memperolehi sebanyak 392 undi dan Kamarul Ramizu Idris memperolehi undi sebanyak 56 undi. Semua Calon bebas hilang wang pertaruhan.
Seandainya Umno-BN letak calon dan arahkan 5,000 ahli mereka di Penanti keluar mengundi, tetap mereka akan kalah juga. Sebab itulah mereka boikot sebenarnya.
SPR Gagal
Jumlah 46.15% keluar mengundi dijadikan isu utama, walhal mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka itu memperjelaskan lagi pentabiran Kerajaan BN yang gagal melaksanakan mandat rakyat. SPR merupakan agensi dibawah tadbiran Kerajaan BN gagal menjalankan fungsinya bagi memastikan rakyat keluar mengundi di Penanti.
Kegagalan SPR ini terserlah bila mana jumlah keluar mengundi merosot dengan banyaknya. SPR dengan segala kemudahan dan peralatan yang mereka ada gagal untuk menarik pengundi.
Jelas kesilapan itu bukan silap PKR kerana semua ahli dan penyokong PKR keluar mengundi. Yang tak keluar adalah 30% penyokong Umno yang diarahkan tidak mengundi oleh Umno Pulau Pinang dan bakinya pengundi atas pagar yang gagal dipikat oleh SPR.
Isu boikot adalah lumrah, setiap sesi pengundian pasti ada rakyat yang boikot atau mahu berkecuali. Ini jelas dilihat dalam semua pilihanraya, kerana hingga ke hari ini belum ada pilihanraya yang merekodkan jumlah keluar mengundi 100%. Maknanya ada juga yang tak keluar.
Ini memperjelaskan pada rakyat dan SPR khususnya, agar perlunya satu usaha untuk mendidik rakyat keluar mengundi dan tunaikan hak mereka sebagai pengundi. SPR harus post mortem perkara ini dan tidak mengikut rentak Umno-BN yang kecewa.
Umno Kecewa dan Sakit Hati
Ya! Umno BN kecewa dan sakit hati dengan keputusan ini kerana dengan tindakan boikot mereka itu, PKR mendapat laluan mudah untuk pertahankan Penanti. Terima kasih Umno-BN kerana tidak bertanding kalau tidak jenuh juga nak berkempen. Bila Umno-BN tak bertanding suasana pilihanraya jadi tenang, damai dan tiada provokasi atau kejadian pergaduhan.
Kalau BN bertanding pasti ada masalah. Mesti ada gaduh, ada rasuah, pengundi hantu, kutuk mengutuk dan surat layang atau berita palsu yang mereka sebarkan. Pastinya pilihanraya di Penanti memperjelaskan pada rakyat bahawa dengan ketiadaan Umno-BN negara ini akan aman sebagaimana amannya pilihanraya Penanti.
Umno akan terus lara dan kecewa kerana tidak bertanding di Penanti. Sebab itulah mereka masih terpekik, melolong dalam ceramah mereka di Permatang Pauh sepanjang sesi Kempen. Mereka tak boleh masuk berkempen di Penanti, jadi nak lepas gian dan kekecewaan mereka berceramahlah di sempadan Penanti.
Pastinya apa yang berlaku di Penanti memeritkan lagi BN kerana keputusannya menambahkan lagi Koleksi Kemenangan Pakatan sejak Pilihanraya 2008.
Rekod semasa Pilihanraya kecil menunjukan Pakatan kini meninggalkan BN dengan kemenagan 5-1. Pakatan sudah menang di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti. BN hanya mendapat kemenangan saguhati di Batang Ai setakat ini.
Akhir kalam, syabas kepada Dr. Mansor Othman yang bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang lepas ini.
dipetik dari tulisan: HermanSamsudeen

Monday, June 1, 2009

MANEK URAI-BERSEDIAKAH UM-NO/BE-END MELETAKKAN CALON MEREKA

PADA PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI DI PULAU PINANG UM-NO DAN BE-END TIDAK MELETAKKAN CALONNYA DENGAN ALASAN TIDAK MAHU TERLIBAT DENGAN PROPAGANDA POLITIK YANG DIMAINKAN OLEH PARTI PKR DAN TIDAK MAHU MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT.

TETAPI HAKIKAT MEREKA TIDAK BERANI BERHADAPAN DENGAN SUARA TENTANGAN RAKYAT KEPADA MEREKA YANG SEMAKIN MEMBUAK-BUAK.MEREKA TAKUT UNTUK TERUS MENERIMA KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN DALAM PILIHANRAYA KECIL..

SETELAH SELESAI PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI,KEBERANIAN UM-NO DAN BE-END BAKAL DIUJI SEKALI LAGI...KALI INI DI DUN MANEK URAI KELANTAN...PILIHANRAYA KECIL DI DUN MANEK URAI BERLAKU BERIKUTAN KEMATIAN ADUN ISMAIL YAAKOB...

DAN KALI INI APA YANG MENJADI PERSOALAN ADALAH,ADAKAH UM-NO DAN BE-END AKAN MELETAKKAN CALON MEREKA DI MANEK URAI...SEKIRANYA MEREKA TERUS TIDAK MELETAKKAN CALON DI MANEK URAI,MEREKA HANYA AKAN MENUNJUKKAN KEBACULAN MEREKA DI MATA RAKYAT...AKAN TETAPI,JIKA MEREKA MELETAKKAN CALON MEREKA DI MANEK URAI..MEREKA TELAH MEMCABULI APA YANG TELAH MEREKA SUARAKAN SEBELUM INI IAITU TIDAK MAHU MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT DAN MENGIKUT PROPAGANDA PR (KATA MEREKA LA)...

UM-NO DAN BE-END SEKARANG INI SEOLAH-OLAH TERSEPIT DIANTARA MAHU BERTANDING ATAU TIDAK...BERTANDING PON SALAH TAK BERTANDING PON SALAH...TAPI PADA AKU SAMA ADA UM-NO DAN BE-END BERTANDING ATAU TIDAK TAK MENJADI SATU MASALAH BESAR...I

INI KERANA UM-NO DAN BE-END MASIH BELUM LAGI SEMBUH DARI LUKA KEKALAHAN DI 5 PILIHANRAYA KECIL SEBELUM INI(TERMASUK SATU KALAH TANPA BERTANDING)KEADAAN INI MEMUNGKINKAN AMAT SUKAR BAGI MEREKA UNTUK MEMENANGI KERUSI DUN MANEK URAI....LEBIH-LEBIH LAGI SEKARANG INI KERAJAAN KELANTAN PIMPINAN TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT SANGAT DISAYANGI RAKYAT KELANTAN TAK KIRA MELAYU,INDIA MAHUPUN CINA...

OLEH ITU AKU MENYARANKAN KEPADA UM-NO DAN BE-END AGAR TIDAK MELETAKKAN CALON DI DN MANEK URAI DAN DENGAN INI DAPATLAH MEREKA MENGOTAKKAN JANJI UNTUK TIDAK TERLIBAT DENGAN SITUASI YANG DIKATAKAN MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT..INI MEMANDANGKAN PELUANG UNTUK MEREKA MENANG HAMPIR TIDAK ADA...JADI DARI MEMBAZIR WANG DAN MASA MEREKA..ADA BAIKYA MEREKA MEMBERI LALUAN KEPADA PAS UNTUK TERUS BERKHIMAT KEPADA PENDUDUK DI DUN MANEK URAI...

Sunday, May 31, 2009

KATAKAN TAK NAK PADA NAJIB!!!

CALON PKR SAUDARA MANSOR OTHMAN TELAH MEMENANGI PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI MENGALAHKAN 3 CALON BEBAS DAN 1 CALON PENAKUT(KES TAK BERANI BERTANDING=BE-END)....

KEMENANGAN INI BUKAN SAHAJA KEMENANGAN PKR DAN PR,TETAPI JUGA ADALAH KEMENANGAN RAKYAT DALAM MENOLAK PEMERINTAHAN NAJIB TUN RAZAK....


SEGALA MACAM STRATEGI NAJIB BAGI MEMENANGI HATI RAKYAT DIBALAS DENGAN KEMENANGAN 5-0 BAGI PR DISETIAP PILIHANRAYA KECIL DI SEMENANJUNG MALAYSIA....(SABAH SERAWAK TOLAK TEPI DULU)


INI MENUNJUKKAN DENGAN JELAS BAHAWA RATA-RATA RAKYAT MALAYSIA TIDAK DAPAT MENERIMA LAGI UM-NO DAN BE-END TERUTAMANYA PEMERINTAHAN NAJIB......


REPUTASI NAJIB MAKIN MERUNDUM BILA UM-NO DAN BE-END TELAH MERAMPAS KERAJAAN RAKYAT DI PERAK DAN MENGANTIKKANNYA DENGAN KERAJAAN MAHKAMAH...


OLEH ITU NASIHATKU PADA UM-NO DAN BE-END,KALAU BENAR-BENAR IKHLAS NAK MEMENANGI HATI RAKYAT....
PULANGKANLAH HAK RAKYAT!!!!!!


CALON PKR MASUR OTHMAN MENANG DI DUN PENANTI


BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.


Mansor yang memperoleh 6,052 undi mengalahkan tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, 56, dengan 392 undi; Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dengan 494 undi dan Kamarul Ramizu Idris, 42 dengan 56 undi.


Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada jam 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya,Mohammad Fairus Khairuddin kerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkatpasca ijazah pada 16 April lalu.


- dipetik dari Bernama

Saturday, May 30, 2009

MOGOK LAPAR ......ADAKAH DIBENARKAN OLEH ISLAM






Mogok adalah satu tindakan yang biasanya diambil dalam 2 keadaan .

Pertama, disaat pasrah atau tiada pilihan bertindak bagi merubah sesuatu situasi .

Kedua , untuk menarik perhatian pihak lain atau sebagai satu ‘bahasa’ untuk menyatakan sesuatu perkara yang besar setelah bahasa lidah kelihatan tidak difahami .

Lapar atau berlapar salah satu dari cara mogok yang sering dilakukan dan ia antara cara mogok yang tertua di dunia dan pernah dilakukan oleh kaum jahiliyah .Ibu kepada Saad bin Abi Waqqas rha. pernah melancarkan mogok untuk tidak makan dan tidak minum , sehinggalah Saad bin Abi Waqqas rha. kembali kepangkuan agama asal mereka .

Ibu Saad bin Abi Waqqas pernah berkata kepada anaknya :"Demi Allah Aku tidak akan makan sebarang makanan dan Aku tidak akan minum sebarang minuman sehinggalah aku mati atau engkau mengingkari [ agama Muhammad saw dan kembali kepada agama asal ]" Riwayat Imam Muslim , Ahmad , Tarmizi dan Nasaei.

Pendapat 1 : Mogok Lapar adalah Haram.

Peristiwa di atas sering menjadi hujjah bagi mereka yang berpendapat bahawa mogok adalah haram justeru ia adalah amalan jahiliyah .

Atas alasan untuk melahirkan rasa tidak puas hati [ protes ] terhadap pihak lain , ingin memberitahu orang ramai tentang kezaliman yang dilakukan atau untuk memberi tekanan kepada pihak tertentu maka ia tidak sampai menghalalkan mogok lapar.Justeru matlamat tidaklah menghalalkan cara .

Hujjah mereka diperkuatkan dengan nas yang menyebut :وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ 'Jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan' - (195 al-Baqarah)

Syara' tidak membenarkan sama sekali [ kecuali dhorurat ] kita mendedahkan diri dan jamaah kepada binasa walaupun di atas tujuan yang baik seperti menentang kezaliman kerana matlamat yang ingin dicapai tidak sampai menghalalkan semua cara atau pendekatan .

Mogok lapar dilihat lebih membawa kesan mudharat atau binasa ke atas pelakunya berbanding musuh yang ditentang . Tidak dinafikan musuh menerima kesan tekanan politik dari mogok lapar yang dilancarkan tetapi tidak menjejaskan keseluruhan reputasi dan survival politik mereka sebaliknya mereka masih mempunyai 1001 cara untuk mengalih tumpuan dunia dan menyembunyikan kezaliman mereka .

Jika kita sanggup mogok lapar lalu membinasakan diri demi menentang kezaliman , kenapa tidak gempur sahaja musuh di atas nama jihad sehingga memungkinkan kita syahid atau paling tidak ditangkap dan kita binasa kerana seksaan musuh bukan kerana kita menyeksa diri kita .

Kita masih mempunyai banyak ruang dan peluang juga pelbagai sarana yang masih boleh diguna-manafaatkan untuk mendedahkan kezaliman musuh kepada dunia sekaligus memberi tekanan politik dan menghakis pengaruh kuasa mereka tanpa perlu kita mendera dan menyeksa diri kita sendiri , sementara musuh sedikit pun tidak terjejas kesihatan dan pengaruh mereka .

Kita belum kehabisan idea dan cara untuk menetang musuh dan mendepani kezaliman yang dilakukan oleh mereka .

Al A'llamah Syeikh Athiyyah Saqr bekas Pengerusi Lajnah Fatwa University al Azhar pernah mengeluarkan fatwanya :

Tiada di dalam agama apa yang dinamakan mogok dari makan atau minum bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Ia merupakan wasilah yang negatif yang wajib dihindari oleh seseorang, sedangkan di sana ada wasilah-wasilah yang lain yang dibenarkan syara' yang begitu banyak.

Sesiapa yang mengambil langkah ini sesungguhnya dia telah memudharatkan dirinya dengan lapar dan dahaga dalam perkara yang bukannya ketaatan. Sedangkan hadis ada menyatakan

"Tiada boleh memudharatkan (untuk dirinya) dan juga tiada boleh memudharatkan orang lain" .

Dalam masa yang sama dia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan, sedangkan Allah SWT berfrman yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Al-Baqarah 195).

Sesiapa yang mati disebabkan mogok tersebut ia dikira membunuh diri. Bunuh diri adalah dosa besar dan sesiapa yang menghalalkannya ia menjadi kafir, tidak boleh dimandikan (jenazahnya), tidak disembahyangkan dan tidak boleh ditanam di perkuburan orang Islam" Ahsanul kalam fil Fatawa wal Ahkam -Asy - syeikh A'thiyah Saqr . Jilid 1 : 366

Usahkan mogok lapar yang membinasakan diri sendiri , hanya berpuasa untuk mendekatkan diri kepada Allah swt tetapi melebihi kadar ketetapan syara' juga dilarang keras oleh Rasulullah saw. Maksudnya jika sekiranya berpuasa sekalipun janganlah sampai membahayakan diri.

Telah datang 3 orang lelaki ke rumah isteri Nabi saw lalu mereka bertanya mengenai ibadat Nabi saw lalu diceritakan kepada mereka [ mengenai ibadat nabi saw ] lalu mereka berkata : di mana [ perbezaan ] kami berbanding Nabi saw ? sedang Allah swt mengampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian ?

Lantas berkata seorang dari mereka : adapun aku sembahyang sepanjang malam [ tanpa tidur ] dan berkata pula yang lainnya : ada pun aku berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka . Berkata pula yang ketiga : adapun aku menjauhi perempuan dan aku tidak berkahwin selamanya [ kerana sibuk beribadat ] .

Lalu datang Rasulullah saw. dan berkata : apakah kamu yang berkata begitu dan begini ?

Demi Allah swt. sedang aku orang yang paling takut kepada Allah swt dikalangan kamu dan paling bertaqwa kepadaNya , akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka , aku sembahyang aku tidur dan aku mengahwini perempuan , maka barangsiapa yang [ berpaling ] tidak mengikut sunnahku maka ia bukan dari kalanganku. dikeluarkan oleh al Bukhari dari Anas Rha .

Nas ini membawa maksud Islam tidak suka tindakan yang keterlaluan sehingga menafikan hak jasad dan Islam juga sangat mencela kita mengadakan sesuatu yang tidak dilakukan atau tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw.

Lihat , bagaimana puasa yang bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah , jika dilakukan melebihi [ melampau ] dari kadar yang ditetapkan oleh Allah swt. mendapat celaan dari Rasulullah saw . Betapalah pula mogok lapar yang tidak bermaksud mendekat diri kepada Allah swt dan ia bukanlah sejenis ibadah seperti puasa bahkan tidak makan dan minum sehingga memudharatkan diri . [ sementara puasa ada sahur dan iftar ]

Berasaskan penghujahan ini maka mereka [ ulama' ] mengharamkan perbuatan mogok lapar dan menyebut sebagai suatu yang tiada asal di dalam Islam .

Pendapat 2 : Hujjah yang membenarkan

Saya melihat isu ini turut dibahas dari aspek yang berbeza dan sekaligus membenarkan mogok lapar dilakukan .

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . al Qaradhawi menjawab :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka !

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !

Mereka yang berpendapat mogok lapar dibenarkan turut melampirkan kenyataan Saidina Abu Bakar rha ketika mana ia sangat tertekan menahan kerisauannya terhadap Rasulullah saw setelah mereka diserang oleh kuffar Quraisy sehingga Abu Bakar pengsan . Sejurus bangun sedar dari pengsannya , Abu Bakar rha berkata kepada ibunya yang menghidang makanan untuknya :

Demi sesungguhnya kerana Allah Aku bertegas ke atas diriku bahawa Aku tidak akan mengambil [ makan ] sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman sehinggalah aku menemui Rasulullah saw . Hayatus Sahabah [ Syeikh Muhammad Yusuf al Kandahlawi ] Jilid Pertama : Bab Tahammul Asy Syadaaid fillah .

Pandangan saya(Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi).

Pertama : Fatwa al Qaradhawi adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada beliau atau mengulas situasi yang disebutkan oleh mereka yang bertanya iaitu mengenai tahanan ummat Islam Palestin di penjara Israel . Justeru itu perlu dilihat bagaimana keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya . Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada padanya dan fatwa al Qaradhawi membenarkan mogok lapar dalam situasi seperti itu .

Tahanan itu berada di dalam penjara , maka apalah pilihan yang ada pada mereka bagi mendesak Israel agar membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia akan kekejaman Israel alihi laknatullah . Situasi ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di dalam negara kita .

Kedua : Sirah yang menjelaskan sikap Abu Bakar rha mengeluarkan kenyataan untuk tidak makan dan minum perlu dilihat kepada beberapa keadaan :

1. Peristiwa itu berlaku diperingkat awal Islam bertapak di Makkah dan aqidah serta syariat belum sempurna . Marhalah Nabi saw pada waktu itu hanyalah diperingkat dakwah dan pemantapan aqidah . Marhalah ini pernah menyaksikan Nabi saw meminta para sahabat meninggalkan Makkah berhijrah ke Habsyah sebagai usaha menyelamatkan aqidah justeru aqidah mereka masih diperingkat tunas .

2. Kisah itu tidak menunjukkan tindakan Abu Bakar mogok , tetapi hanya sekadar ucapan tegas Abu Bakar kepada Ibunya [ Ummu Khair - belum Islam pada waktu itu ] , sebagai ugutan agar ibunya segera bertemu Ummu Jamil rha [ saudara perempuan Saidina Umar al Khattab ] untuk mendapatkan kepastian keselamatan Nabi saw sejurus sedar dari pengsan setelah Abu Bakar dan Rasulullah saw bersama sahabat yang lain diserang oleh kuffar Quraisy .

Ummu Jamil akhirnya membawa Abu Bakar rha. ke rumah Arqam abi Arqam untuk bertemu dengan Rasulullah saw yang berlindung di rumah tersebut . Pertemuan itu juga membawa Ummu Khair memeluk ajaran Islam .

Mogok dan Puasa Sunat

Tanpa ada keadaan yang dhorurah untuk mengharuskan suatu yang diharamkan maka mogok lapar adalah salah di sisi syara' bagi ummat Islam . Sementelah pula keadaan yang tidak mendesak atau memaksa dengan maksud kita masih mempunyai waktu yang luas dan ruang yang lebar untuk merangka tindakan yang tidak hanya membinasakan diri tanpa memberi kesan yang besar kepada pemerintah yang zalim .

Kepada golongan bukan Islam mungkin mereka menggunakan mogok lapar sebagai hak mereka untuk bertindak tetapi tidak untuk ummat Islam kerana kita mesti berpegang kepada kaedah matlamat tidak menghalalkan cara .

Sebagai muslim , dalam menghadapi kezaliman pemerintah tidak menjadikan kita buntu dan hilang pedoman . Kita ada Allah swt dan kita diajar agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat . (al Baqarah 45)

Ibnu Kathir di dalam tafsirnya menyebut bahawa maksud sabar di dalam ayat 45 surah al baqarah ini juga diertikan sebagai puasa . Al Qurtubi dan lainnya menyebut , inilah sebabnya Ramadhan dikenali sebagai bulan sabar . (Tafsir Ibnu Kathir)Puasa adalah pilihan muslim untuk bermunajat kepada Allah swt agar kezaliman dihancurkan . Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita .

dipetik dari tulisan : Ust. Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia

Thursday, May 28, 2009

SEMENJAK DUA MENJAK INI KITA DAPAT MELIHAT BANYAK BENDA-BENDA HARAM YANG PELIK-PELIK...MULA-MULA KITA MELIHAT KERAJAAN HARAM DIPERAK,DIIKUTI PULA MB HARAM DAM SELEPAS ITU SPEAKER HARAM...DAN YANG TERBARU ADALAH PRESIDEN HARAM...
BERBEZA DENGAN KEBANYAKKAN BENDA HARAM SEBELUM INI....YANG HARAM KALI INI TIDAK BERLAKU DI PERAK...AKAN TETAPI BERLAKU DI DALAM PARTI PPP IAITU PARTI KOMPENEN BE-END....
NAMPAK SANGAT LA BE-END NIE MACAM SUKA SANGAT BENDA HARAM...MULA-MULA DOK SIBUK BEREBUT DENGAN PR ITU DAN INI SEHINGGA TERJADI LA BANYAK BENDA HARAM KAT PERAK...TAPI KALI NI BILA DAH TAK TAHU APA LAGI YANG NAK DI RAMPAS DARI PR...MEREKA BEREBUT SESAMA SENDIRI PULAK DAH...DAN YANG DIREBUTKAN ADALAH JAWATAN PRESIDEN PARTI PPP....
YANG MENJADI KEHAIRANAN AKU,MACAM MANA PULAK AHLI PARTI YANG DAH DIPECAT BOLEH MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN SEKALIGUS MENYINGKIRKAN PRESIDEN YANG ASAL...
TAPI BILA AKU PIKIR-PIKIRKAN PULA...KEADAANNYA TAK JAUH BEZA DENGAN APA YANG BERLAKU DI PERAK...DIKALA MB DATO SERI NIZAR MASIH MENJAWAT JAWATAN MB PERAK,TIBA-TIBA DATO SERI ZAMBERY PULA DILANTIK OLEH SULTAN PERAK MENJAWAT JAWATAN MB PERAK..MAKA TIMBULAH KECELARUAN DI NEGERI PERAK....
JADI BILA AKU RUMUSKAN BALIK...MEMANG DAH JADI TABIAT PUAK-PUAK BE-END KOT BUAT SESUATU TAK IKUT UNDANG-UNDANG SEHINGGA MENYEBABKAN BERLAKU BANYAK BENDA HARAM KEBELAKANGAN INI....
APA-APA PON AKU MALAS NAK ULAS PANJANG TENTANG PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN DALAM PARTI PPP..PADA AKU KALAU DIE ORANG NAK BEREBUT SAMPAI BERTUMBUK-TUMBUK PON AKU TAK KISAH DAN TAK HAIRAN DAH...JANJI DALAM PARTI YANG AKU SAYANGI IAITU PARTI PAS PERKARA SEUMPAMA INI TAKKAN TERJADI LEBIH-LEBIH LAGI SEKARANG SEMAKIN HAMPIR DENGAN MUKTAMAR PAS..