WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, July 15, 2011

PM NAJIB ALTANTUYA....CAKAP TAK SERUPA BIKIN



JEBAT_BERANI : Kejap boleh kejap tak boleh...Nie apa punya cakap..PM macam nie le yang buat negara jadi huru hara....

Wednesday, July 13, 2011

BILA GURU HARUS BERGUR KEMBALI......



Al kisah seorang Tok Guru dan anak muridnya.......

AnAk murid : tok, x leh ke kita pose bulan lain???...bulan2 musim hujan ke?...

Tok Guru: ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!..​.(berkerut dahi tok guru).. Dah tetap dalam Al-Quran, mn blh piinda2..KAFIIIIRRR!!!!!!

Anak murid :ooooooooooo (tanda faham n x nak tanye dohhh..bekeng pelik jeee Tok Guru die hari nih)

~~ x lama kemudian ank murid tu abis belajar, dapt keje kat negeri Gohek Gostang dan hidup ngan baik dan bahagia....Anak murid teringat dan rindu kat tok guru yee...lalu si anak murid pon call la Tok Gurunya dan mereka berbual panjang.....Tengah syok dok berbual tiba-tiba si anak murid bertanya kepada Tok Guru beliau...

Anak murid: tok, tutup aurat wajib kan??...Menjalankan hukum hudud wajibkan bagi pemerintah???....Leh pinda2 ke???

Tok Guru: ho laaaaaaaaaaaahhh awang weeeiii..xkang awang dok ingat ape yang tok guru ajar dulu???!!!...Berat mung nih!!!...

Anak murid: bakpe sya tgk xda pun hukum Allah dijalankan, isteri pemerintah xdok pong diwajibkang tutup aurat..anak2 remaja dok soh cakap la...

Tok Guru: errkkk!!!..(berbisik )hok tu kita ckp belakang yee..(sokong pemerintah zalim ghupenye...hehe)

sekadar renung renungan....SELAMAT BERAMAL....

Sunday, July 10, 2011

LAYANAN 'MESRA' POLIS KEPADA PESERTA PERHIMPUNAN BERSIH





JEBAT_BERANI : Ada mata tengok..Ada otak fikir....Sapa yang BIKIN KECOH sebenarnya?..Polis atau peserta perhimpunan BERSIH?!...Inikah yang dikatakan LAYAN MESRA polis kepada rakyat...Haloo kawan.."Lu punya gaji pon rakyat yang bayar..lu jangan berlagak sangat la"...

BERSIH vol 2.0....SAPA BIKIN KEKACAUAN??

BERSIH vol 2.0

Adakah mereka ini dibayar?!..Berapa bayarannya?!

Mereka ini hadir atas KESEDARAN bukannya dibayar!!

Benarkah BERSIH ditolak rakyat?!!..Nie ramai apa?!!

Yang nie dengan RELA hati atau TERPAKSA?!

Untuk apa BERSIH...Kerana tak nak KOTOR le..hehe

Ini ke yang dikatakan TV3 5ribu ke 6 ribu orang?!...Adoiya!!!

Pihak pois MENJAMU peserta perhimpunan BERSIH dengan BOM ASAP!!

"Kita mandi duluuuuu"

Sekatan hanya membangkitkan lagi semangat

Ada nampak yang merusuh atau bawak senjata tajam tak?!

Sejarah BERSIH vol 1 kini BERULANG kembali!!!

Pihak FRU sedang MEMBASAHKAN peserta perhimpunan BERSIH yang KEHANGATAN!!

KLCC menjadi SAKSI kepada perhimpunan BERSIH ini!!

Perserta perhimpunan BERSIH melangkah penuh BERSEMANGAT!!
-KEPANATAN anggota polis ini melayan KARENAH Najib Al-Tantuya

Semangat anak muda menuntut KEADILAN

SAPA BIKIN KACAU NIE!!!

Kenduri BOM ASAP

Prgh...TAHNIAH buat BERSIH vol 2.0

Mesranya LAYANAN abg2 Polis nie!!

Kiri kanan kiri..auk,auk,aukkkkk

Sapa punye eje aarr...

Mengalahkan orang nak pergi perang



Tembak..tembak.....

JEBAT_BERANI : Hairan....Mengapa kerajaan Najib Al-tantuya begitu takutkan akan BERSIH ini hingga sanggup mengarahkan pihak tertentu terutamanya media memainkan pelbagai PROPAGANDA bagi memburukkan dan membuatkan rakyat MEMBENCI akan gerakan BERSIH ini..

Namun apakah PROPAGANDA ini berjaya menpengaruhi rakyat?!..Apakah kempen kerajaan Najib Al-Tantuya berjaya membuatkan rakyat MEMBENCI akan gerakan BERSIH?!!..Atau ianya hanya membangkitkan lagi semangat rakyat untuk keluar menuntut KEADILAN DAN HAK RAKYAT supaya DIKEMBALKAN!!...

Walaupun pelbagai cara dilakukanoleh kerajaan Najib Al-Tantuya untuk menghalang perhimpunan BERSIH ini, ianya tidak sama sekali tidak menghalang perhimpunan ini dari berjalan sebagaimana yang dirancang...Sebanyak 58 sekatan jalanraya dilakukan bagi menghalang rakyat dari menghadiri perhimpunan BERSIH ini namun ianya tetap GAGAL...

Semangat dan kemahuan rakyat untuk menuntut KEADILAN dan HAK mereka mengatasi akan KEHEBATAN sekatan jalanraya yang dilakukan oleh pihak polis ini...Semakin BANYAK halangan yang dilakukan ianya hanya membuatkan semakin KUAT keinginan rakyat untuk hadir...Ini dapat dibuktikan dengan ganbar-gambar (diatas)...Halangan polis dan asakan polis tidak memberi apa-apa kesan kepada peserta perhimpunan BERSIH ini...

Kepada rakyat yang menganggap perhimpunan BERSIH ini hanya akan menghancurkan negara..Ketahuilah sesungguhnya negara kita sememangnya sedang kearah kehancuran di bawah kepimpinan UM-NO/Be-End...Samaada anda tidak menyedarinya atau sedar tapi tidak ambil peduli, negara kita di bawah kepimpinan Najib Al-Tantuya dan konco-konconya sedang MEROMPAK kekayaan negara seumpama ianya milik mereka...

Hari ini BERSIH dianggap PENGKHIANAT dan PERUSUH...Namun suatu hari nanti apabila mereka sedar akan PERANAN BERSIH ini mereka akan menganggap BERSIH ini sebagai PAHLAWAN dan PEMBELA BANGSA..Namun hamba kuatiri DETIK itu sudah terlambat..Oleh itu sedarlah wahai BANGSAKU sebelum TERLAMBAT...Bak kata perpatah.."SESAL DAHULU PENDAPATAN..SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"....

Friday, April 1, 2011

USTAZ HUSSEIN YEE : AMALAN KITA IKUT SIAPA???!!!...UMNO ATAU ISLAM???!!!



JEBAT_BERANI : AKU TAK NAK ULAS PANJANG...PAKAT-PAKAT KITA DENGAR KLIK VIDEO NIE...TERUTAMANYA ORANG YANG MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN KAUM SENDIRI MELEBIHI DARI PERJUANGAN MEMBELA DAN MENDAULATKAN ISLAM....DENGAR DAN RENUNG-RENUNGKAN!!!!

Thursday, January 20, 2011

PRK DUN TENANG : AYUH LAKUKAN PERUBAHAN!!!!


JEBAT_BERANI : PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG BAKAL MENYAKSIKAN PERTEMBUNGAN ANTARA PAS DAN UM-NO...PAS MELETAKKAN CALON MUSLIMATNYA IAITU NORMALA SUDIRMAN KETUA MUSLIMAT PAS LABIS BAGI MENGHADAPI TENTANGAN DARI CALON UM-NO IAITU MOHD AZAHAR IBRAHIM YANG MERUPAKAN BEKAS BENDEHARI PEMUDA LABIS...

SIAPA YANG BAKAL BERGELAR 'YB' BAKAL DITENTUKAN OLEH PENGUNDI DI DUN LABIS...PENGUNDI DI DUN LABIS TAHU APA YANG MEREKA MAHUKAN...SAMAADA MEREKA MASIH MAHU MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA YB UM-BO/BE-END ATAU 'MENCUBA' YB DARI PAS/PAKATAN RAKYAT PULA HANYA AKAN DIKETAHUI SETELAH TAMAT PROSES MENGUNDI DAN MENGIRA UNDI...

UM-NO/BE-END MUNGKIN MERASAKAN MEREKA CUKUP 'KEBAL' UNTUK MEMPERTAHANKAN KERUSI DUN TENANG INI MEMANDANGKAN DUN TERSEBUL SEMEMANGNYA KUBU KUAT BAGI UM-NO/BE-END..AKAN TETAPI MOOD RAKYAT SUKAR DIJANGKA...DENGAN PELBAGAI ISU YANG MEMBUATKAN RAKYAT 'NAIK MINYAK' KEBELAKANGAN INI ADALAH TIDAK MUSTAHIL UNTUK PENGUNDI DI DUN TENANG 'MENGHADIAHKAN' KEMENANGAN BUAT PAS/PAKATAN RAKYAT...

RAKYAT KINI SEMAKIN TERTEKAN DENGAN PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END YANG DITERAJUI OLEH NAJIB ALTANTUYA DAN KABINET 'REPUTNYA'...KENAIKAN HARGA PETROL DAN BARANG KEPERLUAN CUKUP MEMENINGKAN RAKYAT...WALHAL PERKARA INI BOLEH DIELAKKAN SEKIRANYA KERAJAAN PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA MENGUTAMAKAN RAKYAT...SLOGAN 1MALAYSIA,'RAKYAT DIDAHULUKAN,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN" HANYALAH 'SANDIWARA' UNTUK MERAIH SOKONGAN RAKYAT...

DITAMBAH DENGAN KECELARUAN PERJUANGAN UM-NO/BE-END YANG SEKEJAP MELAUNGKAN '1MALAYSIA' SEKEJAP 'KETUANAN MELAYU' CUKUP MEMENINGKAN RAKYAT MALAYSIA..1MALAYSIA DIJADIKAN 'ALAT' UNTUK MEREKA MEMENANGI HATI PENGUNDI BUKAN MELAYU DAN KETUANAN MELAYU PULA DIJADIKAN 'ALAT' UNTUK MEMENANGI HATI KAUM MELAYU...TAPI APAKAH IANYA BERKESAN??!!...APAKAH RAKYAT BEGITU BODOH HINGGA TIDAK MAMPU MENYEDARI 'AGENDA' UM-NO/BE-END INI...

OLEH YANG DEMIKIAN HAMBA MENGHARAPKAN 'KESEDARAN' PENGUNDI DI DUN TENANG UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN..SUDAH TIBA MASANYA UNTUK PENGUNDI DI DUN TENANG MENYEDARKAN UM-NO/BE-END BAHAWA 'KUASA' YANG MEREKA MILIKI ADALAH SEMENTARA SAHAJA YAKNI SEMENTARA MEREKA MASIH MAMPU MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN AMANAH....DAN SEKIRANYA AMANAH INI 'DIKHIANATI' MAKA 'KUASA' MEREKA AKAN DITARIK BALIK...

DAN DENGAN APA YANG DILAKUKAN UM-NO/BE-END SELAMA INI KEPADA RAKYAT BUKAN SAHAJA DI DUN TENANG MALAH DISELERUH MALAYSIA,MAKA HAMBA RASA SUDAH TIBA MASANYA RAKYAT 'MEMBERANIKAN' DIRI UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN DEMI KESEJAHTERAAN MEREKA DAN JUGA GENERASI PEWARIS NEGARA DI MASA HADAPAN...JIKA RAKYAT MASIH LAGI DENGN SIKAP 'TAKUT-TAKUT' MAKA INI MEMUDAHKAN UM-NO/BE-END MEMPERALATKAN RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN MEREKA....

PAS TELAH MEMBUKTIKAN 'KETELUSAN' DAN 'KEBOLEHAN' DALAM MEMTADBIR SEBUAH NEGERI....WALAUPUN MEDIA MASA TELAH MEMAINKAN PELBAGAI ISU BAGI MENAMPAKKAN KEPINCANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN PAS NAMUN IANYA TIDAK SAMA SEKALI MENJEJASKAN KREABILITI KERAJAAN PAS DALAM MENTADBIRKAN SEBUAH NEGERI...DAN SEHARUSNYA PENGUNDI DI DUN TENANG MELIHAT NEGERI KELANTAN SEBAGAI CONTOH SEBUAH PENTADBIRAN NEGERI YANG MELETAKKAN KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN...

DALAM KEADAAN SERBA KEKURANG AKIBAT 'SEKATAN' OLEH KERAJAAN PUSAT DALAM PELBAGAI PERKARA,KERAJAAN NEGERI PIMPINAN PAS MASIH MAMPU MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA TERHADAP RAKYAT YANG TELAH MEMILIH MEREKA...JUSTERU ITU PENGUNDI DI DUN TENANG TIDAK PERLU 'TAKUT' UNTUK MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA CALON PAS DALAM PRK DUN TENANG NANTI...
MEREKA SEHARUSNYA LEBIH BERANI AGAR NASIB MEREKA PADA MASA AKAN DATANG AKAN LEBIH TERBELA..SUDAH SAMPAI MASANYA UM-NO/BE-END DIBERIKAN 'PENGAJARAN' SEWAJARNYA ATAS KEALPAAN MEREKA DALAM MENGUTAMAKAN KEPRLUAN RAKYAT BERBANDING KEPENTING PRIBADI MEREKA....AYUH KITA LAKUKAN 'PERUBAHAN' AGAR KITA BEROLEH KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA....

TOK GURU NIK AZIZ AJAK RAKYAT DUN TENANG TINGGALKAN UM-NO/BE-END


KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak pengundi Tenang meninggalkan Umno dan BN pada pilihan raya kecil Dun itu 30 Januari ini.

Menurutnya, walaupun Johor adalah kubu Umno, namun tidak bererti perubahan tidak boleh dilakukan demi untuk perjuangan Islam.

Katanya, sewaktu PAS bergabung dengan Umno lagi negeri itu telah kuat dengan parti itu sehinggakan tidak memberi peluang pada calon PAS untuk bertanding sedangkan negeri lain dibenarkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya kelmarin ketika ketika diminta mengulas pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Beliau yang akan turun ke Tenang bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman seterusnya berkata, Saidina Omar yang terkenal dengan berangnya memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dengan kehendak Allah.

“Begitu juga Panglima Perang, Khalid Ibni Walid, juga menerima Islam dengan kehendak Allah, jadi tidak mustahil pengundi Dun Tenang akan melakukan perubahan,” ujarnya.

Kerana itu, sambungnya pengundi diminta mengundi calon Pakatan di Tenang dan meninggalkan Umno.

Sehubungan itu, Tuan Guru turut memaklumkan beliau akan berkempen bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sebaik sahaja selepas penamaan calon.

Menurutnya, beliau akan membawa kebenaran perjuangan Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran 30 juzuk.

“Saya akan bawa di sana Islam al-Quran 30 juzuk dan gurunya Rasulullah s.a.w., yang membawa kebenaran itu.

Sumber : Harakahdaily

JEBAT_BERANI : SAMAADA RAKYAT TENANG AKAN MENERIMA 'PERJUANGANI' MENEGAKKAN ISLAM ATAU TERMAKAN 'UMPAN' DARI UM-NO/BE-END HANYA RAKYAT DI DUN TENANG YANG BOLEH BUKTIKANNYA....PAS TIDAK MAMPU DAN TIDAK AKAN MENJANJIKAN 'KEBENDAAN' SEMATA-MATA SEBALIKNYA PAS MENJANJIKAN 'KETENANGAN' YANG DIJANJIKAN OLEH ISLAM APABILA KITA MENERIMANNYA KESELURUHAN...

JIKA MEREKA MENDAKWA BAHAWA DUN TENANG ADALAH KUBU KUAT UM-NO/BE-END ITU SAMA SEKALI TIDAK MENJAMIN KEMENANGAN MEREKA...MOOD RAKYAT YANG TENGAH 'NAIK MINYAK' DENGAN KENAIKAN HARGA PETROL DAN BARANG YANG SEMAKIN TIDAK TERKAWAL KEBELAKANGAN INI...JUSTERU ITU BUKANLAH SESUATU YANG MENGEJUTKAN JIKA RAKYAT DI DUN TENANG 'MEMENANGKAN' CALON DARI PAS PADA PRK DI DUN TENANG INI..

KEPADA PENGUNDI DI DUN TENANG HAMBA MENYERU BANGKITLAH...BANGKITLAH UNTUK KITA SAMA SAMA MENYEDARKAN UM-NO/BE-END BAHAWA MEREKA BUKAN BERKUASA MUTLAK..KUASA YANG MEREKA MILIKI ADALAH 'PINJAMAN' DAN BOLEH DIAMBIL BALIK SEKIRANYA MEREKA GAGAL MELAKSANAKAN APA YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN RAKYAT KEPADA MEREKA UM-NO/BE-END...KINI TIBA MASANYA RAKYAT DI DUN TENANG MENGEMBALIKAN SEMULA 'KUASA' INI KEPADA MEREKA YANG BENAR-BENAR LAYAK DAN AMANAH DENGAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN....

Saturday, January 8, 2011

MENGAPA PERLU UMNO DIGANTIKAN DENGAN PAS???!!!


PAS mencanangkan kepada rakyat dinegara ini, khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam bahawa, Umno mesti digantikan dengan PAS menjadi pemerintah untuk menyelamatkan manusia didunia hingga ke akhirat.

Mengapakah PAS berkata demikian sedangkan Umno mendakwa mereka juga memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah empat perkara asas yang berkaitan dengan amalam Umno terhadap agama Islam, berdasarkan kajian yang telah dibuat;

Islam Tidak Menjadi Dasar Umno - Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam dan Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat’i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam.

Dasar Umno adalah pragmatis mengikut suasana - Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Islam hanya kuda tunggangan Umno - Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manek Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manek Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.


Program Islam Sebagai Alat Politik Umno - Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru. Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan, dan lain-lain

*** Fakta diatas adalah sebagaian daripada Kertas Kerja'PAS Ganti Umno' yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.


JEBAT_BERANI : HASRAT PAS UNTUK MENGANTIKAN UMNO BUKAN ANGAN-ANGAN MAT JENIN..PAS TELAH MEMPERSIAPKAN DIRI SEKIAN LAMA UNTUK MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN NEGARA DARI UMNO.DAN HASRAT INI TELAH MENDAPAT SOKONGAN KEBANYAKKAN RAKYAT MALAYSIA TAK KIRALAH SAMAADA MELAYU,CINA ATAU INDIA...

KEMELUT SUK SELANGOR : RAMLI MAHMUD CUBA JADI 'HERO' BAGI 'MENGHALALKAN' PELANTIKKAN KHUSRI!!!




Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.

"Dan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja," katanya.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Ramli berkata, beliau tidak terlibat langsung dalam menentukan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor.
*Itu penjelasan versi Ramli bagi menghalalkan perlantikan Khusrin...Kita baca pula penjelasan pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan dakwaan Ramli ini..

Pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, sehingga majlis persaraan Datuk Ramli Mahmud pada 16 Disember lalu, bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan penggantinya.

Pejabat Khalid juga mendakwa, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sebelah pagi hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang ini, dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ramli dalam Malaysiakini hari ini, yang menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan kepada Khalid.

*Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar yang merakamkan perkara itu:

26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI :HAHAHAHA...LAWAK BETUL LA PUAK2 YANG CUBA NAK 'MENGHALALKAN' PELANTIKKAN KHUSRIN NIE...SAMPAI TAHAP CUBA MENGADAKAN BENDA YANG TIADA...APA PUN SEJAUH MANA KHUSRIN MAMPU BERTAHAN SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN...DOA RAKYAT SELANGOR YANG 'TERANIAYA' PASTINYA MHANTUI KHUSRIN....

SIAPA PENDERHAKA!!!!..UM-NO/BE-END SILA JAWAB!!!


APAKAH PERBUATAN INI BUKAN DERHAKA!!!!

‎* Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

* Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja.

* Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang.

* Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.

* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

* Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.

* Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan .

* Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

* Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

* Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa .

* Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

* Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

* 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008

* Penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan. Pada Feb 2009.

* Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya.

* Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993.

* Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93)

JEBAT_BERANI :

DERHAKAKAH JEBAT MEMBELA SAUDARANYA?!,
DERHAKAKAH JEBAT MEMBELA BANGSANYA?!,
DERHAKAKAH JEBAT MEMBELA AGAMANYA?!,
DERHAKAKAH JEBAT MENEGAKKAN KEADILAN?!,
DERHAKAKAH JEBAT MEMPERJUANGKAN KEBENARAN?!,
DERHAKAKAH JEBAT MENENTANG PEMERINTAH YANG ZALIM,

DERHAKAKAH JEBAT???!!!....
PENDERHAKAKAH JEBAT???!!!.....
BIAR DIGELAR PENDERHAKA JEBAT RELA.....
BIAR DIPANGGIL PENDERHAKA JEBAT RELA.....

DARI MELIHAT AGAMA ALLAH DIKHIANATI.....
DARI MELIHAT BANGSA DITINDAS.....
DARI MELIHAT NEGARA DIGADAI....
DARI MELIHAT KEADILAN DINODAI.....
DARI MELIHAT KEBENARAN DIDUSTA...
DARI MELIHAT PEMERINTAH ZALIM BERKUASA....

PANGGILAH JEBAT DERHAKA...
PANGGILAH JEBAT PENDERHAKA...
PANGGILAH APA SAHAJA..
DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA....
JEBAT RELA DIGELAR PENDERHAKA........