WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, December 19, 2010

TOK GURU HAJI HADI : TERJEMAHKAN HASRAT PR PERINTAH NEGARA KEPADA RAKYAT DAN KAKITANTAN KERAJAAN


KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.

Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.

“Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini.

Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri.

"Jangan jadi untung secupak, rugi segantang sebaliknya bergerak dengan sempurna kerana rakyat tetap memerhati kita," katanya.

Sumber : harakahdaily

JEBAT_BERANI : INSAALLAH HAMBA YAKIN KEBANYAKKAN KAKITANGAN KERAJAAN KINI LEBIH CENDERUNG MEMILIH PAKATAN RAKYAT SETELAH 'KEZALIMAN' YANG DILAKUKAN OLEH UM-NO/BE-END TIDAK MAMPU LAGI DITERIMA MEREKA...DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG,KENAIKAN HARGA PETROL DAN TIDAK MUSTAHIL DALAM MASA TERDEKAT INI KENAIKAN TARIF ELEKTRIK PULA JELAS MENUNJUKKAN KEANGKUHAN PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END...SLOGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN" HANYALAH OMONGAN KOSONG YANG GAGAL MEMENANGI HATI RAKYAT....KINI RAKYAT TELAH 'BERSEDIA' UNTUK 'MENGHUKUM ' UM-NO/BE-END.....PRU KE 13 PASTINYA MENJADI MEDAN RAKYAT 'MENGUBURKAN UM=-NO/BE-END INI....

PAS UNTUK SEMUA


KEPALA BATAS, 19 Dis: Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh semua kaum di Perak, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.

Perkara ini berlaku kerana slogan PAS untuk semua dan Malaysia untuk semua telah berjaya berjalan dengan baik.Beliau berucap sebagai pembahas dalam konvensyen ini.

Sementara itu, wakil dari PKR, Chah Li Kang pula berkata, masa untuk bercakap sudah berakhir kerana sekarang adalah masa untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan.

Ini kerana, kata beliau, dasar yang dikemukakan oleh Pakatan jauh lebih baik dari BN. Oleh itu, apa yang perlu dibuat adalah mempastikan dasar ini boleh dilaksanakan dengan bekerja kuat ke arah memenangkan Pakatan.

Beliau mencadangkan, dalam pelaksanaan dasar ini, sebuah Parlimen Pemuda yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu di kalangan pemuda di negara ini.

Beliau yakin, pendekatan ini akan membolehkan semua pihak rasa terbela kerana pemuda sangat penting bagi melaksanaan dasar yang baik itu.

Beliau memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Sukarno yang berkata, "Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncang dunia."

Beliau menolak projek yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu NKRA.

"NKRA sebenarnya bukan National Key Result Area tetapi Najib Kasi, Rosmah Ambil," kata Chah Li Kang.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SEMAKIN HARI PAS SEMAKIN DITERIMA MASYARAKAT TANPA MENGIRA MELAYU,CINA ATAU INDIA...INI MEMBUKTIKAN BAHAWA PERJUANGAN PAS YANG TIDAK MELETAKKAN 'PERKAUMAN' SEBAGAI MATLAMAT UTAMA TELAH DITERIMA BAIK OLEH MASYARAKAT...DAN SECARA TIDAK LANGSUNG PENERIMAAN MASYARAKAT INI JUGA MENUNJUKKAN BAHAWA PAS JUGA TELAH MULA DITERIMA OLEH MASYARAKAT BUKAN ISLAM..

JIKA SEBELUM INI MASYARAKAT DITAKUTKAN OLEH UM-NO/BE-END TERHADAP PAS DAN ISLAM,KINI MEREKA TIDAK LAGI TERPENGARUH DENGAN DAKYAH PUAK PUAK UM-NO/BE-END INI.....SEMOGA PADA PRU KE 13 NANTI PAS AKAN BERTAMBAH KUAT DAN DITERIMA SEMU LAPISAN MASYARAKAT TAK KIRA APA KAUM,AGAMA DAN USIA...INSAALLAH..........

USAHA UM-NO/BE-END GAGAL : ANWAR KEKAL KETUA PEMBANGKANG



KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan dalam satu sidang yang sangat kontroversi.

Ia berpunca dari pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah dibuat oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

Ia tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Ini adalah amalan undang-undang Islam dari Pakistan yang diambil oleh orang puteh (Barat), kata Karpal.

Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan para penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SEGALA USAHA PUAK UM-NO/BE-END UNTUK MEMECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT TIDAK BERHASIL...USAHA MEREKA UNTUK MEMBURUKKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM LANGSUNG TIDAK TERKESAN DI HATI AHLI2 PAKATAN RAKYAT..KEPADA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END NASIHATKU BERSEDIALAH UNTUK MENGOSONGKAN PUTRAJAYA..HUHUHUHU

Monday, November 29, 2010

IDOLA KECIL : INIKAH CORAK 'TARBIYAH' YANG INGIN KITA TERAPKAN PADA ANAK-ANAK PEWARIS AGAMA,BANGSA DAN NEGARA INI???!!!


(Inikah yang kita ingin anak kita jadi???)

JEBAT_BERANI : HARI INI NAMPAKNYA IBUBAPA BERGITU GHAIRAH UNTUK MENJADIKAN ANAK-ANAK MEREKA SEBAGAI 'PUJAAN' RAMAI...BELUMPUN SEMPAT ANAK-ANAK INI MENGHABISKAN ALAM PERSEKOLAHAN MEREKA SUDAH DIDEDAHKAN DENGAN 'DUNIA GLAMOUR' YANG KITA SEMUA KETAHUI PENUH ONAK DAN DURI...APAKAH ANAK-ANAK INI SEPATUTNYA DIDEDAHKAN DENGAN PERKARA SEUMPAMA INI??!!

APAKAH PROGRAM SEPERTI'IDOLA KECIL' INI YANG INGIN KITA 'PROGRAMKAN' DALAM MINDA ANAK-ANAK KITA YANG MANA MEREKA INILAH YANG BAKAL MEWARISI KEPIMPINAN NEGARA INI...APAKAH INI YANG DIAJAR DALAM KONSEP PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAIMANA YANG DISARANKAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS...SESUNGGUHNYA RASULULLAH S.A.W PERNAH BERSABDA,"Apabila mati anak Adam (manusia), maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh." (H.R DARI ABU HURAIRAH R.A)

DARI PETIKAN HADITH RASULULLAH INI JELAS BAGI KITA AKAN KEPENTINGAN DALAM MENDIDIK DAN MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH..JUSTERU INI APAKAH PROGRAM SEUMPAMA 'IDOLA KECIL' INI MAMPU MELAHIRKAN GENERASI ANAK-ANAK YANG SOLEH SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI DALAM ISLAM??PROGRAM 'IDOLA KECIL' INI BUKAN SAHAJA MEROSAKAN AKHLAK ANAK-ANAK INI MALAH IANYA TURUT MELALAIKAN ANAK-ANAK INI DARIPADA PERKARA YANG SEPATUTNYA MENJADI TUMPUAN BAGI ANAK-ANAK SEUSIA MEREKA DALAM MEMBENTUL SALASIAH DIRI SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ISLAM...

ANAK-ANAK ADALAH AMANAH ALLAH S.W.T KEPADA KITA..JANGAN KITA MENGKHIANATI AKAN AMANAH INI..LAHIRNYA MEREKA KE DUNIA UMPAMA SEHELAI KAIN PUTIH...KITALAH YANG AKAN MENCORAKKANNYA...JANGAN PULA KITA SALAH MENCORAKKANNYA KELAK KITA AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT ATAS KEGAGALAN KITA MENUNAIKAN AMANAH ALLAH S.W.T INI....KITA BERUPAYA UNTUK MENENTUKAN CORAK DIDIKAN TERHADAP ANAK-ANAK KITA...JANGAN KITA TERSALAH MENDIDIK ANAK-ANAK INI KERANA MENYESAL DAHULU PENDAPATAN MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA...


(Atau ini yang kita inginkan anak kita jadi???...Tepuk dada tanya iman)

Saturday, November 6, 2010

Saturday, September 25, 2010

I'DA WORLD SDN BHD : KITAKAH ATAU MEREKA YANG LEBIH??

Umno kononnya ingin menafikan hubungan mereka dengan pengerusi Eksekutif syarikat I'DA World Group Sdn.Bhd..kononnya mereka tak pernah kenal dengan syarikat ini..

Mereka membuat isu kononnya kerajaan PAS mudah terpengaruh dengan syarikat 'penipu' ni, PAS mudah terpesona dengan janji-janji manis syarikat ini..dan pelbagai lagi kutukan serta ejekan..seolah2, pemimpin dan parti mereka tak pernah berurusan serta tidak tahu-menahu langsung tentang kewujudan syarikat ini...

Di bawah, dipaparkan beberapa keping gambar menunjukkan hubungan 'rapat' pengerusi Syarikat I'DA World dengan kepimpinan Umno...pelbagai persoalan timbul apabila kita melihat hubungan akrab pengerusi syarikat ini dengan pemimpin2 Umno seluruh negara..apakah wujud agenda tersirat disebalik apa yang berlaku ini...fikir2kan...






JEBAT_BERANI : MENGATA ORANG PAKU SERPIH..MENGATA ORANG NAMPAKNYE DIE YANG LEBEY-LEBEY....DARI AWAL LAGI HAMBA MERASAKAN ADA YANG TAK KENA DENGAN SUMBANGAN SYARIKAT I'DA WORLD SDN BHD INI....4 BILION TUE BUKANNYA SIKIT SUIT..DAN KALAU BENAR BELIAU INGIN MENDERMAKAN DUIT SEBANYAK ITU KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN,MENGAPA HAL INI TIDAK BERADA DALAM PENGETAHUAN TOK GURU NIK AZIZ....ERM SEMACAM ADA UDANG DISEBALIK MEE MEGI JERK HAMBA PERHATIKAN...SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN APA YANG BAKAL TERJADI SETERUSNYA..APA PUN JOM LAYAN VIDEO PENJELASAN TOK GURU NIK AZIZ BERHUBUNG DENGAN PERKARA INI......LAYANNNNNNNNNN





















KONVENSYEN KE-2 PR : KESEPAKATAN PR BIKIN UM-NO/BE-END TAK SENANG DUDUK



Pakatan Rakyat menegaskan sekali lagi misi bersama dengan mengemukakan tawaran-tawaran baharu kepada pengundi Malaysia dan mencabar takrif Umno dan Barisan Nasional terhadap prinsip-prinsip dasar negara.

Di konvensyen kedua Pakatan di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini, parti-parti gabungan itu bertemu dengan persediaan menghadapi pilihan raya sebagai agenda utama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan apa yang disebut sebagai rekod kejayaan kerajaan negeri pimpinan DAP itu membela semua bangsa sehingga kontraktor Melayu mendapat sebahagian besar kontrak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perparitan dan Saliran melalui tender terbuka di negeri itu.

Sambil mengalihkan tumpuan pada Umno, Lim menegaskan bahawa isu Melayu terpinggir hanya kempen Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula mendedahkan kegagalan-kegagalan pemerintah terutama dalam program-program ekonomi.

"Keseriusan kita memperjuangkan pelbagai isu di Parlimen, sebagai contoh isu pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST Act), isu kenaikan harga minyak, isu penyelewengan wang rakyat dan lain-lain isu membuktikan bahawa komitmen kita demi rakyat berada pada landasan yang betul.

"Akibatnya Umno-BN cemas dan lebih berwaspada. Mereka kini lebih berhati-hati dalam bertindak kerana tahu rakyat akan memilih pakatan yang membela mereka," tegas Wan Azizah.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan yang realistik menekankan sekali lagi agenda memulihkan negara daripada kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini.

Jelas Hadi, Pakatan telah bersepakat "mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau," tegas Hadi, menjawab tuduhan Umno yang mengaitkan Pakatan dengan penghakisan kedudukan istimewa Melayu.

Ketiga-tiga ucapan membawa tema konvensyen, "Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!" yang membayangkan prospek yang kelam bagi negara sekiranya BN terus memerintah melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pembentangan kertas kerja oleh wakil-wakil parti dalam sesi pertama sejurus selepas perasmian turut bertema "negara dalam krisis" secara langsung menawarkan Pakatan sebagai penyelesaian kepada krisis tersebut.

Pada masa sama, konvensyen turut mengedarkan buku kecil memperincikan dasar-dasar dipersetujui bersama oleh Pakatan, menyerupai manifesto pilihan raya bersama gabungan itu.

Perkara-perkara dikemukakan, berbentuk penerangan dan misi-misi yang ingin dicapai, mudah dibaca sebagai persembahan manifesto oleh Pakatan.

Masa dan suasana konvensyen, ketika Pakatan berdepan serangan berterusan media pemerintah dan pilihan raya umum dijangka tiba dalam masa beberapa bulan, memaksa Pakatan untuk benar-benar menunjukkan wajah bersatu dan bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan pusat.

Beberapa hari sebelum konvensyen, Pakatan menerima serangan terbaharu ekoran penggantungan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan protes yang diadakan di Parlimen.

Sebelum itu, muncul kumpulan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), menjadi sebahagian kuasa ketiga dalam politik negara.

Kemunculan kumpulan ini, dan kuasa ketiga yang rancak dibicarakan kebelakangan ini mewujudkan satu cabaran baharu kepada Pakatan, melibatkan persaingan dalam politik pilihan raya dan dalam medan ide-ide perubahan.

Respons Pakatan yang dapat diperhatikan dalam konvensyen ini tidak menunjukkan gabungan ini kehilangan fokus, walaupun retorik pada peringkat awal dan ceramah malam sebelumnya tertumpu pada serangan terhadap Umno.

Sesi-sesi perbincangan selepas perasmian memperlihatkan perincian yang lebih jelas, seperti usaha meningkatkan pendapatan isi rumah, menangani masalah peneroka Felda dan pelbagai isu lain melibatkan semua bidang.

Seperti yang disebut Presiden PAS dalam ucapan perasmiannya, Pakatan bergerak berdasarkan agenda-agenda yang dipersetujui bersama, untuk memulihkan negara yang berdepan krisis.

Berdasarkan pendekatan realistik dan harapan upaya menangani kempen negatif BN dengan lebih tersusun, Pakatan Rakyat boleh terus melihat masa depan yang cerah.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SEMAKIN KECUT PERUTLAH UM-NO/BE-END MELIHAT AKAN KESEPAKATAN PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT...SESUATU YANG MEREKA SENDIRI SUKAR UNTUK CAPAI DALAM BE-END...'KESEPAKATAN' YANG MEREKA LAUNGKAN DALAM BE-END HANYALAH 'SANDIWARA' MEREKA BAGI MENYELAMATKAN SAKI BAKI NYAWA YANG MASIH ADA UNTUK MEREKA PERTAHANKAN...HAKIKATNYA KITA DAPAT MELIHAT 'KECELARUAN' BAIK KATA DALAM UM-NO ITU SENDIRI MAHUPUN DALAM BE-END KHUSUSNYA....

HAKIKATNYA SEKARANG INI MASYARAKAT MELAYU,CINA DAN INDIA SERTA LAIN-LAIN BANGSA SUDAH MULA MENOLAK PERJUANGAN BERASASKAN PERKAUMAN YANG DIPERJUANGANKAN DALAM UM-NO.MCA DAN MIC...SLOGAN 'KETUANAN MELAYU' JUGA TURUT DITOLAK OLEH KEBANYAKKAN MASYARAKAT MELAYU KERANA MEREKA SEDAR BAHAWA IANYA HANYALAH MUSLIHAT UM-NO UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN KAUM MELAYU...

DALAM MASA YANG SAMA UM-NO/BE-END LANTANG MELAUNGKAN SLOGAN 1MALAYSIA..TIDAKKAH INI MENIMBULKAN KECELARUANG...YANG MANA SATU SEBENARNYA MEREKA MAHU PERJUANGKAN..."KETUANAN MELAYU" ATAU HAK SAMA RATA SELURUH RAKYAT MELALUI SLOGAN 1MALAYSIA???!!!NYATA SEKALI MEREKA TERPERANGKAP DENGAN PERCATURAN YANG MEREKA SENDIRI LAKUKAN...KINI TIBA MASANYA UNTUK RAKYAT MENILAI SENDIRI..APAKAH MASIH MAHU 'DIPERBODOHKAN' OLEH UM-NO/BE-END???TEPUK DADA TANYA DOMPET MU..hehehehe

PAKATAN RAKYAT MENANG..UMENO AKAN PUPUS??


JEBAT_BERANI : SEMEMANGNYA AKHBAR UTUSAN MELOYA INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI....MALAH KADANGKALA LAPORAN SUKAN DAN CUACA PUN DIE ORANG BOLEH PUTAR BELIT..TAPI UNTUK TAJUK AKHBAR SEBAGAIMANA GAMBAR DIATAS NIE AKU TAKDE RASA CURIGA LANGSUNG MALAH AKU BERSETUJU 100%..
YA SUDAH SEMESTINYA KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT AKAN MEMBUATKAN UMENO MENJADI LEMAH DAN TAK KETERLALUAN JIKA AKU KATAKAN BAHAWASA ADA KEMUNGKINANNYA PARTI UMENO INI JUGA BOLEH PUPUS...
MANAKAN TIDAKNYA,UMENO YANG ITA KETAHUI SERINGKALI MENJADIKAN DUIT RAKYAT SEBAGAI PENJANA KEWANGAN PARTI MEREKA...NAK HARAPKAN AHLI UMENO MENYUMBANG JANGAN HARAPLAH...MEREMBAT HARTA PARTI DAN NEGARA TUE BOLEH LA NAK...
KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG ADALAH MERUPAKAN KEMENANGAN RAKYAT UNTUK BEROLEH KEMBALI APA YANG MENJADI HAK MEREKA..JIKA SELAMA INI AHLI2 UMENO SERINGKALI MEMBELANJAKAN HARTA DAN KEKAYAAN NEGARA SEUMPAMA HARTA MAK BAPAK MEREKA,KINI IANYA SUDAH SEMAKIN BERPENGHUJUNG...

TINDAKAN TERDESAK ATAU MENDESAK???!!!

JEBAT_BERANI : NIE APA KES NIE.....DAH TERDESAK SANGAT KE???...KATA MENDAPAT SAMBUTAN ANAK MUDA...NIE SAMPAI KENA PASANG KAIN RENTANG UNTUK IKLAN KEAHLIAN UMNENO APA BARANG...HEHEHEHEHE

I'da World Sdn Bhd : COBAANKAH ATAU BETUL2???!!!....



KOTA BHARU - Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat I’da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi kerana tindakannya mahu menyumbang RM 4 bilion kepada Kerajaan Negeri sekali gus dikatakan menjejaskan imej kerajaan Pas Kelantan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditanya isu tersebut enggan mengulas lanjut dan berkata setakat ini, kenyataan-kenyataan dan tindakan yang diambil sebelum ini sudah memadai.

"Setakat ini itu sahaja (tidak dibawa ke mahkamah)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengakui ada usaha untuk menjatuhkan beliau, namun menafikan isu wang RM4 bilion sebagai usaha untuk menjatuhkan pentadbiran beliau.

Beliau mengganggap kemelut itu sebagai biasa dan beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan terhadap pihak terbabit.

Dalam masa yang sama sebuah akhbar melaporkan Pengerusi Eksekutif I'da World Group terkilan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti bahawa Nik Abdul Aziz tahu mengenai kehadiran syarikat itu di Kelantan malah pernah mengadakan mesyuarat bersama beliau dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam pertemuan berasingan.

Dalam pada itu sebuah portal Internet semalam melaporkan Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I’Da World Group Sdn. Bhd. di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Sambil mengesahkan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai perancangan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion, Ahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau meragui keupayaan syarikat Bumiputera itu.

JEBAT_BERANI : KALAU BAGI KITA AMBIK..TAPI KALAU NAK BUAT LAWAK BAIK TAKYAH..BUAT MALU DIRI SENDIRI JERK....