WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, June 10, 2010

ISA DIARAHKAN MAHKAMAH BAYAR RM3.3 JUTA KEPADA BEKAS TAHANANNYA


Mahkamah Tinggi di Putrajaya memerintahkan agar RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ditahan menyalahi undang-undang atas dakwaaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata mahkamah bersetuju dengan plaintif seorang ahli perniagaan Badrul Zaman P.S. Mohamed (kanan) bahawa penahanannya di bawah ISA 1994, menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.

Mohd Hishamudin dalam penghakimannya berkata mahkamah telah mempertimbangkan kos kecederaan terhadap reputasi plaintif dengan memerintahkan untuk membayar tuntutan ganti rugi am dan teladan dengan kos kepada beliau.

Beliau berkata setelah membaca dengan teliti autoriti itu, satu gantirugi sebanyak RM20,00 sehari adalah adil dan saksama untuk dibayar kepadanya dengan mengambilkira fakta plaintif yang dialami semasa dalam tahanan.

Katanya dengan mengambilkira 300 hari dalam tahanan, plaintif hendaklah dibayar RM6 juta, bagaimanapun mahkamah memutuskan untuk memberikan diskaun 50 peratus kepada defendan yang mahkamah fikirkan adalah adil dan munasabah.

Mohd Hishamudin yang kini adalah Hakim Mahkamah Rayuan, juga memerintahkan agar gantirugi teladan RM300,000 diberikan atas dua alasan, pertama kerana penahanan menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan, kedua perintah penahanan terhadap plaintif dilanjutkan selepas pencegahan penahanan pada awalnya selama dua tahun.

Badrul Zaman memfailkan saman itu pada 30 November 1994, menamakan superitenden Pusat Tahanan Kamunting sebagai defenan pertama, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman itu, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mencabar kesahihan perintah penahanan pertama mengikut Seksyen 8(1) ISA pada 12 September 1991 di mana beliau ditahan selama dua tahun.

Bagaimanapun, beliau mencabar perintah tempoh lanjutan penahanan itu yang dikeluarkan timbalan menteri untuk tempoh dua tahun lagi berkuatkuasa 14 September 1993.

Plaintif mencabar kesahihan di mana beliau hanya menjalani tahanan itu dengan arahan perintah tahanan tanpa kenyataan bertulis perintah tahanan
tersebut dan fakta dakwaan berdasarkan perintah tahanan berkenaan.

Pada 1994, Badrul Zaman memfailkan satu writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan mahkamah berkenaan membenarkan permohonannya dan membebaskannya.

Mahkamah itu memutuskan bahawa penahanan yang dilanjutkan itu adalah menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan atas alasan tidak ada pematuhan dengan peruntukan ISA.

Ketika ditemui Badrul Zaman berkata beliau gembira dengan keputusan itu setelah menunggu hampir 16 tahun untuk mendapatkan keadilan bagi membersihkan reputasinya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Isnan Ishak berkata beliau akan merujuk keputusan ini kepada Pejabat Peguam Negara sebelum memfailkan rayuan. Peguam M. Manoharan mewakili Badrul Zaman.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : ISA MERUPAKAN SATU HUKUMAN YANG SANGAT TIDAK ADIL DAN MENGENEPIKAN HAK MANUSIA UNTUK MENDAPAT PEMBELAAN...IANYA BUKAN SAHAJA PERLU DIPINTA MALAH SEPATUTNYA DIBUBARKAN AGAR SETIAP MANUSIA YANG DITUDUH MELAKUKAN KESALAHAN DIBERIKAN PELUANG YANG SEADILNYA UNTUK MENDAPATKAN PEMBELAAN..

HARI INI ISA BUKAN SAHAJA DIGUNAKAN TERHADAP MEREKA YANG DIDAPATI MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH MENGUGAT KESELAMATAN NEGARA..IANYA KINI TELAH DISALAH GUNAKAN OLEH PIHAK BE-END UNTUK MENYEKAT DAN MENGHALANG PAKATAN RAKYAT DARI MENGUASAI DAN MEMPENGARUHI RAKYAT..PUAK-PUAK BE-END TELAH MENJADIKAN ISA INI SEBAGAI ALAT UNTUK MENYELAMATKAN MASA DEPAN POLITIK MEREKA...

Thursday, June 3, 2010

DEMO ANTI ISRAEL DI MASJID KG BARU KUALA LUMPUR

JEBAT-BERANI : JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI MENYERTAI PERHIMPUNAN INI BAGI MEMBANTAH KEZALIMAN YANG DILAKUKAN REJIM ISRAEL TERHADAP UMAT ISLAM PALESTIN DAN TINDAKAN BIADAP MEREKA MEYERANG BANTUAN KEMANUSIA GAZA BARU-BARU INI....
ANTARA PERALATAN YANG PERLU DIBAWA KETIKA MENGHADIRI PERHIMPUNAN INI BAGI LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN ANDAINYA KERAJAAN 1MALAYSIA MENGARAHKAN FRU BERTINDAK MENGHALANG PERHIMPUNAN INI...KITA SEMUA HARUS MAKLUM BAHAWA APCO ADALAH ISRAEL DAN 1MALAYSIA ADALAH APCO...JADI KITA TAK BOLEH MENGHARAPKAN LALUAN MUDAH UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN INI...

10 JENIS TANGISAN


Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8 ) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Firman Allah S.W.T,“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan dituntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka...Rasulullah saw bersabda :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis,kalau tak tercapai cita-cita, bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat
amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi
dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda, “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat
dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Friday, May 28, 2010

ERA NAJIB ALTANTUYA : HIBURAN JADI SOGOKKAN PADA ANAK-ANAK KITA


(Bandingkan antara dua rancangan kanak2 ini..yang mana satukah menjadi idaman kita rakyat Malaysia??!!)


(Apakah kita tidak mahu anak-anak kita juga seperti ini??)

JEBAT_BERANI : APAKAH MASYARAKAT KITA DI MALAYSIA TIDAK BOLEH MENCONTOHI PROGRAM KANAK-KANAK SEUMPAMA INI??DARIPADA KITA MENYOGOK ANAK KECIL DENGAN PROGRAM YANG BOLEH MEMBAWA MEREKA KEPADA KELALAIAN DAN KEROSAKAN AKHLAK ADALAH LEBIH BAIK KITA MENDEDAHKAN MEREKA KEPADA PROGRAM YANG BOLEH MENDEKATKAN MEREKA DENGAN ALLAH S.W.T..

NAMUN DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN "1MALAYSIA" YANG MENGAMALKAN "ISLAM HADHARI" TIDAK BANYAK YANG BOLEH KITA HARAPKAN UNTUK MEMNYEDIAKAN PROGRAM KEAGAMAAN BAGI ANAK-ANAK KITA...KERAJAAN 1MALAYSIA LEBIH SENANG DAN LEBIH SUKA MENYEDIAKAN PROGRAM BERBENTUK HIBURAN DAN MELALAIKAN UNTUK ANAK-ANAK KITA...BAGI MEREKA ADALAH SESUATU YANG AMAT BERBAHAYA JIKA ANAK-ANAK KECIL INI MEMAHAMI DAN MEMINATI AJARAN AGAMA ISLAM..

INI KERANA MEREKA YAKIN ANAK-ANAK KECIL INI JIKA MEMBESAR DALAM DIDIKAN AGAMA ISLAM PASTI AKAN MENOLAK PEMERINTAHAN MEREKA..MEREKA YAKIN BAHAWA AJARANN ISLAM TIDAK MENYEBELAHI MEREKA BERDASARKAN APA YANG MEREKA LAKUKAN HARI INI...JUSTERU ITU MEREKA CUBA MENYOGOK MASYARAKAT HARI INI DENGAN PELBAGAI PROGRAM YANG MELALAIKAN DAN MEROSAKKAN AKIDAH..

OLEH YANG DEMIKIAN DI ERA "JAJAHAN" UM-NO SEKARANG MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA MEMASTIKAN ANAK-ANAK KITA TIDAK TERDEDAH DENGAN PROPAGANDA UM-NO MELALUI PROGRAM HIBURANNYA YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH..KITA SEMUA HARUS MEMASTIKAN ANAK-ANAK KITA SEMUA MENDAPAT DIDIKAN AGAMA YANG CUKUP AKAN MEREKA DAPAT MEMBENTENGI DIRI DARI DUGAAN DI DNUIA YANG PENUH DENGAN DUGAAN INI...

Thursday, May 27, 2010

KHALID SAMAD : TUBUH SURUHANJAYA SIASAT TINDAKAN NAJIB ALTANTUYA


Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkhianatan kepada negara.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.


Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya.

Tiada perbincangan

Khalid juga berkata tidak ada satu pun keputusan itu yang dibincangkan oleh kerajaan bersama dengan ahli parlimen.

Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, beliau berkata tidak ada apa-apa penerangan diberikan oleh kerajaan sebelum urusniaga itu dipersetujui kedua-dua pihak.

"Akhirnya ia sudah dipersetujui, sedangkan ia bukan harta kerajaan secara mutlak, ia merupakan harta rakyat dan negara.

"Bagaimana mereka boleh serahkan begitu mudah tanpa melibatkan satu perbincangan lebih menyeluruh berhubung apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka ingin capai.

"Walapun kita faham bahawa Khazanah (Nasional Bhd) diberi saham sebanyak 60 peratus, dan Temasek (Holdings) hanya 40 peratus dalam soal pembangunan tanah itu, akhirnya, manfaat lebih besar akan diperolehi oleh pihak Temasek (dan Singapura).

Jelasnya lagi, Singapura mendapat lebih keuntungan daripada urusniaga tersebut, berbanding Malaysia.

"Hakikat bahawa kita diberikan tanah ganti, sebahagian daripada tanah ganti itu adalah kawasan perjudian Singapura.

"Mungkin ini menunjukkan Malaysia ini dan kerajaan Umno dan BN begitu komited untuk penbangunan budaya judi," katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : TINDAKAN NAJIB ALTANTUYA INI SEMEMANGNYA PERLU DISIASAT BAGI MEMASTIKAN APAKAH IANYA MEMPUNYAI UNSUR RASUAH ATAU SALAH GUNAKUASA...INI KERANA TINDAKAN NAJIB ALTANTUYA YANG BEGITU MUDAH MENYERAHKAN HARTA NEGARA KEPADA NEGARA ASING SANGAT-SANGAT MENCURIGAKAN....

HAMBA YAKIN JIKA IANYA DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PASTINYA PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN AKAN SEGERA MELAKUKAN SIASATAN..NAMUN OLEH KERANA IANYA DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PEMERINTAH,MAKA IANYA SEOLAH-OLAH SENGAJA DITUTUP MATA OLEH PIHAK BERKUASA BERKENAAN...

NAJIB ALTANTUYA DILIHAT SEMAKIN RAKUS MENGEMUDI PEMERINTAHAN NEGARA INI..SETELAH MELULUSKAN LESEN JUDI YANG DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT BERJAYA DIIKUTI PENYERAHAN TANAH KTMB KEPADA SINGAPURA DAN PENYERAHAN 2 BLOK PETROLEUM KEPADA BRUNEI SEOLAH-OLAH ADA SESUATU YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK TINDAKANNYA..

APAKAH NAJIB ALTANTUYA BEROLEH KEUNTUNGAN PRIBADI DISEBALIK APA YANG DILAKUKANNYA INI..KITA SEMUA TIDAK TAHU..HAMBA JUGA TIDAK TAHU..AKAN TETAPI KITA MENGESYAKI ADA SESUATU YANG BERLAKU..MAKA KERANA ITU PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN PERLU MENYIASAT AKAN PERKARA INI..RAKYAT PERLU DIDEDAHKAN DENGAN KEBENARAN...

TANAH KTMB BAGI SINGAPURA O.K...ROYALTI KEPADA KELANTAN K.O

(Kembalikan hak rakyat Kelantan)

KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.

Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.

Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.

“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri.

“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak merugikan,” ujarnya.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : "KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN"...ITULAH RASANYA UNGKAPAN YANG SESUAI BAGI MENGAMBARKAN SIKAP P-END NAJIB ALTANTUYA...MENGUTAMAKAN RAKYAT NEGARA LAIN LEBIH DARI RAKYAT SENDIRI..
SEKIAN LAMA KERAJAAN KELANTAN MENUNTUT HAK WANG ROYALTI MINYAK NAMUN DIABAIKAN MALAH PELBAGAI ALASAN DIBERIKAN BAGI MENAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN INI..NAMUN DALAM ISU TANAH MILIK KTMB DI TANJUNG PAGAR SENANG-SENANG PULA KERAJAAN MENYERAHKANNYA KEPADA SINGAPURA...
BEGINIKAH SIKAP SEORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA??RAKYAT SENDIRI DINAFIKAN HAK MANAKALA HARTA NEGARA DISERAHKAN DENGAN BEGITU MUDAH KEPADA NEGARA LAIN?APAKAH PUAK-PUAK UM-NO MASIH MAHU MENYOKONG P-END NAJIB ALTANTUYA INI..
JIKA BERTERUSAN BEGINILAH PERANGAI P-END NAJIB ALTANTUYA RASANYA TAK SALAH KALAU TOK GURU NIK AZIZ MENDOAKAN AGAR BELIAU DITIMPA BALA..KERANA JIKA BELIAU TERUS MEMERINTAH MAKA RAKYAT PULA YANG AKAN DITIMPA BALA JADINYA...

JUDI BOLASEPAK : DUA MUFTI TELAH MENERIMA MEMO DARI PAS...YANG LAIN TUNGGU!!!!!


Pemuda PAS berjaya menyerahkan memorandum kepada mufti di dua negeri supaya pakar agama itu memainkan peranan dalam isu pemberian lesen judi bola sepak.

Setakatini, dua mufti negeri-negeri - Johor dan Kedah - sudah menerima memorandum tersebut semalam.

"Pada 25 Mei (semalam) Pemuda PAS negeri telah menghantar memorandum kepada mufti Johor (Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin) mengenai desakan bantahan judi bola sepak," kata Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan.

Di Kedah pula, ketua pemuda negeri Ahmad Yahaya baru sahaja menyerahkan memorandum bantahan yang sama kepada pejabat mufti petang ini.

Diiringi ahli parlimen Padang Terap Nasir Zakaria, Ahmad berkata morandum tersebut diserahkan melalui timbalan muftinya Syeikh Marwazi Dziyauddin.

Tarikh serahan di negeri-negeri lain setakat ini masih belum ditetapkan.

Malaysiakini difahamkan kesemua Pemuda PAS negeri diarahkan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak mufti negeri masing-masing sebelum Julai ini.

Sementara itu, Nasrudin menjelaskan pihaknya merangka kempen menyeluruh bagi membantah pemberian lesen judi, termasuklah mengadakan forum, ceramah dan penganjuran "perlawanan bola sepak bertemakan antijudi".

"Saya akan buat senarai untuk sesi jelajah (kempen)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, tambah Nasrudin, tarikh program tersebut belum ditetapkan kerana ia masih dalam peringkat perancangan.

Katanya menjelang perhimpunan besar mereka pada 3 Julai ini, Pemuda PAS juga akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : BANTAHAN DEMI BANTAHAN TELAH DILAKUKAN..BUKAN SAHAJA DIKALANGAN UMAT ISLAM,MALAH PENGANUT AGAMA LAIN TURUN SAMA MEMBANTAH...INI MENUNJUKKAN BAHAWA ALASAN KERAJAAN MALAYSIA MELULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK UNTUK BUKAN ISLAM ADALAH TIDAK RELEVAN SAMA SEKALI..
NYATA MASYARAKAT BUKAN ISLAM JUGA MENOLAK JUDI BOLASEPAK DAN APA JENIS JUDI YANG ADA.INI ADALAH KERANA KESEDARAN AKAN AKIBAT BERUK DARI TABIAT BERJUDI INI...HANYA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END SAHAJA YANG MERASAKAN BAHAWA PEMBERIAN LESEN JUDI INI MEMBAWA KEBAIKAN...
DALAM MANA KITA MELIHAT PELBAGAI PIHAK TAK KIRA AGAMA DAN BANGSA BANGKIT MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI INI,DIPIHAK UMNO YANG MENGAKU ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM SENYAP SUNYI TIDAK TERKATA..MALAH CERDIK PANDAIN DALAM UM-NO SEPERTI USTAZ FIRDAUS,DATO JAMIL KHIR DAN USTAZAH MASITAH JUGA DIAM SERIBU BAHASA..
APAKAH PANGKAT DAN HARTA TELAH MEMBUATKAN LIDAH MEREKA KELU TAK TERKATA??DIMANA KATA-KATA MEREKA SELAMA INI YANG MENGAJAK RAKYAT MENENTANG KEMUNGKARAN??APAKAH SUDAH TERGADAI PRINSIP ISLAM DALAM DIRI MEREKA??ATAU MEREKA JUGA SAMA SEPERTI PUAK-PUAK UM-NO YANG TELAH "MENGHALALKAN" JUDI INI?
INGATLAH SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T AKAN MENPERSOALKAN TINDAKAN MEREKA DIAKHIRAT KELAK...BAIK DARI YANG MELULUSKAN SEHINGGALAH YANG DIAM TIDAK MENEGUR SEDANGKAN IA MAMPU BERBUAT SEDEMIKIAN..

DENGAN KELANTAN TAK BOLEH...DENGAN BRUNEI SENANG2 JERK BAGI..SIOT BETUL LA DEPA NIE!!



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut penjelasan penuh daripada kerajaan di Parlimen minggu depan berhubung penyerahan dua wilayah yang kaya dengan hasil minyak kepada Brunei dengan alasan kononnya negara itu bersetuju mengugurkan tuntutannya ke atas wilayah Limbang di Sarawak.

TV Selangor yang memetik sumber berkata Anwar telah memperolehi kelulusan khas daripada speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Mulia untuk membahaskan isu itu pada 8 Jun, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen pada hari yang sama.

Umno menggunakan majoritinya dalam parlimen untuk memastikan Anwar dikenakan tindakan kerana mendedahkan kerajaan Umno-BN menggunakan kepakaran Zionis-Yahudi dalam membuat keputusan-keputusan kerajaan, khususnya dalam merangka konsep 1Malaysia yang mirip dengan program One Israel.

Walaupun berhadap dengan kemungkinan digantung dari parlimen, Anwar tetap bertekad untuk mencabar keputusan kerajaan menyerahkan dua pelantar minyak yang dianggar bernilai RM320 bilion kepada Brunei, sekaligus menafikan rakyat Sabah dan Sarawak daripada mengecapi hasil lumayan itu.


Malaysia mendakwa sebagai balasan pemberian itu, Brunei menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, namun hakikatnya ialah Brunei tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi menarik balik tuntutannya itu.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat mahu kerajaan menjelaskan berhubung kehilangan hak milik Malaysia ke atas dua lapangan minyak itu secara jelas dan terbuka.

"Ini Dewan Rakyat dan tentulah satu perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai di mana kerajaan perlu memberi penjelasan yang memuaskan berhubung kedudukan Limbang kerana adalah tuntutan kedaulatan Limbang oleh Sultan Brunei" ujar beliau.

Kit Siang yang juga penasihat DAP berkata, walaupun keputusan untuk membenarkan atau pun tidak usul tersebut dibahaskan pada sesi parlimen kali ini, semuanya terletak di tangan speaker dan juga perdana menteri.

"Sama ada Datuk Seri Anwar akan diberikan peluang untuk mengemukakan satu usul akan bergantung kepada pendirian kerajaan Barisan Nasional. Sampai sekarang kita tidak tahu bagaimana pendirian perdana menteri dan sebab itu kita menggesa perdana menteri untuk menyetujui bahawa perkara ini adalah perkara yang penting dan patut mendahului urusan parlimen" ujarnya lagi.

Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mencadangkan kerajaan membentangkan kertas putih bagi menjelaskan isu kedaulatan wilayah Limbang sekiranya tidak bersedia menerima usul dari ketua pembangkang.Katanya kerajaan harus memperakui kelemahan namun dalam masa yang sama menggantikannya dengan ketelusan.

"Kami boleh bersetuju jika pihak kerajaan sendiri yang membawa usul satu bentuk pembentangan kertas putih, maknanya kami boleh terima kalau mereka kata mereka belum bersedia menerima usul dari ketua pembangkang atau dari mana-mana ahli parlimen pembangkang".

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : LEPAS SATU SATU NAJIB ALTANTUYA MENYERAHKAN HARTA NEGARA KEPADA NEGARA LAIN..DAN ALASAN YANG DIBERIKAN KITA JUGA BEROLEH KEUNTUNGAN DARI TINDAKAN TERSEBUT...MACAM NIE KE NAJIB ALTANTUYA MENGURUSKAN NEGARA..LAMA KELAMAAN SATU BENDA PUN TAK ADA YANG MENJADI MILIK NEGARA KITA...

KHAIRY DAN VELL PAARI SEKELUARGA???

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan ahli jawatankuasa kerja pusat MIC, Vell Paari yang mendakwa Umno menjadi dalang gerakan untuk menjatuhkan bapanya yang juga presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Umno berpegang kepada prinsip kekeluargaan dalam BN, lantas sentiasa menghormati hak parti-parti komponen lain untuk menentukan hal dalaman mereka tanpa campurtangan luar," katanya ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tuduhan Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman portal berita.

Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

"Pemuda Umno ingin menegaskan bahawa Umno sama sekali tidak terlibat dalam sebarang kemelut kepimpinan yang sedang dihadapi oleh MIC.

"Tuduhan bahawa Umno menyokong secara tersirat mana-mana individu untuk mengepalai MIC adalah tidak bersasas," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai sahabat dalam BN, tegasnya, Pemuda Umno berharap bahawa MIC akan dapat menyelesaikan masalah dalamannya secepat mungkin untuk kepentingan bersama BN, tanpa perlu menunding jari kepada pihak lain.

Semalam, Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan Vell Paari itu sesuatu yang biadap.

JEBAT_BERANI : HIDUPLAGI RUPANYA SI KHAIRY NIE....INGATKAN DAH TAK "ADA"....BERSUARA LA PULAK DIE BILA ANAK SAMY VELLU TUDUH UM-NO JADI DALANG GERAKAN UNTUK MENJATUHKAN PRESIDEN MIC....

TAPI BILA UM-NO LULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK TAKDE LA PULA DIE BERSUARA MEMBANTAH..SENYAP JERK SEMUANYA SEUMPAMA MEREKA JUGA BERSETUJU...MUNGKIN ADA SYER KOT...

ANAK SAMY VELLU NIE PASTINYA TAK AKAN MENUDUH SEBARANGAN JIKA TAK ADA BUKTI YANG MENYOKONG..PASTI ADA MATLUMAT YANG BELIAU PEROLEHI SEHINGGA BERANI MENUDUH UM-NO SEBEGITU...

APA YANG NAK DIHAIRANKAN...SEDANGKAN DALAM UM-NO ITU SENDIRI ADA BUDAYA "CANTAS" INIKAN PULA MIC YANG HANYA RAKAN "KONGSI" DALAM BE-END...BILA DIRASAKAN BAHAWA KEWUJUDAN PRESIDEN MIC IAITU SAMY VELLU HANYA AKAN MEMBERIKAN TEKANAN DAN KERUGIAN KEPADA BE-END,MAKA RAKAN-RAKAN "KONGSI" MULA LA MENGATUR STRATEGI UNTUK MENJATUHKANNYA..

PERKARA SEUMPAMA INI BUKANLAH SESUATU YANG PELIK DALAM BUDAYA PEMERINTAHAN BE-END...LIHAT SAJALAH PERGOLAKAN DALAM PARTI GERAKAN,MCA DAN JUGA UM-NO ITU SENDIRI...TAK CAYA..LU TENGOK LE SENDIRI...HUHUHUHUHUHU

Wednesday, May 26, 2010

HINA ULAMAK : PUAK-PUAK UMNO MAKIN BIADAP!!

JEBAT_BERANI : NILAIKAN SENDIRI APA YANG DIKATAKAN 'MAMAT UM-NO' INI...APAKAH BENAR DAKWAAN BELIAU BAHAWA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK LAYAK DIPANGGIL ULAMA??APAKAH ISTILAH ULAMA SEBENAR PADA PANDANGAN PUAK-PUAK UM-NO??APAKAH MEREKA SEPERTI JAMIL KHIR DAN DR MASITAH YANG LAYAK DIGELAR ULAMA?MEREKA YANG MENDIAMKAN DIRI APABILA NAJIB ALTANTUYA MELULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK...MEREKA YANG TAK BERKATA APA-APA APABILA MELIHAT PUTERI UM-NO TIDAK MENUTUP AURAT??INIKAH GOLONGAN YANG PADA PADANGAN PUAK-PUAK UM-NO LAYAK DIGELAR ULAMA??JIKA TIDAK SIAPAKAH PADA PADANGAN PUAK-PUAK UM-NO YANG LAYAK DIGELAR ULAMA???HAMBA YAKIN MEREKA TAK TAHU SIAPA ULAMA KERANA MEREKA TIDAK PERNAH MAHU MENDEKATI PARA ULAMA....