WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, April 24, 2010

DATO SERI ANWAR IBRAHIM LETAK JAWATAN KERANA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PUCUK PIMPINAN!!!


KUALA LUMPUR 22 APRIL: Kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor dihangatkan lagi dengan berita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim dengan secara rasminya hari ini telah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti PKR (Parti Keadilan Rakyat) dengan memberikan sebab telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Kejutan ini adalah daripada rentetan beberapa peristiwa sebelum ini dimana ramai pimpinan dan ahli-ahli PKR yang membuat pengumuman keluar daripada parti itu dengan memberikan sebab telah hilangnya kepercayaan mereka terhadap pucuk pimpinan parti.

Berita terbaru ini merupakan satu pukulan maut kepada PKR dalam menangani beberapa isu yang dibangkitkan oleh BN di dalam siri kempen mereka di Hulu Selangor.

Seluruh jentera parti kini dikatakan telah lumpuh akibat daripada berita yang paling mengejutkan seluruh ahli-ahli dan pimpinan di dalam PKR sendiri. Ramai yang masih tidak dapat menerima berita terbaru ini di dalam kempen di Hulu Selangor yang hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Tinjauan rambang mendapati seluruh rakyat tidak percaya akan berita ini.

Ini adalah kerana hanya mereka-mereka yang tidak boleh berfikiran waras dan mengikut membuta tuli sahaja yang akan percaya akan berita seperti ini.

Inilah berita yang paling diidamkan oleh Najib dan Umno/BN selama ini. Bagaikan bulan jatuh ke riba jika mana-mana media arus perdana yang dapat menyiarkan berita paling hebat masa kini.

Jika anda yang sedang membaca berita ini juga percaya akan berita yang dilaporkan ini, bermakna anda telah membiarkan diri dan minda anda dijajah serta dimanupulasi oleh media arus perdana yang semakin hari begitu menggila menyiarkan berita-berita yang penuh tipu daya tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap berita-berita yang mereka siarkan.

Jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh mereka-mereka setiap hari.

* Berita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. Maaf Dato Seri....

Sumber:Ajijoi
JEBAT_BERANI: HAHAHAHAHA....LAWAK,LAWAK...MELIHAT KEPADA PELBAGAI BERITA FITNAH YANG DILEMPARKAN PUAK2 BE-END HAMBA TAK HAIRAN LANGSUNG KALAU BERITA SEUMPAMA INI DILAKUKAN OLEH PUAK2 BE-END...NAMPAKNYA BE-END BENAR2 TERDESAK UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA KECIL HULU SELANGOR INI BAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA P-END NAJIB BENAR2 TELAH DITERIMA RAKYAT....APA-APA PUN HAMBA YAKIN PENGUNDI DI PARLIMEN HULU SELANGOR TELAH MEMPUNYAI PILIHAN MEREKA SENDIRI..LAKUKANLAH APA JUA TOMAHAN NAMUN PASTINYA IA TAK AKAN MAMPU MENPENGARUHI PENGUNDI DI PARLIMEN HULU SELANGOR KERANA MEREKA BUKANLAH BODOH....

Thursday, April 15, 2010

PECAT JIKA TERPILIH???!!!


Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih hari ini sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam tadi.

Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan (kiri), Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja. Muligan adalah yang teratas dalam senarai."

Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga esok(hari ini). Kami mahu siasat lebih lanjut.

"Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok,(hari ini)" katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada Muligan yang dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa-apa mengenainya."

Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan jam 10 pagi ini selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerussi BN dijadual mengumumkan calon BN petang ini.

Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan memberitahu kemudiannya bahawa Samy Vellu dijadual menemui Muhyiddin di Putrajaya pagi ini.

"Kita akan keluarkan maklumat (mengenai calon) selepas jam 10 pagi ini," katanya kepada Malaysiakini.


Bagaimanapun, Kamalanathan menambah, parti itu hanya mengiktiraf timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon.

Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah Mugilan.

Semalam, 18 ketua bahagian MIC di Selangor tampil mendesak kepimpinan BN supaya meletak Palanivel - yang dicadangkan oleh presiden parti itu - sebagai calon di Huu Selangor.

Manakala beberapa ketua cawangan MIC di Hulu Selangor mengancam untuk membubarkan cawangan masing-masing jika BN memilih calon lain.

Tindak-tanduk barisan kepimpinan MIC di semua peringkat itu menguatkan lagi khabar angin bahawa Palanivel tidak dipilih bertanding di Hulu Selangor.

JEBAT_BERANI : ADA HAMBA HERAN INI SEMUA??PUAK-PUAK BE-END NIE SEMEMANGNYA MACAM NIE..SALING BEREBUT JAWATAN DAN KEDUDUKAN...DAN AKHIRNYA YANG MENJADI MANGSA RAKYAT...HARAP-HARAP RAKYAT HULU SELANGOR TAK "TERGODA" DENGAN PELBAGAI JANJI KOSONG PUAK-PUAK BE-END NIE..

ZAID IBRAHIM PILIHAN YANG TEPAT!!!


PASIR PUTEH, 14 April: Pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor adalah wajar dan tepat dengan situasi politik sekarang.

"Zaid memang seorang yang memang tidak dapat dinafikan ketokohannya dalam banyak bidang termasuk politk, undang-undang dan kehakiman.

"Tambahan pula beliau adalah bekas seorang menteri, sudah semestinya pengalaman berkaitan aspirasi rakyat tidak dapat dipertikaikan dengan mudah," kata veteran yang juga bekas aktivis Umno Tok Bali, Ibrahim Mohd Noor.

Ibrahim percaya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada Zaid dalam PRK kali ini beliau mampu membawa satu perubahan baru dalam era politik tanah air.

Zaid menyertai PKR selepas beberapa bulan melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap wartawan, orang politik dan orang awam.


Sementara itu, aktivis sebuah parti di Pasir Puteh, Muhammad Dullah (kiri), tidak menafikan pencalonan Zaid menjadi satu tamparan hebat kepada Umno.

“Semua orang tahu dia (Zaid) itu bekas menteri, jadi tidak ada sebab untuk menolak kewibawaannya dalam membawa suara rakyat ke peringkat nasional.

“Kalau kita ingat bagaimana hasratnya ingin mengembalikan imej badan kehakiman yang dikatakan sudah tercalar semasa baru-baru jadi menteri dulu, saya rasa orang Umno pun perlu sokong dia.

“Sebab apa, sebab di situ sudah nampak kebaikannya demi sebuah keadilan,” katanya.

Dalam pada itu rakannya, Mohd Suhaimi (kanan), berpendapat selain daripada pengalaman serta ketokohan Zaid, kerektornya menggambarkan bahawa beliau memenuhi ciri-ciri sebagai seorang pemimpin.

“Apa yang saya tahu Zaid ni sikapnya terbuka. Tidak pandang status. Dia bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang muda, orang kecil orang besar semua dia bergaul.

“Tengok masa majlis kenduri kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai menteri hari tu yang diadakan di rumahnya di kampung Pasir Hor, tok guru Nik Aziz (Menteri Besar) dan beberapa pemimpin PAS lain dia jemput.

“Sedangkan PAS musuh ketat dialah pada masa itu kalau hendak dikirakan. Tapi atas rasa mahabbah dia ketepikan sementara sentiment politik,” katanya penuh keyakinan bahawa Zaid mampu membimbing rakyat meskipun beliau bukan anak tempatan Hulu Selangor.

JEBAT_BERANI : KITA MEMERLUKAN ORANG YANG BERKEBOLEHAN SEPERTI ZAID IBRAHIM INI DALAM PARLIMEN UNTUK MENENTANG PUAK-PUAK UMNONGOK/BE-END....

1MALAYSIA=1ISRAEL : 76 JUTA DUIT NEGARA DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT YAHUDI!!!


Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengakui bahawa kos perkhidmatan yang dibayar kepada APCO Worldwide berjumlah RM76.82 juta setahun, malah memuji sumbangan APCO dalam usaha memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Sambil menuding jari kepada dua orang bekas Perdana Menteri yang "menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur-Washington", Nazri mendakwa bahawa hubungan dua hala yang terjejas dalam tempoh 28 tahun ini hanya boleh diperbaiki dengan membelanjakan wang.

Nazri Aziz tidak menafikan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan perkhidmatan APCO Worldwide untuk memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat, "APCO Worldwide bertanggungjawab untuk membina imej negara kita di Amerika Syarikat, agar hubungan kita dengan Amerika Syarikat lebih erat. Apakah anda menganggap syarikat tempatan Malaysia boleh mengeratkan hubungan antara kita dengan Amerika Syarikat?"

Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dianggap "kurang erat" semasa zaman pemerintahan PM keempat dan kelima, iaitu Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, jadi Nazri tidak melihat wujudnya masalah untuk memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat atas nama diplomatik dan ekonomi.

"Sekiranya kita tidak berbaik dengan Amerika Syarikat, Amerika Syarikat langsung tidak akan mempedulikan kita. Kita perlu memperbaiki hubungan yang terjejas semasa zaman pemerintahan 22 tahun oleh Mahathir Mohamad dan enam tahun oleh Abdullah Ahmad Badawi. Anda ingat kita boleh meredakannya tanpa berbelanja?" tanya Nazri ketika ditemuramah media di parlimen, semalam.

Malah, Nazri menambah bahawa kerja melobi adalah sesuatu yang lumrah di Amerika Syarikat. "Anda perlu lobi (barulah kerja diselesaikan dengan baik), dan pelobi terbesar di Amerika Syarikat ialah pelobi Israel."

Memuji Najib

Setelah mempersalahkan Mahathir dan Abdullah, berikutan hubungan kurang erat dengan Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, Nazri seterusnya memuji PM sekarang, Najib Razak, "Najib bukan untuk dirinya, beliau melakukan ini demi negara. Apa salahnya berbaik dengan Amerika Syarikat? Ia hanya akan memanfaat ekonomi kita."

Najib mengambil contoh pertemuan antara Najib dengan Obama, sebagai bukti untuk menunjukkan APCO Worldwide menjalankan tugasnya dengan baik. "Apa yang kita belanjakan amat berbaloi, kita mendapat pulangannya."

"Prestasi APCO Worldwide cukup baik. Setakat ini Obama hanya meluangkan masa untuk berjumpa dengan Najib dan Hu Jintao (Presiden China). China tu China (pengaruh besar), tapi Obama berjanji untuk bertemu dengan Najib," jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim ketika membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dalam persidangan Dewan Rakyat penggal ini mencungkil kontroversi apabila mengkritik kerajaan kerana menggunakan perkhidmatan syarikat Israel, APCO Worldwide, yang juga digunakan oleh diktator negara lain. 【Baca: APCO dan 1Malaysia】

"...Diktator yang kaya akan menggunakan (syarikat) yang terbaik. Jadi, mengapa mereka menggunakan APCO Worldwide? Ini kerana APCO Worldwide terlalu baik (perkhidmatannya). Kalaulah mereka nak membina imej yang baik di Amerika Syarikat, mereka perlu menggunakan APCO Worldwide," ulas Nazri.

Mengambil contoh Karpal dan Anwar

Bahkan, Nazri mengambil contoh peguam terkemuka, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP, "Tahukah anda siapa yang akan mengupah Karpal Singh dalam kes mahkamah? Pembunuh, penyeludup... Kerana mereka nak bebaskan diri daripada hukuman. Mereka perlu mendapatkan peguam yang terbaik. Ada yang berkata Karpal Singh adalah yang terbaik. Jadi mereka mengambil Karpal Singh..."

"Tapi, bolehkah anda berkata Anwar Ibrahim adalah pembunuh kerana beliau menggunakan Karpal Singh sebagai peguam belanya?" tanya Nazri.

Karpal Singh kini adalah peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

Oleh itu, Najib menganggap pembangkang tidak harus meringkaskan isu ini, menyamakan penggunaan APCO Worldwide dengan isu lain sewenang-wenangnya. Malah, beliau mendakwa bahawa beliau pernah menyemak senarai nama Zionis, dan akhirnya beliau mendapati lebih separuh daripadanya adalah kawan Anwar.

"Jadi, beliau (Anwar) boleh berkawan dengan orang ini, dan kami tak boleh," sindirnya.

Tian mempertikaikan Nazri

Sebelum ini, ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua mengadakan sidang media di koridor parlimen, mempertikaikan kejujuran Nazri dengan menunjukkan jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri. JPM memberi jawapan bahawa kontrak perkhidmatan APCO Worldwide bernilai RM76,820,563 setahun, jauh berbeza dengan jawapan yang diberikan Nazri sebelumnya ketika ditemuramah media, iaitu RM28 juta.

Namun, Nazri mendakwa bahawa kedua-dua pihak sebenarnya tidak pasti dengan angka RM28 juta itu, tetapi beliau berjanji kepada Tian Chua (gambar kanan) secara peribadi, bahawa beliau akan mengemukakan jawapan yang terperinci seandainya Tian Chua menulis secara rasmi kepada JPM.

"Jadi, inilah jawapan tepatnya," Nazri menegaskan bahawa beliau tidak menolak untuk memberi jawapan, "Anda boleh menyemak minit mesyuarat. Saya (pada ketika itu) berkata saya tidak mempunyai maklumat yang terperinci. Dan saya juga kata, seandainya saya ada maklumat terperinci, maka saya boleh mendedah kepada semua orang."

Dalam satu wawancara bersama Malaysian Insider pada 7 April 2010, Nazri memberi reaksinya terhadap tindakan ahli parlimen Pokok Sena-PAS, Mahfuz Omar yang melaungkan "UMNO-APCO" dalam dewan. Nazri berkata, "'UMNO-APCO' adalah tuduhan yang serius. Parti komponen Barisan Nasional, UMNO menggunakan RM28 juta untuk mengupah APCO. Tetapi, mengatakan UMNO itu APCO dan APCO itu UMNO, membawa makna bahawa kami memasukkan wang kerajaan dalam saku UMNO. Kenyataan sedemikian membawa maksud bahawa kerajaan jelas menyedari bahawa APCO dimiliki UMNO, dan kemudian membayar RM28 juta kepada APCO. Tuduhan ini serius sekali."

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang. -MR

JEBAT_BERANI : TAK TAHU NAK KATA APA DAH NGAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI..SANGGUP MEREKA MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN SYARIKAT YAHUDI??APAKAH TIDAK ADA LAGI SYARIKAT LAIN YANG BOLEH MEREKA JALINKAN KERJASAMA?NASIB-NASIB....1MALAYSIA=1ISRAEL

PEMUDA PAS MESTI TENGOK : CERAMAH PERASMIAN MUKTAMAR PEMUDA PAS PEKAN OLEH USTAZ AZMAN SAPAWI

Friday, April 2, 2010

DATO SERI ANWAR IBRAHIM PERJELAS 16 SEPTEMBER


KUALA LUMPUR 2 Apr - Kemungkinan penubuhan Kerajaan Persekutuan yang baru pada September 2008 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat hampir menjadi realiti sekiranya Perdana Menteri ketika itu dan Speaker Dewan Rakyat tidak menolak untuk mengadakan perjumpaan dan persidangan khas Parlimen.

Malah menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat juga telah mengutuskan warkah yang dipersembahan ke bawah Yang DiPertuan Agong bagi memohon mengadap baginda berhubung perkata itu.

Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan '16 September' adalah rekaan dan pembohongan pihak Pakatan Rakyat kata Anwar.

"Pada 19 September 2008 warkah kepada Yang DiPertuan Agong diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana mereka telah beri mandat kita rujuk kepada istana negara, kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia.

"Kita tidak edarkan surat ini kerana pada ketika itu kita kena jaga kedudukan Yang DiPertuan Agong, kalau jadi kita ikut saluran," tegas Anwar di Dewan Rakyat petang semalam.

Sebelum itu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Pakatan Rakyat juga tekah menghantar surat untuk membuat perjumpaan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.

Kemudian Pakatan Rakyat telah menulis suat kepada Speaker memohon satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri tetapi langkah ini juga ditolak.

"Pada 18 September 2008 setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti, KEADILAN, PAS dan DAP, Pakatan Rakyat menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu petisyen bagi mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia. Ini bagi membincangkan usul bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau.

"Mustahil saya berani tulis surat begini kalau saya tidak ada jumlah dan perakuan daripada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kalau ada pada masa itu mesyaurat seperti yang kita minta mengikut Peraturan 11 (3) tapi itu ditolak.

"Kita melakukan tiga proses, pertama minta pertemuan dengan Perdana Menteri ditolak, kedua tulis kepada Speaker juga ditolak," hujah Anwar ketika mencelah penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Keadaan Dewan menjadi riuh ketika Anwar mengatakan bahawa ramai antara anggota Parlimen yang hadir pada sidang semalam telah menemui beliau bagi membincangkan kemungkinan menyertai Pakatan Rakyat malah ada yang telah menandatangani surat akuan.

"Saya tidak nafikan perkara ini tidak berlaku tetapi saya nak sebut dalam Dewan Ahli-ahli Yang Berhormat tahu dan saya tahu siapa yang beri perakuan dan siapa yang tandatangan," kata Anwar sambil di sambut dengan laungan," dia orang (Ahli Parlimen Barisan Nasional) dah takut, dah takut".

Bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan senarai nama Ahli Parlimen BN yang bersetuju bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Yang Berhormat dari Umno boleh ketawa, ada antara yang ketawa ada yang bincang dengan kita, ada yang talipon tapi itu bukan soalnya. Yang penting baik persahabatan atau perbincangan yang kita anggap tertutup kita hormati prinsip itu dan jangan ada langsung keraguan mengenai perkara ini kerana dalam politik ini ada etika walaupun dengan musuh. Ini kita pertahankan sebab itu saya tidak pernah keluarkan," jelas beliau.

Tegas Anwar Pakatan Rakyat telah mengikut prosedur dan peraturan yang betul yang berlandasan Perlembagaan Persekutuan berhubung perancangan 16 September 2008.

"Jangan kata kita permainkan isu ini kerana kita ikut jalur undang-undang dan kemudian mahu dikatakan ini palsu. Saya sebutkan saya lakukan ini makna setakat menghormati peraturan, undang-undang dan Perlembagaan, tiga-tiga proses kita lakukan, itu tahap yang telah kita lakukan. Soal untuk mengatakan kita tidak ada jumlah itu tidak benar, mustahil saya ambil risiko itu," ujar Anwar lagi.

JEBAT_BERANI : SEBETULNYA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END TAHU BAHAWA DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERJAYA DENGAN RANCANGAN 16 SEPTEMBERNYA..NAMUN MEREKA TIDAK BERANI MENGAKUI AKAN HAKIKAT ITU..RANCANG ITU TERTANGGUH KERANA RASA HORMAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP UNDANG-UNDANG TIDAK SEBAGAIMANA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END YANG HANYA TAHU "MEROGOL" UNDANG-UNDANG...

SALAHKAH RAKYAT MEMANDANG NEGATIF ANGGOTA POLIS???!!!


KUALA LUMPUR, 1 April: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk tidak menyalahkan Pakatan Rakyat (PKR) sekiranya rakyat kebelakangan ini begitu memandang serong kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar), persepsi serong tersebut sebenarnya disedari oleh rakyat sendiri.

"Bukan kami yang mengawal persepsi (negatif terhadap PDRM), semua itu (adalah) persepsi rakyat sendiri,” katanya ketika mencelah penggulungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Rakyat, petang ini.

Tian Chua yang juga Ketua Strategik PKR berkata, persepsi buruk tersebut berlaku ekoran berlakunya beberapa kes kematian di dalam lokap.

“Tidak cukup dengan itu, kaedah polis menyiasat kes-kes tersebut menebalkan lagi persepsi negatif rakyat kepada polis.

"Misalnya, seorang lelaki seperti kes (mendiang) A. Kugan yang mati di lokap, tetapi kes-kes kematian itu disiasat sendiri oleh polis," katanya.

Maka, siasatan tersebut, menurut pandangan Tian Chua adalah tidak mencerminkan tahap integriti PDRM.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Hishammuddin supaya menjelaskan insiden tembakan rambang yang menimpa Norizan Salleh pada Oktober lalu.

Beliau juga meminta Hishammuddin memberi jaminan bahawa kredibiliti PDRM masih boleh diperbaiki.

Hishammuddin kemudiannya menjelaskan bahawa mangsa ditembak kerana disyaki penjenayah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, kereta yang dinaiki Norizan bersama empat rakannya disyaki kereta curi.

Tian yang bangun mencelah mempersoalkan tindakan polis menyepak rusuk mangsa, selepas mengeluarkannya yang ketika itu cedera parah akibat ditembak polis.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : KADANG KALA SIKAP POLIS ITU SENDIRI YANG MENJADIKAN RAKYAT MEMANDANG NEGATIF KERJAYA POLIS INI...SEPATUTNYA KERJAYA POLIS INI DIPANDANG TINGGI OLEH MASYARAKAT KERANA MEREKA MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA..
AKAN TETAPI SIKAP KEBANYAKKAN POLIS HARI INI YANG TERLIBAT DENGAN RASUAH DAN SALAH LAKU MENJADIKAN RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN DAN RASA HORMAT TERHADAP KERJAYA POLIS INI..SIKAP SEGELINTIR ANGGOTA POLIS YANG TIDAK MESRA TERHADAP RAKYAT KETIKA MEMBUAT ADUAN ATAU MEMBERI KETERANGAN AMAT DIKESALI..
SITUASI INI AMAT BERBEZA DENGAN SLOGAN YANG MEREKA SERING LAUNGKAN IAITU "CEPAT,BETUL DAN MESRA"..TAMBAH BURUK APABILA PIHAK POLIS SERING KALI CUBA MEMBELA DAN MENAFIKAN SALAH LAKUB YANG DILAKUKAN OLEH ANGGOTA MEREKA..DAKWAAN DAN ADUAN YANG DIKEMUKAKAN RAKYAT TERHADAP SALAH LAKU ANGGOTA POLIS SERING DIPANDANG SEBELAH MATA...
SIKAP ANGGOTA POLIS YANG SERING MEMIHAK KEPADA PARTI BE-END JUGA MEMBUATKAN SEGELINTIR RAKYAT MERASA MUAL..SEPATUTNYA BADAN UNIFORM SEPERTI POLIS INI BERSIKAP BERKECUALI DALAM MENGENDALIKAN HAL YANG MELIBATKAN SOAL POLITIK..NAMUN TIDAK BEGITU..POLIS SERINGKALI BERAT SEBELAH DALAM MELULUSKAN PERMIT CERAMAH DAN PERHIMPUNAN..
HARAPAN HAMBA SEMOGA LUAHAN INI MEMBUKA MATA PIHAK POLIS AGAR MENGEMBALIKAN MARUAH PASUKAN POLIS DI MATA RAKYAT...PIHAK POLIS HARUS BERSIKAP TELUS DAN ADIL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA AGAR KEPERCAYAAN RAKYAT AKAN KEMBALI SEMULA...

UM-NO/BE-END GUNA TAKTIK JAHAT HALANG PENDEDAHAN DATO SERI ANWAR!!

KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan hari ini untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.

Menurutnya juga, kerajaan telah memberi masa kepada Anwar untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan itu namun mendakwa Anwar tidak menyatakan bukti kukuh dalam penghujahannya dalam isu itu.

"Setelah mengkaji ucapan beliau, saya dapati beliau tidak menunjukkan bukti kukuh untuk kenyataan beliau itu. Apco sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar itu," katanya.

Beliau turut mendakwa penjelasan Anwar di Dewan Rakyat semalam tidak berasas.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terdiri daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Ahli-ahli lain adalah Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang Dipertua (BN-Beluran), Razali Ibrahim (BN-Muar), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Puan Hajah Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa a/l K. Rasiah (PKR-Subang) dan Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Berkenaan prosedurnya pula, beliau memberitahu, beliau akan membentangkan usul itu untuk dibahaskan, kemudiannya beliau akan menjawab perbahasan tersebut sebelum proses pengundian dijalankan.

Selepas itu, jawatankuasa akan membincangkan perkara itu sama ada bersetuju atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

Beliau juga menegaskan tidak akan menjawab sebarang soalan berhubung isu berkenaan dalam sesi penggulungannya pada petang ini.


Kes Gobind

Sebelum itu, anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung keahliannya selama setahun melalui satu usul yang dikemukakan Nazri kepada Dewan Rakyat.

Selepas usul itu dibacakan Nazri, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafsirkan Perintah Tetap.

Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.

Dengan majoriti yang ada pada BN, usul itu diluluskan. Semua anggota Pakatan Rakyat meninggal Dewan ketika undi dibuat.

Kini, Nazri mencadangkan agar Anwar dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen untuk dibincangkan dahulu sebelum dikemukakan kepada sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub pernah mencadangkan Nazri di bawa kepada Jawatankuasa yang sama dengan dakwaan beliau berbohong di Parlimend dalam isu royalti minyak, namun permohonan itu ditolak oleh Speaker.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA UM-NO/BE-END MENGGUNAKAN TAKTIK KOTOR APABILA CUBA MENGHALANG PENDEDAHAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERKAITAN DENGAN APCO DENGAN CUBA MENGHERET BELIAU KEPADA JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN AHLI PARLIMEN..JIKA SEBELUM INI GIBIND SINGH MENJADI MANGSA UM-NO/BE-END DENGAN KAEDAH YANG SAMA,KINI PUAK-PUAK UM-NO/BE-END SEKALI LAGI MENGGUNAKAN TAKTIK YANG SAMA TERHADAP DATO SERI ANWAR IBRAHIM..

NAMUN APAKAH TAKTIK INI AKAN BERJAYA MENGHALANG DATO SERI ANWAR IBRAHIM DARI TERUS MENDEDAHKAN SALAH-LAKU DAN KEPINCANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN P-END NAJIB ALTANTUYA??PADA HAMBA TIADA SATU PUN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END BAGI MENGHALANG DATO SERI ANWAR DARI MENYATAKAN KEBENARAN...TINDAKKAN MEREKA HANYA MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT DAN PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH DATO SERI ANWAR IBRAHIM....

DATO SERI ANWAR IBRAHIM SAMAN KHAIRY

Kes saman fitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditetapkan untuk pengurusan kes akhir pada 12 Mei.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Wan Nursalena Wan Abdullah menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam Anwar, S Prakash dan A Sarah Maalini yang mewakili Khairy.

Prakash berkata, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak supaya mengemukakan dokumen bersabit dengan kes itu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes saman berkenaan.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 September 2007 dengan mendakwa bahawa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, memfitnah beliau dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa kenyataan berbaur fitnah Khairy itu disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : BARU BERTEMU BUKU DENGAN RUAS...KITA TENGOK BAGAIMANA KHAIRY AKAN MENYELAMATKAN DIRINYA DARI DISAMAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM..APAKAH BELIAU KAN MENANGIS MERAYU-RAYU KEPADA BAPA MENTUANYA AGAR MENYELAMATKAN BELIAU ATAU BELIAU AKAN MEMINTA BANTUAN SEPUPUNYA NAJIB ALTANTUYA,SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.....

CRAZY FROG NAIK ANGIN!!!!


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.

Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.Sebaik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”

Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan."Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.

Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB.Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.

Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : MARAH SUNGGUH NAMPAKNYE PRESIDEN PERKOSA NIH..OPSSS!!PERKASA BUKAN PERKOSA..KAN NANTI MAKIN BERTAMBAH HANGIN PLAK KATAK PLASTIK NIE...NANTI MAUNYE BANJIR MALAYSIA KALAU KATAK PLASTIK NIE MENGAMUK....HAHAHAHAHA

NAMPAKNYE BERSUNGGUH-SUNGGUH SIKATAK PLASTIK NIE MEMPERJUANGANKAN PERJUANGAN ASSOBIYAH...APAKAH BELIAU LUPA DAN TIDAK SEDAR BAHAWA MALAYSIA INI DIHUNI PELBAGAI KAUM YANG SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN DAN MEMAJUKAN NEGARA INI..APAKAH SIKATAK PLASTIK INI MAHU MENAFIKAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH LAIN-LAIN KAUM??

TIDAK SALAH MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU..TAPI JANGAN PULA SAMPAI KITA MENAFIKAN HAK KAUM LAIN UNTUK SAMA-SAMA MENIKMATI KEMAKMURAN BUMI MALAYSIA..HAMBA SEBAGAI KAUM MELAYU JUGA TIDAK BERSETUJU JIKA KITA MENAFIKAN HAK KAUM LAIN UNTUK SAMA-SAMA MENIKMATI APA YANG ADA DALAM NEGARA INI..

DAN APA YANG LEBIH UTAMA IALAH ISLAM SENDIRI SANGAT-SANGAT MEMBENCI SIKAP ASSOBIYAH INI...MALAH NABI MUHAMMAD S.A.W TIDAK MENGAKU UMAT TERHADAP MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN ASSOBIYAH INI..SEPATUTNYA SIKATAK PLASTIK INI BERJUANG MENDAULATKAN ISLAM BUKANNYA MEMPERJUANGKAN SIKAP PERKAUMAN SEPERTI YANG BELIAU SERING LAKUKAN...