WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, July 17, 2012

WAKIL KERAJAAN IKHWAN MUSLIMIN MESIR : SAYA AHLI PAS JIKA SAYA RAKYAT MALAYSIA

Ada mereka menyatakan sokongan pada UMNO/BN..Takdekan..Mengapa tiada? "Lu pikirlah sendiri"

Jebat Berani : Rasa rasanya mesej dari wakil Parti Ikhwan Muslimin yang memerintah negara Mesir ini sangat jelas..Saudara Masu'l Tarbiah merupakan wakil kerajaan Ikhwan Muslimin yang turut hadir berucap di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Kuala Selangor pada 15/07/2012 (ahad) lepas.

Kalau rakyat Mesir berani berubah dan akhirnya lihat apa yang mereka perolehi hasil dari perubahan itu,mengapa kita rakyat Malaysia takut untuk berubah?Alasan jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Malaysia akan dikawal oleh agen agen asing hanyalah riktorik palsu tanpa sebarang fakta.Ianya hanya fitnah pihak UMNO/BN untuk menakut nakutkan rakyat untuk mengubah pemerintahan hari ini.

Sampai bila kita hendak membiarkan UMNO/BN berkuasa?? Sampai bila kita hendak membiarkan UMNO/BN terus menyeleweng harta negara?? Sampai bila kita nak biarkan UMNO/BN terus mengkhianati amanah orang melayu dan sampai bila kita nak biarkan UMNO/BN terus mencemarkan agama Islam??

Jangan bila dah terlambat baru kita nak berubah..Jangan bila dah tak ada apa yang nak dielamatkan baru kita nak sedar...Ketika itu semuanya sudah terlambat.Ketika itu kita hanya mampu menyalahkan diri sendiri..Renung renungkan dan selamat beramal :)

Monday, July 16, 2012

BELA PANDA : 'KETERLAMPAUAN BIJAK HAJJAH NAJIB ALTANTUYA DIPERTIKAI KAKITANGAN KERAJAAN


 Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan. 

Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia – China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan.
Dengan bersedia menerima panda itu yang dijangka akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya, ia bukan saja menyebabkan kita terpaksa menyediakan prasarana khusus yang menyerupai habitat asal panda yang hidup dalam iklim sejuk tetapi juga terpaksa mengimport buluh khas daripada China sebagai makanannya.
Kita juga dikatakan terpaksa menghantar beberapa kakitangan menjalani latihan ke China untuk menjalani latihan berkaitan panda serta memahami secara menyeluruh mengenai kehidupan panda itu. Dalam masa yang sama, beberapa kakitangan daripada China’s Wulong Panda Research Institute, badan yang bertanggungjawab menyewakan panda itu, akan turut ditempatkan di negara ini bagi mengawasi kehidupannya sepanjang panda tersebut berada di negara ini.
Secara keseluruhannya, sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos RM20 juta sepanjang 10 tahun dua ekor panda itu ditempatkan di negara ini. 


Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan pegawai tinggi kerajaan ialah tentang kebijaksanaan Najib menerima permintaan China untuk memelihara panda itu. Mereka berpandangan sebaiknya Najib menolak permintaan China itu dengan baik sambil mengambil kira faktor cuaca, makanan dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung itu.

Bagi pegawai tinggi kerajaan, masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hubungan  mesra yang telah terjalin selama 40 tahun antara Malaysia dengan China, selain daripada memelihara panda. Jika pun ingin  sangat meraikan hubungan diplomatik yang mesra itu, ia juga boleh dilakukan dengan mengadakan pertukaran rombongan kebudayaan, pertukaran pelajar, lawatan belia sambil belajar secara tetap dan sebagainya.
Dalam kedudukan Najib sendiri dipertikaikan oleh rakyat, memelihara dua ekor panda dengan kos RM20 juta melalui  wang pembayar cukai selama 10 tahun tentulah memburukkan lagi persepsi beliau di mata rakyat.
Rasa tidak setuju rakyat terhadap panda itu terserlah bilamana Najib dalam laman facebook bahasa Cinanya meminta rakyat turut memberi nama kepada dua ekor panda itu, ia  akhirnya menjadi persendaan maya di mana antara nama yang dicadangkan ialah cin cin & beg beg, Altantuya & Scorpene dan sebagainya.
Para pegawai tinggi kerajaan juga bimbang hubungan Malaysia dan China akan terjejas serta menjadi isu besar di antara kedua negara sekiranya panda itu mati dan sebagainya berikutan persekitaran habitatnya yang dibina  nanti tidak bersesuaian. 
Selain isu panda, pegawai tinggi kerajaan juga menyifatkan tindakan pentadbiran Najib mengadakan pelbagai program melibatkan rakyat hampir setiap minggu dan sepanjang masa sejak beberapa bulan lalu sebagai meletihkan kakitangan kerajaan.
Secara umumnya, pegawai kerajaan memang sedia berkhidmat dan menurut arahan daripada pemerintah tetapi yang menjadi persoalan ialah program-program itu sudah berjalan secara marathon sejak beberapa lama dan masih tidak ternampak tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.
Mereka juga dapat merasakan pastinya dalam bulan Ramadan dan Syawal nanti, program-program yang melibatkan rakyat akan berlipat kali ganda lagi dari segi bilangan dan saiznya kerana Najib nampaknya masih berusaha meraih sokongan sebanyak-sebanyaknya sebelum mengadakan pilihanraya.
Para pegawai kerajaan kini mengadu  sudah beberapa bulan keletihan dan tidak tahu sampai bila lagi mereka akan terus keletihan di bawah pentadbiran Najib ini.
Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com
Jebat Berani : Alahai awatlah 'terlampau' bijak Hajjah Najib Altantuya nih....Tidakkah beliau terfikir akan pembaziran yang berlaku akibat tindakan beliau ini? Tidakkah beliau terfikir bahawa bajet tersebut boleh digunakan kepada perkara perkara yang lebih penting terutamanya berkaitan keperluan rakyat.
Inikah yang mereka katakan "Rakyat didahulukan,percapaian diutamakan"?..Pada aku kalau begini la rupanya pertadbiran Hajjah Najib Altantuya,slogan yang sesuai mungkin berbunyi begini,"Panda diutamakan,rakyat diperbodohkan"...
Ini antara salah satu pembaziran wang rakyat yang dilakukan pentadbiran Hajjah Najib Altantuya...Masih banyak lagi pembaziran lain yang boleh kita pertikaikan selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.lebih lebih lagi dekat dengan PRU ke 13 ini..Makin menjadi jadilah pembaziran yang dilakukan demi memastikan kesinambungan jangka hayat politik beliau.
Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab,apakah kita hendak melihat begitu sahaja wang negara dibazirkan? Atau kita hendak bertindak membanteras pembaziran ini? Bagaimana kita rakyat biasa boleh menghalang Hajjah Najib Altantuya dari terus melakukan pembaziran ini?
Kita mampu melakukan sebenarnya walaupun kita hanyalah rakyat biasa.PRU ke 13 adalah medan untuk kita menghentikan pembaziran yang dilakukan oleh Hajjah Najib Altantuya selama ini.Kita berikan undi kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus mengulingkan UMNO/BN yang telah gagal menguruskan harta negara dengan amanah.KITA MAMPU MELAKUKANNYA!!!

FATWA BARU 'MENGHALALKAN' ROSMAH TIDAK BERTUDUNG

Jebat Berani : Lor tak tahu plak aku yang tak bertudung nie bukan satu kesalahan di sisi agama Islam...Mazhad mana la gamaknya die pakai? Apa plak rasanya ulasan ulasan dari ustaz dan ustazah 'bertauliah' UMNO? Islam itu memang MUDAH...Tapi bukan untuk DIPERMUDAHKAN!!!...Nie kalau aku kata kena mengucap balik rasanya tak keterlaluan kot..Tahniah la Najib Tun Razzak...Anda telah berjaya membawa Islam versi anda ke dalam kepala otak si Aie Zahari ini.

PENEROKA DIPERDAYA KERAJAAN 1MALAYSIA :FGVH TETAP BUKAN MILIK PENEROKA WALAUPUN MEMILIKI SAHAM


Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 28 Mei: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kerajaan BN berbohong apabila mendakwa FGVH akan menjadi milik peneroka jika mereka membeli saham yang diperuntukkan.
Berucap di Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal 2012 di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, Rafizi berkata, hak membuat keputusan sebaliknya terletak di tangan ahli lembaga pengarah kerana jumlah saham yang diperuntukkan kepada peneroka hanyalah 2.5 peratus sahaja.
“Bayangkan, peneroka hanya memiliki 2.5 peratus saham daripada tanah seluas 840,000 ekar yang dicagar untuk penyenaraian.
“Malah akan berkurang apabila peneroka terpaksa menjual saham mereka untuk membayar pinjaman bank. Lama-kelamaan tiada apa lagi yang tinggal,” jelasnya.
Baki saham, katanya lagi, diperuntukkan kepada bank, KWSP dan institusi kerajaan sebanyak 40 peratus, syarikat asing sekitar 20 peratus dan penjualan melalui ‘pink form’ (17 peratus).
“Yang paling menyedihkan ialah 17 peratus ini akan diberi kepada keluarga dan kroni Umno BN, dan mereka akan makan untung ‘atas angin’ sahaja,” katanya kepada kira-kira 400 hadirin di konvensyen bertema ‘Bersama Memacu Perubahan’.
Beliau menegaskan, kerajaan sepatutnya membahagikan semua RM5.6 bilion hasil dana yang diterima selepas penyenaraian.
“Kerajaan hanya gunakan kira-kira RM1.6 billion untuk agihkan RM15,000 kepada setiap keluarga.
“Itu yang diumum sebagai ‘durian runtuh’. Tetapi, (baki) RM4 bilion tidak disebut. Ke mana perginya wang ini?” soalnya lagi.

Jebat Berani : Sedih...masih ada anak anak peneroka yang berpelajaran tinggi tetapi masih mudah diperdayakan oleh puak puak UMNO/BN yang hanya tahu mengaut keuntungan dari penat lelah golongan peneroka.Samaada perkara ini hanya momokkan pembangkang atau tidak,dalam masa setahun setelah penyenaraian ini,peneroka akan dapat melihat sendiri kebenaran yang diperjuangkan oleh pembangkang dan lain2 NGO dalam perhimpunan OREN sebelum ini.Tetapi setelah itu,ianya sudah terlambat untuk kita perbetulkan kesilapan ini.So anak anak dan warga felda.."lu pikirlah sendiri"

LEBIH 4000 EKAR TANAH RAKYAT SELANGOR TERGADAI ANGKARA UMNO & MCA


Oleh Mohd Martin Kahar)
PETALING JAYA 13 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor atas penyelewengan yang dilakukan bersama Umno hingga menyebabkan 4,259 ekar tanah di negeri itu tergadai.
Kata Rafizi, Umno dan MCA memindahkan tanah tersebut kepada Talam Corporation (Talam) dan kemudian mencagarnya ke bank.
“Hutang tertunggak Talam kepada bank mencecah RM286 juta. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh MCA ini terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas tanah-tanah dan harta milik Talam termasuklah tanah yang digadai kepada bank.
“Jumlah aset yang dirampas dari Talam mencecah RM684 juta. Daripada jumlah ini, RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang bank dan pemiutang lain bagi membebaskan tanah tersebut dari gadaian.
“Hasil bersih RM392 juta bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Minggu lalu, Ketua Biro Profesional Muda MCA Pusat, Datuk Chua Tee Yong menuduh Talam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion.
Beliau juga menuduh Talam menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada Kerajaan Selangor pada harga RM181 juta.
Tee Yong mempertikaikan tindakan Talam itu kerana mereka berjaya menjual tanah tersebut dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.
Dalam pada itu, Rafizi mengecam tindakan Tee Yong yang memutar belit fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor.
Rafizi berkata, Tee Yong dan pemimpin MCA sepatutnya memohon maaf kepada rakyat Selangor bukan memutarbelitkan fakta.
“Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pemimpin MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat,” katanya.

Jebat Berani : Umno kata mereka pembela orang melayu...Namun hakikat sebenar mereka adalah 'pembela pembela kroni kroni' mereka sahaja.Umno hanya bermain wayang dengan orang orang melayu demi memastikan kelangsungan hayat politik mereka.
Perkara ini bukan baru sebaliknya telah berlaku sekian lama.Satu demi satu tanah rakyat 'diniagakan' demi keuntungan pribadi dan kroni kroni mereka sedangkan rakyat semakin hari semakinn sengsara dan umpama menumpang di negara sendiri.
Sampai bilakah kerakusan UMNO/BN ini hendak kita biarkan.Adakah sampai negara tergadai? Kita perlu bertindak segera sebelum terlambat.Penyelewengan UMNO/BN mesti dihentikan segera sebelum terlambat.PRU ke 13 harus menjadi medan untuk kita mengajar UMNO/BN apa itu kuasa rakyat.


HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA - BIKIN UMNO/BN JADI CACING KEPANASAN

 


KUALA SELANGOR: Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.

Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang ‘sakit’.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.

“Saya dimasukkan ke dalam ISA dulu, kemudian baru polis siasat. Kemudian hasil siasatan menunjukkan bahawa saya tidak pernah pun pergi ke masjid tersebut dan tidak pernah bangkitka isu azan dan (Timbalan Pengarang Utusan Malaysia) Zaini Hassan memutarbelitkan cerita ini di Utusan,” katanya.

Menurutnya, fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang, termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

“Ini semua tidak benar sama sekali. Kita telah jelaskan sejak dahulu lagi bahawa orang Melayu merupakan majoriti di negeri ini dan kita akan terus menyokong kepimpinan yang berintegriti dan bersih,” tambah beliau.

“Lawan gergasi yang lama berkuasa”


(Ribuan manusia di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor)

Turut memberi ucapan pada malam gilang-gemilang tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menyatakann bahawa dakwaan UMNO yang mengatakan Pulau Pinang kini diambil oleh ‘Cina’ adalah melucukan.

“Dulu Koh Tsu Koon tu Melayu kah?” ujar beliau disambut tepukan dan sorakan hadirin.

“Kalau Melayu pun, apa yang kita mahukan ialah kepimpinan yang bersih dan berintegriti. Kalau kepimpinan Melayu pun rosak, tidak ada gunanya.”

Mengakhiri ucapan beliau, Wan Azizah menyeru agar seluruh pejuang Pakatan Rakyat yang mendokong kebenaran dan keadilan agar terus istiqamah.

“Kita bukan lawan mereka yang lemah, tetapi kita melawan gergasi yang lama berkuasa.”

DAP gadai tanah rizab Melayu?

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula meminta agar seluruh rakyat Malaysia menolak UMNO dalam pilihan raya akan datang kerana mereka telah banyak menggadaikan kepentingan rakyat dan negara.

“Siapakah yang telah menggadaikan dari 3 juta hektar tanah Melayu kepada hanya 1.7 juta hektar yang tinggal sekarang? Adakah DAP? Siapakah yang telah menghilangkan Bank Bumiputera, adakah DAP?”

Menurut beliau, kini pendedahan penyelewengan bukan sahaja dibuat oleh pimpinan oposisi seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, malah ia didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri.

“Dulu bila Lim Kit Siang dedahkan skandal Bank Bumiputera, mereka (UMNO) mengenakan dakwaan perkauman terhadap beliau seolah-olah ingin menjatuhkan kepentingan orang Melayu.

“Tapi kini, bila pegawai-pegawai audit yang terdiri dari orang Melayu sendiri yang mendedahkan penyelewengan kerajaan, mereka nak kata apa?” jelas beliau.

Jebat Berani : Himpunan Hijau ke Putrajaya bukan sahaja menghimpunkan ahli ahli PAS lama tetapi turut disertai oleh ahli ahli PAS yang baru.Dari ahli dikalangan rakyat biasa hinggalah ke yang berpengaruh dan juga selebriti.

Situasi ini pastinya mendatangkan rasa gerum kepada parti UMNO pimpinan Hajjah NAJIBah...Situasi ini juga memeningkan kepala Hajjah NAJIBah dalam menentukan tarikh untuk diadakan PRU ke 13.

Semakin hari PAS semakin mendapat sokongan.Dari artis,ahli sukan,bekas kakitangan kerajaan,bekas anggota polis dan pelbagai lagi.Sokongan ini membuktikan bahawa dasar PAS semakin diterima oleh rakyat dan rakyat semakin bosan dengan penyelewengan UMNO/BN.

Percayalah,PRU ke 13 bakal memberikan kejutan kepada UMNO/BN.Demi merealisasikan matlamat ini,ayuh kita semua bergandingan untuk sama sama menyumbang dalam segala aspek bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 nanti.BUKAN JANJI TAPI PASTI!!

PELAKON & PENGARAH MUDA ADAM HAMID SERTAI PAS TOLAK UMNO



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.

Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.

Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.

Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.

Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.

Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.

Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS.

Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan.

Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11689-pelakon-adam-hamid-pula-sertai-pas

Jebat Berani : Lepas satu satu artis sertai PAS...Semakin hari UMNO/BN semakin tertekan dengan fenomena ini..Mengapa golongan artis ini menyertai rasanya semua dah ada jawapannya...Mereka mahukan perubahan dan mereka yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu memberikan perubahan yang mereka harapkan...

Mungkin ada suara suara sumbang yang mempertikaikan penyertaan artis ini ke dalam PAS..Namun kita sendiri dapat melihat akan perbezaan antara artis artis yang menyertai PAS dan artis artis yang menyertai UMNO/BN..Perbezaan yang sangat nyata baik dari segi duniawi mahupun dari segi akhirat..

Penyertaan Adam Hamid ke dalam PAS ini bukanlah yang terakhir..Percayalah dalam masa terdekat ini akan ada lagi artis artis yang menisytiharkan menyertai parti PAS mahupun lain lain parti dalam Pakata Rakyat.Fenomena ini menunjukkan keyakinan golongan seni tanahair bahawa bakat seni mereka tidak akan 'terkubur' jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

HANG MINTAK HANG MENDAPATLAH : WANITA UMNO KENA CERAI ATAU MINTAK CERAI

PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.

Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.

Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.

“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.

“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.

Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.

“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.

“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.

Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.

Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.

Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.
Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.

“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.

Jebat Berani : Hang dah mintak,orang kasi hang heboh -heboh pusing cerita pulak.Dah la mintak cerai tue salah,ditambah dengan ko hina ulama,sokong pulak umno yang menentang hukum Allah..ermm jawab la sendiri....BERANI BUAT BERANI LE TANGGUNG

Saturday, July 14, 2012

1000 JAYAKAN PERHIMPUNAN OREN (berita versi Dato ahmad Maslan)

Macam nie punya ramai takkan seribu jerk Dato Ahmad Maslan woiii




KUALA LUMPUR: Enam orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.

(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.

(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)

Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.

Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.




Jebat Berani : Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang telah dirancang oleh jawatankuasa perhimpunan OREN berjalan sebagaimana yang dirancang...Terima kasih juga kepada pihak polis kerana membenarkan perhimpunan rakyat ini dan juga kerana TIDAK MELAKUKAN PROVOKASI sebagaimana kebiasaannya...

Pada anggaran aku kehadiran sekitar 20 ribu ke 30 ribu orang (pihak media pro UMNO/BN menganggarkan kehadiran antara 1 ribu ke 7 ribu orang sahaja) mengambarkan kesepakatan rakyat untuk bersama-sama menuntut agar HAK RAKYAT dikembalikan kepada rakyat.Tak kira samaada anak FELDA ataupun bukan sama sama hadir menyokong tindakan pihak Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Selain daripada berjaya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,perhimpunan kali ini berjaya membuka mata banyak pihak dan membuktikan bahawa sebarang perhimpunan rakyat tidak akan berlaku kekecohan melainkan berlakunya provokasi oleh pihak polis dan juga pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.Perhimpunan kali ini berlangsung dengan suasana yang sangat aman dan terkawal.

Cuma ada sesuatu yang mengelikan hati aku berhubung dengan perhimpunan ini.Dakwaan Dato Ahmad Maslan yang mengatakan di twitternya bahawa kehadiran peserta perhimpunan OREN ini hanya 1000 orang benar benar memperlihatkan 'kebutaan' dan 'kebingaian' beliau.Samaada beliau beroleh info yang salah dari infomer infomernya atau beliau memang tak tahu mengira.

Apa pon gambar gambar berikut boleh menjawab atau setidak tidaknya memberikan gambaran apakah dakwaan Ahmad Maslan ini benar atau sebaliknya..





Friday, July 13, 2012

UMNO/BN NAK TERGOLEK TERPAKSA MEMOHON BANTUAN "KALDAI PENCEN"

Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.
Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/07/bekas-wakil-rakyat-bersungut.html

Jebat Berani : Nampaknya UMNO/BN semakin hari semakin terdesak...Mereka kini terpaksa mengguna pakai apa cara sekalipun untuk memastikan kemenangan mereka dalam PRU akan datang termasuklah memanggil kembali 'kuda'kuda pencen' mereka.

Tapi nampaknya 'kuda-kuda pencen' ini tidak sudi untuk kembali memberikan khimat untuk memenangkan UMNO/BN dalam PRU akan datang...'Kuda kuda pencen' ini sudah mengenali akan 'hati budi' UMNO/BN...Bak kata perpatah..Habis madu sepah dibuang...

Lihat sahajalah bagaimana mereka cuba 'mengula  gulakan' rakyat dengan pelbagai bantuan menjelang PRU walhal 4 tahun sebelum itu mereka mengabaikan keperluan rakyat.Malah lebih dasyat rakyat ditekan dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian yang akhirnya membebankan rakyat.

Kini menjelang PRU 13 UMNO/BN cuba menjadi 'hero' rakyat dengan mengagihkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan memukul canang bahawa mereka adalah parti yang prihatin kepada rakyat dan tidak hanya menabur janji kosong...

Puiii hang nak kelentong sapa...Skali skala mungkin la rakyat termakan kata-kata dan janji manis kalian...Tetapi setelah lebih 50 tahun jangan ingat rakyat masih boleh diperdaya dan diperbodohkan...Tunggu la nasib PRU 13 nanti...