WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, July 9, 2012

LOYA YANG MELOYAKAN-DAP TANDING 90 KERUSI?



Jebat Berani: Puiii...memang akhbar Utusan Meloyakan la...Kalau tak buat fitnah memang tak sah...Apa ko ingat DAP pelahap sangat sampai nak 90 kerusi parlimen..Habis PAS dan Keadilan macam mana?...Adoi kalau nak buat fitnah pon biarlah logik dek akal...

Dah kehabisan modal sangat kot Utusan Meloya nie nak buat orang melayu benci pada Pakatan Rakyat...Ingat rakyat nie bodoh sangat barangkali...Tak boleh nak membezakan kebenaran atau sebaliknya...Nie zaman IT la weiii..Utusan Meloya ni aku buat bungkus najis kucing kat umah jerk...Orang dah tak baca akhbar berat sebelah macam nie...haiiiikkkk puiiii

Saturday, July 7, 2012

PAK JAMIL OH PAK JAMIL...ARAK JADI PRODUK BULAN RAMADHAN??

Kebiadapan ini samaada disegajakan atau tidak patut dihukum sebagai pengajaran
MALAYSIA BOLEH!!!...ARAK PON BOLEH!!!...APA APA PON BOLEH!!!..HALAL KE HARAM KE SEMUA BOLEH!!!..Mungkinkah ini maksud disebalik laungan 'MALAYSIA BOLEH'...

Seolah olah kata kata ini membolehkan kerajaan dan sesiapa sahaja mengatakan 'HALAL' pada perkara perkara yang telah Allah s.w.t 'HARAMKAN'...Jika tidak pastinya perkara seumpama ini tidak akan berlaku...


Atau mungkinkah ini yang dinamakan konsep 1Malaysia??!!..Yang mana bukan sahaja 1 negara 1 bangsa tapi apakah mereka juga maksudkan 1 agama??!!..Bolehkah kita orang Islam menerima akan konsep satu agama??!!..




Jika tidak mengapa perkara yang HARAM BAGI ORANG ISLAM(orang Islam ye bukan orang melayu terutamanya melayu UMNO) boleh diiklankan sebagai promosi menyambut bulan mulia umat Islam iaitu bulan Ramadhan??!!...Apakah pihak yang bertanggungjawab melakukannya tidak memikirkan perasaan penganut agama Islam??!!..Apakah dalam satu syarikat yang begitu besar tidak ada seorang pun yang beragama Islam dan boleh menegur akan perkara ini??!!

Alahai 'tuan' Jamil...takkan membisu jer
Dan kemana perginya 'hamba Allah' ini??!!..Tidakkah beliau berasa bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap pihak yang menghina bulan ramadhan ini??!!..



Bukankah beliau mempunyai 'kuasa' dalam perkara ini??!!..Atau adakah mulutnya telah 'terkunci' dan matanya telah 'ditutupi'??!!..Apakah erti jawatan yang disandangnya selama ini??!!...ADAKAH BONEKA SEMATA MATA??...



Ingatlah,sesungguhnya amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita akan disoal kelak di akhirat samaada kita melaksanakannya sebagaimana yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita...




Sadis sungguh bila pak haji pi rasmi air kencing iblis ini
Atau mungkinkah ini jawapan yang tepat mengapa pihak perkara seumpama ini boleh berlaku..Kalau seorang pemimpin tertinggi negara yang mengaku beragama Islam dan bergelar 'haji' tanpa rasa segan silu dan bersalah boleh merasmikan pembukaan syarikat 'air kencing syaitan' ini, jadi mungkin ianya dirasakan tidak salah untuk pihak pasaraya ini turut mempromosikan arak dalam pakej jualan ramadhan.

Dan adakah perasmian kilang ini oleh mantan Perdana Menteri kita juga dikatakan 'tidak disengajakan' sebagaimana alasan pasaraya yang terbabit ini dalam permohonan maafnya setelah perkara ini disebarkan.


(permohonan maaf The Store)

The Store Corporation Berhad

PEMBERITAHUAN

Pelanggan Muslim Yang Kami Hargai

Pihak Pengurusan The Store memohon maaf atas keterlanjuran mempamerkan minuman


'Carlsberg Can' pada notis dan risalah promosi PRE-RAMADHAN SALE baru-baru ini.

Kami sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Kesilapan


ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal & kecuaian pengurusan dan ianya amatlah

 dikesali.


Kami, Pihak The Store mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kesetiaan anda

  selama ini.

Daripada

Pihak Pengurusan The Store

Cawangan Sri Petaling



"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa

sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala

 dan mengundi nasib dengan batang-batang anak

panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari

perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu

menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-

Maa’idah : ayat 90)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :
1.Pembuatnya,
2.pengedarnya,
3.peminumnya,
4.pembawanya,
5.pengirimnya,
6.penuangnya,
7.penjualnya,
8.pemakan wang hasilnya,
9.pembayarnya,
10.pemesannya.”
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
 
 

HANG KATA HANG TERER..AWAT TAK BERANI BANGUN??!!



Jebat Berani : Awat weii hang tak berani nak bangun...Takkan berani melalak macam budak kecik nak susu jerk...Dah bagi peluang bangun hang bangun la..HANG KATA HANG TERER

Friday, July 6, 2012

JAKIM MALUKAN Mr 'FIRST LADY MALAYSIA'


Zulaikha Zulkifli :-6:18AM Jul 6 2012 - Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah.


Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu.


''Ada... adalah itu (proses perbincangan). Saya tak boleh beri apa-apa kenyataan sebab ia berkaitan dengan jabatan. Tengok sahajalah nanti.

"Ada aduan, sekarang Jakim dalam proses tindakan. Tunggu sahajalah dua tiga hari nanti," kata Aizam kepada Malaysiakini semalam ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan ke arah itu.

Mohd Aizam berkata, perkara itu dipertimbangkan setelah menerima aduan terhadapnya

Malaysiakini difahamkan, Ura-ura pengharaman itu mula diperkatakan sejak 6 Jun lalu dalam wacana isu-isu akidah anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Shah Alam apabila terdapat pegawai Jakim dikatakan tampil menyeru orang ramai membuat laporan polis.

Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran penerbitan karya-karyanya.

Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu di Kuala Berang diharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari lalu.

Sebongkah Batu di Kuala Berang dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan. Ia antaranya membentangkan teori lain kemasukan Islam di Asia Tenggara.

Penulis yakin 'jangka hayat' tinggi

Penerima Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Sementara itu, Faisal (bawah) dalam reaksinya kepada Malaysiakini berkata, beliau yakin novelnya kali ini akan mempunyai "jangka hayat yang tinggi" memandangkan perdana menteri baru sahaja menjamin kebebasan berkarya kepada penulis.

"Perdana menteri malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddin el Afghani sebagai tanda aras. Novel Perempuan Nan Bercinta turut dilancarkan oleh beliau kemudiannya," kata Faisal merujuk kepada pelancaran novelnya bersama 29 lagi karya judul asli penulis di Putrajaya pada 3 Julai.

Buat masa ini, beliau akan terus menulis dan meneruskan kajian serta kerja akademiknya seperti biasa, kata pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Perempuan Nan Bercinta mula beredar dalam pasaran minggu ini dan dijual dengan harga RM35 senaskhah. Buku setebal 410 halaman itu mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.

Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.

Dalam novel ini, watak Dr Ali Taqi kemudiannya menjadi sasaran dan buruan pihak berkuasa agama.

Faisal dijangka menyentuh ura-ura pengharaman itu dalam sidang medianya di Shah Alam petang ini sempena penyertaannya dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan - satu-satunya persatuan untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Melayu - pimpinan penulis Uthaya Sankar SB.

Jebat Berani : Waduh waduh..gamat gini dong...hahaha..Nie dah kira JAKIM 'menghina' Mr 'First Lady Malaysia' Najib Tun Razzak...Seolah olah Najib Tun Razzak nie jahil sangat sampai takleh nak nilai akan kewajaran buku ini diterbitkan.(tapi memang jahil pon).Seolah olah menteri-menteri yang dilantik oleh Najib Tun Razzak takde sorang pon yang mampu menasihatkannya sebelum melancarkan buku ini...Ini secara tidak langsung menunjukkan seolah olah menteri2 yang dilantik beliau TAK BOLEH PAKAI PUNYA OLANG...Kasihan Mr 'First Lady Malaysia'...wakakaka

BILA OTAI UMNO MELANGKAH MENINGGALKAN UMNO

JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran. Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.

  “Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah,” katanya.

Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang. Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.

JEBAT BERANI : Satu satu bekas ahli UMNO meninggalkan perjuangan UMNO...Bukan calang2 orang pulak tue..Kenapa dan mengapa rasanya semua dah boleh agak..Kalau nak kata kerna wang ringgit Jebat berani jamin la 100% bukan sebab ini.Pasal dalam PAS nie jangan kata nak harapkan wang ringgit sebagai imbuhan,wang ringgit dalam kocek seluar pon belum tentu 'selamat' pasal dah jadi tabiat orang PAS nie dididik untuk infak dalam perjuangan(bukan macam orang UMNO,dengan kerajaan Kelantan buat lebuhraya hasil infak/derma rakyat Kelantan terus jadi pelik)..


Jadi kepada yang masih bersama UMNO renung2kanlah...Untuk apa terus bersama UMNO..Nak perjuangkan kaum melayu? Maaf cakap la juah panggang dari api...Nak perjuangkan agama? Mengadaikan agama mungkin la kot...Nak bela nasib anak bangsa? Bela kroni kroni boleh la diharap..So untuk apa terus bersama UMNO?Berubahlah sebelum terlambat..Berubahlah sebelum negara tergadai..Berubahlah sebelum Islam hanya tinggal nama!!!!....

Friday, August 26, 2011

SPR tak BERSIH nak kena BERSIH!!!

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini.

Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN.
Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza.



Nama-nama tersebut seperti berikut:

1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.

2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

Selain itu, ada di antara mereka termasuk nama Jumaayah Binti Alus hanya ada dalam senarai SPR dan tiada dalam rekod JPN.

Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834.

"SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didesak membersihkan Daftar pemilih terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada pihak lain."

Apa yang jelas SPR hanya cuba melepaskan diri dengan menyalahkan JPN ,dari siri pendedahan yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia," ujar Adram.
Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN.

Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut:
1. 790924145621
2. 750612105026
3. 620826086291
4. 850709146543
5. 850706145967
6. 651105105087

Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut.

"Saya tidak tahu berapa lama data ini boleh bertahan sebelum ditukar statusnya. Tidak salah jika rakyat membuat pelbagai tafsiran dengan keadaan seperti ini," katanya

Sumber : Harakah

Jebat_Berani : Macam manalah rakyat tak buat perhimpunan BERSIH...Dah SPR tak cukup BERSIH..Maka nak la diBERSIHkan...Baru ler BERSIH....huhuhu

AIR MANI DALAM DUBUR SAIFUL BIKIN PAKAR DNA AUSTRALIA BINGUNG!!!

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald. Dr Brian Mcdonald menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (Gambar) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.

Sumber : Malaysiakini

Jebat_Berani : Apakah mahkamah akan menerima keterangan Dr Brian ini atau terus 'berusaha' untuk menafikan keterangan ini dan meneruskan perbicaraan...sebetulnya mahkamah sepertinya sudah tiadak kes untuk membicarakan kes liwat ini memandangkan terlalu banyak percanggahan fakta dan kecelaruan bukti2 yang disediakan....Aku pun jadi pelik kenapa kes ini masih dibicarakan sedangkan ianya terbukti tidak relevan lagi...ermmm

Wednesday, August 24, 2011

SPERMA DARI BONTOT SAIFUL TAK CUKUP 'KUAT'


KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Pakar forensik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata spesimen sperma diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku.

Dr David Wells mendakwa sampel-sampel DNA yang diperoleh tidak mungkin sesuatu yang “bermakna” dan adalah penting ia telah dihantar untuk tujuan analisis dengan segera.

“Selepas satu tempoh yang lama, sampel tidak berada dalam keadaan baik,” kata beliau di mahkamah hari ini.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa spesimen DNA Saiful diperoleh 56 jam selepas perbuatan seks iaitu ketika dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan perubatan pada 28 Jun 2008 dan kemudian membuat laporan polis.

Mahkamah juga pernah diberitahu bahawa spesimen DNA disimpan 43 jam lagi dalam kabinet oleh pegawai penyiasat Supt Jude Pereira sebelum ia dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk dianalisis.

Dr Wells menekankan dalam borang perubatan Saiful mengatakan terdapat darah dalam dubur, namun keputusan pemeriksaan mendapati sebaliknya.

Beliau juga berkata borang itu tidak diisi dengan lengkap.

“Ia mesti diisi untuk menunjukkan semua pemeriksaan. Saya keliru dengan bahagian penting yang hilang,” kata Dr Wells.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau boleh dijatuhkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tetapi hukuman sebat tidak akan dijalankan kerana faktor umur.

Sumber : TMI

Jebat_Berani : PELIK TAPI BENAR...Mungkin inilah kata-kata yang sesuai bagi mengambarkan pengadilan kes liwat dato Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari....Walaupun terdapat pelbagai kepincangan terhadap bukti-bukti yang dikemukakan pihak pendakwa tetapi mahkamah tetap terus bersidang dalam usaha mereka mensabitkan kesalahan liwat ini terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim...

Umumnya kita semua boleh berfikir dan menilai sendiri...Sudah penat rasanya aku menjelaskan mengapa kes ini sangat-sangat sukar diterima...Seorang anak muda yang mempunyai tali pinggang 'black belt' dalam taekwando dengan mudah menyerahkan 'keterunaan'nya....Saiful hanya menolak sekali sahaja bila di minta untuk di 'fuck' dan apabila disuruh mandi dan menanggalkan pakaian beliau menurut sahaja seperti manusia yang dipukau (walhal beliau tidak dipukau).

Secara logiknya bagaimana seorang lelaki 'tua' dan mempunyai latar belakang kesihatan yang tidak baik boleh menundukkan seorang anak muda yang tegak dan memiliki tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri taekwando...PELIK bukan?!...Tapi perkara yang PELIK ini telah cuba diBENARkan oleh pihak UM-no/BE-end dengan 'kerjasama' pihak mahkamah...Bunyinya mungkin agak 'kasar' tapi inilah kebenarannya....

Mereka semua ini akan hanya berhenti mengfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sudah tiada di muka bumi ini...Selagi Dato Seri Anwar Ibrahim masih hidup dan masih berjuang menegakkan keadilan, selagi itu mereka tak akan berhenti mengfitnah beliau....Namun kuasa Allah S.W.T akan menghapuskan puak-puak ini dari terus menabur fitnah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim..INSYAALLAH...

Tuesday, August 23, 2011

TAZKIRAH RAMADHAN OLEH TOK GURU NIK AZIZ



Jebat_Berani : Saya-sama kita dengar dan jadikan iktibar.....

Sunday, August 21, 2011

BILA DATO A. SAMAD SAID MENOLAK MEDIA ARUS PERDANA


KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi “menentukan sikap” sendiri.

“Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster,” katanya. “Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah.”


Berucap ketika merasmikan kempen “Jom Baca Media Alternatif” baru-baru ini, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana. “Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu,” katanya.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai “perubahan rejim”.

“Sudah tiba masanya menukar rejim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu,” katanya.

“Sudah 54 tahun negara ini diperintah golongan bangsawan. Saya tertanyatanya, bilakah pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?”

Sumber : Detikdaily

Jebat_Berani : Bila para ilmuan menolak media ARUS PERDANA ianya pasti BERSEBAB dan mempunyai alasan yang KUKUH....Mereka berbuat sedemikian bukan kerana BERKEPENTINGAN tetapi atas dasar kesedaran bahawa media ARUS PERDANA hari ini sudah TIDAK RELEVAN dan menyimpang dari FAKTA dan KEBENARAN....Media ARUS PERDANA hari ini sudah menjadi KUDA TUNGGANGAN kepada parti memerintah sehinggakan mereka sanggup mengadai ETIKA KEWARTAWANAN mereka....

Justeru itu samaada kita ingin terus mengambil info dan maklumat dari media ARUS PERDANA ini atau tidak terpulang kepada kita selagi mana mampu MEMBEZAKAN akan kebenaran dan penipuan.