WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, January 2, 2011

2011 KEBANGKITAN RAKYAT MENGAUM MEMBAHAM 1MALAYSIA



KUALA LUMPUR, 1 Jan: Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin percaya bahawa rakyat semakin bijak.

Katanya, PKR dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik.

“Ayuh kita nobatkan 2011 sebagai Tahun Pemulihan Malaysia!” ujarnya dalam perutusan Tahun Baru 2011.

Berikut adalah perutusan beliau.

2010 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai perkembangan yang bercampur baur dan menarik perhatian rakyat. Pastinya, impak yang pelbagai juga akan mengesani rakyat Malaysia, khususnya generasi muda.

Di sebalik perencanaan agenda transformasi yang bermacam-macam jenis oleh Umno-BN, rakyat seolah-olah tidak merasai kesannya baik secara langsung ataupun tidak langsung. Yang pasti, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kemungkinan kenaikan harga tarif air dan elektrik nyata sekali akan terus menghimpit kehidupan rakyat yang terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi dari hari ke hari.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) meyakini sepenuhnya bahawa cabaran tahun 2011 bukan sesuatu yang mudah bagi generasi muda Malaysia. Ternyata, melalui propaganda Umno-BN, rakyat seolah-olah sedang dihipnotis agar melupakan bala yang dilakukan oleh Umno-BN. Dalam masa yang sama, tawaran KEADILAN dan Pakatan Rakyat (PR) diperkecil dan dihenyak sepanjang masa oleh media.

KEADILAN dan PR konsisten di dalam menawarkan penyelesaian kepada kemelut politik dan ekonomi yang membelenggu rakyat Malaysia. Segalanya dihalusi dengan kajian dan penyelidikan yang terperinci dengan mengambil kira pembaziran yang dilakukan oleh Umno-BN.

Memperlihatkan kepada keampuhan KEADILAN dan PR, Umno-BN tergamak untuk membelakangi prosedur untuk melakukan pelbagai tekanan ke atas KEADILAN, antaranya ialah mengharamkan permit Suara Keadilan dan juga menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen PR: YB Karpal Singh, YB Azmin Ali dan YB Sivarasa Rasiah daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan.

Serangan ke atas KEADILAN khususnya pasca pemilihan juga bertubi-tubi dilakukan Umno, kononnya KEADILAN berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pemilihan 2010 yang menyaksikan sejarah tercipta dengan sistem 1 Anggota 1 Undi. Meskipun masalah kecil yang diperbesar media, KEADILAN berjaya memperkemas barisan kepimpinannya dengan pengenalan muka-muka baru khususnya suara-suara muda di dalam kepimpinan KEADILAN untuk terus kekal relevan dalam arus politik semasa.

Hakikatnya Umno buntu mencari butir jawapan kepada serangan KEADILAN dan PR. Isu penyelewengan dalam tadbirurus Felda, kenaikan harga minyak dan barangan, ketirisan dalam pelbagai perolehan kerajaan seperti yang dilapor oleh Laporan Ketua Audit Negara, semuanya gagal dijawab dengan fakta melaluikan 'auta' berpanjangan melalui media arus perdana kepunyaan Umno-BN.

Yang terus berlaku ialah rakyat ditindas secara senyap, keupayaan Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dinafi dan dicabul di bawah semangat Federalisme.

Dalam keadaan 2011 bakal menyaksikan Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan dalam suku tahun kedua, rakyat seharusnya membulatkan tekad. 53 tahun Umno memerintah Malaysia, kita kekal berada di takuk lama. Menyandarkan kejayaan hanya pada menara pencakar langit dan pembangunan fizikal sama sekali tidak tepat untuk mengatakan bahawa rakyat telah berada pada tahap kehidupan yang terbaik. Isu keselamatan, kenaikan kos sara hidup, pencabulan hak asasi dan sebagainya kekal membungkam rakyat.

AMK percaya bahawa rakyat semakin bijak. KEADILAN dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik.

Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Sumber : Harakah daily
JEBAT_BERANI : SUDAH SAMPAINYA RAKYAT BERSEDIA DAN BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN....JIKA PASUKAN HARIMAU MALAYA SUDAH BANGKIT DARI LENA MAKA RAKYAT MALAYSIA JUGA HARUS BANGKIT DARI LENA YANG PANJANG SELAMA INI....KEZALIMAN BE-END HARUS DIHENTIKAN..JADIKAN TAHUN 2011 INI MEDAN TERBAIK UNTUK MEMBERI PENGAJARAN KEPADA BE-END....SUDAH CUKUP MEREKA MEMPERALATKAN RAKYAT SELAMA INI....KINI TIBA MASANYA MEREKA DIBERIKAN PENGAJARAN DIATAS KEZALIMAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN KEPADA RAKYAT...AYUH RAKYATKU KITA MENGAUM MEMBAHAM UM-NO/BE-END....
Ayuh kita nobatkan 2011 sebagai Tahun Pemulihan Malaysia!

BUKAN ISLAM IKRAR MENANGKAN PAS DI DUN TENANG


Bukan Islam yakin dengan PAS

Penolong setiausaha Dapsy Kebangsaan, Tey Kok Siew pula berkata, orang Melayu Islam harus meninggalkan Umno BN yang ternyata tidak mampu membela nasib mereka.

"Saya tahu Islam itu satu sahaja. Tapi kalau orang tanya saya, saya boleh terima Islam cara PAS atau Islam cara Umno,saya akan jawab saya terima Islam cara PAS.

"Saya dan kawan-kawan saya orang Cina yang bukan Islam boleh terima PAS, saya nak tanya orang-orang Melayu Islam terutamanya di Tenang, kamu tunggu apa lagi? Nak tunggu Umno berubah? Bila Umno akan berubah? Tunggu kucing bertanduk dulu.

"MCA boleh berubah tak? Boleh...tunggu pisang berbuah dua kali. Jadi kita tidak boleh percaya lagi pembohong-pembohong besar ini.

"Kita nak tanya orang Umno,kalau betul Umno jaga Melayu,kenapa sampai sekarang semakin ramai orang Melayu yang miskin?"soalnya yang juga Adun Bandar Hilir Melaka.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan DHPP Johor, Subramaniam memberi jaminan bahawa mereka akan membantu PAS sedaya mungkin untuk menawan Tenang.

"Saya berjanji Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan rombongannya akan bertungkus lumus menggegarkan Tenang terutamanya kaum India.

Tambahnya, orang India sudah yakin bahawa hanya Islam yang dibawa PAS mampu memberikan kesejahteraan kepada negara.

"Saya seorang Hindu, dilahirkan sebagai seorang Hindu, hari ini pun saya masih Hindu, esok belum tahu...di hati saya, di dalam tanah yang bertuah ini, hanya Islam akan menjamin kesejahteraan semua.

"Sekarang masyarakat India tidak bimbang dengan parti PAS. Dulu mereka khuatir kerana mungkin mereka nampak PAS itu parti hanya untuk Islam dan mereka tidak faham kerana tidak terlibat dalam PAS.

"Tapi hari ini mereka faham hanya Islam sahaja boleh membanteras gejala sosial termasuk rasuah dan akan membawa Malaysia menyelamatkan maruah Malaysia," katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub,setiausaha DPPP, Ahmad Sabki Yusuf, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Pengerusi DHPP Johor,Nadarajan.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : HAHAHAHAHAHA....AGAK-AGAK APA LAGI ISU ATAU AGENDA UM-NO UNTUK MENAKUTKAN BUKAN ISLAM TERHADAP PAS...ISU PERJUANGAN ISLAM YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS NAMPAKNYA TELAH DITERIMA KEBANYAKKAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA..MEREKA LEBIH MENYAKINI KONSEP ISLAM ITU SENDIRI DARI KONSEP 1MALAYSIA YANG DIBAWA OLEH BE-END....SEMOGA DENGAN ADA SOKONGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM INI TERHADAP PAS DIHARAPKAN MATLAMAT MENUBUHKAN NEGARA ISLAM SEBENAR YANG MENDAULATKAN UNDANG UNDANG ISLAM AKAN MENJADI KENYATAAN..

PAKATAN RAKYAT 'TENANG' HADAPI UM-NO/BE-END DI DUN TENANG


LABIS, 2 Jan: Jentera Pemuda PAS diseru tidak gentar berhadapan dengan Umno BN di Dun Tenang meskipun dikatakan kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda seharusnya menanamkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS mampu menawan kerusi Tenang.

"Orang kata di sini kubu kuat Umno tapi saya nak bagitahu sifir pilihan raya,sekarang ini tiada lagi istilah kubu kuat bagi Umno BN.

"Di seluruh negara, kita pernah menawan kerusi-kerusi mereka dan di Dun Tenang ini pilihan raya kecil ke 14. Dari 13 pilihan raya kita telah menang dengan agregat 8-5.

“Dalam orang tak percaya kita boleh menang, kita mampu melakukannya.

"Ini bermaksud kita ada keupayaan untuk menang.Inilah yang harus kita yakin. Saya tak mahu pemuda-pemuda kita tak yakin dengan kekuatan yang kita miliki," katanya ketika berucap di majlis pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat dekat sini, semalam.

Justeru Nasrudin berkata, jentera pemuda harus bersiap sedia dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS.

"Saya harap jentera yang turun hari ini mampu menggunakan segala kekuatan untuk memenangi Dun Tenang ini," katanya disambut laungan takbir oleh kira-kira 500 pemuda yang hadir.

Sementara itu, ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, pemuda Pakatan akan membuat agihan tugas secara tepat dan tersusun dalam gerak kerja PRK kali ini.

"Rupa-rupanya di Tenang ini satu kebangkitan rakyat akan berlaku. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pekan Tenang jangan disangka tak akan mengamuk.

"Kita berhadapan realiti, iaitu kawasan Felda yang dikatakan kubu kuat Umno.

"Pemuda PAS, Dapsy dan AMK akan agih tugas dengan betul kali ini. Kalau kita tengok pengalaman di Sibu, semua orang kata kita susah nak menang. Tapi oleh kerana kita bekerja secara tersusun, kita mampu menawan Sibu," katanya.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : AYUH KITA 'TENANG'KAN RAKYAT DI DUN TENANG DARI PEMERINTAHAN 1MALAYSIA YANG MEMENINGKAN RAKYAT..AYUH KITA MENANGKAN PAKATAN RAKYAT DI DUN TENANG AGAR RAKYAT DI DUN TENANG DAPAT HIDUP 'TENANG' DAN SELESA.....

LUAHAN RAKYAT DI FACEBOOK P-END NAJID ALTANTUYA BUAT TATAPAN PENYOKONG BE-END!!!


Nazri Ahtar salam,

1. Tolong laa jangan buat perbandingan harga minyak dengan negara lain. kalau terpaksa bandingkan juga, bandingkan sekali Cost Of Living, Bandingkan sekali average GAJI yang diterima. compare 1 to 1, bukan compare selepas congak nilai RM.
2. Petrol ni bahan asas penting. naik petrol, naik la kos transport. naik kos transport, naik la kos barang mentah dikedai2, siapa juga yg tanggung ? consumer aka rakyat. itu belum dikira dengan naik tarif elektrik. Bila tarif elektrik naik, kos LRT, ERL, monorel akan naik juga (eventually), siapa yg tanggung ? Consumer aka rakyat.
3. Betul dan setuju naik utk kemajuan, tapi berbaloikah risiko diambil kalau nak dibandingkan dengan peratusan menyokong (dan juga peratus memangkah undi memihak kepada DS). saya pasti DS ada ramai cendiakawan yang memberi pandangan dan nasihat kepada DS ttg ini.
4. Alasan yang biasa diberikan utk sejukkan hati rakyat ialah 'kami akan pastikan harga barang lain tidak akan naik'. Sejauh mana janji ini ditepati ? Saya rasa DS boleh congak sendiri. Dari sudut pandangan mata saya yg serba sederhana, asalkan gaji kakitangan awam diumumkan naik (belum naik lagi), harga barang runcit sudah naik. Lihat sahaja harga gula sekarang. Sejauh mana kekuatan pegawai2 yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan harga barang tidak naik ? Wallahualam. Yg pasti saya sudah bosan mendengar alasan2 sebegini.
5. Kenapa tidak digunakan cara 'tunjuk IC@ kad pengenalan Malaysia sebelum beli minyak petrol utk dapatkan harga subsidi' ? Sekurang2nya dengan cara kampung tersebut, rakyat terbela. Duit subsidi mmg jatuh terus ke tangan rakyat, bukan kepada tangan pelancong mahupun PATI, jikalau ini yg satu ketika dahulu dijadikan alasan utk menaikkan harga petrol. Mana dia method yg dicanang2kan kononnya subsidi yg lebih effisen utk rakyat. mana ? mana ?
6. Kalau ini merupakan salah satu langkah untuk mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, sediakan penganggkutan awam yg effisen terlebih dahulu. DS tak perlu pening nak lobi rakyat utk guna pengangkutan awam. rakyat akan guna pengangkutan awam kalau sistem pengangkutan awam itu sendiri effisen. Kami bukan bodoh sehingga tidak tahu utk berjimat.
7. Tolong jangan mengiakan apa yg pembangkang perkatakan sekarang. bagi mereka, bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat mendahulukan.
Sekian sahaja pendapat 5 sen saya buat setakat ini.
pikir2kahlah.
* dari komen seorang sahabat di facebookb Najib Razak
JEBAT_BERANI : BAGI MANUSIA YANG PUNYA KEWARASAN FIKIRAN PASTINYA BOLEH MEMAHAMI APA YANG CUBA DISAMPAIKAN PENULIS SURAT INI..BELIAU BUKAN MERUNGUT KOSONG...RUNGUTAN BELIAU ITU SANGAT BERASAS...
MALAH HAMBA YAKIN RUNGUTAN SEBEGINI BUKAN SAHAJA DIDENGARI DIKALANGAN RAKYAT YANG MENYOKONG PEMBANGKANG..MALAH MEREKA YANG TEGAR MENYOKONG BE-END JUGA PASTI MERUNGUT DENGAN KENAIKAN HARGA PETROL INI WALAUPUN HANYA '5SEN'..
KITA SEMUA SEDAR AKAN KESAN KENAIKANN HARGA MINYAK INI WALAUPUN JUMLAH KENAIKAN HARGA INI DIANGGAP KECIL OLEH 'KEPIMPINAN 1MALAYSIA'....IANYA BUKAN SEKADAR MENPENGARUHI KENAIKAN KOS PENGANGKUTAN SEMATA-MATA..KENAIKAN HARGA PETROL SELALUNYA MEMBERI KESAN MENYELURUH KEPADA KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN....
KENAIKAN HARGA PETROL INI JELAS MENUNJUKKAN SIKAP KERAJAAN YANG TIDAK PEKA DENGAN BEBANAN YANG DITANGGUNG RAKYAT..MALAH IANYA JUGA MENYERLAHKAN SIKAP KERAJAAN 1MALAYSIA YANG TIDAK MENGUTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT..SLOGAN 'RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAN' NYATA HANYA 'OMONGAN' KOSONG...
APAKAH PENYOKONG-PENYOKONG BE-END MASIH LAGI MAHU MENYOKONG PIMPINAN 1MALAYSIA INI..APAKAH MEREKA MASIH MAHU MEMBIARKAN DIRI TERUS 'DIPERBODOHKAN' DAN 'DIPERALATKAN' OLEH PIMPINAN 1MALAYSIA???AYUH SEDARLAH DAN BANGKITLAH BANGSAKU...JANGAN SAMPAI KITA KEHILANGAN SEGALANYA....PERBETULKAN APA YANG PERLU SEBELUM TERLAMBAT.....

Saturday, January 1, 2011

ADAKAH ISLAM HADHARI MENGHALALKAN ZINA & ROGOL???!!!

Halalkan Rogol, UMNO Halalkan Zina? Oleh: Malaysialeaks

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.

Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.

Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.

Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.

Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'

Tanpa mempedulikan Skandal Seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.

Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi Skandal Seks pemimpin UMNO Sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.

Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.

Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa ‘Rogol’ bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.

Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.

Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.

Sumber -sabahkini.net

JEBAT_BERANI : ADA HAMBA HERAN???!!!..SIKIT PUN HAMBA TAK TERKEJUT ATAU HERAN DENGAN BERITA INI..MALAH HAMBA YAKIN PENDEDAHAN INI HANYALAH 1 DARI BERPULUH ATAU BERATAU ATAU MUNGKIN JUGA BERIBU KES YANG DISOROKKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT...TAPI SAMPAI BILA MEREKA MAMPU UNTUK MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN???!!!....KINI RAKYAT BOLEH MENILAI SENDIRI AKAN MORAL PIMPINAN UM-NO/BE-END...DULU RAHIM TAMBY CHIK SEKARANG RAIS YATIM..SELEPAS INI SIAPA LAGI..TUNGGUUUUUUU....

HARIMAU MALAYA SUDAH TERJAGA DARI LENANYA...RAKYAT BILA LAGI???!!!

JEBAT_BERANI : TAHNIAH BUAT ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' KERANA TELAH BERJAYA MEMBAWA PULANG PIALA SUZUKI AFF 2010 SETELAH PENANTIAN SELAMA 14 TAHUN....KEHEBATAN ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' INI MEMPAMERKAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI SUNGGUH MENGAGUMKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA...

UMPAMA HARIMAU YANG BARU TERJAGA DARI TIDO,PASUKAN ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' MEMPAMERKAN KEBANGKITAN BOLA SEPAK TANAHAIR DI MATA DUNIA...BERMULA DENGAN AGAK MENGECEWAKAN SETELAH DIBELASAH KEPADA INDONESIA 5-1 PADA SAINGAN PERINGKAT KUMPULAN,ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' INI TIDAK BERPUTUS ASA SEBALIKNYA TERUS BERJUANG HUNGGA MELAYAKKAN MEREKA KEPERINGKAT SEPARUH AKHIR...

BERADA DIPERINGKAT SEPARUH AKHIR ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' INI TIDAK LAGI MAHU MEMANDANG KEBELAKANG..SEBALIKNYA MATLAMAT UNTUK KE FINAL DIPERJUANGKAN MEREKA SEHINGGA MENYEBABKAN VIETNAM 'KEMPUNAN' UNTUK MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN....ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' INI BERJAYA MENEWASKAN VIETNAM 2-0 DILAMAN SENDIRI DAN SERI 0-0 DI TEMPAT LAWAN...

KEJAYAAN ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' INI MEMBAWA MEREKA KE FINAL PIALA SUZUKI AFF 2010 BERTEMU PASUKAN GARUDA (INDONESIA)..DAN KETIKA INILAH SEMANGAT ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' UNTUK 'MEMBALAS DENDAM' KIAN MEMBARA..DIKESEMPATAN INILAH UNTUK MEREKA MENEBUS KEMBALI KEKALAHAN DI PERINGKAT KUMPULAN SEBELUM INI..

AKHIRNYA HARI YANG DINANTIKAN TELAH TIBA...PADA 26 HARIBULAN DISEMBER 2010 BERTEMPAT DI STADIUM BUKIT JALIL MENYAKSIKAN BAGAIMANA ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' INI MENGAUM GARANG MEMBAHAM SANG GARUDA 3-0...WALAUPUN KEMENANGAN INI DIPERTIKAIKAN OLEH PENYOKONG GARUDA YANG MENYALAHKAN GANGUAN PANCARAN LAZER KEPADA PARA PEMAINNYA SEBAGAI PUNCA KEKALAHAN MEREKA,NAMUN IANYA TIDAK DAPAT MENAFIKAN HAKIKAT SEBENAR KEHEBATAN 'HARIMAU MALAYA'.....

KEMENANGAN 3-0 INI MENJADI BEKALAN KEPADA 'HARIMAU MALAYA' UNTUK BERKUNJUNG KE STADIUM GBK INDONESIA..DAN NYATA BEKALAN ITU AKHIRNYA BERJAYA MENJADIKAN ANAK MUDA 'HARIMAU MALAYA' INI BERGELAR RAJA BOLASEPAK ASIA TENGGARA DENGAN MEMENANGI PIALA SUZUKI AFF 2010...KEMENANGAN INI DISAMBUT RAKYAT MALAYSIA DENGAN GEMBIRA TANPA MENGIRA KAUM DAN FAHAMAN POLITIK....IANYA PERTANDA BAHAWA 'HARIMAU MALAYA' SUDAH TERJAGA DARI TIDURNYA..

DAN APAKAH 'KEBANGKITAN' HARIMAU MALAYA INI JUGA AKAN MEMBANGKITKAN RAKYAT DARI 'TIDO LENA' SELAMA INI??!!..APAKAH SEMANGAT HARIMAU MALAYA INI JUGA AKAN MEMPENGARUHI RAKYAT UNTUK 'MENGUBAH' SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA AGAR IANYA DITAKBIR OLEH ORANG-ORANG YANG ADIL DAN AMANAH??!!...DAN APAKAH KEBERANIAN HARIMAU MALAYA INI JUGA AKAN MENYEDARKAN RAKYAT AGAR BERANI UNTUK MENOLAK PEMERINTAHAN YANG ZALIM,TIDAK ADIL,TIDAK AMANAH DAN MENGENEPIKAN HAK HAK RAKYAT??!!

AYUH RAKYAT SEKALIAN...SUDAH SAMPAI MASANYA KITA 'MENGAUM' DAN 'MEMBAHAM' PEMERINTAH YANG ZALIM.TIDAK ADIL,TIDAK AMANAH DAN MENGENEPIKAN HAK HAK RAKYAT..SUDAH MASANYA KITA SEMUA BERUBAH DAN MENGUBAH KEPIMPINAN NEGARA INI AGAR IANYA DIPENGANG OLEH PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN AMANAH....PASTIKAN PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI KITA SEMUA MENGAUM..AUM,AUM,AUM DEMI PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK...

Tuesday, December 21, 2010

LAGI KEMALANGAN MAUT...


KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga lagi rakyat tempatan.

Sunday, December 19, 2010

TOK GURU HAJI HADI : TERJEMAHKAN HASRAT PR PERINTAH NEGARA KEPADA RAKYAT DAN KAKITANTAN KERAJAAN


KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.

Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.

“Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini.

Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri.

"Jangan jadi untung secupak, rugi segantang sebaliknya bergerak dengan sempurna kerana rakyat tetap memerhati kita," katanya.

Sumber : harakahdaily

JEBAT_BERANI : INSAALLAH HAMBA YAKIN KEBANYAKKAN KAKITANGAN KERAJAAN KINI LEBIH CENDERUNG MEMILIH PAKATAN RAKYAT SETELAH 'KEZALIMAN' YANG DILAKUKAN OLEH UM-NO/BE-END TIDAK MAMPU LAGI DITERIMA MEREKA...DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG,KENAIKAN HARGA PETROL DAN TIDAK MUSTAHIL DALAM MASA TERDEKAT INI KENAIKAN TARIF ELEKTRIK PULA JELAS MENUNJUKKAN KEANGKUHAN PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END...SLOGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN" HANYALAH OMONGAN KOSONG YANG GAGAL MEMENANGI HATI RAKYAT....KINI RAKYAT TELAH 'BERSEDIA' UNTUK 'MENGHUKUM ' UM-NO/BE-END.....PRU KE 13 PASTINYA MENJADI MEDAN RAKYAT 'MENGUBURKAN UM=-NO/BE-END INI....

PAS UNTUK SEMUA


KEPALA BATAS, 19 Dis: Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh semua kaum di Perak, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.

Perkara ini berlaku kerana slogan PAS untuk semua dan Malaysia untuk semua telah berjaya berjalan dengan baik.Beliau berucap sebagai pembahas dalam konvensyen ini.

Sementara itu, wakil dari PKR, Chah Li Kang pula berkata, masa untuk bercakap sudah berakhir kerana sekarang adalah masa untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan.

Ini kerana, kata beliau, dasar yang dikemukakan oleh Pakatan jauh lebih baik dari BN. Oleh itu, apa yang perlu dibuat adalah mempastikan dasar ini boleh dilaksanakan dengan bekerja kuat ke arah memenangkan Pakatan.

Beliau mencadangkan, dalam pelaksanaan dasar ini, sebuah Parlimen Pemuda yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu di kalangan pemuda di negara ini.

Beliau yakin, pendekatan ini akan membolehkan semua pihak rasa terbela kerana pemuda sangat penting bagi melaksanaan dasar yang baik itu.

Beliau memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Sukarno yang berkata, "Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncang dunia."

Beliau menolak projek yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu NKRA.

"NKRA sebenarnya bukan National Key Result Area tetapi Najib Kasi, Rosmah Ambil," kata Chah Li Kang.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SEMAKIN HARI PAS SEMAKIN DITERIMA MASYARAKAT TANPA MENGIRA MELAYU,CINA ATAU INDIA...INI MEMBUKTIKAN BAHAWA PERJUANGAN PAS YANG TIDAK MELETAKKAN 'PERKAUMAN' SEBAGAI MATLAMAT UTAMA TELAH DITERIMA BAIK OLEH MASYARAKAT...DAN SECARA TIDAK LANGSUNG PENERIMAAN MASYARAKAT INI JUGA MENUNJUKKAN BAHAWA PAS JUGA TELAH MULA DITERIMA OLEH MASYARAKAT BUKAN ISLAM..

JIKA SEBELUM INI MASYARAKAT DITAKUTKAN OLEH UM-NO/BE-END TERHADAP PAS DAN ISLAM,KINI MEREKA TIDAK LAGI TERPENGARUH DENGAN DAKYAH PUAK PUAK UM-NO/BE-END INI.....SEMOGA PADA PRU KE 13 NANTI PAS AKAN BERTAMBAH KUAT DAN DITERIMA SEMU LAPISAN MASYARAKAT TAK KIRA APA KAUM,AGAMA DAN USIA...INSAALLAH..........

USAHA UM-NO/BE-END GAGAL : ANWAR KEKAL KETUA PEMBANGKANG



KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan dalam satu sidang yang sangat kontroversi.

Ia berpunca dari pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah dibuat oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

Ia tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Ini adalah amalan undang-undang Islam dari Pakistan yang diambil oleh orang puteh (Barat), kata Karpal.

Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan para penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SEGALA USAHA PUAK UM-NO/BE-END UNTUK MEMECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT TIDAK BERHASIL...USAHA MEREKA UNTUK MEMBURUKKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM LANGSUNG TIDAK TERKESAN DI HATI AHLI2 PAKATAN RAKYAT..KEPADA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END NASIHATKU BERSEDIALAH UNTUK MENGOSONGKAN PUTRAJAYA..HUHUHUHU