WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, September 25, 2010

TUN MAHATHIR MUDAH LUPA ATAU BUAT2 LUPA???!!!



SHAH ALAM 25 Sept : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sengaja meniupkan api perkauman dengan mengatakan sekiranya komponen Pakatan Rakyat (PR) memerintah, orang Melayu akan hilang kuasa.

DPPP merujuk kepada kenyataaan Mahathir yang dikeluarkan oleh ‘lidah rasmi’ Umno, Utusan Malaysia yang bertajuk Melayu Hilang Kuasa. Pandangan sama turut diutarakan beliau pada wawancara khas yang dipetik daripada laman web www.umno-online.com.

Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, adalah sebagai perbuatan 'tidak cerdik' apabila pandangan seperti itu datangnya dari seorang yang bergelar negarawan.

"Mengambil contoh Kelantan yang diperintah oleh PAS selama 20 tahun dan 18 tahun sebelumnya, berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno dan BN," kata Faizi dalam kenyataan medianya.

"Begitu juga ketika Pas dan Barisan Alternatif (BA) memerintah Terengganu setelah berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negeri daripada Umno/BN pada tahun 1999 yang mana ketika itu YB Datuk Seri Abd Hadi Awang menjadi Menteri Besar telah memberi tanah kepada orang Melayu, namun dirampas kembali setelah UMNO berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004. Apakah ini tidak khianat namanya?" soal Faizi.

Faizi turut menyenaraikan beberapa contoh dan rentetan dari peristiwa 'pengkhianatan' yang dilakukan oleh Umno. Antaranya ialah kelulusan 22,000 ekar tanah kerajaan kepada gergasi KL Kepong di Lekir, Manjung, 5000 ekar tanah di Bruas yang mana 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar dan 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar berhampiran Lebuhraya PLUS.

"Sedangkan permohonan tanah seluas 45 ekar oleh Tuan Guru Haji Abd Latif di Pondok Pak Teh Kroh, Grik, Perak sejak 1996 hanya diluluskan oleh Majlis Mesyuarat kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2008, selepas 12 tahun permohonan dilakukan.

"Jika Datuk Seri Nizar merupakan boneka DAP, pastinya permohonan itu ditolak," kata Faizi.

"DPPP merasakan sudah sampai masanya rakyat untuk mengubah lanskap politik Malaysia, supaya kuasa meneraju negara tidak lagi diletakkan di atas bahu Umno dan BN. Terlalu banyak bukti yang terang lagi nyata yang UMNO sememangnya penyebab utama Melayu mundur setelah 52 tahun memerintah," katanya.

"Bahkan bukan sahaja Melayu, malah bangsa lain juga merasakan tidak selamat. Selagi mana ada UMNO yang jelas memperjuangkan dasar perkauman yang mengancam keselamatan negara.

Justeru, dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan kesediaan Dewan Pemuda Pas Pusat dan mencabar Tun Dr Mahathir untuk berdebat secara terbuka tentang siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat bangsa Melayu.

Sumber : TVSelangor.com

JEBAT_BERANI : BILA MENEBAL DALAM JIWA SESEORANG ITU SEMANGAT ASSOBIYAH INILAH JADINYA....BERFIKIRAN SEMPIT DAN MEMENTINGKAN SATU-SATU PIHAK..NAMUN YANG SANGAT2 MENGHAIRANKAN HAMBA IALAH,DALAM DOK KALUT KONONNYA MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU,DI ZAMAN PEMERINTAHANNYALAH HAK ORANG MELAYU PALING BANYAK DIROMPAK DAN DIGADAI BELIAU...TUE BELUM AMBIL KIRA LAGI PENGKHIANATAN BELIAU TERHADAP RAJA-RAJA MELAYU..APAKAH MAHATHIR MUDAH LUPA???SEBAGAIMANA BELIAU MENGATAKAN BAHAWA MELAYU MUDAH LUPA???MUNGKIN MELAYU DAHULU MUDAH LUPA...TETAPI MELAYU SEKARANG TIDAK MUDAH LUPA LAGI.....KERANA ITULAH TUN MAHATHIR SEKARANG BUKAN LAGI BERGELAR PERDANA MENTERI..DAN INSAALLAH P-END NAJIB ALTANTUYA JUGA AKAN MENURUT JEJAK LANGKAHNYA DALAM KEASAAN YANG LEBIH TRAGIS

AHMADINEJAD BIKIN PEWAKILAN AS KEPANASAN BONTOT!!!!


Lebih 20 ketua Negara dalam persidangan PBB telah keluar dewan apabila presiden Iran Ahmedinejad menyentuh isu 11 september dalam hujah nya di persidangan Bangsa Bangsa Bersatu itu.

Sebelum itu se orang diplomat Uni Eropa telah membocorkan rahsia yang mana 27 orang delegasi yang lain bakal keluar dewan seandainya Ahmedinejad berhujah mengenai isu peristiwa 11 september.

Walau bagaimana pun ianya tidak menghalang untuk presiden Iran itu meneruskan hujah nya.

Ahmedinejad terus menggulung perbahasan nya dengan membandingkan jumlah orang yang terbunuh dalam kejadian 11 september di New York dengan jumlah kematian dalam perang di Afghanistan dan Iraq.

Ahmedinejad berkata "di anggarkan sekitar 3.000 orang yang terbunuh semasa kejadian 11 September, memang kita semua merasa sedih," katanya. " tapisaya perlu katakana disini, sehingga sekarang di Afghanistan juga Iraq sudah meningkat ratusan ribu orang yang telah terbunuh, jutaan orang yang cedera, tetapi konflik dan pembunuhan masih berlaku hingga ke hari ini." apa cerita?

Ahmadinejad terus melontarkan kritik pedas nya kepada AS dan sekutu sekutu nya, dan ketika itu beberapa orang delegasi bangun dan meninggalkan dewan. Menurut lapuran CNN mereka yg keluar itu termasuklah wakil dari AS, Endgland, Sepanyol, Urugay, Sweden, Belgium dan Australia.

Ahmedinejad juga menyentuh dalam perbahasan nya terhadap rencana pendita Florida yang berhasrat membakar salinan dari Quran, buku suci umat Islam itu, dan beliau mengakhirkan hujah nya dengan pembelaan terhadap program nuklear Iran, kernyataan nya baru-baru ini disampaikan kepada badan pengawas nuklear PBB, Pertubuhan Kuasa Atom Antarabangsa.

Sumber dicilok dari : http://anakmuaallaf.blogspot.com

JEBAT_BERANI : AGAK-AGAK ADA TAK PEMIMPIN LAIN YANG SEBERANI AHMADINEJAD MENYUARAKAN BANTAHAN TERHADAP KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH AMARIKA SYARIKAT???APAKAH P-END NAJIB ALTANTUYA YANG KUNUNNYA MENGAKU SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA ISLAM JUGA BERANI MENYUARAKAN BANTAHAN SEBAGAIMANA AHMADINEJAD???RASANYA TAK KOT SEBAB NGAN ISTERI PUN TAK BERAPA BERANI..HUHUHUHU

MEREKA MEMANG BIADAP...TAPI BAGAIMANA PULA KITA??


LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.

Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.

Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.

Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.

Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.

Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.

Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.

Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.

Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi

JEBAT_BERANI : PERBUATAN BIADAP YANG DILAKUKAN OLEH BUKAN ISLAM INI TIDAK KITA HAIRANKAN..MEREKA SEMEMANGNYA ANTIKAN ISLAM TIDAK KIRA SAMADA KEJADIAN 11 SEPTEMBER ITU BERLAKU ATAU TIDAK..MEREKA SEMEMANGNYA SUDAH LAMA MEMUSUHI AKAN ISLAM DAN KEJADIAN 11 SEPTEMBER HANYA DIJADIKAN ALASAN MEREKA UNTUK MEMUSUHI DAN MEMERANGI ISLAM...

TAPI APA YANG LEBIH MENYEDIHKAN HAMBA IALAH APABILA UMAT ISLAM ITU SENDIRI BERSIKAP BIADAP TERHADAP ISLAM...UMUMNYA KITA DIMALAYSIA SERINGKALI DIDEDAHKAN DENGAN PERBUATAN SEGELINTIR ANAK REMAJA KITA YANG TERPENGARUH DENGAN KUMPULAN SKIN HEAD DAN BLACK METAL..ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBAKAR AL QURAN INI...

SELAIN INI ANTARA PERKARA YANG SANGAT MENYEDIHKAN APABILA ADA SEGELINTIR UMAT ISLAM ITU SENDIRI MERASAKAN BAHAWA HUKUM DAN PERATURAN YANG TERDAPAT DALAM AL QURAN TIDAK LAGI SESUAI DIAMALKAN DI DALAM NEGARA KITA..KENYATAAN MEREKA INI ADALAH LEBIH HINA DAN LEBIH BIADAP DARI PERBUATAN MEMBAKAR AL QURAN OLEH BUKAN ISLAM..INI KERANA SEBAGAI SEORANG ISLAM MEREKA TERGAMAK MENYATAKAN AJARAN YANG TERDAPAT DALAM AL QURAN TIDAK LAGI SESUAI UNTUK DIAMALKAN DI DALAM NEGARA KITA...

OLEH YANG DEMIKIAN JIKA KITA MAHUKAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM MENGHORMATI AKAN AL QURAN DAN ISLAM,MAKA KITA TERLEBIH DAHULU HARUSLAH MENGHORMATI AKAN AJARAN YANG TERKANDUNG DALAM AL QURAN INI...JIKA TIDAK SIA SIA SAHAJA KITA MENGHARAPKAN BUKAN ISLAM UNTUK MNEGHORMATI AKAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI INI...

5 TERTUDUH KES 'BINI PUAKA' BEBAS.......




KUALA LUMPUR: Selepas setahun dipertuduhkan, lima mahasiswa Universiti Malaya dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan melakukan pencerobohan dan khianat terhadap universiti tertua tanah air itu.

Hakim Sesyen di sini, Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa memanggil semua mahasiswa tersebut untuk membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Mereka yang dibebaskan ialah Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani yang semuanya berusia 22 dan Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 23.

Sebelum ini, mereka didakwa menceroboh bangunan fakulti universiti mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semua mereka yang merupakan mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam juga didakwa melakukan perbuatan khianat dengan cara menyimbah petrol ke atas permaidani dan menconteng dinding fakulti.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 4 pagi, 24 Jun 2009 di Dewan Utama fakulti itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin sementara barisan pembelaan diketuai oleh peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli.

Pada penghakimannya, Rozana berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting bagi pertuduhan khianat selain tiada keterangan yang menunjukkan mereka berada di kawasan kejadian dan telah melakukan pencerobohan.

Beliau yang telah mendengar keterangan 19 saksi pendakwaan menambah, tiada keterangan bagi mengenal pasti bahan api yang digunakan dan juga kerosakkan yang diakibatkan oleh bahan api tersebut.

“Bagi tuduhan menyimbah petrol dan menconteng dinding, mahkamah dapati pihak pendakwaan gagal membuktikan bahan api yang digunakan adalah petrol dan contengan dilakukan oleh tertuduh.

“Bagi semua pertuduhan juga, mahkamah mendapati tiada keterangan langsung yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan yang hanya bergantung kepada bukti ikut keadaan tanpa sebarang bukti sokongan,” katanya.

Keputusan itu disambut gembira oleh semua mahasiswa terbabit yang saling bersalaman dan memeluk rakan-rakan yang memenuhi galeri awam mahkamah sebagai tanda sokongan.

Pada sidang media ringkas yang diadakan di lobi mahkamah, Mohamad Izzuddin, Muhammad Syahrul Deen, Mohamad Aizat, Mohammad Saufi dan Mohd Shazni Munir mengucapkan rasa syukur atas pembebasan mereka.

“Keputusan ini menunjukkan keterbukaan mahkamah. Ini juga membuktikan bahawa mahasiswa bukanlah penjenayah,” kata Mohd Shazni Munir.
sumber : Mstar

JEBAT_BERANI : YANG BENAR AKHIRNYA MENANG..............

KOMEK ZUNAR DIRAMPAS





Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields."Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.


Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.

Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan."Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.

"Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini.

Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.

Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini.

Lathefaa berkata, Zunar dibawa ke IPD Puchong untuk siasatan lanjut.

Latheefa ketika bercakap kepada wartawan di luar IPD Brickfields selepas itu berkata polis telah menyiapkan laporan penahanan Zunar.

"Tapi saya tidak pasti sama ada laporan itu dibuat bawah Akta Hasutan atau Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," katanya.

JEBAT_BERANI : HAMBA SANGAT2 YAKIN BAHAWA RAMPASAN KOMIK INI DIDALANGI OLEH MEREKA YANG TIDAK SENANG DENGAN CARA ZUNAR MENDEDAHKAN PERBUATAN SALAH MEREKA MELALUI KOMIKNYA....BEGITU CEMAS DAN TAKUTNYA MEREKA DENGAN KOMIK TERBITAN ZUNAR INI..MENGAPA??TIDAK LAIN TIDAK BUKAN KERANA MEREKA BENAR2 MELAKUKAN APA YANG DISEDAHKAN OLEH SAUDARA ZUNAR INI..BAK KATA PERPATAH,"SAPA MAKAN CILI DIELAH YANG RASA PEDASNYA".....

Monday, July 12, 2010

"PAUL" SI SOTONG KURITA JUARA SEBENAR WORLD CUP 2010



JEBAT_BERANI : BERAKHIR SUDAH KEJOHANAN BOLASEPAK TERUNGGUL DI DUNIA IAITU PIALA DUNIA BAGI TAHUN 2010 DI AFRIKA SELATAN...SPAIN AKHIRNYA BERJAYA MERANGKUL KEJUARAAN KALI INI DENGAN MENGALAHKAN BELANDA 1-0 HASIL JARINGAN INIESTA DALAM MASA TAMBAHAN....

NAMUN DALAM MEMBICARAKAN TENTANG PIALA DUNIA EDISI KALI INI,BUKAN KEHEBATAN PASUKAN DAN PEMAIN YANG BERTANDING MENJADI PERBUALAN HANGAT OLEH PEMINAT-PEMINAT BOLASEPAK DUNIA...APA YANG MENJADI TOPIK UTAMA PEMINAT BOLASEPAK DUNIA KALI INI ADALAH KETEPATAN RAMALAN 'PAUL' SI SOTONG KURITA...

'PAUL' TELAH BERJAYA MERAMAL DENGAN TEPAT 8 PERLAWANAN UTAMA TERMASUKLAH PERLAWANAN AKHIR YANG DIMENANGI OLEH SPAIN....'PAUL YANG DILAHIRKAN DI ENGLAND DAN KINI MENETAP DI JERMAN TELAH MULA MENDAPAT PERHATIAN APABILA RAMALANNYA DALAM PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN YANG MELIBATKAN PASUKAN JERMAN 100% TEPAT...MALAH DALAM PERINGKAT KALAH MATI,'PAUL' MENERUSKAN KETEPATAN RAMALANNYA APABILA MEMILIH JERMAN MENANG MENGATASI ENGLAND DAN ARGENTINA....

DAN DALAM PERINGKAT SEPARUH AKHIR,'PAUL' MENERUSKAN KEHEBATANNYA APABILA SEKALI LAGI BERJAYA MERAMAL KEPUTUSAN PERLAWANAN ANTARA JERMAN DAN BELANDA...NAMUN KEJAYAAN 'PAUL' MERAMAL KALI INI TIDAK MENGEMBIRAKAN PEMINAT BOLASEPAK DI NEGARA TEMPAT TINGGALNYA IAITU JERMAN...RAMALAN 'PAUL' KALI INI MENYEBABKAN PEMINAT JERMAN MENGANCAM UNTUK MEMASAK 'PAUL' DENGAN PELBAGAI RESEPI BAGI MENGHUKUM 'PAUL' YANG DIKATAKAN PUNCA PASUKAN JERMAN KALAH...

NAMUN INI BUKANLAH ANCAMAN PERTAMA YANG DITERIMA OLEH 'PAUL'...TERDAHULU KETIKA 'PAUL' MERAMALKAN JERMAN MENANG MENGATASI ARGENTINA DAN RAMALAN ITU TEPAT,PENYOKONG ARGENTINA MENGUGUT UNTUK MEMBUNUH DAN MEMASAK 'PAUL'...PENYOKONG ARGENTINA BENAR-BENAR MARAH KEPADA 'PAUL' DAN MENGANGAP 'PAUL' SEBAGAI PUNCA PASUKAN MEREKA KALAH KEPADA JERMAN PADA PERINGKAT SUKU AKHIR....

'PAUL' JUGA MEMPUNYAI PENCABAR DALAM MERAMALKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA DUNIA INI...SEEKOR BURUNG NURI DI SINGAPURA TURUT BERUPAYA MERAMAL PERLAWANAN DENGAN TEPAT DAN SETAKAT INI TELAH BERJAYA MERAMAL 4 PERLAWANAN UTAMA DENGAN TEPAT...NAMUN BURUNG NURI INI GAGAL MENANDINGI KEHEBATAN 'PAUL' MERAMALKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR APABILA MEMILIH BELANDA SEBAGAI PEMENANG PERLAWANAN TERSEBUT BERBANDING 'PAUL' YANG MEMILIH SPAIN...

PENGGUNAAN HAIWAN SEBAGAI PERAMAL KEPUTUSAN SUKAN BUKANLAH PERKARA BARU DALAM ARENA SUKAN DUNIA...NAMUN HAIWAN LAIN TIDAK 'SEHEBAT' 'PAUL' DALAM MERAMALKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN...SEEKOR BERUANG BETINA DI CHEMNITZ ZOOTERSALAH DALAM RAMALANNYA APABILA MEMILIH ARGENTINA UNTUK MENANG KE ATAS JERMAN...BEGITU JUGA SEEKOR MONYET BERNAMA TAMARIN ANTON YANG MERAMALKAN GHANA UNTUK MENANG KE ATAS JERMAN...

SELAIN ITU SEEKOR BADAK AIR BERUSIA 19 TAHUN BERNAMA PETTY JUGA GAGAL MERAMAL DENGAN TEPAT APABILA MEMILIH JERMAN MENANG KE ATAS SERBIA PADA PERINGKAT KUMPULAN....BAGAIMANAPUN 'PAUL' BUKAN SATU-SATUNYA HAIWAN YANG MENGEMPARKAN DUNIA DENGAN KEBOLEHAN MERAMAL..PADA TAHUN 2007 DI PUSAT PEMULIHAN DAN PENJAGAAN STEERE HOUSE DI PROVIDENCE DI RHODE ISLAND,AMARIKA SYARIKAT,SEEKOR KUCING BERNAMA OSCAR DIANGGAP SEBAGAI 'MALAIKAT MAUT BERKAKI EMPAT' APABILA DIKATAKAN BERUPAYA MERAMAL KEMATIAN PESAKIT DI PUSAT ITU...

SEBANYAK 50 KEMATIAN TELAH DIRAMAL OLEH OSCAR DAN IANYA TERBUKTI TEPAT...KUCING BERKENAAN DIKATAKAN AKAN BERGULING-GULING UNTUK RAPAT DAN TIDUR BERSAMA PESAKIT BEBERAPA KETIKA SEBELUM KEMATIAN PESAKIT TERSEBUT....PERKARA INI MENGEMPARKAN PENDUDUK SEKITAR SERTA PIHAK PENTADBIRAN PUSAT BERKENAAN...WALAUPUN TIDAK ADA BUKTI SECARA SAINSTIFIK BAGI MENYOKONG KEBENARAN PERKAITAN PRILAKU KUCING INI DENGAB KEMATIAN PESAKIT NAMUN KEBANYAKAN KEMATIAN YANG BERLAKU ADA PERSAMAAN DENGAN PRILAKU KUCING INI TERHADAP SI MATI....

DISEBALIK 'KEHEBATAN' RAMALAN 'PAUL' INI SEBENARNYA HARUS KITA FAHAM DAN KETAHUI BAHAWA IANYA HANYALAH "KEBETULAN" YANG TELAH DIRANCANG OLEH ALLAH S.W.T BAGI MENGUJI SEJAUH MANA TAHAP KEIMANAN DAN KETAKWAAN HAMBANYA....APAKAH MEREKA-MEREKA YANG BERIMAN LEBIH MEMPERCAYAI AKAN 'PAUL' SISOTONG KURITA DARI KEKUASAAN ALLAH S.W.T...JANGAN KITA MENGADAIKAN KEIMANAN KITA KERANA MEMPERCAYAI PERKARA SEUMPAMA RAMALAN INI..

Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:

Maksudnya: “Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).”

Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً
Ertinya: “Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam.”

Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;

مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد
Maksudnya: “Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.”

OLEH YANG DEMIKIAN JANGANLAH KITA SAMPAI TERJEJAS AKIDAH KERANA MEMPERCAYAI RAMALAN 'PAUL' SISOTONG KURITA..INGAT ALLAH SENGAJA INGIN MENDUGA HAMBANYA DENGAN MENJADIKAN 'PAUL' SISOTONG KURITA MEMPUNYAI KEBOLEHAN MERAMAL INI...MENONTONLAH KEMERIAHAN BOLASEPAK INI DAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN 'PAUL' SISOTONG KURITA INI KERANA IA JUGA HANYALAH MAKHLUK ALLAH YANG MENUMPANG HIDUP DENGAN IZIN ALLAH S.W.T

Tuesday, June 29, 2010

UM-NO/BE-END TERDESAK MERAIH SOKONGAN PARA ULAMA!!!

JEBAT_BERANI : DAH LAMA AKU TAK MENULIS DALAM BLOG NIE...ADA 2 SEBAB..PERTAMA KERANA KESIBUKKAN DUNIAWI YANG TAK MAMPU AKU ATASI DA YANG KEDUANNYA KERANA MENYAMPAH NGAN PUAK2 UMNO/BE-END...BALIK2 BENDA DAN MASALAH YANG SAMA MEREKA LAKUKAN...MAKAN DUIT RAKYAT DAN TIPU RAKYAT...

TERKINI USAHA UMNO/BE-END YANG CUBA MENAMPAKKAN BAHAWA MEREKA JUGA MENGALU ALUKAN KEMASUKAN ULAMA DALAM PARTI MEREKA...MEREKA CUBA MENGABURI MATA MASYARAKAT AGAR MEREKA DILIHAT SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG JUGA BERCIRIKAN ISLAMIK SEBAGAIMANA PAS....APAKAH MEREKA BENAR-BENAR MENERIMA PARA ULAMA INI ATAU SEKADAR UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT???!!!

RASANYA GAMBAR DAN PETIKAN BERITA DIATAS SUDAH CUKUP JELAS BAGI MENCERITAKAN MAKSUD DAN NIAT SEBENAR PUAK-PUAK UM-NO/BE-END INI...MEREKA SANGGUP MEMPERRALATKAN PARA ULAMA MUDA INI BAGI MENUNJUKKAN KEPADA MASYARAKAT BAHAWA MEREKA JUGA MENDAPAT SOKONGAN PARA ULAMA....

TAPI APAKAH MEREKA HANYA MAHUKAN SOKONGAN???!!!BAGAIMANA PULA DENGAN AJARAN ISLAM YANG DIBAWAKAN OLEH PARA ULAMA INI???!!!APAKAH MEMADAI DENGAN HANYA MENERIMA PARA ULAMA DALAM PARTI MEREKA SUDAH CUKUPUNTUK MENGAMBARKAN BAHAWA MEREKA MENERIMA AJARAN ISLAM SEPENUHNYA???!!!

SUNGGUH MURAH DAN MENJIJIKAN PERMAINAN POLITIK UM-NO...MEREKA BUKAN MEMPERALATANKAN AGAMA AKAN TETAPI MEREKA TELAH MEMPERSENDAKAN ISLAM DAN PARA ULAMANYA...INIKAH DIDIKKAN ISLAM HADHARI YANG MEREKA PELAJARI SELAMA INI DARI MANTAN P-END TERDAHULU???!!!SEDIH SUNGGUH MENYEDIHKAN....

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI PERTUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA MEREKA SEBELUM AJAL DATANG MENJEMPUT...SEMOGA MASIH ADA KESEMPATAN KEPADA MEREKA UNTUK MEMPERBETULKAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN MEREKA....SEMOGA ISLAM AKHIRNYA DILETAKKAN DITEMPAT YANG TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA....

Thursday, June 10, 2010

ISA DIARAHKAN MAHKAMAH BAYAR RM3.3 JUTA KEPADA BEKAS TAHANANNYA


Mahkamah Tinggi di Putrajaya memerintahkan agar RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ditahan menyalahi undang-undang atas dakwaaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata mahkamah bersetuju dengan plaintif seorang ahli perniagaan Badrul Zaman P.S. Mohamed (kanan) bahawa penahanannya di bawah ISA 1994, menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.

Mohd Hishamudin dalam penghakimannya berkata mahkamah telah mempertimbangkan kos kecederaan terhadap reputasi plaintif dengan memerintahkan untuk membayar tuntutan ganti rugi am dan teladan dengan kos kepada beliau.

Beliau berkata setelah membaca dengan teliti autoriti itu, satu gantirugi sebanyak RM20,00 sehari adalah adil dan saksama untuk dibayar kepadanya dengan mengambilkira fakta plaintif yang dialami semasa dalam tahanan.

Katanya dengan mengambilkira 300 hari dalam tahanan, plaintif hendaklah dibayar RM6 juta, bagaimanapun mahkamah memutuskan untuk memberikan diskaun 50 peratus kepada defendan yang mahkamah fikirkan adalah adil dan munasabah.

Mohd Hishamudin yang kini adalah Hakim Mahkamah Rayuan, juga memerintahkan agar gantirugi teladan RM300,000 diberikan atas dua alasan, pertama kerana penahanan menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan, kedua perintah penahanan terhadap plaintif dilanjutkan selepas pencegahan penahanan pada awalnya selama dua tahun.

Badrul Zaman memfailkan saman itu pada 30 November 1994, menamakan superitenden Pusat Tahanan Kamunting sebagai defenan pertama, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman itu, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mencabar kesahihan perintah penahanan pertama mengikut Seksyen 8(1) ISA pada 12 September 1991 di mana beliau ditahan selama dua tahun.

Bagaimanapun, beliau mencabar perintah tempoh lanjutan penahanan itu yang dikeluarkan timbalan menteri untuk tempoh dua tahun lagi berkuatkuasa 14 September 1993.

Plaintif mencabar kesahihan di mana beliau hanya menjalani tahanan itu dengan arahan perintah tahanan tanpa kenyataan bertulis perintah tahanan
tersebut dan fakta dakwaan berdasarkan perintah tahanan berkenaan.

Pada 1994, Badrul Zaman memfailkan satu writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan mahkamah berkenaan membenarkan permohonannya dan membebaskannya.

Mahkamah itu memutuskan bahawa penahanan yang dilanjutkan itu adalah menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan atas alasan tidak ada pematuhan dengan peruntukan ISA.

Ketika ditemui Badrul Zaman berkata beliau gembira dengan keputusan itu setelah menunggu hampir 16 tahun untuk mendapatkan keadilan bagi membersihkan reputasinya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Isnan Ishak berkata beliau akan merujuk keputusan ini kepada Pejabat Peguam Negara sebelum memfailkan rayuan. Peguam M. Manoharan mewakili Badrul Zaman.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : ISA MERUPAKAN SATU HUKUMAN YANG SANGAT TIDAK ADIL DAN MENGENEPIKAN HAK MANUSIA UNTUK MENDAPAT PEMBELAAN...IANYA BUKAN SAHAJA PERLU DIPINTA MALAH SEPATUTNYA DIBUBARKAN AGAR SETIAP MANUSIA YANG DITUDUH MELAKUKAN KESALAHAN DIBERIKAN PELUANG YANG SEADILNYA UNTUK MENDAPATKAN PEMBELAAN..

HARI INI ISA BUKAN SAHAJA DIGUNAKAN TERHADAP MEREKA YANG DIDAPATI MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH MENGUGAT KESELAMATAN NEGARA..IANYA KINI TELAH DISALAH GUNAKAN OLEH PIHAK BE-END UNTUK MENYEKAT DAN MENGHALANG PAKATAN RAKYAT DARI MENGUASAI DAN MEMPENGARUHI RAKYAT..PUAK-PUAK BE-END TELAH MENJADIKAN ISA INI SEBAGAI ALAT UNTUK MENYELAMATKAN MASA DEPAN POLITIK MEREKA...

Thursday, June 3, 2010

DEMO ANTI ISRAEL DI MASJID KG BARU KUALA LUMPUR

JEBAT-BERANI : JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI MENYERTAI PERHIMPUNAN INI BAGI MEMBANTAH KEZALIMAN YANG DILAKUKAN REJIM ISRAEL TERHADAP UMAT ISLAM PALESTIN DAN TINDAKAN BIADAP MEREKA MEYERANG BANTUAN KEMANUSIA GAZA BARU-BARU INI....
ANTARA PERALATAN YANG PERLU DIBAWA KETIKA MENGHADIRI PERHIMPUNAN INI BAGI LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN ANDAINYA KERAJAAN 1MALAYSIA MENGARAHKAN FRU BERTINDAK MENGHALANG PERHIMPUNAN INI...KITA SEMUA HARUS MAKLUM BAHAWA APCO ADALAH ISRAEL DAN 1MALAYSIA ADALAH APCO...JADI KITA TAK BOLEH MENGHARAPKAN LALUAN MUDAH UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN INI...

10 JENIS TANGISAN


Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8 ) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Firman Allah S.W.T,“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan dituntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka...Rasulullah saw bersabda :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis,kalau tak tercapai cita-cita, bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat
amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi
dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda, “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat
dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”