WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, September 25, 2010

5 TERTUDUH KES 'BINI PUAKA' BEBAS.......




KUALA LUMPUR: Selepas setahun dipertuduhkan, lima mahasiswa Universiti Malaya dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan melakukan pencerobohan dan khianat terhadap universiti tertua tanah air itu.

Hakim Sesyen di sini, Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa memanggil semua mahasiswa tersebut untuk membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Mereka yang dibebaskan ialah Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani yang semuanya berusia 22 dan Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 23.

Sebelum ini, mereka didakwa menceroboh bangunan fakulti universiti mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semua mereka yang merupakan mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam juga didakwa melakukan perbuatan khianat dengan cara menyimbah petrol ke atas permaidani dan menconteng dinding fakulti.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 4 pagi, 24 Jun 2009 di Dewan Utama fakulti itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin sementara barisan pembelaan diketuai oleh peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli.

Pada penghakimannya, Rozana berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting bagi pertuduhan khianat selain tiada keterangan yang menunjukkan mereka berada di kawasan kejadian dan telah melakukan pencerobohan.

Beliau yang telah mendengar keterangan 19 saksi pendakwaan menambah, tiada keterangan bagi mengenal pasti bahan api yang digunakan dan juga kerosakkan yang diakibatkan oleh bahan api tersebut.

“Bagi tuduhan menyimbah petrol dan menconteng dinding, mahkamah dapati pihak pendakwaan gagal membuktikan bahan api yang digunakan adalah petrol dan contengan dilakukan oleh tertuduh.

“Bagi semua pertuduhan juga, mahkamah mendapati tiada keterangan langsung yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan yang hanya bergantung kepada bukti ikut keadaan tanpa sebarang bukti sokongan,” katanya.

Keputusan itu disambut gembira oleh semua mahasiswa terbabit yang saling bersalaman dan memeluk rakan-rakan yang memenuhi galeri awam mahkamah sebagai tanda sokongan.

Pada sidang media ringkas yang diadakan di lobi mahkamah, Mohamad Izzuddin, Muhammad Syahrul Deen, Mohamad Aizat, Mohammad Saufi dan Mohd Shazni Munir mengucapkan rasa syukur atas pembebasan mereka.

“Keputusan ini menunjukkan keterbukaan mahkamah. Ini juga membuktikan bahawa mahasiswa bukanlah penjenayah,” kata Mohd Shazni Munir.
sumber : Mstar

JEBAT_BERANI : YANG BENAR AKHIRNYA MENANG..............

No comments:

Post a Comment