WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, May 24, 2010

KRISTIAN TOLAK PAS : SINAR HARIAN MOHON MAAF SECARA TERBUKA

(Keratan akhbar yang menunjukkan permohonan maaf
Sinar Harian secara terbuka berkaitan laporan berbaur fitnah sebelum ini)


Permohonan maaf itu dibuat selepas mendapat bantahan dan peringatan daripada PAS Perak melalui kenyataan bertulis yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Dato` Abd. Malik.

Selain permohonan maaf, Sinar Harian juga menyiarkan kenyataan rasmi daripada Dr. Khairuddin di muka surat yang sama.

Sebelum ini, Sinar Harian dalam laporan akhbarnya edisi Perak telah memutar belit kenyataan paderi, konon kristian menolak PAS. Padahal kenyataan itu telah diputar belitkan oleh pihak media berkenaan dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.

Ulasan itu telah dibuat Sinar Harian berdasarkan satu pertemuan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dengan pihak PAS Perak.

Berdasarkan kepada kenyataan Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, tidak ada pun kenyataan daripada pihak kristian yang menyatakan 'kristian menolak PAS', cuma apa yang disebut, kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir.

Nizar turut menegaskan sebelum ini, "Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah."

Selepas mendapat bantahan itu, Sinar Harian telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka itu di akhbarnya Jumaat lepas
JEBAT_BERANI : SUKA SUKA JERK BUAT KENYATAAN MACAM TUE...SEKALI MULA LE MENGELABAH MINTAK MAAF BALIK...ORANG-ORANG KRISTIAN TERNYATA LEBIH SENANG DENGAN PAS BERBANDING PUAK-PUAK UMNO YANG BERTOPENGKAN ISLAM....MENGAMUK TAK TENTU PASAL BILA KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH PENGANUT KRISTIAN SEDANG ALLAH S.W.T TIDAK PULA MELARANG...TAPI YANG HERANNYA JUDI 'DIHALALKAN' PULA SEDANGKAN ALLAH S.W.T MELARANG....PELIK BETUL LE ISLAM HADHARI NIE...

"HALALKAN" JUDI ADALAH KERJA SYAITAN!!!!




JEBAT_BERANI : Dalam beberapa minggu kita telah dikelirukan oleh puak-puak UM-NO/BE-END yang telah 'menghalalkan" judi yang haram di sisi Islam sebagaimana yang telah diajar oleh Al-Quran dan Hadis Nabi.Puak-puak UM-No/BE-END ini telah memberikan pelbagai alasan demi menyokong perbuatan mereka 'menghalalkan' lesen judi bolasepak ini.Alasan mereka bahawa lesen judi bolasepak ini diluluskan adalah untuk bukan Islam.Dan sekiranya terdapat orang Islam yang berjudi itu adalah tanggungjawab individu itu sendiri.Mereka menjadikan penjualan daging babi sebagai hujah untuk menyokong mereka.Mereka mendakwa permit penjualan daging babi diluluskan untuk bukan Islam.Dan sekiranya terdapat orang Islam yang memakan daging babi itu adalah kesalahan individu itu sendiri.
Apakah hujah yang diguna pakai oleh puak-puak UM-NO/BE_END ini relevan??!!Nyata mereka tidak dapat melihat perbezaan antara arak,judi dan daging babi.Hamba yakin seorang kaki minum dan judi yang beragama Islam jika disuruh memakan daging babi belum tentu sanggup untuk memakannya.Rata-rata umat Islam dan kaum melayu sangat jijik dengan daging babi ini,akan tetapi tidak pada arak dan judi.Hayan mereka yang beriman sahaja memandang jijik pada arak dan judi.Oleh yang demikian sudah pasti apabila kerajaan meluluskan lesen judi dan arak ianya akan turut mengakibatkan orang Islam turut terlibat sama.Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya mereka melihat juga akan perkara ini.
Di dalam Islam, keharaman judi adalah qat’ie. Ia disebut dengan jelas oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya, “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” [al-Ma’idah (5):90].
Dari perkembangan terbaru ini, nampaknya Menteri Malaysia begitu berani melawan ayat-ayat Allah dengan 'menghalalkan' apa yang Allah telah haramkan. Mereka betul-betul telah menjadikan syaitan sebagai kawan dan mendustakan ayat Allah dengan perbuatan terkutuk mereka ini.Disebabkan ingin mencari keuntungan sementara mereka sanggup 'mengadaikan' agama mereka.
Firman Allah, “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” [TMQ an-Nahl (16):116].
Apakah pemimpin Malaysia begitu bodoh hingga tidak memahami ayat-ayat Allah yang qat’ie?Atau mereka tidak peduli dengan semua itu kerana merasakan merekalah pembuat undangundang yang lebih hebat dari Allah? Nampaknya pemikiran bathil ini telah menyatu dan mendarah daging di dalam diri mereka sehingga mereka sanggup mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan Al-Quran. Mereka telah menjadikan akal dan hawa nafsu mereka sebagai ‘penimbang’ untuk menilai mana yang manfaat dan mana yang mudarat, lalu mengeluarkan
hukum mengikut manfaat yang mereka fikirkan.
Inilah cara berfikir mereka, apabila manfaat suatu perbuatan jauh lebih besar dari mudaratnya, maka perbuatan itu mesti dikerjakan. Dan jika mudaratnya lebih besar dari manfaatnya, maka menurut akal mereka, perbuatan itu mesti ditinggalkan. Inilah apa yang mereka lakukan dan kita sedang menyaksikannya. Walaupun begitu jelas bahawa maslahat yang mereka fikirkan itu berlawanan dengan hukum syarak, namun hukum syarak mereka tinggalkan dan ‘hukum maslahat’ mereka ambil sebagai ganti.
Mereka sesungguhnya telah memposisikan diri mereka sebagai Musyarri’ (Pembuat Hukum) kerana telah menghalalkan yang haram mengikut sesuka mereka berdasarkan akal dan hawa
nafsu mereka. Sedangkan satu-satunya Musyarri’ (Pembuat Hukum) adalah Allah Azza Wa Jalla. Oh! Alangkah beraninya mereka!Antara aspek terpenting ajaran Islam adalah yang berkaitan dengan aktiviti penguasa (yang sedang memerintah). Ini tidak terbatas kepada kita yang berada di Malaysia sahaja, bahkan juga kepada seluruh negara kaum Muslimin lainnya.
Firman Allah Azza Wa Jalla,“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

Sesungguhnya kata “yahkum” (berhukum) dalam ayat ini, sepertimana juga dalam surah yang
sama ayat 45 dan 47, mencakup siapa sahaja yang memiliki autoriti dan kekuasaan untuk memutuskan suatu hukum (undangundang) serta menerapkannya, baik sebagai ketua negara atau menteri-menterinya atau orang-orang yang diberi kuasa oleh mereka (untuk membuat hukum). Setiap orang yang memiliki autoriti untuk menerap dan memutuskan hukum, maka mereka termasuk dalam pengertian “yahkum” dalam ayat tersebut atau ayat-ayat lainnya.
Oleh itu, siapa sahaja yang menerap dan memutuskan suatu urusan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Allah, maka dia secara nyatanya telah berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah, baik kerana dia sengaja atau kerana kejahilan sekalipun. Juga, tidak kiralah apa alasan sekalipun yang diberikannya, atau dengan tiada apa-apa alasan sekalipun, pokoknya dia telah berhukum dengan hukum selain yang Allah turunkan. Apabila orang yang berhukum dengan selain dari apa yang Allah turunkan melakukannya dengan rasa puas, redha dan tanpa rasa bersalah serta membenarkan apa yang dilakukannya, maka dia telah jelas kafir dan telah keluar dari Islam, berdasarkan ayat ini.
Justeru itu apakah kita semua sanggup untuk bersubahat dengan menteri yang 'menghalalkan' lesen judi ini??!!Sanggpkah kita menanggung dosa sebagaimana dosa mereka yang terbabit 'menghalalkan' lesen judi bolasepak ini??Jika tidak lakukanlah sesuatu demi Islam tercinta.Jangan kita hanya berpeluk tubuh sahaja.Kerajaan yang berani 'menghalalkan' apa yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T mesti dihancurkan.Jadikan undi anda semua sebagai 'senjata' menjatuhkan untuk menjatuhkan puak-puak UM-NO/BE-END ini.

Sunday, May 16, 2010

POLIS BAGAIKAN MENATANG MINYAK YANG PENUH KONSERT 12 JAM PITTBULL!!!!


(Inikah budaya yang hendak dicontohi oleh anak muda negara kita)

*AWAS!!!VIDEO KLIK INI TIDAK SESUAI UNTUK TONTONAN BAWAH 18 TAHUNDAN MEREKA YANG "MENJAGA PANDANGAN" DARI PERKARA-PERKARA MAKSIAT..IANYA SEKADAR DIJADIKAN BUKTI BERTAPA TIDAK SESUAINYA ARTIS PITTBULL DI BAWAH MASUK KE NEGARA INI....

KUALA LUMPUR — Polis hari ini mengingatkan penonton konsert ''12 Hours'' di Bukit Kiara Equestrian Resort Indoor Arena di sini yang bakal berlangsung malam esok supaya tidak menimbulkan sebarang masalah atau kekecohan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Azri Abdul Rahman berkata pihaknya akan menempatkan 50 anggota serta menyediakan sebuah balai polis bergerak sepanjang konsert berlangsung bagi memudahkan sebarang aduan dibuat.

"Saya juga ingin menasihatkan penonton agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan ketegangan dan membahayakan keselamatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang sengaja meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

"Kita akan mengeluarkan saman dan menunda kenderaan penonton yang diletakkan sesuka hati sehingga menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Konsert itu, yang berlangsung dari 7 hingga 12 malam, akan menampilkan artis-artis popular antarabangsa seperti Pittbull, Benny Benassi, Roger Shah dan Lisa Lashes di hadapan kira-kira 5,000 penonton.

Bagi mengelak kesesakan lalu-lintas, penganjur konsert mengambil langkah dengan menyediakan perkhidmatan bas perantara bagi memudahkan penonton ke lokasi konsert.

Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Marctensia Michael Chan berkata bagi penonton yang berminat menggunakan perkhidmatan bas itu, mereka boleh meletakkan kenderaan mereka di Plaza Damas (berhadapan Istana Negara yang baru), Plaza Damansara dan Stesen LRT Bangsar.

Beliau berkata setiap bas yang digunakan sebagai perantara itu akan ditampal dengan pelekat khas konsert di setiap bas berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Penyediaan perkhidmatan pengangkutan percuma ini merupakan inisiatif bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas. Perkhidmatan bas ini akan beroperasi setiap 15 minit, bermula seawal pukul 5 petang dan berakhir 3 pagi," katanya.

Konsert itu sebelum ini dijadualkan berlangsung di Genting Highlands Resort.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : POLIS MENGINGATKAN PENONTON KONSERT 12JAM PITTBULL INI AGAR TIDAK MEMBUAT KECOH...TAPI SEDARKAH PIHAK POLIS BAHAWA MEREKA TELAH MELAKUKAN KEKECOHAN KETIKA UMAT ISLAM BERHIMPUN DI MASJID JAMEK KG BARU K.L BAGI MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI DAN KOSNERT PITTBULL INI...

KETIKA PERHIMPUNAN MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK DAN KONSERT 12 JAM PITTBULL PASUKAN POLIS MENGERAH LEBIH 50 ANGGOTA BAGI "MENGGANGGU" KELANCARAN PERHIMPUNAN TERSEBUT...PERHIMPUNAN YANG SEPATUTNYA BERLANSUNG SECARA AMAN BERTUKAR MENJADI SEDIKIT KECOH GARA-GARA PROVOKASI PIHAK POLIS...

NAMUN DI KONSERT 12 JAM PITTBULL INI PIHAK POLIS JUGA MENGERAHKAN 50 ANGGOTANYA AKAN TETAPI BUKAN UNTUK MEMBUAT KECOH SEBALIKNYA MENJAGA KELANCARAN KONSERT TERSEBUT..MALAH PIHAK POLIS JUGA MENYEDIAKAN SEBUAH BALAI POLIS BERGERAK SEPANJANG KONSERT INI BERLANSUNG BAGI MEMUDAHKAN SEBARANG ADUAN DIBUAT.

LAYANAN YANG TERNYATA AMAT BERAT SEBELAH DAN SANGAT LUAR BIASA...SATU PIHAK YANG CUBA MEMBANTAH PEMBERIAN LESEN JUDI DAN PENGANJURAN KONSERT 12 DILAYAN PIHAK POLIS UMPAMA PENJENAYAH SEDANGKAN APA YANG MEREKA LAKUKAN JUGA AKAN MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA PIHAK POLIS UNTUK JANGKA MASA PANJANG..JIKA LESEN JUDI BOLASEPAK DAN KONSERT 12 JAM INI DIBIARKAN PERCAYALAH IANYA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA PERMASALAHAN SOSIAL DAN BOLEH MENINGKATKAN KADAR JENAYAH YANG MANA SECARA TIDAK LANSUNG AKAN MENYUSAHKAN PIHAK POLIS JUGA...

AKAN TETAPI PIHAK POLIS MELAYAN MEREKA YANG BERJUANG AGAR KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK DAN PENGANJURAN KONSERT 12 JAM INI DILIHAT PIHAK POLIS SEBAGAI PIHAK YANG MENDATANGKAN KEKACAUAN SEHINGGA MENYEBABKAN PIHAK POLIS MENGERAHKAN ANGGOTANYA BERKAWAL DAN MENYEKAT KELANCARAN PERHIMPUNAN TERSEBUT..SEDANGKAN PENGANJURAN KONSERT YANG BOLEH MEROSAKKAN ANAK MUDA KITA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA APABILA PIHAK POLIS MENGERAHKAN ANGGOTANYA BERKAWAL BAGI MENGELAK BERLAKUNYA KEKACAUAN DAN KEKECOHAN....

INIKAH YANG DINAMAKAN SEBUAH NEGARA ISLAM??JUDI DAN KONSERT YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM "DIHALALKAN" MANAKALA MEREKA YANG MENENTANGNYA DIANGGAP SEBAGAI MUSUH NEGARA...APAKAH ANGGOTA POLIS YANG BERAGAMA ISLAM TIDAK DAPAT MEMIKIRKAN AKAN PERKARA INI..APAKAH MEREKA TIDAK PERCAYA PADA DOSA DAN PAHALA SERTA SYURGA DAN NERAKA??APAKAH ALASAN BAHAWA MEREKA TERIKAT DENGAN TANGGUNGJAWAB DAN TUGASAN AKAN DITERIMA ALLAH S.W.T DI PADANG MASYAR NANTI??SEDARLAH SEBELUM TERLAMBAT...SELAGI MANA NYAWA MASIH DI KANDUNG BADAN...JIKA NYAWA DAN BADAN SUDAH BERCERAI..MENYESAL TIADA GUNANYA LAGI....

Saturday, May 15, 2010

JUDI BOLSEPAK : NAJIB ALTANTUYA DIAM SERIBU BAHASA


KUALA LUMPUR, 14 Mei: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab meluluskan lesen judi bola sepak sempena piala dunia Jun ini dilihat sebagai takut berdepan Masyarakat Islam di negara ini.

Bekas Pengarah Jabatan Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mustahil Najib tidak tahu berhubung kelulusan kerajaan itu dan hanya mahu berrselindung di belakang Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

"Takkan itu semua dibuat secara peribadi oleh Dr. Awang Adek saja yang Najib sendiri tidak tahu.

"Takkan dia bersembunyi dalam baju Dr. Awang Adek, takut untuk berdepan dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam," katanya.

Kerajaan awal minggu ini meluluskan permohonan lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia yang dipohon oleh Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berpendapat, tindakan menyepi seribu bahasa Najib itu membuktikan Umno itu sendiri seperti merestui tindakan tersebut.

"Kalau dia (Najib) berani dan yakin bahawa bahawa keputusan kementeriannya tak salah, memadai dia dapatkan pungutan suara ahli-ahli Umno yang bersetuju," jelasnya.

Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan ini terus mendapat kritikan banyak pihak.

Ianya termasuk dari parti-parti politik, badan bukan kerajaan dan masyarakat negara ini, yang melihat tindakan tersebut bukan penyelesaian kepada pembenterasan judi.

Tindakan kerajaan itu bagi mereka, hanya akan menggalakkan lagi perjudian dan meningkatkan masalah sosial negara.

Selain itu Najib juga diminta menjelaskan pendedahan Mayban Securities Sdn Bhd, pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta, tidak termasuk yang tidak berlesen.

"Judi sah berlesen dianggarkan bernilai RM850 juta sehari, judi haram pula dianggarkan bernilai RM1.7 bilion sehari," kata Firdaus.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : BAGAIMANA P-END NAJIB ALTANTUYA NAK BERSUARA KALAU DAH MEMANG KELULUSAN LESEN JUDI INI ADALAH HASIL KEBENARAN BELIAU?..MASAKAN SEORANG PM TIDAK TAHU APA-APA YANG DILAKUKAN OLEH MENTERINYA...KALAU BELIAU TIDAK BERSETUJU DENGAN KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK INI MASAKAN AWANG ADEK BERANI MELULUSKANNYA...NAMPAKNYA P-END NAJIB ALTANTUYA CUBA BERMAIN 'BALING BATU SEMBUNYI TANGAN' DENGAN RAKYAT...TAPI RAKYAT BUKANNYA BUTA...RAKYAT MELIHAT SEMUA INI DAN HANYA MENANTIKAN MASA SAHAJA UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN...

DR ASRI TURUT BANTAH LESEN JUDI


Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Sumber: http://drmaza.com

JEBAT_BERANI : APAKAH PENJELASAN DR ASRI INI JUGA TIDAK MAHU DITERIMA OLEH PIMPINAN UM-NO?APAKAH MEREKA MASIH MAHU MENGEKALKAN LESEN JUDI BOLASEPAK INI??BERDASARKAN HUJAH APA DAN KITAB MANA YANG MEMBOLEHKAN MEREKA "MENGHALALKAN" JUDI INI??APAKAH PARA "ULAMA"DALAM UM-NO SUDAH BISU SEHINGGA TIDAK MAMPU MENASIHATKAN PIMPINAN UM-NO SUPAYA TIDAK MELULUSKAN LESEN JUDI INI??ATAU MULUT MEREKA TELAH DISUMBAT DENGAN HABUAN YANG TAK MAMPU MEREKA TOLAK??SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH S.W.T ITU SANGAT PASTI...MEREKA PASTI MENERIMA PEMBALASAN ATAS APA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN INI...

Friday, May 14, 2010

PERHIMPUNAN AMAN BANTAH LESEN JUDI JADI TAK AMAN GARA-GARA POLIS















JEBAT_BERANI : PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN OLEH DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK DAN KONSERT 12 PITBULL YANG PADA MULANYA BERLANSUNG SECARA AMAN BERTUKAR MENJADI KECOH GARA-GARA TINDAKAN PIHAK POLIS CUBA MENGHALANG UCAPAN OLEH PIMPINAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT DAN NGO YANG TERUT SAMA HADIR....


TINDAKAN SEPASUKAN PIHAK POLIS MENYERBU PESTAS TEMPAT BERUCAP DAN CUBA MERAMPAS PEMBESAR SUARA BAGI MENGHALANG KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN(AMK) SELANGOR,SAUDARA KHAIRUL ANNUAR ZAINUDDIN MENYAMPAIKAN UCAPAN.TINDAKAN INI MENJADI PUNCA UTAMA BERLAKUNYA KEKECOHAN SEHINGGA MENGAKIBATKAN SEORANG PESERTA PERHIMPUNAN INI TERJATUH DARI PENTAS BERUCAP SETELAH DIKASARI PIHAK POLIS.


TINDAKAN PIHAK POLIS INI TELAH MENGAKIBATKAN PARA PESERTA PERHIMPUNAN YANG LAIN MENJADI MARAH DAN MULA BERTERIAK KE ARAH PIHAK POLIS..KEADAAN SEAKAN MENJADI TIDAK TERKAWAL SEKETIKA APABILA PIHAK POLIS CUBA MENAHAN PESERTA YANG TERJATUH DARI TEMPAT BERUCAP KERANA DIKATAKAN MELAWAN PIHAK POLIS YANG CUBA MERAMPAS PEMBESAR SUARA SEBELUM INI...


NAMUN SETIAUSAHA PEMUDA PAS PUSAT,KAMARUZZAMAN TELAH BERUNDING DENGAN PIHAK POLIS AGAR MELEPASKAN PESERTA YANG DITAHAN POLIS..PIHAK POLIS SEBALIKNYA MEMINTA BELIAU MENGARAHKAN ORANG RAMAI BERSURAI TERLEBIH DAHULU SEBELUM MELEPASKAN PEMUDA YANG DITAHAN..AKHIRNYA PEMUDAYANG DITAHAN DIBEBASKAN SETELAH ORANG RAMAI MENJERIT DAN TIDAK MAHU BERGANJAK SELAGI PIHAK POLIS TIDAK MEMBEBASKAN PEMUDA TERSEBUT...


BANTAHAN INI TELAH DIHADIRI KIRA-KIRA 1000 ORANG DAN TURUT DISERTAI BEBERAPA NGO SEPERTI ANGKATAN BELIA ISLAM(ABIM),KELAB PENYOKONG PAS DAN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA(PKPIM)

Saudara kamuzzaman setiausaha Pemuda PAS Pusat meyampaikan ucapan

Bantahan rakyat yang marahkan kelulusan lesen judi bolasepak ini

Ketua Muda Angkatan Keadilan Selangor Sdr Khairul Annuar Ahmad Zainuddin


Anggota polis cuba merampas pembesar suara dari sdr Khairul Annuar


Sdr Khairul Annuar meneruskan ucapan tanpa pembesar suara


Sepasukan polis meyerbu pentas tempat berucap


Sdr Khairul Annuar meneriakkan "hancur,hancur..hancur judi


Seorang pemuda ditahan kerana menghalang pihak polis merampas pembesar suara


Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat mengadakan sidang akhbar

BUKAN ISLAM JUGA TOLAK JUDI TAPI TIDAK UM-NO!!!


JERANTUT, 10 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) amat dukacita dan malu kerana hasrat mengadakan judi sukan datangnya daripada pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam sedangkan pemimpin bukan Islam termasuk daripada DAP menuntut supaya kegiatan perjudian dihadkan.

Justeru, katanya PAS membantah keras sebarang usaha untuk meluluskan lesen perjudian walau apa bentuk sekali pun termasuk judi sukan sebagaimana yang dihasratkan pemimpin Umno.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata hasrat memperluaskan kegiatan perjudian di negara ini merupakan suatu pengkhianatan terhadap negara yang sedang bergelut dalam krisis moral yang sangat dahsyat.

Tuan Ibrahim mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, baru-baru ini yang menyatakan kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengeluarkan lessen pertaruhan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kononnya bagi mengelak aktiviti perjudian haram.

Menurutnya, alasan yang digunakan untuk menyekat kegiatan perjudian tanpa lessen adalah tidak logik malahan pemikiran sedemikian amat bertentangan dengan ajaran Islam.

“Apa pun dalam Islam judi tetap haram. Tak ada istilah judi halal, kalau judi tetap haram. Nak guna alasan untuk sekat kegiatan judi haram bukan itu caranya. Selama ini pun kerajaan telah luluskan banyak lesen judi tetapi judi tanpa lesen tetap berlaku. Kita tak boleh terima itu, kita bantah keras,” katanya.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : JELAS SEKALI PADA KITA SEMUA BAHAWA JUDI MERUPAKAN SESUATU YANG LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBURUKAN BERBANDING DENGAN KEBAIKAN...KERANA JUDI JUGALAH BANYAK INTITUSI KEKELUARGAAN RUNTUH...JUDI INI BUKAN SAHAJA DITENTANG OLEH AGAMA ISLAM MALAH RATA-RATA PENGANUT AGAMA LAIN JUGA MENOLAK TABIAT JUDI INI..
NAMUN DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA NAMPAKNYA KERAJAAN CUBA UNTUK MENGGALAKAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERJUDI..TIDAK CUKUP DENGAN PELBAGAI JENIS JUDI YANG TELAH SEDIA ADA HARI INI KERAJAAN MENAMBAHNYA LAGI DENGAN MELULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK PULA..
ALASAN KERAJAAN SANGAT-SANGAT TIDAK RELEVAN...DEMI UNTUK MENGAWAL KEGIATAN JUDI BOLASEPAK YANG DILAKUKAN SECARA HARAM(tidak berlesen) KERAJAAN MENGAMBIL LANGKAH UNTUK MEMBERIKAN LESEN AGAR IANYA DAPAT DIKAWAL(menjadi halal di mata mereka).....APAKAH KERAJAAN AKAN TURUT MEMBERIKAN LESEN KEPADA RUMAH PELACURAN MEMANDANGKAN IANYA JUGA DIJALANKAN TANPA LESEN SEKARANG INI..???
NAMPAKNYA KERAJAAN 1MALAYSIA TIDAK MEMAHAMI KEPERLUAN SEBENAR RAKYAT MALAYSIA..DENGAN PELBAGAI GEJALA SOSIAL YANG BERLAKU HARI INI APAKAH RAKYAT MEMERLUKAN JUDI BOLASEPAK INI??APAKAH KERAJAAN INGIN MENJADIKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERJUDI..TANYALAH MANA-MANA KAUM DI MALAYSIA PASTINYA MEREKA JUGA TIDAK SENANG DENGAN TABIAT BERJUDI INI...TAPI NAMPAKNYA TIDAK BAGI UM-NO/BE-END.....

HALALKAN JUDI : UM-NO 'BERMAZHADKAN' KITAB MANA???!!!


Kerajaan Sekular Pimpinan UMNO Menghalalkan Judi? Al-Quran Mana Yang Mereka Imani?

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [TMQ Al Maa-idah (5) : 90].

Lihatlah bagaimana rosaknya pemikiran sekular para pemimpin hari ini. Dengan rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa mereka begitu berani berura-ura untuk membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan, dengan alasan untuk mengawal aktiviti syaitan itu. Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu.

Faktanya hari ini secara jelas para pemerintah sekular yang ada secara berterusan dan terang-terangan memaksiati perintah Allah SWT, dengan menghalalkan lesen judi beroperasi secara berleluasa. Hari ini kedai-kedai nombor ekor dan tempat judi seperti di Genting Highlands menjalankan operasinya dengan penuh keselesaan. Inilah realiti kehidupan dunia Kapitalisme yang sememangnya merupakan tempat suburnya segala kemaksiatan.

Wahai umat Islam! Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam.

Firman Allah SWT: ”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [TMQ An Nahl (16): 98].

Namun nampaknya, bagi para pemimpin sekular yang ada hari ini, tangan kanan mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi negeri umat Islam ini.

BUKAN MALAYSIA JER....HK,SINGAPORE DAN BANGKOK JUGE!!!

Saiful dakwa diliwat juga di HK, Singapura, Bangkok


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.

Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Tidak mandi langsung?

Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".

Karpal: Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Saiful: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip) (bawah, kanan), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.

Merujuk pada laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008, Karpal meminta Saiful mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.

Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan.

Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.

Bagaimanapun, Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat ketiga di laporan itu iaitu pada ayat "pertama kali diliwat".

Kepada soalan Karpal Singh, adakah beliau memmberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan.

Silap tafsir soalan

Karpal Singh dengan nada yang keras mengingatkan Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.

Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Saiful berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.

Kepada persoalan lain, Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.

Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lepas memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Penyokong BN tapi undi Pakatan

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa pada Mac 2008, beliau merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional.

"Ya, saya memang penyokong kuat Umno tetapi telah mengundi Sivarasa (R.Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong," jawab Saiful sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.

Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Saiful: Tidak setuju.

Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan tersebut serta soalan Karpal kepada Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.

Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.

Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Saiful juga berkata pada 26 Jun 2008, beliau bertolak daripada pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya, jam 1.30 tengah hari dan tiba ke kondominum, di tempat kejadian jam 2.45 petang.

Menjawab soalan Karpal Singh mengapa beliau mengambil masa selama sejam lebih, walaupun pejabat PKR ke kondomimium itu jaraknya tidak jauh, Saiful berkata semasa beliau keluar dari pejabat PKR, ada sebuah motosikal mengekorinya.

"Semasa saya keluar, saya perasan ada sebuah motosikal ikut saya, saya cuba hilangkan diri," katanya.

Beliau berkata semasa tiba ke kondominum itu, pintu tertutup tetapi tidak berkunci.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa semasa tiba di kondominum itu, Anwar berada di dalam bilik.

Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Karpal Singh, bagaimanapun dengan nada bergurau beliau berkata kebiasaannya dalam kes jenayah, pihak pendakwaan yang membuat permohonan seperti ini, tetapi hari ini sebaliknya.

Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada di dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup jam 2.15 petang. -
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : ADUIYAAA.....MAKIN BERBELIT-BELIT LE SI SAIFUL NIH...SANGGUP TAK MANDI NAK SIMPAN "BUKTI"...TAK CUKUP DILIWAT DI MALAYSIA KENA LIWAT JUGAK KAT LUAR NEGARA RUPANYA...MACAM MANA LA BONTOT YANG DAH TAK "DARA" TUE MASIH MAMPU MENYIMPAN AIR MANI BEGITU LAMA...SUMBAT DENGAN KAIN KE APA?....TAK TAHU LA MAMPU KE TAK DIRI INI UNTUK TERUS MENGIKUTI PERKEMBANGAN KES LIWAT INI..SILAP HARI BULAN BOLEH GILA JADINYA DOK MEMIKIRKAN KELOJIKAN TUDUHAN SAIFUL TERHADAP DATO SERI ANWAR INI......

KPN BERDEGIL TAK NAK MINTA MAAF!!!


Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, N Surendran menyatakan tiada undang-undang yang menghalang Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta maaf kepada keluarga Aminulrasyid.

Ini ekoran kenyataan Musa semalam bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada keluarga Aminulrasyid disebabkan kemungkinan wujudnya implikasi undang-undang.

"Polis merupakan satu badan yang perkidmatan awam dan apabila berlaku kesilapan, maka mereka perlulah meminta maaf kepada masyarakat awam, dalam kes ini keluarga Aminulrasyid.

"Pilihan bukan di tangan polis samada mahu meminta maaf atau tidak, dan dalam kes Aminulrasyid, polis patut meminta maaf," tegas beliau lagi.

Surendran juga berkata sehingga kini, polis dan Pejabat Pendakwaraya langsung tidak memaklumkan kepada beliau atau keluarga Aminulrasyid berhubung perjalanan perbicaraan dakwaan terhadap seorang anggota polis, Korporal Jenain Subi yang didakwa mendatang kematian secara tidak sengaja kepada Aminulrasyid.

Tambahnya lagi, tiada maklumat langsung diberi kepada beliau atau keluarga Aminulrasyid samada anggota lain yang bersama-sama melepaskan tembakan akan didakwa atau tidak dan samada dakwaan akan dibuat terhadap anggota yang menyerang saksi utama dan rakan Aminulrasyid, Azzamuddin Omar.

"Polis dan pejabat pendakwaraya seolah-olah tidak mahu kami mengikuti ataupun mengetahui apa-apapun mengenai perjalanan kes ini, sedangkan sebagai pihak mangsa, kami patut diberitahu," kata beliau yang kesal dengan sikap dingin polis. -SK
JEBAT_BERANI : NAMPAKNYE DEGIL GAK KETUA POLIS KITA NIE...SUDAHLAH ANGGOTANYA MELAKUKAN KESALAHAN MASIH BERDEGIL TIDAK MAHU MEMINTA MAAF..INIKAH BUDAYA YANG DITERAPKAN DALAM PASUKAN POLIS??APAKAH KERANA MEREKA ANGGOTA POLIS MAKA MEREKA TAK PERLU MEMOHON MAAF APABILA MELAKUKAN KESILAPAN??SUNGGUH MEMALUKAN!!!!!