WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, March 18, 2010

SAR : BEZA KETIKA UM-NO MEMERINTAH BERBANDING KETIKA DAP MEMERINTAH


Oleh : Amiruddin Ahmad

Permatang Pauh - Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .

Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn.Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.

YAB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri “CAT” iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat” demikian jelas guan Eng lagi.

Sekolah agama rakyat ini juga , menurut Guan Eng telah menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”

Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

“,Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin”

Sementara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama.

Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Turut sama memberi ucapan dalam majlis tersebut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya.

Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi.
JEBAT_BERANI : UM-NO/BE-END SERING MEMAINKAN ISU DENGAN MENGATAKAN BAHAWA DAP TIDAK AKAN SESEKALI MENERIMA DASAR PERJUANGAN ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS..TAPI HARI INI MEREKA TERPAKSA MENELAN BALIK APA YANG MEREKA KATAKAN SEBELUM INI..AMAT JELAS PADA KITA SEMUA BAHAWA DAP TIDAK MEMPUNYAI MASALAH UNTUK MENERIMA ISLAM TAK KIRALAH IANYA DIBAWAKAN OLEH MANA-MANA PARTI..
SEKALIPUN SEBELUM INI MEREKA DILIHAT BEGITU TEGAS MEMBANTAH HASRAT DAN PERJUANGAN PAS BERKAITAN DENGAN AGAMA ISLAM,NAMUN KINI SETELAH MEREKA MULAI MEMAHAMI APA ITU ISLAM YANG SEBENARNYA KITA BOLEH MELIHAT KETERBUKAAN DAN JUGA PENERIMAAN MEREKA TERHADAP ISLAM...JIKA SEBELUM INI NGA KOR MENG MENGANJURKAN MAJLIS KHATAN AL-QURAN BAGI KANAK-KANAK ISLAM KINI KERAJAAN PULAI PINANG DI BAWAH NAUNGAN LIM GUAN ENG PULA MEMBUKTIKAN BAHAWA PIMPINANNYA TIDAK ANTI ISLAM DENGAN MEMBERIKAN BANTUAN KEWANGAN TERHADAP SEKOLAH AGAMA RAKYAT..
IANYA AMAT BERBEZA SEKALI JIKA DILIHAT KETIKA ZAMAN PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END DI PULAU PINANG...SEKALAH AGAMA RAKYAT INI BUKAN SAHAJA TIDAK MEMDAPAT BANTUAN KERAJAAN NEGERI MALAHAN IANYA DITEKAN DARI SEGALA SUDUT BAGI MEMBUATKAN SEKOLAH INI GAGAL DAN DITUTUP...INI KERANA MEREKA YAKIN DAN SEDAR BAHAWA RAKYAT YANG MEMAHAMI AGAMA PASTI TIDAK AKAN MEMBERIKAN SOKONGAN TERHADAP MEREKA...JUSTERU ITU MEREKA LEBIH RELA DAN SANGGUP MEMBIARKAN RAKYAT TERUTAMANYA UMAT ISLAM TIDAK MEMAHAMI AGAMA ISLAM DENGAN BAIK...
OLEH YANG DEMIKIAN APAKAH KITA MASIH LAGI HENDAK MENGATAKAN BAHAWA DAP ADALAH ANTI ISLAM BERBANDING DENGANN UMNO?PADA HAMBA UM-NOLAH YANG ANTI ISLA SEBENAR-BENARNYA..MEREKA MENGHALANG PELAKSANAAN HUKUM AL-QURAN SEDANGKAN MEREKA MENGAKU DIRI ADALAH ISLAM...

KELANTAN DAN TERENGGANU BERGANDINGAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YANG DI PERTUAN AGUNG

KUALA TERENGGANU, 17 Mac: Puluhan ribu rakyat Terengganu dan Kelantan dijangka akan berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud 20 Mac ini bagi mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatan baginda ke Terengganu.

Ia akan dilaksanakan kira-kira jam 11.45 pagi di lapangan terbang itu, kata pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Bin Yusof dan Mohamad Fauzi Bin Abu Samah dalam satu kenyataan media mereka.

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta rakyat Kelantan di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac ini.

Sebelum itu, Gegar akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.

Program ini dikira antara kemuncak bantahan rakyat Terengganu dan Kelantan terhadap rampasan royalti minyak milik mereka oleh kerajaan pusat. Sebelum ini, mereka berhimpun di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu. Kini, program bersama pula diadakan di Terengganu.

Harakahdaily difahamkan, banyak program pada tarikh yang sama yang diaturkan sebelum ini dibatalkan untuk membolehkan semua rakyat Terengganu menyertai majlis ini. Malam tadi, seorang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan kuliah Maghrib beliau di Masjid Batu Enam pada 18 Mac ini telah dibatalkan untuk membolehkan orang ramai berkumpul di TER pada malam itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Gegar mengenainya:

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat.

Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.

Dan, dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.

KONVOI RAKYAT KELANTAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDPA

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, YAB Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac 2010.

Rakyat Kelantan dijemput menyertai konvoi ini dengan mengibarkan bendera negeri Kelantan dan berpakaian baju berwarna merah sempena warna bendera negeri Kelantan.

Kibaran bendera Kelantan ini juga bersempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang dan bagi menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menjangkakan lebih 10 000 rakyat akan bersama dalam program ini.

Sementara itu, GEGAR mengingatkan rakyat bahawa pada bulan Mac ini genaplah 10 tahun Negeri Terengganu dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat.

GEGAR dengan ini menegaskan lagi bahawa royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada undang-undang, fakta dan sejarah dan kerajaan Persekutuan mesti menghentikan ketidakadilan ini.

Sebaliknya, kezaliman kini telah dilanjutkan pula kepada rakyat dan Negeri Kelantan dengan menafikan bayaran royalti dengan beralasan Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969. Walhal, ordinan ini telah dimansuhkan. Akta Ordinan Darurat 1969 ini tiada kena mengena dengan tanggungjawab PETRONAS untuk membayar kepada negeri.

Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang boleh diguna pakai kerana Seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 telah pun memansuhkan Ordinan Darurat 1969 seperti Perkara 13 dalam Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979:

13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.

Penafian hak negeri ini membuktikan semangat federalisme yang dimeterai sejak kemerdekaan negara telah dinodai oleh Kerajaan Persekutuan walhal dalam amalan federalisme, negeri mempunyai hak mentadbir urus hal-hal yang di bawah bidang kuasa negeri. Melalui hak dan perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

GEGAR percaya usaha menuntut hak rakyat ini akan terus berkobar bukan sahaja dari GEGAR tetapi dari seluruh rakyat sepertimana sokongan yang telah dibuktikan melalui Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Royalti pada 28 Januari 2010 lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

GEGAR akan terus komited dalam perjuangan murni ini bersama rakyat jelata menuntut hak royalti.

“ROYALTI HAK RAKYAT”


Terima kasih.

Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah
Pengerusi Bersama, Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : JIKA SEBELUM INI KELANTAN LANTANG MENDESAK AGAR KERAJAAN 1 MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA MENGEMBALIKAN ROYALTI MINYAK KEPADA KELANTAN KINI NAMPAKNYA KELANTAN TIDAK BERSENDIRIAN...RAKYAT TERENGGANU JUGA NAMPAKNYA MULA BERSUARA MENDESAK KERAJAAN 1MALAYSIA AGAR MENYERAHKAN WANG ROYALTI KEPADA KERAJAAN TERENGGANU DAN BUKANNYA WANG EHSAN SEBAGAIMANA YANG MEREKA LAKUKAN SEKARANG INI..

SEMOGA TUNTUTAN INI TIDAK HANYA DISUARAKAN OLEH RAKYAT KELANTAN DAN TERENGGANU SAHAJA..TUNTUTAN INI MESTI DISUARAKAN OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MAHUKAN KEADILAN DALAM PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA...KITA SEMUA MESTI MENYUARAKAN TUNTUTAN INI AGAR KERAJAAN LEBIH ADIL DAN TELUS DALAM MENGENDALIKAN SESUATU YANG BERKAIT DENGAN HAK RAKYAT...KERAJAAN ADALAH PILIHAN RAKYAT MAKA KERAJAAN MESTI MENGUTAMAKAN RAKYAT BUKANNYA KAUM KERABAT MEREKA...

1MALAYSIA=1 ISRAEL



Fakta Kerajaan umno/BN dan Kerajaan Pakatan Rakyat.

1- Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

2- Bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman adalah penasihat utama Najib.

3- Slogan 1 Malaysia adalah ikutan slogan Satu Israel yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak setelah mendapat nasihat yang sama daripada APCO.

4- Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan kira-kira dua juta ringgit bantuan rawatan untuk pengidap katarak, rawatan dialisis dan pembedahan kecil dalam usaha meringankan beban warga Selangor.

5- Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Dr Xavier Jayakumar juga mengumumkan skim bantuan RM2000 ringgit setahun bagi pesakit kencing manis dan buah pinggang.

6- Bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak diteruskan oleh kerajaan umno/BN kerana bimbang kalah dalam pilihan raya negeri Sarawak dan PRU-13. Walau bagaimanapun ramai penganalisis politik meramalkan jika umno/BN menang dalam PRU-13, pasti GST akan dilaksanakan oleh kerajaan umno/BN.

7- Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010.

Sumber : http://kerajaanrakyat.blogspot.com

JEBAT_BERANI : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH....SUDAH JELAS SIAPA SEBENARNYA UM-NO/BE-END DI BAWAH PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA..DAN ADAKAH KITA SEMUA MASIH MAHU MENGIKUT "BONTOT" BELIAU??TEPUK DADA TANYA IMAN....

Wednesday, March 17, 2010

MENGAPA JEBAT DERHAKA??!!


"Kalau Orang bertanya mengapa Jebat Derhaka maka jawablah keadaan negara tidak secocok rasa, istana hura hara yang zalim bermaharajalela, yang lemah menjadi mangsa"

Dailog itu adalah kata kata Jebat ketika ditanya mengapa dia derhaka. Barangkali Dialog ini boleh menjadi renungan kepada semua pemimpin tak kira pemimpin biasa ataupun raja. Sejarah lalu menjadi saksi, orang Melayu sangat taat pada raja mereka. Ketaatan itu berpaksikan keadilan. Namun apabila keadilan dicabul perkara sebaliknya akan berlaku.

Dalam Sejarah Melayu perjanjiaan taat setia rakyat dan keadilan raja telah dipersetujui bersama oleh Demang Lebar Daun (mewakili Rakyat) dengan Sang Sapurba (mewakili raja). Perjanjian ini dinamakan "Wa'adat". Buku sejarah melayu mencatatkan

Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’
Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun rnengubahkanlah’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wata'ala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.

Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.”

Renung-renungkanlah

Cilok dari http://najwasuhaimi.blogspot.com

DIHALANG BAHAS USUL,MP PAKATAN KELUAR DEWAN

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar kemudian bangun dan meminta usul tersebut dibahaskan kerana mendakwa berlaku kekeliruan berhubung status jawatan ketua polis negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee bagaimanapun kemudiannya meluluskan usul tersebut selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan.

Di luar dewan, Ahli Parlimen Pakatan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu.Ahli Parlimen Bachok, Nasaruddin Mat Isa menegaskan tindakan tidak membahaskan usul tersebut mengesahkan ketidakwibawaan ketua polis negara meneruskan tugas yang dijangka tamat kontrak perkhidmatannya tahun ini.

"Apabila dihalang tugas kami untuk membahaskan isu ini, kita melihat ini satu tindakan untuk melarikan diri dari isu sebenar. Mereka mungkin bimbang pendedahan demi pendedahan yang bakal kita lakukan tentang ketidakwibawaan Ketua Polis Negara dalam menjalankan tugasnya.

Manakala Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melahirkan rasa kecewa kerana tidak diberi masa untuk usul tersebut dibahaskan.

"Ini menunjukkan sikap di mana suasana perbahasan tidak bebas, mungkin ini kerana isu Ketua Polis Negara," katanya.

Akbar China Press pada Sabtu lalu, melaporkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan bersara sebelum sambutan Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempatnya akan diganti oleh timbalannya Tan Sri Ismail Omar.

Ekoran laporan itu, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimapun semalam mengesahkan akan berlaku rombakan peringkat tertinggi pasukan polis yang turut membabitkan Ketua Polis Negara.

Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) pula mempersoalkan KDN yang mahu Musa mengambil tugas menjaga keamanan Parlimen sdangkan dia bakal dihentikan perkhidmatannya.

"Pengumuman jawatan penjawat awam sepatutnya dibuat awal enam bulan ini. Ini bermaksud beliau tidak berminat lagi untuk memegang jawatan tersebut. Usul ini pula menetapkan bahawa dia mengambil tugas untuk menjaga keselamatan parlimen. Kita persoalkan bagaimana kedudukan beliau. Saya rasa valid untuk kita berbahas isu ini," katanya.

Sementara itu, Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkata, Ahli Parlimen tidak lagi bebas untuk membahaskan isu melibatkan rakyat.

"Apabila usul dibawa ke Parlimen, kita mengharapkan ianya dibahaskan.Yang kita minta bagi peluang kepada BN dan bagi pluang kepada kami. Kami nak cakap apa yang rakyat nak dengar.

"Kalau ini pun tak boleh dibahaskan di parlimen, di mana lagi kita nak cakap? Kalau rakyat bercakap di luar, ditahan bawah ISA. kalau bercakap dalam ceramah dicakap fitnah," tegasnya.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : INILAH PERANGAI PUAK-PUAK UM-NO/BE-END...TERLALU PENGECUT UNTUK BERBAHAS..TAKUT NANTI RASIA TERBONGKAR ATAU TAKUT NANTI TAK TERJAWAB HUJAH??KALAULAH MACAM NIE CARANYA MACAM MANA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT NAK MENJALANKAN TANGGUNJAWABNYA JIKA SERINGKALI TIDAK DIBENARKAN MEMBAHASKAN SESUATU PERKARA..NAMPAK SANGAT MEREKA TAKUT DENGAN KEHEBATAN AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT YANG SEMEMANGNYA HEBAT BERHUJAH DAN LENGKAP DENGAN FAKTA-FAKTA DAN BUKANNYA AUTA...

ROYALTI MINYAK : KHAS BUAT MU "SI LAYAR USANG", KEKANDAKU PANGLIMA 7 SEMBAHKAN TARI PENDEKAR!!!

JEBAT_BERANI : KHAS BUAT SI LAYAR DAN JUGA SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH KEKANDA HAMBA DATUK PANGLIMA 7,MAKA HAMBA PAPARKAN KOMEN YANG BELIAU BERIKAN SEBAGAI MENGULAS N3 HAMBA BERTAJUK "ROYALTI MINYAK : FAKTA V/S AUTA DAN JUGA SEBAGAI MENJAWAB KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH "SI LAYAR"...SEMOGA "SI LAYAR" BERPUAS HATI ATAU SETIDAK-TIDAKNYA AKAN "TERCUCI" SEGALA "KEKARATAN" YANG MELEKAT DI MINDA SELAMA INI...

Wahai si Layar, sedarkah tuanhamba dengan siapa tuanhamba berbicara? Pantang nenek moyang hamba jika berkata begitu. Jika diikutkan hati...jika berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka nescaya tuanhamba hamba kasi kan.

Hamba bersetuju dengan pandangan Panglima Jebat. UMNO sudah kekeringan idea bagaimana mahu menghadapi tentangan rakyat Kelantan dari segenap lapisan masyarakat tidak kira UMNO dan juga PR, setelah apa yang di Autanya selama ini tidak dipercayai oleh rakyat bahkan dari kalangan ahli UMNO sendiri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih Senior dan lama dari para jemaah Menteri yang ada di dalam UMNo dan BN.

Bagaimana mungkin Tengku Razaleigh boleh menyokong perjuangan Rakyat Kelantan ini.??? Itulah yang memeningkan Kepala Najib sekarang. Nak ambil tindakan..ditelan mati emak...diluah mati bapak. Tetapi dalam banyak-banyak Auta yang dimainkan hanya Si Layar ini dapat di dungukan dan dibutakan matanya oleh UMNO dan BN. Sudah terang lagi bersuluh. Tak ke buta namanya tuu.

Bagi menghentikan tentangan yang begitu hebat dari rakyat Kelantan dan negeri-negeri di seluruh Malaysia maka UMNO dan BN mendesak agar isu ini di bawa ke Mahkamah. Lagu yang sama, yang dibawa oleh UMNO dan BN ini seperti mana yang diusulkan oleh Si Layar paliau ini...tidak lain hanyalah untuk menutup mulut rakyat dari membicarakan isu ini hingga ke Pilihanraya yang akan datang. Jika isu royalti ini tidak ditutup segera alamat CELAKA besarlah bagi UMNO dan BN dalam Pilihanraya yang akan datang dan dalam merampas kembali Kelantan dari Kerajaan PAS yang dipimpin oleh TGNA.

Oleh itu mereka menggesa agar isu Royalti minyak ini dibawa ke Mahkamah supaya rakyat atau Kerajaan Pas Kelantan juga PR tidak lagi boleh berbicara dan mengeluarkan Fakta-fakta atau dokumen yang begitu menggerunkan UMNO & BN. UMNO dan BN memang payah dan gagal dalam menjawab isu ini. Macam budak sekolah jawapan mereka.

Balik-balik isu lebih dari 3 batu nautika dari pantai....itu ajer modal mereka. Sampai mereka bercadang nak pinda dokumen perjanjian petronas itu tadi kalau boleh...tapi malangnya UMNO & BN telah kehilangan tongkat sakti mereka di dewan rakyat, kehilangan iaitu 2/3 majoriti. Yang mereka dapat sekarang hanyalah MAKKAL SAKTI. Hampasss..Makkal Sakti ni...baru jadi parti baru dah bergaduh semacam.

Maka mereka menggunakan Mahkamah sebagai tempat atau medan menutup mulut rakyat. Sesiapa yang membuka mulut ketika proses mahkamah sedang dijalankan atau sedang dalam siasatan maka mereka yang bercakap ini akan di tangkap dan didakwa atas tuduhan menghina mahkamah. Dalam masa proses ini berjalan maka setiap rakyat perlu diam dan hanya akhabr-akhbar mereka sahaja yang boleh berbicara tentang perkara ini dan isu ini akan di panjangkan hinggalah pada Pilihanraya yang akan datang. Maka UMNO dan BN akan terselamat dari berbicara tentang isu ini dan dari terus diperkatakan oleh PR dalam Pilihanraya yang akan datang.

Seperkara lagi....jika dibawa ke Mahkamah.....walaupun dengan bukti dan fakta yang sangat kukuh dan saksi yang sangat hebat iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tetapi jika UMNO & BN melantik Hakim yang bodoh lagi Tolol menjadi hakimnya maka jangan haraplah PR akan menang dalam kes ini. Lantiklah peguam yang hebat dan terhandal di dunia sekalipun.....sekali-kali PR tidak akan menang selagi mana yang duduk di situ adalah hakim yang tolol yang dipilih oleh Kerajaan UMNo dan BN.

UMNo dan BN memang sebesar-besar perompak duit rakyat. Wang Royalti ditukar namanya menjadi wang Ehsan dan diagih-agihkan di kalangan mereka dan ahli UMNO dan mengetepikan hak rakyat Kelantan tanpa mengira latarbelakang politik rakyat Kelantan.

Sebenarnya UMNO dan BN sangat gerun dan takut....sekiranya wang Royalti ini diberikan kepada Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Pas maka Kerajaan PAS Kelantan akan menjadi semakin kuat dan tentunya bakal melebarkan sayapnya merentasi negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia dan akhirnya UMNO dan BN hanya tinggal namanya sahaja dipersada politik Tanahair selepas Pilihanraya yang akan datang.

Oleh yang demikian..kalau dapat rompak....rompaklah wang royalti minyak tersebut walau apa yang terjadi sekalipun. Apa UMNo dan BN nak takut.....Mahkamah dan Polis di bawah bidang kuasa mereka, Petronas dibawah mereka, SPRM di bawah kuasa mereka, SPR dibawah kuasa mereka. Tiada yang lebih tinggi dari kuasa Jabatan berkanun di atas....melainkan semuanya di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Panglima7 Wrotes.

MASYARAKAT ASLI BERHIMPUN DI PUTRAJAYA


Sekurang-kurangnya 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

"Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.

"Dasar itu menyatakan tanah seluas enam hingga lapan ekar sahaja diberikan kepada ketua isi rumah. Kita mahu semua tanah yang dbuka oleh nenek moyang kami sebelum ini diberikan milik kepada kami, bukan enam atau lapan ekar sahaja," katanya lagi.

Tambahnya, masyarakat itu juga ingin menuntut supaya sekatan-sekatan dalam dasar tersebut dimansuhkan bagi membolehkan mereka diberikan hak untuk memperdagangkan tanah berkenaan.

Perhimpunan esok dijangka menjadi perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA ORANG ASLI PUN DAH BERANI BERSUARA SEKARANG INI..JADI TAKKAN KITA KAUM MELAYU TAKUT-TAKUT LAGI UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN DAN MENUNTUT APA YANG HAK...JIKA KITA TERUS TAKUT MAKA KITA AKAN TERUS-TERUS DITINDAS OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END..SO APA LAGI BANGKITLAH DUHAI BANGSAKU MENYATAKAN KEBENARAN DAN MENUNTUT APA YANG HAK...

Tuesday, March 16, 2010

PROF ABU HASSAN : YB BEBAS O.K, YB BEBAS@KATAK K.O!!!


Bertanding dan menjadi Ahli Parlimen Bebas tidak salah tetapi mengisytihar diri sebagai Ahli Parlimen Bebas sedangkan menang atas tiket parti politik tertentu, jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Demikian penegasan pengasas Zentrum Features Study Malaysia, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada TV Selangor.

Kebelakangan ini beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisyihar keluar parti tetapi enggan mengosongkan kerusi.

Sesetengah mereka pula mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra Barisan Nasional walaupun kemenangan mereka diraih atas kapasiti calon Pakatan Rakyat.

Abu Hassan mengkategorikan mereka yang melompat parti, kemudian mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas sebagai tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah rakyat.

"Ahli politik bebas itu adalah ahli politik yang berpaling tadah yang melompat keluar daripada parti dan kita dah sebut dari awal tadi dia menentang falsafah etika sebuah demokrasi sebab ketika mereka dipilih sebagai wakil rakyat mereka dipilih atas kapasiti parti yang mereka wakilkan," katanya
.

Hassan menyifatkan calon Bebas yang sejati tidak bersifat partisan dengan menyokong parti tertentu dalam kebanyakan isu.

"Tetapi dalam pilihan raya ke 13 kemungkinan berkembang calon bebas ini yang lebih betul, iaitu calon bebas yang sebenar, mereka datang kerana kesedaran-kesedaran untuk memperjuangkan hak-hak minorita, hak-hak minority yang mereka wakilkan kemungkinan mereka jadi calon bebas tapi mereka tidak berpihak pada parti A parti B," tegasnya.


Sumber : TV Selangor

JEBAT_BERANI : BERTANDING TIKET BEBAS DAN MENJADI BEBAS SELEPAS KELUAR PARTI ADALAH SANGAT BERBEZA..MEREKA YANG BERTANDING ATAS TIKET PARTI INI BOLEH DIKATOGORIKAN SEBAGAI AGAK BERANI MANAKALA MEREKA YANG MENJADI BEBAS SELEPAS KELUAR DARU PARTI BOLEHLAH DIPANGGIL KATAK...
SEJAK AKHIR-AKHIR INI BERMACAM-MACAM JENIS YB BEBAS YANG BOLEH KITA LIHAT..ADA YANG BEBAS TAPI "MESRA" UM-NO/BE-END DAN ADA YANG BEBAS TAPI TAK "MESRA" MANA-MANA PIHAK...TAPI YANG JELAS MANA-MANA YB YANG MENJADI BEBAS SETELAH MENINGGALKAN PARTI ASALNYA ADALAH "KATAK"..

MEREKA LUPA PADA AMANAH YANG DIBERIKAN PENGUNDI KEPADA MEREKA...MALAH AMANAH PARTI ASAL MEREKA JUGA TELAH MEREKA KHIANATI...YB-YB BEBAS@KATAK INI MENGATAKAN BAHAWA MEREKA MENJADI BEBAS@KATAK DEMI MEMBELA NASIB PENGUNDI HANYA ALASAN SEMATA-MATA DEMI MENGHALALKAN PERBUATAN MEREKA MENJADI BEBAS@KATAK..

SEDANGKAN MAJORITI PENGUNDI MAHUKAN YB-YB BEBAS@KATAK INI MELETAKKAN JAWATAN KERANA TELAH MENGKHIANATI AMANAH YANG TELAH MEREKA BERIKAN..NAMUN YB-YB BEBAS@KATAK INI TANPA SEGAN SILU MENGAKU BAHAWA MEREKA MASIH MENDAPAT SOKONGAN PENGUNDI MEREKA SEBELUM INI....MALAH MEREKA JUGA MENDAKWA BAHAWA UNDI YANG DIPEROLEHI SEBELUM INI ADALAH KERANA KREABILITI MEREKA BUKANNYA KERANA PENGARUH PARTI..HUHUHUHUHUHU

SEJAUH MANA YB-YB BEBAS@KATAK INI MAMPU BERTAHAN SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN..APA YANG BOLEH HAMBA KATAKAN HANYA SATU..SPESISI YB-YB BEBAS@KATAK INI PASTI AKAN PUPUS PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13 NANTI..DAN HAMBA SANGAT BERKEYAKINAN DENGANAPA YANG HAMBA KATAKAN INI..TAK PERCAYA..???SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN NANTI..TUNGGUUUUUUU!!!!!!!

ROYALTI MINYAK : FAKTA V/S AUTA

JEBAT_BERANI : DALAM MEMBICARAKAN ISU TUNTUTAN ROYALTI MINYAK INI JELAS SEKALI BAHAWA "AUTA" TAKKAN MAMPUN MENANDINGI "FAKTA"..PUAK-PUAK UM-NO/BE-END SERING MEMBERIKAN MATLUMAT "AUTA" BAGI MEYAKINKAN RAKYAT AGAR MENGHALALKAN PERBUATAN MEREKA MENAFIKAN TUNTUTAN KERAJAAN KELANTAN KE ATAS ROYALTI MINYAK INI...

NAMUN MATLUMAT "AUTA" INI DISANGGAH SAMA SEKALI OLEH KERAJAAN KELANTAN DENGAN MEMBERIKAN PELBAGAI "FAKTA" YANG SAH BAGI MEMBUKTIKAN YANG KELANTAN BERHAK KE ATAS WANG ROYALTI MINYAK INI...DAN WALAUPUN TELAH KETANDUSAN "AUTA" UNTUK DIBERIKAN,UM-NO/BE-END TETAP BERDEGIL UNTUK TIDAK MEMBERIKAN WANG ROYALTI MINYAK KEPADA KELANTAN TETAPI SEBALIKNYA INGIN MEMBERIKAN WANG EHSAN YANG SANGAT DIRAGUI AKAN KETELUSAN PENGAGIHANNYA...

KERATAN AKHBAR DI BAWAH INI MENUNJUKKAN BAHAWA KELANTAN BERHAK KE ATAS ROYALTI MINYAK INI...BERDASARKAN PETIKAN AKHBAR INI YANG BERBUNYI,"Beliau berkata,Kerajaan Negeri akan menerima bayaran royalti lima peratus dari Kerajaan Persekutuan melalui perlombongan telaga gas asli di kawasan yang bersempadanan dengan pantai Kelantan dengan pantai Thailand".KENYATAAN INI SEBENARNYA SUDAH CUKUP SANGAT JELAS BAHAWA KELANTAN BERHAK KE ATAS WANG ROYALTI MINYAK INI...NAMUN DISEBABKAN KELANTAN TIDAK DIPERINTAH OLEH UM-NO/BE-END MAKA HAK INI DINAFIKAN...



KENYATAAN AKHBAR INI BUKANLAH DIKELUARKAN OLEH DATO HUSAM MUSA...BUKAN JUGA SAIFUDDIN NAUTION DAN BUKAN JUGA TOK GURU NIK AZIZ...AKAN TETAPI KENYATAAN INI DIKELUARKAN OLEH DATUK HAJI MOHAMMAD YAAKOD...SIAPAKAH BELIAU??BELIAU ADALAH SEORANG AHLI UM-NO KELANTAN YANG MENJAWAT JAWATAN MENTERI BESAR KELANTAN PADA TAHUN 1983 DAN KENYATAAN INI DIBUAT KETIKA BELIAU MASIH MENJAWAT JAWATAN MENTERI BESAR KELANTAN...

NAMUN KETIKA ITU TIDAK SAMA SEKALI TIMBUL ISU BAHAWA KELANTAN TIDAK BERHAK KE ATAS ROYALTI MINYAK INI...TIDAK TIMBUL ISU SEMPADAN,ISU JDA,ISU JARAK 3 BATU NAUTIKA DAN JUGA ISU "ORDINAN DARURAT 1969...MENGAPA TIDAK TIMBUL SEMUA ISU INI???HANYA SATU JAWAPAN YANG SESUAI DAN TEPAT..JAWAPANNYA IALAH KERANA KETIKA ITU KELANTAN DIPERINTAH OLEH UM-NO/BE-END..MAKA SEMUANYA BOLEH DAN TIDAK ADA YANG MENGHALANG..

DAN KINI APABILA KELANTAN DIPERINTAH OLEH PAS,KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA CUBA MENAFIKANN HAK KELANTAN MENDAPAT ROYALTI MINYAK INI DENGAN MEMBERIKAN PELBAGAI "AUTA"...SEDANGKAN MEREKA SEDAR BAHAWA WANG ROYALTI INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN KERAJAAN KELANTAN BAGI MEMBANGUNKAN KELANTAN DEMI KEBAIKAN DAN KEMUDAHAN RAKYAT KELANTAN...AKAN TETAPI DEMI MEMPERTAHANKAN POLITIK SEMPIT MEREKA,UM-NO/BE-END BERJUANG HABIS-HABISAN MENAFIKAN DAN MENGHALANG KERAJAAN KELANTAN DARIPADA MENDAPAT WANG ROYALTI MINYAK INI...

INIKAH APA YANG MEREKA SERING LAUNG-LAUNGKAN SELAMA INI MELALUI SLOGAN CIPTAAN PRESIDEN MEREKA NAJIB ALTANTUYA...KONONNYA "RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN"???APA YANG JELAS ADALAH "RAKYAT DIDUNGUKAN,PERCAPAIAN TAK DIPERDULIKAN"...UM-NO/BE-END HANYA MENGGUNAKAN SLOGAN INI UNTUK MENGABURI RAKYAT DENGAN AGENDA JAHAT MEREKA...MALAH SLOGAN INI JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEREKA MERAIH KEUNTUNGAN DARI KESUSAHAN YANG DIALAMI RAKYAT...DAN APAKAH KITA SEBAGAI RAKYAT HENDAK MEMBIARKAN SAHAJA PERKARA INI BERLAKU??

HAMBA MENYERU KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA TAK KIRA RAKYAT KELANTAN ATAU MANA-MANA NEGERI AGAR BANGKIT MENYUARAKAN HAK RAKYAT INI...UM-NO/BE-END PERLU DIHALANG DARI TERUS MEROMPAK HAK RAKYAT DEMI KEKAYAAN KAUMM KERABAT MEREKA..PERJUANGAN MENUNTUT ROYALTI MINYAK INI HANYALAH SEBAHAGIAN DARI PERJUANGAN MENUNTUT UM-NO/BE-END MENGEMBALIKAN SEMULA HARTA RAKYAT YANG MEREKA "ROMPAK" SELAMA INI...OLEH ITU PERJUANGAN INI PERLU DIGERAKKAN OLEH SEMUA RAKYAT YANG MAHU HARTA RAKYAT INI DIKEMBALIKAN..

KETUA PEMUDA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS PERAK DITEMBAK MATI

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.

Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.
Difahamkan, suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Mangsa yang berusia 34 mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat.Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang berada di kedai itu tidak dicederakan.

Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Hilir Perak meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 05-6212222 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Husain bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli seluruh negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang atau lebih dikenali sebagai Siva.

Katanya, bagi PAS Perak, mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS negeri, juga sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak, selain itu mendiang juga dikenali sebagai pemuda yang mempunyai akhlak yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat.

Mendiang juga, katanya banyak berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.

"Kami berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara khususnya dalam Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak," ujarnya dalam satu kenyataan.Dewan Pemuda PAS negeri pula mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam terhadap Siva itu.

Naib ketuanya, Salman Saleh merakamkan rasa yang amat sedih dengan berita yang telah dilaporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang mengenai kepala dan dada mangsa.Oleh yang demikian, beliau meminta pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut.

Pihaknya juga, kata beliau meminta ahli keluarga mendiang dan semua Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku itu.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA MEDIANG DAN SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI...SEMOGA PIHAK BERKUASA DAPAT MENANGKAP DENGAN SEGERA MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB DENGAN PEMBUNUHAN INI..