WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, March 19, 2010

YB SAIFUDDIN NASUTION DAKWA PEMIMPIN UM-NO MINUM ARAK


JEBAT_BERANI : AHLI PARLIMEN MACHANG,YB SAIFUDDIN NASUTION MENDAKWA TERDAPAT PEMIMPIN UM-NO YANG MENGHIDANGKAN MINUMAN KERAS PADA ULANG TAHUN PERKAWINANNYA..DAKWAAN INI SANGAT TIDAK DISENANGI OLEH SEORANG MENTERI KANAN DARI UM-NO..MENGAPA??SIAPA MAKAN CILI PASTI TERASA PEDASNYA...

YB SAIFUDDIN TURUT MENDAKWA DALAM SATU LAWATAN YANG DIANJURKAN OLEH UM-NO KE AMERIKA SYARIKAT,SEORANG PEMIMPIN PARTI ITU TELAH TERTIDUR DI DALAM KASINO...SIAPAKAH PEMIMPIN UM-NO TERSEBUT??PASTINYA EMPUNYA DIRI MULA TERASA BAHANG PANASNYA DAN PASTI AKAN MELEDAK TAK LAMA LAGI..

KENYATAAN YB SAIFUDDIN INI PASTI AKAN DIPERSOALKAN OLEH PUAK-PUAK PENYOKONG PARTIUM-NO/BE-END INI..SAMAADA YB SAIFUDDIN HANYA MENABUR FITNAH ATAU IANYA ADALAH REALITI KEHIDUPAN SEORANG PEMIMPIN UM-NO RASA-RASANYA KITA SEMUA SUDAH KETAHUI...MUNGKIN TIDAK SEMUA PEMIMPIN UM-NO BEGITU..TAPI BERANI HAMBA KATAKAN KEBANYAKKANNYA TIDAK TERLEPAS DARI MENGAMBIL 'AIR KENCING SETAN' INI..

DAN SEKIRANYA BENAR YB SAIFUDDIN CUBA MENGFITNAH PIMPINAN UM-NO INI,ADALAH WAJAR PIMPINAN UM-NO INI MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MEMBERSIHKAN NAMA MERAKA..JIKA TIDAK PASTINYA RAKYAT AKAN PERCAYA DENGAN DAKWAAN YB SAIFUDDIN INI..BAK KATA ORANG..BERANI KERANA BENAR....JADI KALAU YAKIN DIRI DI PIHAK YANG BENAR MAKA SAMANLAH YB SAIFUDDIN DI MAHKAMAH..BOLEH DAPAT DUIT APA KALAU MENANG...KALAU KALAH LU JAWAB LA SENDIRI..HAHAHAHAHUHUHUHUHUHUHOHOHOHOHOHOHOHIHIHIHIHIHIHI
....

ZAMBRY KUNDETA : ADA USAHA DARI 11 KETUA BAHAGIAN UNTUK JATUHKAN BELIAU


Wujud tangan ghaib cuba menjatuhkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir apabila 11 ketua bahagian dikaitkan dengan gerakan sulit ini.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, khabar angin kuat mengatakan 11 Ketua Bahagian menganjurkan gerakan sulit untuk memburukkan imej dan kedudukan Dr Zambry sebagai Menteri Besar ke peringkat kepimpinan pusat UMNO

Menurutnya, suara dari kumpulan yang boleh dilabelkan sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada Menteri Besar cuba menikam dari belakang, menggunakan gerakan sulit.
“Kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 11 ketua bahagian UMNO negeri ini dalam usaha menganjurkan gerakan sulit semata-mata mahu melihat Dr Zambry meninggalkan jawatan dipegang sekarang.

“Inilah sikap dan tindak-tanduk pemimpin bahagian yang tidak matang serta tidak cerdik dalam permainan politik mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, mereka tidak boleh bersikap demikian kerana sebagai seorang pemimpin atau ketua bahagian, sokongan jitu perlu diberikan kepada kepimpinan Menteri Besar bukannya memulaunya.

Katanya, jika pihak berkenaan tidak boleh menerima arahan atau pandangan Menteri Besar, letak jawatan adalah keputusan terbaik bagi membersihkan serta memulihkan kembali imej UMNO yang dipenuhi dengan pemimpin pentingkan diri serta kroni.

“Dipercayai 11 ketua bahagian ini diketuai oleh seorang ketua yang cukup berpengaruh dalam UMNO negeri serta dalam masa sama merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Individu inilah yang dipercayai menjadi dalang kepada gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar.

“Saya cukup terkejut dan hairan kenapa mereka ini sanggup bersikap sedemikian walhal kita di bawah satu bumbung, parti, agama serta bangsa yang sama, kalau beginilah sikap mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, UMNO hanya tinggal nama sahaja,” katanya.

Sumber : SinarHarian-

JEBAT_BERANI : SAMAADA PERKARA INI BENAR ATAU SEKADAR SPEKULASI BUKANLAH MENJADI PERSOALANNYA..SEMEMANGNYA JIKA IANYA BENAR-BENAR TERJADI SEKALIPUN PADA HAMBA BUKAN SESUATU YANG MEMERANJATKAN KERANA KITA SEMUA SEDIA MAKLUM AKAN BUDAYA CATAS MENCATAS DI DALAM UM-NO/BE-END..MALAH JIKA PERKARA INI BENAR-BENAR TERJADI HAMBA RASA IANYA ADALAH PENGAJARAN YANG SANGAT BERMAKNA KEPADA ZAMBRY SENDIRI AGAR TIDAK BERTINDAK MERAMPAS HAK ORANG LAIN DI LAIN MASA...SEMOGA PUAK-PUAK PENGKHIANAT RAKYAT PERAK INI SEGERA HANCUR OLEH KETAMAKKAN MEREKA SENDIRI DAN SEMOGA PIHAK YANG BERHAK KEMBALI MEMERINTAH...

ZAHRAIN : ATTACK DOG UNTUK UM-NO/BE-END DAKWA DIBERITAHU 8 MP BN AKAN LOMPAT KE PKR

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau dan wakil rakyat PKR diberitahu bahawa lapan ahli Parlimen disebut-sebut akan melompat menyertai PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Beliau mendakwa mereka Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), katanya menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

Kenyataan itu menyebabkan timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencelah bertanya "Timbalan Speaker yang mana (Zahrain maksudkan)?" menyebabkan Dewan diselubungi gelak ketawa ahli Parlimen.

Semalam, tindakan Zahrain mendedahkan kepincangan PKR dan pakatan pembangkang yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan ketua pembangkang itu bertindak keluar dewan.

Zahrain berkata beliau yakin tindakannya keluar parti adalah tindakan tepat kerana tidak mahu sejarah menghukumnya kerana tidak berbuat apa-apa ketika perjuangan PKR dan pakatan pembangkang semakin terpesong menjadi perjuangan peribadi yang sempit.

Sementara itu, Zahrain menafikan beliau adalah "askar upahan" Umno dan BN berikutan kelantangannya ketika ini berbanding semasa bersama PKR dahulu.

Beliau berkata sekiranya beliau bersifat vokal seperti ini sebelumnya sudah tentu keadaan dalam PKR akan menjadi kelam kabut.

"Kalau saya bising macam ini, keadaan jadi kelam-kabut," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dakwaan itu timbul apabila semalam, beliau secara lantang dan terbuka mendedahkan pembohongan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap ahli Parlimen pakatan pembangkang yang mendakwa mereka mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi daripada ahli parlimen BN bagi membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

Zahrain juga mendedahkan bahawa pada masa itu beliau percaya yang perkara itu adalah benar memandangkan Anwar mengatakan pelan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan pendedahannya itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menggelarkan beliau sebagai "Attack Dog" kepada BN dan Umno untuk menjatuhkan pakatan pembangkang.

Saifuddin mendakwa Zahrain dijadikan sebagai watak baru untuk menyerang pakatan pembangkang dan sifatnya ini adalah berbeza berbanding ketika bersama-sama PKR dahulu.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA MAKIN MENJADI JADI PLAK SI ZAHRAIN NIE..BEGITU BERIA-IA BELIAU CUBA MEMBURUKKAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM..MARAH BENAR BELIAU NAMPAKNYA..MARAH SEBAB APA YE?SEBAB TAK DAPAT TENDER PENYELENGARAAN PADANG GOLF YANG BERNILAI RM40 JUTA BARANGKALI...EHM KESIAN,KESIAN...SAMPAI BILA LA AGAKNYA SI ZAHRAIN INI AKAN MAMPU BERTAHAN DAN MENJADI "ATTACK DOG" KEPADA UM-NO/BE-END SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN...YANG HAMBA PASTI UNTUK PENGGAL AKAN DATANG BELIAU TAK AKAN BERGELAR YB LAGI..COMFIRM 200%...TAK PERCAYA KITA TUNGGUUU...

SULTAN SELANGOR BATALKAN HASRAT RASMI AGM PERKASA YANG TAK "PERKASA"!!

KEPUTUSAN Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dijadulakan pada 27 Mac ini di PWTC adalah tepat. Menurut Setiausaha Sulit baginda Mohamad Munir Banir pembatalan itu bagi mengelak salah tanggap dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Katanya, mulanya Sultan berkenan untuk berangkat dan menyampaikan titah ucapan perasmian dengan mengambil kira Perkasa mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

Dalam titah ucapan itu juga kata Mohamad Munir baginda bercadang untuk menasihat Perkasa supaya tidak ekstrem. Mungkin Sultan Selangor menyedari tindak tanduk Perkasa ekstrem dalam memperjuangkan beberapa isu maka baginda bercadang untuk menegur Perkasa.

Bagaimana pun cadangan itu berubah. Pembatalan itu sedikit sebanyak menjejaskan Perkasa sebagai sebuah NGO. Presidenya khabar marah dengan pembatalan itu dan bercadang untuk mengambil tindakan (menyaman) sebuah akhbar. Kenapa?

Pembatalan itu mungkin baginda Sultan Shafaruddin atau penasihat baginda dapat merasai apa yang sedang dimainkan pertubuhan berkenaan. Mungkin juga yang Perkasa sebenarnya adalah alat kepada orang tertentu bagi mencapai agenda peribadi menyebabkan Sultan Shafaruddin membatalkan hasratnya itu untuk mengelakkan diri baginda dibabitkan dengan hal-hal yang tidak sewajarnya dan boleh mencemarkan nama baik baginda.

Sekiranya alasan baginda untuk merasmi Perkasa atas dasar Melayu, Islam dan menjaga hak kepentingan bumiputera lebih baik dan sesuai kalau baginda merasmikan persidangan agung Umno kerana Umno lebih Melayu, lebih Islam dan lebih bumiputera daripada Perkasa. Lagipun dari segi keahlian, ahli Umno lebih ramai berbanding dengan Perkasa.

Bukan itu saja, hampir 99.9 peratus mereka yang menyertai Perkasa adalah ahli Umno, bekas ahli dan termasuk juga mereka yang dipeccat ataupun yang sudah monopous dan tidak laku digadai lagi. Adalah memalukan untuk Sultan merasmikan sebuah NGO yang kualiti ahlinya boleh dipertikai atau kelas 'ayam raga'.

Sepatutnya kepimpinan Perkasa tidak tergamak untuk menjemput Sultan merasmikan pertubuhan itu kalau mereka menyedari akan keburukan ataupun moral sesetengah pemimpinnya.

Rasanya adalah baik dan lebih tepat serta lebih sesuai kalau Perkasa mengundang Dr Mahathir Mohamad untuk merasmi mesyuaratnya lagi pun sudah agak lama Mahathir tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Setidak-tidaknya kalau Mahathir dijemput dapat bekas PM itu mengeluarkan idea-idea dan kritikan terbaru beliau termasuklah mengenai ucapan cukup bernas oleh ahli parlimen bebas dari Bayan Baru di parlimen semalam. [wm.kl 6:30 pm 18/03/10]

Sumber : msomelayu.blogspot.com

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SULTAN SELANGOR TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT..PERKASA BUKANLAH SEBUAH NGO YANG BENAR-BENAR MEMPERJUANGANKAN HAK ORANG MELAYU..IANYA HANYA MENJADI PLATFORM UNTUK IBRAHIM ALI BERSUARA DEMI KEPENTINGAN PRIBADI BELIAU SAHAJA..HAMBA TIDAK NAMPAK SEBARANG HASIL YANG DILAKUKAN OLEH PERKASA DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU..HANYA TERPEKIK TERLOLONG SAHAJA DAN HANYA MENJADI JUARA DALAM MENCETUSKAN ISU YANG BOLEH MENGUGAT KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM..

PEMBATALAN KEBERANGKATAN SULTAN SELANGOR MERASMIKAN MUSYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKASA NAMPAKNYA KURANG DISENANGI OLEH IBRAHIM ALI..MENGAPA?SUDAH PASTI KERANA IANYA SECARA TIDAK LANGSUNG MENCERMINKAN BAHAWA SULTAN SELANGOR JUGA TIDAK BERSETUJU DENGAN CARA PERKASA MEMAINKAN PERANANNYA..DISEBALIK KONONNYA MEMPERJUANGKAN KAUM MELAYU,PERKASA SEAKAN-AKAN TERLUPA BAHAWA MALAYSIA JUGA MEMPUNYAI RAKYAT YANG BERBILANG KAUM..PERKASA MELALUI PRESIDENNYA SERINGKALI MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENYINGGUNG LAIN-LAIN KAUM DI MALAYSIA..

TINGKAH LAKU PERKASA INI BOLEH MENCETUSKAN PERBALAHAN ANTARA KAUM DAN SEKALIGUS MENGUGAT KEHARMANIAN YANG TELAH KITA SEMUA KECAPI SEKIAN LAMA..SEPATUTNTA PERKASA BERHATI-HATI DALAM MEMBICARAKAN HAK ORANG MELAYU AKAN TIDAK MENYENTUH SENSEVITI LAIN-LAIN KAUM DIMALAYSIA..INI PERLU DILAKUKAN AGAR TIDAK TIMBUL SEBARANG MASALAH YANG BOLEH MENIMBULKAN PERBALAHAN ATAU SALAH FAHAM ANTARA KAUM DI MALAYSIA..

ROYALTI MINYAK : KULI TOLAK CADANGAN BAWA KE MAHKAMAH


JEBAT_BERANI : ISU ROYALTI NAMPAKNYA BELUM ADA TANDA-TANDA AKAN BERAKHIR..KEDEGILAN PUAK-PUAK UM-NO/BE-END MENAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN UNTUK MENIKMATI WANG ROYALTI MINYAK INI BENAR-BENAR MENUNJUKKAN SIKAP ANGKUH DAN MEMENTINGKAN POLITIK SEMPIT MEREKA BERBANDING KEBAJIKAN RAKYAT SEBAGAIMANA YANG SERING MEREKA LAUNGKAN,"RAKYAT DIDAHULUKAN,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN"...APAKAH ISU INI AKHIRNYA AKAN BERKESUDAHAN DI MAHKAMAH SEBAGAIMANA YANG DIHARAPKAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END KERANA MEREKA SANGAT YAKIN MAHKAMAH PASTI AKAN MEMIHAK KEPADA MEREKA MEMANDANGKAN MAHKAMAH KINI SUDAH MENJADI KUDA TUNGGANGAN PUAK-PUAK UM-NO/BE-END..

BEKAS PENGERUSI PETRONAS,TENGKU RAZALEIGH HAMZAH MENOLAK CADANGAN UNTUK MEMBAWA ISU ROYALTI MINYAK INI KE MAHKAMAH KERANA YAKIN IANYA TIDAK AKAN MEMBERIKAN APA-APA KESAN POSITIF YANG DIHARAPKAN..BELIAU MENJADIKAN KES PEREBUTAN KUASA DI PERAK SEBAGAI CONTOH KETIDAKADILAN MAHKAMAH TERHADAP KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
.."Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.

"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta,"
KATA BELIAU DIHADAPAN LEBIH 5,000 PENONTON DAN PENDENGAR DIALOG ROYALTI PETROLEUM DI TERENGGANU EQUAESTRIAN RESORT(TER) DEKAT KUALA IBAI..DIALOG INI ADALAH ANJURAN MAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU ATAU MAMPAT BERSAMA GEGAR IAITU NGO YANG MEMPERJUANGKAN ROYALTI MINYAK UNTUK KERAJAAN TERENGGANU DAN KELANTAN...TURUT HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT IALAH WAKIL DATUK MUSTAFA ALI,WAKIL KERAJAAN TERENGGANU KETIKA DI PERINTAH PAS DAN DATUK ABU BAKAR CHIK SERTA WAKIL KERAJAAN KELANTAN,DATUK HUSAM MUSA..

MAJLIS TERSEBUT TELAH DIRASMIKAN OLEH TENGKU SERI PADUKA RAJA TENGKU IBRAHIM ISMAIL YANG MERUPAKAN PENAUNG MAMPAT..ORANG RAMAI YANG HADIR DALAM MAJLIS INI TURUT MENANDATANGANI KAIN RENTANG BAGI MEMBANTAH SEKATAN ROYALTI UNTUK KERAJAAN KELANTAN DAN TERENGGANU..KAIN RENTANG TERSEBUT TURUT DITANDATANGANI OLEH DATUK HUSAN MUSA DAN TENGKU PADUKA RAJA TENGKU IBRAHIMISMAIL...PADA MAJLIS ITU JUGA BERLANGSUNGNYA UPACARA PELANCARAN BUKU KOMPILASI UCAPAN,KERTAS KERJA DAN FORUM KONVENSYEN ROYALTI PETROLEUM YANG DIADAKAN PADA TAHUN 2008..

USAHA BERTERUSAN KERAJAAN KELANTAN DAN RAKYAT TERENGGANU MENUNTUT AGAR KERAJAAN UM-NO/BE-END BERLAKU ADIL DAN MENGEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT UNTUK MENIKMATI WANG ROYALTI MINYAK INI PERLU DILAKUKAN OLEH SEMUA PIHAK..KERAJAAN UM-NO/BE-END PERLU TERUS DITEKAN DENGAN ISU INI DAN RAKYAT JUGA PERLU SENTIASA DIDEDAHKAN DENGAN MATLUMAT YANG TEPAT BERKAITAN ISU INI...KITA TIDAK BOLEH MEMBIARKAN ISU INI MENJADI 'SEJUK' DAN TERUS DILUPAKAN UM-NO/BE-END DAN JUGA RAKYAT..SEGALA MATLUMAT YANG BOLEH MENYOKONG TUNTUTAN ROYALTI INI MESTI DIDEDAHKAN KEPADA RAKYAT AGAR MEREKA JUGA BOLEH TURUT MEMPERKATAKAN ISU INI DAN SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MENEKAN KERAJAAN UM-NO/BE-END..

TAHNIAH BUAT MASYARAKAT ORANG ASLI DI ATAS KEBERANIAN MEREKA


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada Orang Asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya semalam kerana menuntut hak mereka yang dicabul.

Katanya, penghormatan patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai 2,000 orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak.

Perhimpunan semalam dianjurkan bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

“Nampaknya Orang Asli lebih sensitif dalam mempertahankan hak mereka yang dicabul oleh kerajaaan BN,” ujar Idris dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, katanya walaupun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan itu berkata: Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan.

Katanya, kejayaan Orang Asli yang mengumpulkan hampir 2,000 orang ke Putrajaya satu perkembangan yang baik.

“Ini bermakna kesedaran politik yang dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini sudah mendasari hingga ke akar umbi, seperti Orang Asli sudah berani menuntut hak mereka melalui jalan raya,” ujarnya.

Selama ini, katanya Orang Asli hanya menjadi pemerhati dari jauh dan dilihat oleh pemimpin BN sentiasa menyokong tindakan kerajaan.

“Hari ini mereka telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat dan sebagai mercu tanda perubahan politik pada masa akan datang insya Allah,” ujarnya lagi.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH UM-NO/BE-END MEMBUATKAN TAK KIRA APA JUA KAUM DI MALAYSIA INI MERASA TERANIAYA..JIKA SEBELUM INI HANYA KAUM MELAYU,CINA DAN INDIA SAHAJA YANG TERLIBAT DENGAN DEMONSTRASI,KINI MASYARAKAT ORANG ASLI YANG SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT YANG SERINNG TERPINGGIR DARI PELBAGAI MATLUMAT ISU SEMASA TANAHIAR KINI BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN DAN PENINDASAN KERAJAAN UM-NO/BE-END TERHADAP MEREKA....

INI SEMUA BERLAKU KERANA MEREKA MULAI SEDAR HAK MEREKA YANG PERLU DIPERJUANGKAN DARI TERUS DIRAMPAS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...MALAH MEREKA JUGA TIDAK SANGGUP LAGI BERDIAM DIRI MELIHAT KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH KARAJAAN UM-NO/BE-END TERHADAP KAUM MEREKA SELAMA INI..MEREKA TIDAK MENDAPAT PEMBELAAN YANG SECUKUPNYA DARI KERAJAAN YANG MEREKA BERIKAN UNDI SEBELUM INI..

KEBANGKITAN ORANG ASLI INI PASTINYA MEMBERIKAN TAMPARAN HEBAT KEPADA KERAJAAN UM-NO/BE-END..JIKA SEBELUM INI MEREKA SANGAT YAKIN DENGAN MUDAH UNTUK MEMPEROLEHI UNDI KAUM INI PADA SETIAP KALI PILIHANRAYA,NAMUN DENGAN SITUASI INI PASTINYA SEMUA ITU AKAN BERUBAH..MASYARAKAT ORANG ASLI KINI LEBIH PEKA KEPADA HAK MEREKA..MALAH MEREKA KINI LEBIH BERANI MENYUARAKAN PENDIRIAN DAN RASA TIDAK PUAS HATI MEREKA..SEMOGA KEBERANIAN MASYARAKAT ORANG ASLI INI AKAN MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA KITA SEMUA AGAR LEBIH BERANI UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK KITA DAN MENENTANG KEZALIMAN KERAJAAN UM-NO/BE-END...

Thursday, March 18, 2010

ROYALTI MINYAK : KEJAP ADA KEJAP TAKDE!!!


"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)



JEBAT_BERANI : TAHUN 1984 KETIKA MANA KELANTAN DIPERINTAH OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END,KELANTAN DISAHKAN MEMPUNYAI GAS ASLI POTENSI BESAR..NAMUN PADA TAHUN 2009 KETIKA MANA KELANTAN BERADA DI BAWAH PEMEERINTAHAN PAS,KERAJAAN 1 MALAYSIA MENGUMUMKAN BAHAWA KELANTAN TIADA SUMBER PETROLEUM...

SUNGGUH HAIRAN WAL AJAIB....PUAK-PUAK UM-NO/BE-END TERANG SEKALI CUBA MEMPERMAINKAN RAKYAT KELANTAN DEMI KEPENTINGAN KAUM KERABAT MEREKA..RAKYAT CUBA DIPERBODOHKAN DENGAN PENYATAAN "AUTA" MEREKA INI..DAN KENYATAAN "AUTA" MEREKA INI SERING MENDAPAT SOKONGAN PUAK-PUAK PENCACAI UM-NO/BE-END...TAPI BAGI KAMI RAKYAT YANG BERMARUAH,TIDAK SESEKALI AKAN KAMI BIARKAN DIRI INI DIPERBODOHKAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END INI...

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK INI AKAN TETAP DITERUSKAN WALAU APA JUA HALANGAN YANG DIBERIKAN..DAN KINI RAKYAT TERENGGANU TELAH SAMA-SAMA IKUT MENYUARAKAN TUNTUTAN ROYALTI MINYAK YANG DINAFIKAN OLEH UM-NO/BE-END SEBELUM INI KEPADA MEREKA...MAKIN PANASLAH PUNGGUNG PUAK-PUAK UM-NO/BE-END INI..MANA MUNGKIN "AUTA" MAMPU MENGALAHKAN "FAKTA
"

2000 MASYARAKAT ORANG ASLI BUKAN NAK MAKAN ANGIN DI PUTRAJAYA


KUALA LUMPUR, 17 Mac: Sebagai rakyat yang turut mempunyai hak dalam negara ini, lebih dua ribu masyarakat Orang Asli, pagi tadi berhimpun di Putrajaya untuk menyerahkan bantahan terhadap Dasar Pemberimilikan Tanah yang dilihat menyentuh terus dengan persoalan kehidupan seharian mereka.

Mereka berjaya menyerahkan memorandum bantahan itu melalui Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Majid Suhud kepada perdana menteri melalui Pegawai Tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim meskipun pada awalnya separuh daripada mereka berjaya dilencongkan ke destinasi yang tidak dirancang bagi menggambarkan himpunan itu gagal.

Sehubungan itu, seorang Aktivis Orang Asli Semenanjung Malaysia, Cik Jenita Engi menafikan kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal yang menyifatkan lebih 2,000 orang asli berhimpun di Putrajaya pagi tadi bukan untuk protes sebaliknya hanya datang 'melawat dan makan-makan sahaja'.

Cik Jenita menegaskan, keseluruhan orang asli yang datang ke Putrajaya adalah untuk memberikan sokongan padu kepada tindakan menyerahkan memorandum bantahan oleh POASM kepada perdana menteri berhubung DPT.

"Mereka merancang protes ini lebih empat bulan sebelum ini, malah pertemuan dengan menteri itu langsung tidak diketahui oleh mereka yang hadir kerana himpunan ribuan mereka untuk memberikan sokongan padu kepada proses menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri.

"Ada di kalangan mereka yang datang seawal 9.30 pagi sudah berada di Putrajaya tetapi dilencongkan oleh pihak polis dan meminta mereka berada di dalam auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama menteri itu," jelasnya lagi.

Menurutnya, ramai di antara mereka yang kelihatan sangat terkejut dengan majlis 'tiba-tiba' yang diambilalih oleh menteri berkenaan kerana mereka berkata, 'kami datang bukan untuk makan, kami datang untuk memberikan sokongan kepada bantahan terhadap dasar tanah itu'.

Orang ramai sangat kesal dengan sikap menteri itu mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata, mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.'

Shafie bercakap dalam perkataan serupa dengan janji-janji kerajaan yang selalu didengar menyebabkan orang asli yang berada dalam dewan sudah naik muak kerana apa yang dipersoalkan, jawapannya adalah sama sahaja, jelas Jenita yang sangat mesra dengan semua pihak media.

Ada di antara mereka, jelas Jenita lagi, keletihan kerana Shafie telah 'mengambil masa' mereka sejak jam 10 pagi hingga 1 petang kerana itu ada dalam kalangan mereka tidak mahu makan kerana kecewa dan sangat kecewa, kerana mereka datang untuk sokong protes.

"Saya sangat terkilan kerana sebaik selesai majlis itu, staf mereka menjemput kami 'makan free' di dewan makan. Apa maksud mereka dengan makan free? Kami semua masyarakat orang asli bukan datang kerana jemputan kamu tetapi kamu yang menebal muka menjemput kami singgah untuk merasa aircond pejabat kamu.

"Apatah lagi bila sahaja masyarakat bertanya soalan, tiada satu jawapan pun yang memenuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat, semuanya adalah sama dari dulu. Saya dapat merasakan yang masyarakat seperti dipermainkan oleh pihak-pihak yang langsung tidak mendengar suara yang sebenarnya dari komuniti.

"Pemberitahuan di saat-saat akhir boleh membunuh kepercayaan orang ramai jika ini terus berlaku. Bukan sahaja masyarakat orang asli sangat keliru dengan perjalanan protes hari ini tetapi wakil-wakil media juga sangat keliru dengan perubahan pada saat saat akhir tersebut," tegas Jenita lagi yang sangat kesal dengan tipu licik pihak berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Jenita berkata, selepas ini mereka akan adakan perundingan bersama pimpinan Orang Asli untuk melakukan tindakan lanjut ekoran berlaku peristiwa pelencongan oleh menteri berkenaan.

Dalam himpunan pagi tadi, sekitar seribu orang dilencongkan ke auditorium dan lebih seribu lagi sudah berada di satu persiaran berhadapan Pejabat Perdana Menteri dengan membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi Kami Tidak Bersetuju Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli, Iktirafkan Wilayah Adat Kami, Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati dan Jangan Hapuskan Akta Kami.

Perhimpunan anjuran bersama POASM dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak bertujuan menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan gagal dalam rundingan dengan JHEOA, baru-baru ini.

Untuk rekod, dasar tanah itu dikatakan akan dibentangkan di Parlimen pada Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara dan untuk tujuan sama, pada 24 Februari lalu, mereka mengadakan satu demonstrasi bantahan di hadapan pejabat JHEOA di Gombak.

Sekitar jam 2.30 petang tadi, memorandum itu berjaya diserahkan oleh Majid kepada Ghazali yang diiringi tepukan gemuruh mereka yang hadir selepas dimaklumkan memorandum telah berada di tangan pihak berkenaan.

Memorandum serupa juga diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yak Chopil yang kandungannya secara umum menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA....KELAKAR SUNGGUH MENTERI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH,DATUK SERI SHAFIE AFDAL...ADA KE DIE KATA MASYARAKAT ORANG ASLI YANG DATANG KE PUTRAJAYA NI HANYA UNTUK BERJALAN-JALAN MAKAN ANGIN DAN MAKAN-MAKAN...HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..NAK MASUK RAJA LAWAK KE APA...BINGAI BETUL LA DIE NIE..MACAM MANA BOLEH JADI MENTERI PUN HAMBA TAK TAHU...HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA....

DATO SERI ANWAR IBRAHIM SINDIR NAJIB MASUK BANGKUL ANGKAT SEDIRI!!

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.

“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”

Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.

“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.

Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.

“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.

“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada perdana menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut.

Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen. Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu.

“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SUDAH MENJADI TRADISI KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA UNTUK MENGANGKAT BAKUL SENDIRI...SELAMA INI WALAUPUN APA YANG MEREKA LAKUKAN MENDAPAT BANTAHAN RAKYAT MEREKA TETAP MENGATAKAN BAHAWA RAKYAT SANGAT BERSETUJU DENGAN TINDAKAN MEREKA..PROPAGANDA INI SELALUNYA DIMAINKAN OLEH PUAK-PUAK AKHBAR PENGAMPU MEREKA TERMASUKLAH SALURAN TELEVISYEN YANG TURUT MEMAINKAN PERANAN MENGANGKAT IMEJ MEREKA WALAUPUN HAKIKATNYA RAKYAT AMATLAH MELUAT DENGAN MEREKA INI...

SAJAK : JIKA JEBAT TIDAK MENDERHAKA!!


JIKA JEBAT TIDAK MENDERHAKA!!

Sepanjang hidupnya
Jebat mendengar Tuah berkata
pantang Melayu menderhaka

Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka

Tuah mengajar mereka menghafalnya
Tuah meminta mereka berjanji
untuk mentaati.

Sehinggalah pada hari itu
Tuah dihukum tanpa usul periksa
Tuah yang setia dituduh menderhaka
Tuah yang dikasihi dihukum mati
siapakah yang dapat berdiam diri.

Dengan marah yang menggelegak
Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergamam
terbayang wajah Tuah
bersungguh-sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
amanat orang yang disayangi
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.

Kerana kasihnya kepada Tuah
Jebat tidak jadi membantah
dia pun tunduk
menerima segala tugas can anugerah
yang telah dilucutkan daripada Tuah.

Tidak ada apa-apa
yang berlaku di Melaka
kerana Jebat tidak jadi menderhaka
tidak ada apa-apa yang mengganggu
ketika raja lena beradu
didodoi dayang diulit lagu.

Kerana Jebat tidak menderhaka
Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
Hiduplah dia di hutan
sehingga mati dan dilupakan


JEBAT_BERANI : RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI KALIAN YANG MEMPERSOALKAN PERJUANGAN KAMI PAKATAN RAKYAT...KAMI MENDERHAKA HANYA KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM..KEPADA PEMIMPIN YANG MERAMPAS HAK RAKYAT,KEPADA PEMIMPIN YANG LUPAKAN TANGGUNGJAWABNYA DAN KEPADA PEMIMPIN YANG MENOLAK AGAMA ISLAM....

KAMI RELA DIKATAKAN MENDERHAKA..KAMU JUGA RELA DIGELAR PENDERHAKA..DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT,KAMI RELA MENDERHAKA...MENDERHAKA KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM....