WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, November 24, 2009

SPR,SPRM DAN PDRM : SIAPA LAGI HEBAT??!!

SPR, SPRM dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalahyg paling terrer bab2 jenayah ni.

Jadi, si P-End pun buatlaa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh merekamencarinya.

SPR masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran SPRM pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK,OK... aku arnab... aku arnab!!'kuang,kuang,kuangggg!!!!

jebat_berani : sekadar lawak jenaka untuk hiburkan hati..tidak ade kene mengena dengan yang hidup mahupun yang dah tak hidup..bagi yang terasa pedas cepat-cepat pi minum air...

Monday, November 23, 2009

HUSAM JAWAP FITNAH LETAK JAWATAN

Ohhh Mingguan Malaysia!!!
Oleh Husam Musa


Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'.

Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh.

Jangan lambat, kata doktor.Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?Letak semua pulak tu?Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?

Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua.

Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?

Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;

Sumber : http://kedahlanie.blogspot.com/2009/11/ohhh-mingguan-malaysia-husam.html

JEBAT_BERANI : NAMPAK GAYANYA SEMAKIN MENJADI-JADI FITNAH YANG CUBA DIMAINKAN OLEH AKHBAR UTUSAN MELOYA INI...ELOK RASENYA AKHBAR UTUSAN MELOYA INI DIJADIKAN SEBAGAI AKHBAR RASMI UMNO MEMANDANGKAN BERITA-BERITA BERAT SEBELAH YANG SERING DIPAPARKAN SELAMA INI..

NAJIB ALTANTUYA :MANA P-END NAJIB DAPAT WANG BIKIN KORBAN ??!!

Dengan gaji PM sebulan kalau tak silap RM 25 ,000.00 saja. Najib baru jadi PM tak sampai 2 tahun pun. Kalau tak dibelanjakan satu sen pun , dia Cuma dapat kumpul RM 600.000.00.

Untuk beli lembu untuk korban ni , bukannya sikit 427 ekor , biasanya untuk korban harga satu bahagian lebih mahal dari harga biasa yang dijual di pasar , purata dalam RM 350.00 untuk satu bahagian.

Kalau untuk 7 bahagian , jumlahnya RM 2,450.00 untuk seekor lembu. Kalau 427 ekor , jumlahnya sebanyak RM 1,046,150.00.

Tak tau lah kalau sebagai Menteri Kewangan , gajinya juga RM 25,000.00 sebulan. Jadi kalau dicampur dua jawatan ni , Najib berjaya kumpul RM 1,200,000.00.


Kalau dicampur kedua – dua ni baru cukup untuk bayar harga 427 ekor lembu ni.Kesian kat Najib dan keluarga terpaksa ikat perut , semata – mata nak korban lembu , minggu depan

Adakah ada pihak – pihak yang sponsor ?Mungkin juga ada pihak yang sponsor Najib , dengan menyediakan semua bajet untuk biayai harga lembu tersebut.

Sumber : http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=2116



JEBAT_BERANI : MANA GERAK??!!..MANA SPRM??!! KENAPA TIADA PIHAK YANG BERSUARA MEMPERSOALKAN PERKARA INI..MENGAPA JIKA IANYA BERLAKU DI PIHAK PAKATAN RAKYAT BEGITU BANYAK PIHAK YANG MEMPERSOALKANNYA??!!ADAKAH SPRM HANYA TAHU MENYIASAT IKAN BILIS SAHAJA??!! DAN IKAN JERUNG DIBIARKAN TERUS GANAS MEMBAHANG MANGSA??!!

USTAZ NASHARUDDIN DIKEJARKAN KE IJN

Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dikejar dengan ambulans ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadukan sakit dada.

Nasharuddin yang menghadiri sidang Parlimen pagi ini, sebelum ini dibawa ke klinik di situ.Bagaimanapun, selepas melalui ujian electrocardiaogram (ECG), doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok, kemudiannya dirujuk ke IJN.

JEBAT_BERANI : MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN BUAT USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA...

ORANG CINA SUKA TOK GURU NIK AZIZ

Orang Cina Memang Suka Sama Nik Aziz - Dr. Tan Seng Giaw ,MP Kepong.

Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw selaku Ahli Parlimen Kepong,berkata tiada siapa dapat menyangkal akan penerimaan kaum Cina terhadap kepimpinan TG Nik Aziz yang telah dapat memaparkan kepada seluruh rakyat berbilang kaum di Malaysia bahawa seorang Tok Guru dapat memerintah dengan adil,amanah dan bertanggungjawab.

"Pandangan ini bukan saja diakui oleh kaum cina yang tinggal di Kelantan malah mereka yang berada di luar Kelantan pun turut mengakuinya."tegas beliau.

"Orang bukan islam tidak keberatan untuk menerima Tok Guru kerana beliau sudah membuktikan dirinya seorang yang berintegriti dan mempunyai akhlak yang cukup tinggi dalam mentadbir sebuah negeri."kata beliau lagi.


Malah beliau telah banyak menolong kaum cina semasa memerinyah Kelantan,berasaskan pengorbanan tersebut Tok Guru telah diterima oleh kaum cina walaupun mereka tahu Tok Guru memerintah dengan berbagai sekatan dari Kerajaan Pusat,namun segala hutang negeri Kelantan dapat diselesaikan dengan baik.

Itulah kehebatan TOk Guru,beliau berpolitik untuk berkhidmat bukan untuk kepentingan sendiri dan kroni,dan sebagai seorang ahli politik beliau memberikan sumbangan dan khidmat untuk rakyat Kelantan dan bukan menjadi ahli politik yang bermatlamatkan untuk mengaut keuntungan.

Sumber : http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/2009/11/timb.html

JEBAT_BERANI : HAMBA SENDIRI PUN PERNAH BERCAKAP DENGAN BEBERAPA ORANG KAUM CINA DAN INDIA BERKAITAN KEPRIBADIAN TOK GURU NIK AZIZ...RATA-RATA MEREKA MENYATAKAN RASA KAGUM DAN HORMAT YANG AMAT SANGAT KEPADA TOK GURU NIK AZIZ..MEREKA MENGAKUI BAHAWA TIADA PEMIMPIM YANG SEBERSIH TOK GURU...MEREKA PERCAYA BAHAWA MASYARAKAT MALAYSIA AKAN AMAN DAN MAKMUR JIKA TOK GURU MEMERINTAH MALAYSIA..WALAUPUN BUNYINYA AGAK KETERLALUAN,TETAPI INI ADALAH HAKIKAT YANG DIAKUI OLEH MASYARAKAT CINA DAN INDIA...MEREKA MERASA LEBIH SELAMAT BERADA DI BAWAH KEPIMPINAN TOK GURU BERBANDING DENGAN P-END NAJIB SEKARANG...

KISAH BENAR : PENGAKUAN SEORANG BEKAS PADERI MELAYU

BERIKUT ADALAH PENGAKUAN DARI SEORANG BEKAS PADERI YANG TELAH KEMBALI MEMELUK ISLAM..CERITA YANG DISAMPAIKAN OLEH BELIAU SEHARUSNYA DIBERIKAN PERHATIAN YANG SERIUS OLEH KITA SEMUA PENGANUT AGAMA ISLAM..KITA SEHARUSNYA LEBIH BERWASPADA DENGAN ANCAMAN KRISTIAN INI..ANAK-ANAK KITA YANG BEKERJA DIPERANTAUAN HARUS DIBERI PERHATIAN..
3
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telahpergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia.

Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang.

Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap , menutup telinga apabila mendengar azan dan hal dakwah Islam. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.

Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.


Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian, susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Di Banting - Kamariah bt Sidek lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari). En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.

Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:

Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di
kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada

1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah pendakwah yang berdakwah di dalam bahasa Inggeris.Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KEPADA ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.
ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBARhttp://kulaan2u.blogspot.com/2009/11/kisah-benar-pengakuan-bekas-paderi.html

NAJIB LULUS LESEN JUDI,MAJLIS ULAMA JADI KELU DAN BISU

EHMMM..APALAH PULA HUJAH ULAMAK UMNO BILAMANA P-END NAJIB LULUSKAN LESEN JUDI?MANA SEMUA FATWA-FATWA YANG PERNAH DIKELUARKAN SEBELUM INI??ADAKAH HUKUM2 YANG MEMBENARKAN PERJUDIAN INI??KALAU TAK ADA JADI APAKAH TINDAKAN MAJLIS ULAMA??PELUK TUBUH SAHAJAKAH??INGAT SESUNGGUHNYA KALIAN AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT NANTI KERANA SIKAP BERDIAM DIRI KALIAN DARI MENYATAKAN KEBENARAN YANG DIPERTANGGUNGJAWAPKAN!!!

TGNA NAFI KABAR ANGIN HUSAM LETAK JAWATAN

KOTA BAHARU, Nov 22 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan Exco kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri itu.Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecahbelahkan PAS dan melariskan jualan akhbar berkenaan.

“Saya baru baca sebuah akhbar rasa terlalu amat terkejut dengan siaran tajuk Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Laporan itu memetik beberapa sumber sebagai berkata hasrat Husam itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sekali gus memberikan Husam cuti lima hari bermula hari ini untuk berehat dan menenangkan fikirannya.

Dipetik Bernama, Nik Aziz berkata laporan akhbar berkenaan sama sekali tidak benar dengan memetik sumber termasuk daripada blog tertentu yang kononnya mempunyai maklumat Husam akan melepaskan jawatan berikutan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata jika benar sekali pun Husam mahu meletakkan jawatan, beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.Beliau berkata kerajaan negeri sangat memerlukan khidmat dan buah fikiran Husan kerana sepanjang perkhidmatannya, Husam banyak membuat rundingan dengan kerajaan Pusat termasuk mengenai tanah dengan Felda, Felcra dan terbaru tuntutan royalti petroleum.“Mengapa orang kita tidak tahu menilai orang yang berguna (seperti Husam),” katanya.

Ketika ditanya sama ada benar Husam pernah menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan baik dalam parti mahu pun kerajaan, Nik Abdul Aziz berkata: “Tak ada... saya pun tak terfikir dia nak berhenti. (Ini pandai-pandai akhbar) nak bawa berita panas supaya orang beli akhbar”.

Nik Abdul Aziz berkata Husam sememangnya ada menemuinya di pejabat dua hari lepas dan hanya memaklumkan bahawa beliau dinasihati oleh doktor agar mendapat rawatan di hospital kerana mengalami masalah sakit tulang belakang.“Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya,” katanya.

Beliau berkata tindakan akhbar menyiarkan laporan itu sebenarnya mengguriskan hati orang yang dalam keadaan sakit.


Thursday, November 19, 2009

Monday, November 16, 2009

ZAMBRY BUKAN MB : PEMUDA UMNO,PERJUANGANMU TIDAK IKHLAS DAN ANGKUH!!!

Sikap angkuh pemuda Umno diselar

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji.

Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap Umno itu hanya berdiam sahaja.

Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda Umno terus lantang bersuara seolah olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah.

"Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan.

"Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.

Beliau yang turut mendedahkan beberapa bukti kes rasuah berprofil tinggi dalam kerajaan siang tadi juga berpendapat adalah sangat tidak tepat untuk mana-mana pihak menyerang individu seperti Nik Abdul Aziz sebagai perasuah sedangkan perasuah besar lain dipencilkan.

"Saya belum tahu, sejak saya terlibat dalam politik (tahun) 1982 atau sebelumnya, seorang tokoh politik yang ada jawatan besar yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz."Kalau orang macam itu pun diserbu, diaibkan dan diserang sebagai perasuah, mengapa lepaskan semua perasuah-perasuah besar lain.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai menteri besar.Selain pemuda Umno, Anwar turut membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat bertindak atas arahan politik dan memfokuskan tokoh tertentu khususnya pimpinan pembangkang.

Perkara itu katanya kini menjadi pengetahuan umum dengan beberpa tindakan SPRM yang dilihat sangat obses terhadap pimpinan Pakatan Rakyat."SPRM ambil tindakan atas arahan politik, kerana menuju kepada tokoh-tokoh tertentu untuk pertikai kredibiliti masing-masing."Kalau tokoh melayu muslim begini pun diserang, ini apa nak jadi pada negara," tegasnya.

Sumber : Harakah Daily

Jebat_berani : PANDANGAN HAMBA SANGAT JELAS DALAM ISU TOK GURU YANG DIKATAKAN MENERIMA RASUAH DAN INGIN DISIASAT OLEH SPRM..SIASATLAH DAN CUBA BUKTIKAN KEBENARAN DAKWAAN ITU..TAPI JIKA GAGAL HAMBA MENYARANKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG TERGAMAK MENUDUH TOK GURU NIK AZIZ SEBGITU AGAR MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA..

MEREKA YANG TERGAMAK MENUDUH TGNA SEBGITU SEBENARNYA MEMPUNYAI AGENDA JAHAT UNTUK MENGAIBKAN TGNA..MEREKA BUKANNYA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MEMBASMI GEJALA RASUAH KERANA HANYA MELIHAT KESALAHAN RASUAH DI PIHAK PAKATAN RAKYAT SAHAJA..SEDANGKAN MEREKA SEMUA MAKLUM BAHAWA PIMPINAN MEREKALAH YANG MERUPAKAN PERASUAH BESAR SELAMA INI..

KEPADA MEREKA YANG TANPA SEGAN SILU MENABUR FITNAH..INGATLAH SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENABUR FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARIPADA ORANG YANG MEMBUNUH..JANGAN SAMPAI ALLAH S.W.T MENURUNKAN BALA KE ATAS KAMU BARU KEINSAFAN DIRI MENJELMA..