WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, June 14, 2009

Orang bukan Islam wajar meletak harapan sebenar pada PAS


Ada semacam kesilapan atau salah faham sesetengah pihak terutama bukan Islam terhadap PAS. Antara mereka dalam mengalu-alukan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi besar dan berpengaruh serta mampu mengalahkan UMNO, tetapi pada waktu sama mengharapkan ia menjadi parti yang sentiasa memenuhi aspirasi mereka.


Maknanya, mereka memandang PAS bukan sebagai sebuah parti yang mempunyai fahaman sendiri tetapi adalah sebuah wadah yang berkesan untuk memenuhi kehendak mereka. Mereka memandangkan bahawa oleh kerana PAS bergantung undi mereka, maka wajar parti itu memenuhi kehendak mereka.


Di sinilah berlaku harapan salah. Sedangkan apa yang patut berlaku adalah keseimbangan dan suasana menang-menang bagi kedua belah pihak. Itulah sepatutnya keadaan yang patut berlaku apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat. Kesediaan PAS menyertai Pakatan Rakyat bukan saja strategikal tetapi ideologikal. PAS adalah parti inklusif yang berjuang untuk Islam, dan selanjutnya untuk kesejahteraan untuk semua. Itulah yang terkandung dalam konsep PAS Untuk Semua.


Tetapi penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat bukanlah berbentuk stretagikal semata-mata untuk mendapatkan undi bukan Islam bagi mencapai sita-cita secara terhad. Tetapi cita-cita menyeluruh PAS adalah bersifat universal dan inklusif, bukan untuk orang Islam semata-mata.


Pertamanya, kefahaman mengenai Islam adalah penting bagi semua rakyat Malaysia . Barulah mereka dapat faham mengenai PAS. Begitu juga kesedaran bahawa kefahaman tidaklah bererti penerimaan. PAS tidak memaksa mereka menerima Islam dan fahaman PAS. Apa yang diperlukan ialah kerjasama dalam perkara-perkara yang dapat dipersetuju. Itulah asas Pakatan Rakyat, dan itu juga adalah kehendak Islam.


Adalah suatu perkara yang silap apabila terdapat pihak bukan Islam yang mengharapkan PAS akan memenuhi tuntutan mereka di mana apa yang dituntut itu telah tidak diperoleh daripada Barisan Nasional. Ia seolah-olah mahu menjadikan PAS pengganti kepada UMNO bagi mencapai agenda yang tidak wajar. Namun begitu, terdapat juga agenda mereka yang adil dan serupa dengan PAS, maka perkara itu tidak ada masalah.


Dalam keadaan ini, kerjasama yang berkesan ini baru, maka sudah tentu terdapat usaha untuk saling faham-memahami. Dalam keadaan ini, wajar ada toleransi dan kompromi sehinggalah keadaan lebih kukuh dan lancar. Usaha persefahaman antara bukan Islam dan PAS sudah berlangsung lama tetapi baru 8 Mac tahun lalu dapat dilihat keberkesanannya ekoran kemenangan dalam pilihan raya.


Untuk memahami keadaan ini, cuba lihat entity yang sedang ditangani oleh PAS. Di satu pihak ialah PAS. Sementara di pihak satu lagi ialah orang Islam bukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini terdiri daripada anggota Keadilan secara umumnya. Di satu pihak lain pula ialah bukan Islam, yang terdiri daripada anggota DAP dan Keadilan.



Dari segi aspirasi keagamaan, pihak DAP dan bukan islam dalam keadilan walaupun terdapat perbezaan tetapi asasnya adalah serupa. Mereka mahukan negara liberal, demokratik dan sosialistik. Sementara PAS dan orang Islam Keadilan walaupun mempunyai perbezaan dari segi kefahaman politik tetapi pada satu-satu peringkat mempunyai asas yang sama iaitu dari segi agama.


Sebagai contoh, orang bukan Islam di negara ini secara umumnya mahukan keadilan dari layanan daripada kerajaan. Kalau boleh mereka mahu supaya tidak ada kuota atau diskriminasi kaum. Dari segi Islam dan fahaman keadilan yang dipegang oleh PAS dan Keadilan, asas ini dipersetujui oleh PAS.


Peluang pendidikan dan perniagaan harus terbuka dan saksama tanpa mengira kaum. Tetapi satu hakikat yang tidak dapat ditolak olegh sesiapa di negara ini, apa yang disebut sebagai meritokrasi dan diperjuangkan oleh DAP dan orang bukan Islam dalam Keadilan adakan akhirnya memberi kelebihan kepada bukan Islam mengatasi orang Islam.


Tidak perlu berkira-kira, sudah tentu universiti-universiti yang tempatnya terhad akan dikuasai oleh orang bukan Islam. Apatah lagi dalam bidang pendidikan. Ini adalah meritokrasi yang sudah tentu memihak kepada bukan Islam. Sebagai orang Melayu, pendokong PAS dan Keadilan tentu faham perkara ini, dan mereka tentunya mahukan sistem yang turut memberi peluang setara kepada orang Islam.


Buat masa ini, mereka mungkin lihat apa yang dilakukan oleh UMNO sebagai korupsi dan penyelewengan hinggakan berlaku ketirisan dan orang Islam yang layak dibela ketinggalan. Sememangnya orang Melayu secara umumnya sedar program bagi membela orang Islam dari segi pendidikan dan perniagaan masih perlu. Tetapi cara UMNO pula dilihat sebagai telah gagal kerana ketirisan.


Maka apa yang diperlukan ialah kerajaan yang bersih. Inilah platform PAS yang disokong bukan saja oleh orang islam tetapi bukan Islam. Tetapi masalah meritokrasi masih menjadi isu yang tentunya belum dapat penyelesaian. Akhirnya perlu ada kompromin dalam Pakatan Rakyat di mana pada waktu sama meritokrasi diamlkan, ettapi pada waktu lain umat Islam tidak terpinggir akibat lemah dalam pelajaran dan perniagaan. Apa yang pasti ketuanan Melayu tiada tempat dalam Pakatan Rakyat.


dipetik dari tulisan Abu Firdaus

Benarkah Sivakumar tidak ada kuasa gantung Zambry dan enam Exco Perak ?


Suatu perkara yang malang berlaku lagi di Negeri Perak apabila rakyat nya dan seluruh rakyat termasuk pengamal undang-undang "diperbodohkan" dengan pencabulan terhadap hak Speaker bagi sebuah kerajaan negeri khasnya di Perak.


Sebagai seorang ADUN Perak saya memahami dengan jelas kuasa Speaker yang terkandung dalam Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sesuatu yang mutlak dan tidak boleh ditafsirkan oleh pihak lain melainkan Speaker. Namun zaman telah berubah bila UBN telah "merobek-robek" situasi berkenaan menjadi seperti sekarang demi kuasa yang telah hilang untuk dikembalikan.


Perintah Tetap 89 menjelaskan : "Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini".


Bukankah perintah tetap ini memberi kuasa muktamad kepada Speaker untuk mentafsir kandungan keseluruhan Perintah-perintah Tetap. Hanya Speaker sahaja yang berhak mentafsir Perintah-perintah Tetap. Pihak lain tidak mempunyai kuasa langsung dalam memberi pentafsiran undang-undang Dewan Negeri.


Seperti kata Dr. Aziz Bari bahawa perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".


Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.


Namun kelmarin diedarkan keputusan hakin "coklat Hacks" yang saya sertakan dibawah untuk perhatian kepada pencinta keadilan:


Sivakumar tidak ada kuasa gantung Zambry dan enam Exco Perak


PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya tidak boleh digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri atas dakwaan menghina kerana kesalahan itu tidak diperuntukan di bawah perlembagaan negeri, demkian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini.


Hakim Datuk Seri S. Augustine Paul, dalam penghakiman bertulis, berkata Parkara 44 Perlembagaan Negeri Perak dibaca bersama Perintah Tetap Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 tidak memperuntukan kesalahan menghina dan hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang DUN.


Oleh itu, perintah penggantungan selama 18 bulan bagi Zambry dan 12 bulan bagi ahli exco itu dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan batal kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, katanya.


"Kuasa menangani isu menghina, yang tidak diperuntukan dalam Perintah Tetap DUN, bukan sesuatu yang Speaker boleh mengambil maklum kerana ia memerlukan satu undang-undang berkaitan dengan itu," kata Augustine dalam penghakiman 64 muka surat bertarikh 3 Jun dan diperoleh hari ini.


"Perlu ada pihak berkuasa undang-undang yang khusus untuk mengetahui dan memberi hukuman bagi kesalahan menghina. Ini khususnya ketara di mana dakwaan menghina dilakukan di luar persidangan DUN," katanya.


Pada 16 April lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perintah penggantungan terhadap Zambry dan enam anggota exco Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon oleh Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri dan oleh itu tidak sah dan batal.


Pada 2 Mac lepas, Zambry dan anggota exco berkenaan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.


Mereka juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.


Pada 18 Februari lepas, Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam exco berkenaan kerana didakwa melantik seorang ahli exco bertentangan dengan undang-undang dan tindakan menghina itu telah memalukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak.


Mereka turut didakwa menghalang barisan exco Mohamad Nizar daripada menjalankan tugas di bawah Perlembagaan Negeri Perak.


Dalam penghakiman itu, Augustine berkata: "Penggantungan terhadap pemohon dilakukan berdasarkan Perintah Tetap 72 DUN. Tuduhan terhadap mereka menyatakan tindakan mereka itu diibaratkan sebagai menghina.


"Oleh kerana penghinaan tidak dinyatakan secara khusus, tindakan itu tidak boleh diletakkan di bawah bidang Perintah Tetap 72.


"Perintah Tetap 72 memberi kuasa kepada Jawatankuasa Hak Istimewa mengambil maklum sebarang perkara yang nampak menjejaskan kuasa dan hak istimewa dewan itu," kata Augustine.


Zambry dan enam anggota exco itu diwakili oleh peguam utama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Sulaiman Abdullah bertindak bagi Sivakumar-BERNAMA


DIPETI DARI TULISAN DRS. KHALIL IDHAM LIM

Polemik Kerajaan Perpaduan : Kenapa ?



Oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS


Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.

Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat. Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya.

Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan.

Namun bagi mengurangkan sedikit polemik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini. Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

Asas pertama ialah At Taawun

Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat.

Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat.

Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa.

Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistem Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa.

Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia.

Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah menolak al Ism

Kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat.

Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan.

Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat ialah menolak al U'dwan

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini.

Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara.

Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gensterism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun.

Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.


DIPETIK DRI BLOG USTAZ NASARUDDIN HASSAN TANTAWI

Saturday, June 13, 2009

PRK N41 Manek Urai (05) : Pemuda Yakin Pertahan Kemenangan Peti Undi Laloh


MANEK URAI – PAS yakin mempertahankan kemenangan di Peti Undi (UPU) Laloh (Lakloh) dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) N.41 Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.


Ketua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata kemenangan sebanyak 187 undi di UPU Laloh akan dapat ditingkatkan dengan pelbagai program yang dirancang.


“InsyaAllah, kita akan mempertahankan kemenangan di Peti Undi Laloh dan juga kemenangan PAS dalam DUN Manek Urai,


“kita yakin kemenangan sebanyak 187 undi di peti undi ini (Laloh) sekurang-kurangnya akan kekal, bahkan mungkin akan bertambah,”katanya ketika di temui dekat Bilik Operasi UPU Laloh, Kampung Laloh, di sini semalam.


Beliau berkata beberapa program besar pra-penamaan calon, akan diadakan termasuk Pesta Sukan PASTI Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 11 Jun (hari ini) di Padang Awam Majlis Daerah Dabong di Kampung Laloh.


Menurutnya terdapat dua kampung besar dalam UPU Laloh iaitu Kampung Laloh dan Kampung Sungai Rek dan beberapa kampung kecil iaitu Lebor, lela Jasa dan Pecah Pulai.


Pengundi dalam UPU Laloh, katanya, berjumlah 1600 orang dan akan membuang undi di Sekolah Menengah Laloh, di Kampung Laloh.


Tinjauan ke UPU Laloh adalah berikutan makluman dari Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Terengganu, bahawa kontingen PAS Terengganu akan ditempatkan di UPU tersebut bagi membantu jentera pilihanraya PAS Kelantan.


Walau bagaimana pun, Ariffin Deraman yang dihubungi Buletin Online kelmarin berkata JPN Terengganu akan bermesyuarat dengan pihak negeri Kelantan pada Sabtu 13 Jun.


“Berapa ramai petugas, skop tugas dan bila mula bertugas akan diketahui selaps mesyuarat dengan JPN Kelantan,”katanya.


Sementara itu, tinjauan ke DUN Manek Urai mendapati persiapan awal pilihanraya telah pun dibuat.


Markaz Induk yang terletak di jalan utama Kuala Kerai ke gua Musang mula dikunjungi para petugas manakala bilik-bilik operasi bagi UPU Lata Rek dan UPU Laloh telah mula dibuka.


Bilik Operasi UPU Laloh telah dibuka dengan rasminya mulai semalam, selepas satu majlis dihadiri oleh ADUN Galas, Che Hashim semalam.


Justeru untuk ‘pemanas suasana’, bendera PAS telah pun dinaikkan dibeberapa tempat strategik, menjelang hari penamaan calon pada 6hb Julai depan.


dipetik dari blog pemudabesut at 9:46 AM

DEWAN ULAMAK PAS PUSAT


Ketua : Ustaz Harun Taib(MTB)


Timbalan : Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)


Naib : Dr Mahfodz Omar (MTB)


AJK :
1.Ustaz Husin Awang 193


2.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin 1863.


Ustaz Nik Zawawi Salleh 186


4.Ustaz Saleh Sani Harun 156


5.Ustaz Abu Bakar Abdullah 153


6.Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi 152


7.Ustaz Abdullah Abd Razak 152


8.ustaz Hasan Mohamad 143


9.Ustaz Ismail Noh 138


10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman 138


11.Ustaz Mohamad Mustafa 131


12.Ustaz Abdullah Husin 129

JAWATANKUASA PAS PUSAT 2009-2011


PENGERUSI TETAP (MTB)

Ustaz Haji Abu Kasim Bin Abdullah,


TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Haji Hussin Bin Haji Ismail,


PRESIDEN (MTB)

YB Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Hj Awang ,


TIMBALAN PRESIDEN

YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa,


NAIB PRESIDEN

Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

YB Salahuddin Ayub,

YB Dato Haji Mahfuz Omar,


AHLI JAWATANKUASA KERJA

YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin,

Ustaz Haji Idris Haji Ahmad,

YB Dato' Kamarudin Jaffar ,

YAB Dato'Seri Ustaz Azizan Abd Razak,

YB Dato' Dr Haji Hasan Mohd Ali ,

YB Dr. Haji Mohd Hatta Md Ramli,

Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin,

Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Chik,

Sdr Mohamed Hanipa Maidin,

YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah,

YB Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali,

Ustaz Haji Ab Ghani Abdul Rahman,

YB Dr. Dzulkefly Ahmad,

YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,

YB Ustaz Haji Hashim Jasin,

Sdr Mazlan Aliman,

YB Ustaz Haji Taib Azamudden Md Taib,

YB Dr Mujahid Yusof Rawa,
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Friday, June 12, 2009

YANG SOKONG PERPADUAN NI BONEKA UMNO-TUAN GURU NIK AZIZ



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, kini setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan, lapor Bernama.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,"

Beliau dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.
Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS."Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu,Tokguru berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu."Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya. "Mana boleh tutup mulut manusia."

PRK Manek Urai :: Bermula onar jahanam UMNO untuk merampas hak rakyat



Harakahdaily melaporkan bahawa ada gerakan halus untuk cuba melakukan penipuan lagi di pilihanraya kecil Manek Urai, Kelantan. PAS kawasan menyampaikan pesanan supaya menjaga kad pengenalan (IC) masing-masing. Ini berikutan “ada pihak cuba mendapatkan kad pengenalan penduduk.”

Menurut penduduk, pihak tertentu yang didalangi parti politik dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan datang ke rumah mereka bagi mendapatkan nombor IC.
Kejadian itu disedari berlaku di beberapa kampung termasuk Chuchuh Puteri, Sungai Sok, Sungai Peria dan Lata Rek.

Anggota jawatankuasa PAS Kuala Krai, Ustaz Zamzuri Mat Lazim berkata, penduduk mengadu kepadanya rumah mereka didatangi orang tertentu bagi mendapatkan nombor IC.
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan diadakan pada 14 Julai ini


dipetik dari blogpas mengkebang

Thursday, June 11, 2009

BN SUKAR NILAI PENDIRIAN POLITIK PENGUNDI DI DUN MANEK URAI


Seramai 1,145 pengundi di DUN Manek Urai gagal dikesan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan BN sukar menilai pendirian politik mereka, kata pemimpin Umno Kuala Krai.

"Kemas yang menjalankan bancian terhadap pengundi Manek Urai tidak dapat mengesan pengundi berkenaan," kata ahli jawatankuasa bahagian Anua Yusoff.

"Nama mereka ada dalam senarai daftar pemilih, tetapi Kemas tidak tahu di mana mereka tinggal." Akibatnya, tambahnya, agensi kerajaan itu tidak dapat mengukur kecenderungan pengundian mereka sama ada memangkah BN atau PAS. Anua bagaimanapun percaya kebanyakan mereka ini penyokong setia PAS. Selain itu, tambahnya, bancian Kemas juga mendapati terdapat kira-kira 900 pengundi atas pagar di dalam kawasan DUN itu yang akan menghadapi pilihanraya kecil antara 6 hingga 14 Julai ini.

Anua berkata, sikap mereka sukar diramal kerana kerana pengundi berkenaan tidak mahu berterus-terang. "Bila ditanya hendak pangkah (undi) kali ini, mereka kata 'tunggu hari mengundilah'," katanya lagi.

Ketika ditanya peluang BN dalam pilihanraya kecil ini, Anua berkata, peluang ada jika jentera Umno bersatu dan bekerja dalam satu pasukan. Tambahnya, dalam pilihanraya-pilihanraya terdahulu, pengundi kebanyakannya memilih calon PAS Ismail Yaacob kerana mereka menyenangi sikap penyandang itu. "ADUN PAS itu disenangi oleh semua orang di kawasan ini, tidak kira orang PAS atau Umno. "Kalau orang minta atap zink, dia kata pergi ambil di kedai, tak usah bayar kerana dia yang bayar," katanya lagi.

SO SENDIRI MAU INGAT LER...BAIK TAK PAYAH BERTANDING..BLEH JIMAT TENAGA DAN WANG RINGGIT...

MEWAJIBKAN BAHASA INGGERIS BEBANKAN PELAJAR LUAR BANDAR


KOTA BAHARU 10 Jun — Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berpendapat langkah mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membebankan pelajar luar Bandar.

“Langkah itu menunjukkan kerajaan tidak prihatin terhadap suara rakyat dalam menangani isu itu kerana belumpun selesai isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, rakyat sekali lagi dibebankan dengan isu baru mewajibkan lulus bahasa Inggeris,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Tilawah al-Quran peringkat negeri, di Balai Islam, di sini malam tadi.

Mohd Amar berkata sepatutnya kerajaan terlebih dahulu menyelesaikan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum mengumumkan dasar baru mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris.“Kalau kerajaan boleh memaksa pelajar mengambil dan lulus subjek Bahasa Inggeris dalam SPM mengapa tidak berbuat demikian terhadap mata pelajaran agama Islam?

“Mata pelajaran agama hanya wajib diambil oleh pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tetapi tidak wajib lulus, sedangkan Bahasa Inggeris wajib lulus, ini menunjukkan ada elemen pilih kasih,” katanya. - Bernama