WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, August 24, 2011

SPERMA DARI BONTOT SAIFUL TAK CUKUP 'KUAT'


KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Pakar forensik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata spesimen sperma diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku.

Dr David Wells mendakwa sampel-sampel DNA yang diperoleh tidak mungkin sesuatu yang “bermakna” dan adalah penting ia telah dihantar untuk tujuan analisis dengan segera.

“Selepas satu tempoh yang lama, sampel tidak berada dalam keadaan baik,” kata beliau di mahkamah hari ini.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa spesimen DNA Saiful diperoleh 56 jam selepas perbuatan seks iaitu ketika dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan perubatan pada 28 Jun 2008 dan kemudian membuat laporan polis.

Mahkamah juga pernah diberitahu bahawa spesimen DNA disimpan 43 jam lagi dalam kabinet oleh pegawai penyiasat Supt Jude Pereira sebelum ia dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk dianalisis.

Dr Wells menekankan dalam borang perubatan Saiful mengatakan terdapat darah dalam dubur, namun keputusan pemeriksaan mendapati sebaliknya.

Beliau juga berkata borang itu tidak diisi dengan lengkap.

“Ia mesti diisi untuk menunjukkan semua pemeriksaan. Saya keliru dengan bahagian penting yang hilang,” kata Dr Wells.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau boleh dijatuhkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tetapi hukuman sebat tidak akan dijalankan kerana faktor umur.

Sumber : TMI

Jebat_Berani : PELIK TAPI BENAR...Mungkin inilah kata-kata yang sesuai bagi mengambarkan pengadilan kes liwat dato Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari....Walaupun terdapat pelbagai kepincangan terhadap bukti-bukti yang dikemukakan pihak pendakwa tetapi mahkamah tetap terus bersidang dalam usaha mereka mensabitkan kesalahan liwat ini terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim...

Umumnya kita semua boleh berfikir dan menilai sendiri...Sudah penat rasanya aku menjelaskan mengapa kes ini sangat-sangat sukar diterima...Seorang anak muda yang mempunyai tali pinggang 'black belt' dalam taekwando dengan mudah menyerahkan 'keterunaan'nya....Saiful hanya menolak sekali sahaja bila di minta untuk di 'fuck' dan apabila disuruh mandi dan menanggalkan pakaian beliau menurut sahaja seperti manusia yang dipukau (walhal beliau tidak dipukau).

Secara logiknya bagaimana seorang lelaki 'tua' dan mempunyai latar belakang kesihatan yang tidak baik boleh menundukkan seorang anak muda yang tegak dan memiliki tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri taekwando...PELIK bukan?!...Tapi perkara yang PELIK ini telah cuba diBENARkan oleh pihak UM-no/BE-end dengan 'kerjasama' pihak mahkamah...Bunyinya mungkin agak 'kasar' tapi inilah kebenarannya....

Mereka semua ini akan hanya berhenti mengfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sudah tiada di muka bumi ini...Selagi Dato Seri Anwar Ibrahim masih hidup dan masih berjuang menegakkan keadilan, selagi itu mereka tak akan berhenti mengfitnah beliau....Namun kuasa Allah S.W.T akan menghapuskan puak-puak ini dari terus menabur fitnah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim..INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment