WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, August 21, 2011

BILA DATO A. SAMAD SAID MENOLAK MEDIA ARUS PERDANA


KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi “menentukan sikap” sendiri.

“Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster,” katanya. “Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah.”


Berucap ketika merasmikan kempen “Jom Baca Media Alternatif” baru-baru ini, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana. “Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu,” katanya.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai “perubahan rejim”.

“Sudah tiba masanya menukar rejim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu,” katanya.

“Sudah 54 tahun negara ini diperintah golongan bangsawan. Saya tertanyatanya, bilakah pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?”

Sumber : Detikdaily

Jebat_Berani : Bila para ilmuan menolak media ARUS PERDANA ianya pasti BERSEBAB dan mempunyai alasan yang KUKUH....Mereka berbuat sedemikian bukan kerana BERKEPENTINGAN tetapi atas dasar kesedaran bahawa media ARUS PERDANA hari ini sudah TIDAK RELEVAN dan menyimpang dari FAKTA dan KEBENARAN....Media ARUS PERDANA hari ini sudah menjadi KUDA TUNGGANGAN kepada parti memerintah sehinggakan mereka sanggup mengadai ETIKA KEWARTAWANAN mereka....

Justeru itu samaada kita ingin terus mengambil info dan maklumat dari media ARUS PERDANA ini atau tidak terpulang kepada kita selagi mana mampu MEMBEZAKAN akan kebenaran dan penipuan.

No comments:

Post a Comment