بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه Firman ALLAH Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. [Surah Al-Baqarah Ayat 183]
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Keutamaan Puasa
Diantara keutamaan puasa adalah sebagai berikut :
1. Puasa merupakan perisai dari berbagai hawa nafsu.
2. Puasa sangat istimewa dihadapan ALLAH, karena setiap ibadah adalah untuk kepentingan seorang hamba kecuali puasa, sehingga Dia sendiri yang akan membalasnya.
3. Orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas akan memasuki syurga melalui pintu khusus yang bernama Al-Rayyaan.
4. Diantara doa yang mudah dikabulkan oleh ALLAH adalah doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka, atau pada saat berbuka.
5. Dari sisi jasmaniyah, puasa berupaya menjaga kesihatan tubuh.

Kepelbagaian Puasa
Puasa dibezakan atas yang fardhu, yang tathawwu’, yang diharamkan, dan yang makruh.Puasa yang fardhu adalah puasa Ramadhan, puasa kaffarat, dan puasa nadzar.
Puasa dibezakan atas yang fardhu, yang tathawwu’, yang diharamkan, dan yang makruh.Puasa yang fardhu adalah puasa Ramadhan, puasa kaffarat, dan puasa nadzar.
Puasa yang tathawwu’ adalah puasa Dawud (yakni puasa sehari dan berbuka sehari), puasa Isnin dan Khamis, puasa tiga hari setiap bulan (yakni pada Ayyamul Biidh : tanggal 13, 14, 15 setiap bulan qamariyah) = Abu Dzar Al-Ghifari berkata: Rasulullah saw memerintahkan kami untuk berpuasa tiga hari dalam sebulan, yakni pada ayyamul bidh: tanggal 13, 14, dan 15 setiap bulan. Beliau bersabda: Puasa itu (jika dilakukan setiap bulan) seperti puasa sepanjang tahun). HR An-Nasa-i, dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban., puasa enam hari di bulan Syawwal, puasa pada hari Arafah bagi yang tidak berhaji, puasa lapan hari di bulan Dzulhijjah, puasa Taasuu-aa’ (9 Muharram) dan puasa ‘Aasyuuraa’ (10 Muharram), puasa pada bulan-bulan haram yaitu Muharram, Rajab, Dzulqa’dah, dan Dzulhijjah, puasa pada bulan Sya’ban, puasa pada hari dimana tidak punya makanan.
Puasa yang dilarang (haram) adalah puasa sunnah seorang wanita tanpa izin suaminya sementara suaminya itu hadir, puasa pada hari syakk (yang diragukan), puasa pada hari ‘Id (baik ‘Idul Fithri atau ‘Idul Adhha), puasa pada hari-hari Tasyriq (yakni 11, 12, dan 13 Dzulhijjah), puasa wanita yang sedang haidh atau nifas, puasa wishal (siang dan malam sekaligus), puasa yang sangat dikhuatirkan akan menyebabkan kebinasaan bagi pelakunya.
Sedangkan puasa yang makruh adalah puasa khusus hari Jum’at atau Sabtu dan puasa dahr (puasa setiap hari).
Syarat-syarat Puasa
Syarat wajibnya puasa adalah :
• Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
• Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
• Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.
• Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
• Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari yang lain.
Adapun syarat sah puasa adalah :
• Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
• Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.
• Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
• Berniat tiap-tiap malam.
• Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.
• Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.
Sunnah-sunnah Puasa
1. Makan sahur (antara tengah malam sehingga terbit fajar) dan mengakhirkannya adalah ebih utama
2. Menyegerakan berbuka
3. Berdoa selama berpuasa dan pada saat berbuka
4. Memberi makan orang yang berpuasa
5. Menjaga semua anggota tubuh dari dosa
6. Banyak bersedekah dan berbuat baik kepada sesama manusia
7. Mandi hadas (karena junub, suci dari haidh, suci dari nifas) sebelum terbitnya fajar
8. Banyak membaca Al-Qur’an dengan disertai tadabbur, dan banyak mempelajari ilmu-ilmu agama selama bulan Ramadhan (lalu diteruskan di bulan-bulan lain)
9. Memperbanyakkan beribadah, terutama dengan beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan
10. Melakukan qiyamul lail (qiyam Ramadhan) selama bulan Ramadhan
Batalnya Puasa
1. Makan dan minum
2. Masuknya sesuatu yang zahir kedalam perut melalui rongga tubuh
3. Muntah secara sengaja
4. Haidh , nifas, atau melahirkan
5. Onani (istimna’)
6. Murtad
7. Jima’ (berhubungan kelamin) : Kafarahnya adalah membebaskan budak, atau berpuasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang miskin.
Hal-hal yang Dibolehkan Selama Berpuasa
1. Menyiram air ke tubuh atau membenamkan diri kedalam air
2. Bercelak, mencuci mata dengan air, atau memasukkan apapun ke kelopak mata
3. Berbekam, kecuali jika akan melemahkan yang dibekam maka hukumnya makruh.
4. Berkumur-kumur (madhmadhah) atau membersihkan hidung dengan air (istinsyaq), kecuali jika berlebihan maka hukumnya makruh.
5. Merasai makanan sekadarnya, sepanjang tidak sampai ke kerongkongan.
6. Mendapati waktu subuh dalam keadaan junub
7. Wanita yang terputus darah haidh atau nifasnya sebelum shubuh boleh mengakhirkan mandinya pada waktu shubuh.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
عن قضاء فرض رمضان لله تعالى نويت صوم غد
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Sebab-sebab Dibolehkan Berbuka
Pertama. Bermusafir (perjalanan jauh) : wajib qadha’
Kedua. Sakit : wajib qadha’. Jika sakitnya tidak diharapkan kesembuhan maka tidak perlu meng-qadha’ tetapi cukup bayar fidyah.
Ketiga. Hamil : diperselisihkan penggantiannya
Keempat. Menyusui : diperselisihkan penggantiannya
Untuk wanita yang hamil atau menyusui :
Jika khuatir terhadap dirinya sendiri saja : wajib qadha’ saja
Jika khuatir terhadap anaknya saja :
• menurut jumhur : wajib qadha’ saja
• menurut Imam Syafi’i : wajib qadha dan juga fidyah
Jika khuatir terhadap dirinya dan juga anaknya :
• menurut Ibnu Umar dan Ibnu Abbas : wajib bayar fidyah saja
• menurut Imam Syafi’i : wajib qadha’ saja
Kelima. Lanjut usia : wajib bayar fidyah
Keenam. Lapar atau haus yang tersangat : wajib qadha’
Ketujuh. Paksaan : wajib qadha’
Keterangan : Membayar fidyah ertinya memberi makan seorang miskin sebanyak hari dimana seseorang meninggalkan puasa. Besarnya fidyah menurut jumhur adalah satu mudd, sedangkan menurut Hanafiyah adalah setengah sha’.

Lewat qadha' puasa:
• Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.
Orang yang mati sebelum qadha' puasa:
• Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.
• Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.
• Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"
Wallahu’alam

No comments:
Post a Comment