Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald. Dr Brian Mcdonald menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (Gambar) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".
"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .
Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.
Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.
Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.

Sumber : Malaysiakini
Jebat_Berani : Apakah mahkamah akan menerima keterangan Dr Brian ini atau terus 'berusaha' untuk menafikan keterangan ini dan meneruskan perbicaraan...sebetulnya mahkamah sepertinya sudah tiadak kes untuk membicarakan kes liwat ini memandangkan terlalu banyak percanggahan fakta dan kecelaruan bukti2 yang disediakan....Aku pun jadi pelik kenapa kes ini masih dibicarakan sedangkan ianya terbukti tidak relevan lagi...ermmm
No comments:
Post a Comment