JEBAT_BERANI : Gula....Boleh membuat orang 'tersenyum' kepuasan....Tapi boleh juga membuat orang berkerut dahi seumpama sedang menghadapi masalah yang tiada penyelesaian...Tak kira orang sihat atau pun berpenyakit kencing manis...Gula dengan kehidupan tidak dapat dipisahkan....Biar berjuta wang kerajaan habis untuk membuat kempen 'kurangkan gula' namun ianya tidak merubah corak penggunaan gula dalam masyarakat....
Melihat kepada tabiat rakyat Malaysia ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan...Menaguk di air yang keruh...Di kala rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan bulan Ramadhan atau turut dikaitkan dengan bulan di mana rakyat Malaysia akan 'menikmati' pelbagai hidangan dari kuih muih hinggalah ke lauk pauk sebagai juadah berbuka mahupun bersahur ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikan harga gula....'Mereka' menyedari walau setinggi mana sekalipun harga gula dinaikan permintaan terhadap gula ini tidak pernah berkurangan....
Namun bukan 'mudah' untuk mereka menaikan harga gula ini sewenang wenang tanpa 'strategi' yang betul..Kesilapan dalam mengatur 'strategi' bagi menaikan harga gula ini boleh menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia dan secara tidak langsung boleh menyebabkan 'kedudukan' dan 'keselesaan' kerajaan 'memerintah' akan terjejas...Justeru itu pihak 'pembekal' dengan kerjsama pihak 'memerintah' perlu menyusun strategi atau bermain 'wayang' dengan betul agar kenaikan harga gula ini boleh 'diterima' rakyat Malaysia...
Bermula dengan 'kekurangan' gula secara terancangn dipasaran dengan alasan 'permintaan' yang meningkat dan akhirnya akan berakhir dengan 'kenaikan' harga gula ini...Pihak media tali barut kerajaan memerintah pula akan 'memainkan' peranan dengan menyiarkan pelbagai kempen 'kurangkan gula dalam permakanan' dengan alasan kesihatan...Manakala pihak penguatkuasa memainkan peranan 'berpura-pura' menjalankan tugas dengan menyerbu stor2 dan gudang2 bagi menampakkan bertapa seriusnya kerajaan memerintah membasmi/membanteras gejala menyorok bekalan gula ini sekaligus menyembunyikan strategi mereka sebelum ini....
Tapi sampai bilakah strategi ini mampu mengaburi mata rakyat Malaysia?!...Sampai bilakah rakyat akan tertipu dan terpedaya dengan strategi mereka ini?!...Bodoh sangatkah rakyat Malaysia sehingga tak mampu berfikir dan menilai?!....Buta sangatkah rakyat Malaysia sehingga tak mampu melihat?!...Pekakkah rakyat Malaysia sehingga tak mendengar?!..Bisukah rakyat Malaysia hingga tak mampu berkata-kata?!....Rakyat Malaysia tidak bodoh..tidak buta...tidak pekak dan tidak bisu...Rakyat Malaysia hanya menunggu waktu dan ketika sahaja untuk menghukum kerajaan memerintah ini....
Dan pilihanraya umum akan datang adalah medan terbaik untuk menghukum kerajaan memerintah ini di atas kegagalan mereka mentadbir negara ini dengan bijak dan adil sebagaimana yang telah diamanahkan oleh rakyat...PEMERINTAH ADIL PEMERINTAH YG DISOKONG..PEMERINTAH ZALIM WAJIB DITENTANG!!!...
No comments:
Post a Comment