WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, August 21, 2011

PILIHANRAYA YANG TELUS BISA BIKIN UM-no/BE-end TERKUBUR TANPA NISAN



BUTTERWORTH, : Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam.

Menurut beliau lagi, dalam pembentukan jawatankuasa tersebut sudah melihat adanya kepincangan, jadi bagaimana untuk mengharapkan suatu keadilan tercapai secara telus.

"Mereka ingin bentuk jawatankuasa yang didominasi oleh mereka. Majoriti kuasa ada pada mereka. Suara juga banyak pada mereka. BN ada lima anggota dan PR hanya tiga. NGO yang dicadangkan juga tidak relevan pada mereka.

"Pembentukan (jawatankuasa) ini tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya pada awal-awal lagi sudah adanya unsur-unsur tidak telus dalam menangani masalah pilihan raya yang tidak adil dan telus dalam negara.

"Selagi SPR diperkudakan oleh Umno dan BN, saya yakin, selagi itulah masalah yang sekian lama dipertikaikan seperti pengundi pos, pengundi hantu dan terkini isu pemilikan Mykad oleh warga asing sebagai pemilih sah," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, Umno dan BN tidak akan berani untuk menghadapi pilihan raya secara telus dan adil.

Malah katanya, sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara telus BN sudah lama menjadi pembangkang dalam politik negara apabila rakyat menolak mereka melalui keputusan pilihan raya yang bersih.

"Namun begitu, adalah sukar untuk merealisasikan pembersihan ini wujud, selagi SPR tidak melepaskan diri mereka dari belenggu parti pemerintah, " tambahnya lagi.

Sumber : Harakahdaily

Jebat_Berani : Rasanya semua orang pun tahu..Tak kiralah di pihak kerajaan mahupun pembangkang....Sekiranya pilinraya dijalankan secara telus dan adil UM-n0/BE-end sudah lama akan 'terkubur'....Menambahkan lagi akan 'kepincangan' pilihanraya di Malaysia ini adalah apabila SPR seumpanya menjadi 'jentera' a.k.a 'parti komponen' kepada UM-no/BE-end....

Namun siapa yang mampu bersuara dan menghalang mereka....Jika cuba bersuara sebagaimana perhimpunan BERSIH tempoh hari, maka segala kekuatan kerajaan akan digunakan bagi menghalang akan 'Suara Rakyat' ini....Samaada perbuatan mereka itu betul atau tidak dari sudut undang-undang ataupun kemanusiaan, itu tidak menjadi persoalan kepada mereka asalkan suara yang menentang mereka dilenyapkan....

Oleh itu mahu atau tidak kita kena menghadapi mereka dalam pilihanraya akan datang dalam keadaan serba kekurangan....Tapi usah kuartir dan bimbang.....Sekiranya Allah S.W.T berkehendakkan kita menang dalam pilihanraya nanti, insyaallah tidak akan ada 'kuasa' yang mampu menghalangnya...Kebathilan ini pasti akan musnah jua suatu hari nanti samaada cepat atau lambat sahaja....

No comments:

Post a Comment