WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, January 3, 2010

1MALAYSIA : HARGA MINYAK AKAN DINAIKKAN???

Kerajaan dijangka menaikkan harga petrol dan diesel berdasarkan jaminan Pengerusi Petronas, Hassan Marican untuk tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan.Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah.

Ini tentu sahaja akan memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, sdr. Azan Ismail berpendapat bahawa,Petronas tentu sahaja tidak mempunyai pilihan lain selain dari menaikkan harga dipam dan ini sekaligus menambah beban yang terpaksa ditanggung rakyat.

“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya.

JEBAT_BERANI : APAKAH TINDAKAN KITA KALI INI JIKA KERAJAAN MENAIKAN HARGA MINYAK??ADAKAH KITA AKAN TERUS MELAKUKAN DEMONTRANSI??DAN ADAKAH DEMONTRANSI KITA AKAN BERHASIL MENYEDARKAN KERAJAAN??PADA HAMBA HANYA SATU YANG BENAR-BENAR BERKESAN UNTUK KITA LAKUKAN BAGI MENHENTIKAN SIKAP KERAJAAN YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT AKAN MASALAH RAKYAT INI..KITA TUKARKAN SAHAJA MEREKA..KITA TUKAR PEMERINTAH PADA PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG..AYUH KITA AJAR KERAJAAN '1MONGOLIA' INI...

1MALAYSIA : DIHALANG DAN DITEKAN PUNCA DR ABD AZIZ BARI TARIK DIRI

Abdul Rahim Sabri

Pensyarah terkemuka Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari mengakui beliau menerima "tekanan" ekoran kesediaan beliau untuk menghadiri forum membantah pelaksanaan sistem pengundian berkomputer atau e-undi, di Universiti Malaya (UM) malam tadi.

Katanya, beliau terpaksa membatalkan hasratnya itu ekoran tekanan dari "pihak atasan" menyebabkan beliau mengundur diri sebagai ahli panel beberapa jam sebelum forum bertajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" yang berlangsung di koridor dewan syarahan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) malam tadi.


"Saya menghadapi keadaan yang sulit. Memang ada tekanan, saya berada dalam keadaan dilema. Saya berada dalam keadaan sukar buat masa ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Katanya sebelum ini beliau banyak kali menerima tekanan secara tidak langsung daripada pentadbiran UIA ekoran kelantangan beliau dalam mengupas sesuatu isu, menyebabkan ketua jabatannya terpaksa menjawab bagi pihaknya.

"Itupun tekanan juga. Sebelum ini saya pernah dapat emel yang menyatakan itu tak boleh buat, ini tak boleh buat.

"Bahkan terdapat surat pekeliling yang menyatakan kakitatangan universiti tidak boleh mengeluarkan kenyataan tanpa kebenaran pejabat pendaftar.

"Orang kata, surat itu ditujukan kepada Dr Abdul Aziz Bari lah tu," katanya sambil ketawa.

Menurut tokoh akademik itu, beliau telah menjelaskan kepada penganjur bahawa beliau tidak berniat untuk menarik diri pada saat-saat akhir kerana sebelum ini beliau telah memberi pengesahan untuk hadir sebagai ahli panel dalam forum tersebut.

"Saya bimbang jadi macam YB Nik Nazmi...Saya memang bertanggungjawab untuk beritahu sesuatu (dalam forum itu). Saya bersimpati dengan perjuangan mereka," katanya.

Forum yang membahaskan tajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) dikejutkan dengan penarikan diri Dr Abdul Aziz sebagai ahli panel, beberapa jam sebelum forum itu berlangsung.

Pengerusi BANTAH, Mohd Aizat Mohd Salleh dilaporkan berkata, penarikan tokoh akademik itu disebabkan surat amaran telah dikeluarkan kepadanya oleh pentadbiran UIA dan menyifatkan ia sebagai "satu pencabulan demokrasi kepada ahli akademik."

Menurut Aizat, sebelum ini, pihaknya telah mendapat persetujuan untuk hadir sebanyak dua kali dari pakar perlembagaan itu.

Sebelum majlis itu bermula, Mohd Aizat memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau menyedari keputusan Dr Abdul Aziz itu setelah membuat semakan melalui emelnya jam 1 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, sehingga jam kira-kira 4.30 petang semalam, emelnya kepada Dr Abdul Aziz Bari tidak dijawab.

Bagaimanapun forum tersebut dapat berjalan dengan baik, dan tempat Dr Abdul Aziz Bari digantikan dengan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : HALANGAN DEMI HALANGAN MEMANG MEMJADI ADAT BAGI MEREKA YANG INGIN BERJUANGAN..PIHAK YANG TIDAK SUKA MELIHAT ISLAM BERKEMBANG PASTI MENGGUNAKAN PELBAGAI CARA MENGHALANGNYA...SEBAGAI PEJUANG KITA KENA KUAT MENHADAPI RINTANGAN INI...SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KEKUATAN BUAT PERJUANG MENEGAKAN SYIAR ISLAM...

KEMISKINAN DI KEDAH BERKURANG DI BAWAH PAKATAN RAKYAT

Kedah berjaya kurangkan kadar kemiskinan sepanjang 2009

Ali Hashim

ALOR SETAR, 2 Jan: Kerajaan Negeri Kedah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di negeri ini, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita juga telah berjaya mencapai beberapa sasaran penting tahun 2009 seperti pengurangan kadar kemiskinan kepada 3 peratus.

"Begitu juga dengan kadar kemiskinan tegar telah berjaya dikurangkan kepada 0.3 peratus dan kadar pengangguran kepada 3.3 peratus," katanya.

Untuk tahun 2010 ini, kerajaan negeri katanya akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan keadilan semua pihak di negeri ini dengan mengotakan janji sebagai asas perjuangan kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Azizan, azam tahun baru tidak akan memberi apa jua pengertian sekiranya ia tersasar daripada membawa keadilan dalam mencapai keredaan Allah.

"Sehingga Oktober 2009 yang lalu daripada anggaran hasil sebanyak RM480 juta, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM211.6 juta.


"Dalam tahun 2010 ini aspek yang akan diberi keutamaan ialah kebajikan rakyat, pertanian, kemudahan ICT, agama dan juga sosial, pembangunan infrastruktur dan pentadbiran.

"Kerajaan Negeri juga akan memperbanyakkan lagi program baru yang mampu membantu usahawan tempatan untuk memasuki pasaran tempatan dan juga antarabangsa,"katanya lagi.

Menurut beliau lagi setiap masyarakat tanpa mengira kaum dan agama adalah bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan negeri Kedah supaya kehidupan yang aman, selesa dan diberkati dapat dinikmati bersama.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : INILAH HASILNYA BILA 'ISLAM' MEMERINTAH BUKANNYA 'MELAYU' YANG MEMERINTAH..APABILA ISLAM MEMERINTAH SELURUH KAUM BEROLEH MAFAATNYA..KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN RAKYAT SENTIASA DIUTAMAKAN..MAKA AKHIRNYA NEGERI BEROLEH KEMAKMURAN..

BOIKOT CELCOM!!!!


Dari : Pelanggan tradisi Celsom, Damansara.

Saya terkejut dan kesal dengan sikap Celcom yang membatalkan sistem khidmat SMS berita Harakah mulai 1 Januari 2010.

Kalau dulu pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM5 sebulan dan mendapat 5 berita sehari, kini Celcom menggantinya dengan caj lebih mahal iaitu RM0.30 sen untuk satu berita.

Pastinya ia bertujuan menyekat pengaliran bahan berita yang bermanfaat untuk rakyat.

Jangan sampai kami ahi-ahli PAS yang ramai menjadi pelanggan Celcom beralih kepada syarikat Telco yang lain.

Apakah ada tekanan politik di Celcom? Walhal SMS Harakah selama ini bukannya membawa fitnah atau berita palsu.

Ia berperanan menyampaikan maklumat sahih dan pandangan pimpinan PAS dengan pantas.

Penjelasan Celcom amat dituntut bagi mengelak salah faham.

Sumber : Haraka Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA CELCOM CUBA BERMAIN API DENGAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT..INGAT JANGAN DICABAR PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KELAK MEMAKAN DIRI...BERAPA RAMAI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG MENGGUNAKAN TALIAN CELCOM..DAN JANGAN INGAT KAMI TIDAK AKAN BERALIH KE TALIAN LAIN JIKA CELCOM MENGAMALKAN SIKAP SEBEGINI....HAMBA SENDIRI ADALAH PENGGUNA CELCOM TAK AKAN TERAGAK-AGAK MENUKAR KE PERKHIMATAN TELCO LAIN KALAU CELCOM TERUS BERSIKAP SEBEGINI....

DR PORNTHIP TARIK DIRI EKORAN LAPORAN POLIS SPRM

Peguam yang terbabit dengan inkues kematian Teoh Beng Hock, bimbang pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand mungkin menarik dari dari kes tersebut ekoran laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Bercakap kepada pemberita di Medan Damansara, peguam yang mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sawar juga menyifatkan laporan polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam sebagai tidak mempunyai asas sewajarnya.

Semalam, dua pegawai SPRM membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap akhbar tabloid "Suara Keadilan" dan Dr Pornthip berhubung satu artikel yang mendakwa kononnya pakar patalogi itu telah mengesahkan punca kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock, yang telah disoal siasat oleh SPRM, adalah dibunuh.

Bagaimanapun, menurut Malik, Pornthip telah menafikan dakwaan bahawa beliau telah membocorkan laporan bedah siasat kedua.

Malik berkata, Suara Keadilan hanya menyebut dikatakan Dr Pornthip akan mengesahkan pendirian awalnya di inkues tersebut.

Akhbar tersebut, katanya, tidak sama sekali menyebut bahawa Pornthip mendedahkan sebarang maklamut dan malah ia menyatakan bahawa sumber maklumat yang ditulis itu bukanlah Dr Pornthip.

Sumber Malaysiakini

JEBAT_BERANI : TINDAKAN SPRM MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGAMBARKAN 'KETAKUTAN' SPRM SEBENARNYA..SPRM TIDAK SEPATUTNYA MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA MEREKA DIPIHAK YANG BENAR..TAPI UMPAMA KATA PERPATAH.."SIAPA MAKAN CILI DIALAH YANG AKAN TERASA PEDASNYA"..SO SEKARANG RAKYAT DAH DAPAT MEMBUAT ANDAIAN MEREKA SENDIRI DENGAN SIKAP SPRM INI...SEPERTI ADA SESUATU YANG CUBA DILINDUNGI SPRM...KITA TUNGGUUUUUU....!!!!

AUGUSTINE PAUL PERGI TAKKAN KEMBALI!!!

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada jam 3.15 petang ini di Hospital Selayang.

Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.


Augustine telah menghakimi beberapa kes kontroversi termasuk perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh.

Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi, dan dua tahun kemudiannya, mendengar perbicaraan kes Anwar.

Augustine mendapati Anwar bersalah pada 14 April 1999 selepas satu perbicaraan yang kontroversi berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwatnya.

Anwar kemudiannya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.


Sewaktu perbicaraan kes tersebut, sebuah tilam yang dikatakan terdapat air mani Anwar, telah dibawa ke mahkamah dan dikemukakan sebagai bukti DNA.

Dalam keterangan di mahkamah, seorang pakar DNA berkata 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut.

Augustine bagaimanapun menerima keterangan DNA tersebut.

Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut.

Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah negara ini.

Sejurus selepas itu, Augustine dinaikkan pangkat - pertama sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 1998, hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 dan akhirnya hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.

Augustine juga turut menulis beberapa buku - Cautioned Statements (1990), Impeachment Proceedings (1990), Trial within a Trial (1994) dan Evidence-Practice and Procedure (1994).

Buku Evidence-Practice and Procedure kini menjadi buku teks bagi subjek berkenaan di Malaysia.

Beliau akan dikebumikan di Lorong Taman Pantai 7, Bangsar pada jam 2.30 petang esok.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG..MENDIANG MERUPAKAN HAKIM YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMPOPULARKAN PERKATAAN 'RELEVAN' APABILA KERAP MENYEBUT PERKATAAN ITU SEMASA MEMBICARAKAN KES DATO SERI ANUAR IBRAHIM SEBELUM INI...MENDIANG JUGA MENCETUSKAN 'KEHANGATAN' DALAM MAHKAMAH APABILA MENGARAHKAN TILAM YANG DIDAKWA DIGUNAKAN OLEH DATO SERI ANUAR IBRAHIM BAGI MENGADAKAN HUBUNGAN LIWAT....PEMERGIAN MENDIANG MERUPAKAN 'KEHILANGAN BESAR' BUAT UM-NO/BE-END KERANA 'JASANYA' YANG TAK TERHINGGA KEPADA PARTI TERSEBUT..APAKAH JASANYA?..HANYA MENDIANG DAN UM-NO/BE-END YANG TAHU...

Saturday, January 2, 2010

CINA ISLAM DAN INDIA ISLAM JUGA BOLEH JADI MB DI KELANTAN

Tiada masalah orang Islam bangsa lain, jadi MB

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 2 Jan: Exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa orang bukan Melayu beragama Islam boleh menjadi menteri besar.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berpendapat, perkara itu wajar asalkan individu tersebut mempunyai ilmu yang tinggi mengenai Islam.

"Calon Menteri Besar atau pemimpin bagi kerajaan yang berteraskan Islam, calon itu mestilah mempunyai ilmu yang tinggi mengenai Islam.

"Ini kerana sebagai menteri besar dan pemimpin, perlu memutuskan satu-satu perkara berdasarkan kepada syariat dan hukum," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan kesyukuran dan doa selamat sempena pembukaan Bazar Tengku Anis di sini kelmarin.

Beliau berkata, dalam sejarah Islam itu sendiri, aspek 'bangsa' itu adalah sebagai satu yang tidak pernah diambil kira oleh Rasulullah s.a.w .

"Bahkan dari segi ilmu, Hadis Nabi saw sendiri menyebut (bahawa) disaran supaya menuntut ilmu walau pun sampai ke negeri Cina. Itu dari segi ilmu.

"Dalam Islam, setakat yang saya faham, tidak pernah ada syarat untuk menjadi pemimpin itu mesti (dari) bangsa-bangsa tertentu," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong.

Menteri Besar baru-baru ini menyatakan kesediaan Kerajaan Kelantan untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Beliau berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah negeri Kelantan pada 1990.

Mengikut dasar Islam, kata Nik Aziz, calon Menteri Besar dari kalangan bukan Melayu itu layak dijadikan pemimpin asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya.

Beliau turut menempelak pemimpin Umno yang taksub terhadap bangsa sendiri apabila menolak saranan tersebut dan menyifatkan Umno pada masa akan datang tiada tempat dalam politik negara, malahan imej Umno pada kacamata masyaakat Cina lebih buruk.

Turut menyokong pandangan Menteri Besar Kelantan itu, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali .

Malah Mustafa mencadangkan ianya bukan sahaja untuk Menteri Besar Kelantan saja, bahkan membabitkan pemimpin utama negara.

Mengulas perkembangan perniagaan dijalankan para peniaga di negeri ini membabitkan peniaga di Pasar Buloh Kubu, Bazar KB Mall dan terbaru Bazar Tengku Anis di sini, Takiyuddin berkata semua pihak perlu bekerjasama untuk mewujudkan satu suasana yang kondusif serta selesa.

Peranannya tersebut bukan saja perlu dimainkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan pihak Kerajaan Negeri, bahkan membabitkan semua jabatan dan agensi berkaitan.

"Pada masa sama, pihak peniaga perlu mengambil inisiatif melariskan perniagaannya, Kerajaan hanya memberi pandangan dan galakan di samping menyediakan kemudahan dan cara (facility), keselamatan, kebersihan dan keceriaan, bahkan MPKB-BRI sendiri amat bertoleransi dengan para peniaga,' katanya.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : APAKAH JAMINAN BAHAWA NASIB ORANG MELAYU AKAM TERBELA JIKA ORANG MELAYU MEMJADI MENTERI BESAR??DAN APAKAH PULA ALASAN YANG ORANG MELAYU AKAN TERANIAYA JILA BUKAN MELAYU ISLAM MEMJADI MENTERI BESAR??

BUKAN MELAYU,BUKAN CINA DAN JUGA BUKAN INDIA YANG MAMPU MEMJAMIN BAHAWA TIADA PENANIAYAAN TERHADAP MANA-MANA KAUM...HANYA ISLAM YANG MAMPU MEBERI JAMINAN KEADILAN KEPADA SEMUA KAUM..INI KERANA ISLAM MENGAJAR UMATNYA BERLAKU ADIL KEPADA SEMUA KAUM..

PERJUANGAN BERASASKAN KAUM SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI BUAT MASA INI DI MALAYSIA...MALAYSIA YANG DIHUNI OLEH BERBILANG KAUM PERLU BERLAKU ADIL KEPADA SEMUA KAUM YANG ADA....OLEH ITU PERJUANGAN HANYA UNTUK SATU-SATU KAUM SEPERTI UM-NO PERLU DITOLAK OLEH RAKYAT MALAYSIA..

JIKA SESEORANG ITU ISLAM,TAK KIRA APA BANGSA SEKALIPUN INSAALLAH KEADILAN UNTUK SEMUA KAUM AKAN TERJAMIN DENGAN SYARAT BELIAU BENAR-BENAR MENGAMBIL ISLAM SEBAGAI PANDUAN....

DEWAN PEMUDA DAN NISA BERDAKWAH DI AMBANG TAHUN BARU


KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kerajaan diharap turut membantu dalam menyelesaikan masalah moral dan akhlak masyarakat terutamanya anak-anak muda di dalam negara ini dengan menyokong sebarang aktiviti dakwah terhadap golongan itu.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan kepada media sebelum bermula program ziarah kasih malam tadi..

"Saya berharap selepas daripada ini, aktiviti ini kalau boleh disupport (sokongan) oleh pihak kerjaan sendiri sebab kerajaan sebenarnya lebih bertanggung jawab." katanya.

Beliau memberi contoh sebagaimana kerajaan negeri kelantan yang menganjurkan program akademi sayang nyawa semalam bertujuan untuk menyalurkan minat masyarakat kepada positif.

"mereka nak naik motor kita tak halang, mereka nak main bola kita tak halang, tinggal lagi cuma kita nak betulkan, cara mereka naik motor bagaimana pemanduan berhemah, tidak mengganggu nyawa yang lain, supaya tidak membinasakan diri mereka sendiri, dan juga main bola supaya mereka tidak melanggaar waktu solat dan lain-lain"

"Kita tak pisahkan hiburan dengan masyarakat tapi kita mahu hiburan yang mereka lakukan itu tidak sampai mendapat murka dari Allah SWT."tambah beliau.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat baru sahaja merasmikan penutup program akademi sayang nyawa di Kelantan semalam.

"Objektif program dakwah ziarah kasih adalah membantu menyelesaikan krisis keruntuhan moral dan juga gejala sosial negatif di dalam masyarakat dan negara."

"kita tidak mahu dalam keghairahan kita menyambut kedatangan tahun baru mereka mengorbankan harga diri mereka, mereka mengorbankan masa depan mereka, akhlak mereka, mengorbankan barangkali maruah mereka" tegas beliau.

Nasrudin juga mnyatakan bahawa PAS tidak menghalang sambutan Tahun Baru diadakan tetapi biarlah aktiviti tersebut bermanfaat seperti aktiviti nasyid, ceramah dan forum yang diadakan di masjid Asy-Syakirin pada malam itu.

"kalaupun ada aktiviti hiburan, biarlah aktiviti hiburan itu tidak mengheret anak-anak muda kita hanyut dan tenggelam dalam pengaruh nafsu dan syahwat yang merosakkan akhlak dan moral mereka" katanya.

Program ziarah Kasih anjuran Dewan Pemuda PAS bersama NISA' itu turut diadakan serentak di tempat-tempat lain seperti Dataran Merdeka, Bangsar, dan Taman Tasik Titiwangsa

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAK MENGHARAPKAN KERAJAAN '1MONGOLIA' UNTUK SAMA-SAMA MEMBANTERAS GEJALA SOSIAL ADALAH SANGAT MUSTAHIL..INI KERANA MEREKALAH YANG MENGANJURKAN SEGALA MACAM AKTIVITI YANG BOLEH MENJERUMUSKAN RAKYAT MALAYSIA KE DALAM GEJALA SOSIAL INI..JADI BAGAIMANA PULA MEREKA HENDAK BERSAMA KITA MEMBANTERAS GEJALA SOSIAL INI...

TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH DEWAN PEMUDA PAS DAN NISA INI ADALAH SATU TINDAKAN YANG BERANI DAN MULIA...DIKALA PEMUDA UM-NO DAN PUTERI UMNO DOK TERLONJAT-LONJAT DIPENTAS KONSERT SAMBUATAN TAHUN BARU..PEMUDA PAS DAN NISA TURUN BERDAKWAH MENYEDARKAN REMAJA KITA AGAR TIDAK LALAI DENGAN SAMBUATAN TAHUN BARU...

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN DAN KEJAYAAN TERHADAP USAHA YANG DILAKUAKN OLEH PEMUDA PAS DAN NISA INI...

TOK GURU NIK AZIZ ULAS ISU RM800 JUTA

UMN0 PASTI BERSORAK DENGAN ISU INI DAN MENGATAKAN KERAJAAN KELANTAN TIDAK TAHU MEMERINTAH..TAPI SEDARKAH MEREKA BAHAWA APA YANG DIALAMI OLEH KERAJAAN KELANTAN INI ADALAH 'DIWARISI' DARI KERAJAAN UMNO SEBELUM PAS BERJAYA MENAWAN KELANTAN???SEDARKAH MEREKA BAHAWA PAS TERPAKSA MENYELESAIKAN MASALAH YANG DITINGGALKAN MEREKA??

SPRM YANG MENGELABAH BUAT LAPORAN POLIS



SHAH ALAM 1 Jan. — Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah akhbar tabloid tempatan ”Suara Keadilan” yang bertajuk “Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh”.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Hisyam Mohd Yusoff, 30, membuat laporan polis terhadap akhbar tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung, manakala Raub Ghani, 41, juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Kedua-dua mereka membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut laporan polis yang salinannya turut diedar kepada pemberita di sini, Hisyam berkata, laporan itu dibuat selepas beliau membaca akhbar yang bertarikh 29 Dis. 2009 - 5 Jan. 2010 bilangan 213 itu semalam, dan mendapati artikel berkenaan membuat kesimpulan bahawa Setiausaha Politik kepada seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock mati akibat dibunuh. -

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : HEHE TAKUT KE APA SAMPAI PI BUAT LAPORAN POLIS???NAK CUBA SOROK APA LAGI??PORTHIP BUKAN KATA SPRM YANG BUNUH..DIE KATA BENG HOCK DI SAHKAN DI BUNUH BERDASARKAN SIASATAN BEDAH SIASAT YANG DILAKUKAN BELIAU...EHMMM..SAPA MAKAN CILI DIE LA YANG TERASA PEDASNYA..TAK GITU SAHABAT SEKALIAN???