KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.
Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.
Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.
Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.
“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri.
“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak merugikan,” ujarnya.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : "KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN"...ITULAH RASANYA UNGKAPAN YANG SESUAI BAGI MENGAMBARKAN SIKAP P-END NAJIB ALTANTUYA...MENGUTAMAKAN RAKYAT NEGARA LAIN LEBIH DARI RAKYAT SENDIRI..
SEKIAN LAMA KERAJAAN KELANTAN MENUNTUT HAK WANG ROYALTI MINYAK NAMUN DIABAIKAN MALAH PELBAGAI ALASAN DIBERIKAN BAGI MENAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN INI..NAMUN DALAM ISU TANAH MILIK KTMB DI TANJUNG PAGAR SENANG-SENANG PULA KERAJAAN MENYERAHKANNYA KEPADA SINGAPURA...
BEGINIKAH SIKAP SEORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA??RAKYAT SENDIRI DINAFIKAN HAK MANAKALA HARTA NEGARA DISERAHKAN DENGAN BEGITU MUDAH KEPADA NEGARA LAIN?APAKAH PUAK-PUAK UM-NO MASIH MAHU MENYOKONG P-END NAJIB ALTANTUYA INI..
JIKA BERTERUSAN BEGINILAH PERANGAI P-END NAJIB ALTANTUYA RASANYA TAK SALAH KALAU TOK GURU NIK AZIZ MENDOAKAN AGAR BELIAU DITIMPA BALA..KERANA JIKA BELIAU TERUS MEMERINTAH MAKA RAKYAT PULA YANG AKAN DITIMPA BALA JADINYA...
No comments:
Post a Comment