SHAH ALAM 12 MEI: Keengganan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memohon maaf kepada keluarga Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, hanya mendorong keluarga mangsa meneruskan tindakan perundangan.
"Kita kemungkinan untuk ambil tindakan kepada IGP dengan CPO sebab masih gagal dan enggan memohon maaf dan mengaku percakapan mereka tentang isu ini adalah salah," kata Lateffa Koya kepada TV Selangor. Lateffa Koya adalah antara peguam keluarga mangsa.
Berikutan kenyataan terbaru kedua-dua pegawai polis ini, beliau berkata, keluarga Allahyarham sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan perundangan.
Lateffa Koya juga kesal kerana kedua-dua pegawai atasan polis ini, membuat kenyataan sembarangan tanpa bersandarkan bukti.
"Kita tak faham macam mana mereka boleh cakap macam itu. Mereka tidak boleh cakap sewenang-wenangnya. Sekurang- kurangnya kena tunjuk bukti, mana parangnya? Mana benda-benda yang dia kata?
"Kalau semua benda itu tidak muncul dan tak dapat dibuktikan, maksudnya ini adalah keterangan palsu," katanya lagi.
Selepas pendakwaan Koperal Jenain Subi atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid, Musa Hassan dan Khalid Abu Bakar terus menolak permintaan keluarga mangsa untuk memohon maaf kerana melabel Aminulrashid sebagai “penjenayah”.
Malah, mereka tetap mempertahankan kenyataan mereka atas alasan perbuatan melabel Aminulrashid sebagai penjenayah yang disyaki, bukan satu kesalahan.
Mereka juga enggan memohon maaf walaupun diminta keluarga Aminulrashid, dengan alasan bimbang ia akan memberi implikasi perundangan.
Aminulrashid sebelum ini didakwa sebagai memiliki parang dalam kereta selain didakwa mengundurkan kereta hingga hamper melanggar kenderaan polis pada malam kejadian.-

Sumber : TVSelangor
JEBAT_BERANI : SUDAHLAH MEMBUAT PERTUDUHAN TANPA DISOKONG OLEH BUKTI YANG KUKUH DAN MENYEBABKAN KELUARGA ARWAH ADIK AMINULRASHID MENANGGUNG MALU DAN KINI KETUA POLIS NEGARA MENGANGGAP BAHAWA KENYATAAN YANG DIKELUARKAN PIHAK POLIS ADALAH TIDAK SALAH KERANA MEREKA HANYA MENYATAKAN BAHAWA ARWAH ADIK AMINULRASHID DISYAKI SEBAGAI PENJENAYAH...
SEDARKAH MEREKA PIHAK POLIS IMPLIKASI YANG TERPAKSA DITANGGUNG KELUARGA ARWAH DI ATAS KENYATAAN MEREKA ITU WALAUPUN IANYA SEKADAR MENYATAKAN BAHAWA ARWAH DISYAKI SAHAJA...BAGAIMANA PULA DAKWA PIHAK POLIS BAHAWA TERDAPAT PARANG DI DALAM KENDERAAN YANG DIPANDU OEH ARWAH??TIDAKKAH DAKWAAN INI SENDIRI BOLEH MENDATANGKAN PRASANGKA BURUK MASYARAKAT TERHADAP ARWAH DAN KELUARGA...JUSTERU ITU PIHAK POLIS PERLU MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN PARANG INI ATAU BERTINDAK MEMBERSIHKAN NAMA ARWAH DARI PERTUDUHAN INI..
MEREKA MUNGKIN TIDAK MERASA BAGAIMANA PERASAAN KELUARGA ARWAH ADIK AMINULRASHID KETIKA INI APABILA AHLI KELUARGA MEREKA DIKAITKAN DENGAN PERBUATAN JENAYAH YANG TIDAK DILAKUKAN OLEH ARWAH....BAGAIMANA KELUARGA ARWAH HENDAK BERHADAPAN DENGAN MASYARAKAT YANG MUNGKIN BERTANGGAPAN BAHAWA ARWAH BENAR-BENAR TELIBAT DENGAN PERBUATAN JENAYAH SEBAGAIMANA YANG DIGAMBARKAN OLEH PIHAK POLIS....
APAKAH SUSAH SANGAT BAGI PIHAK POLIS MEMINTA MAAF KEPADA KELUARGA ARWAH SEKLIGUS MEMBERSIHKAN NAMA ARWAH DARI PERTUDUHAN JENAYAH YANG TIDAK DILAKUKANNYA....APAKAH PIHAK POLIS MASIH MAHU MENEGAK BENANG YANG BASAH??TINDAKKAN PIHAK POLIS YANG BERKERAS UNTUK TIDAK MEMBUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA KELUARGA ARWAH HANYA AKAN MEMBURUKKAN LAGI IMEJ POLIS DI MATA MASYARAKAT....
No comments:
Post a Comment