WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, January 2, 2010

BN=BARANG NAIK!!!!!

( Yang ini orang guna lagi)

(YANG INI ORANG DAH TAK GUNA)

BN=BARANG NAIK...MAKA TIAP-TIAP TAHUN KITA KAN MENERIMA KENAIKAN HARGA BARANG SELAGI MANA BN MEMERINTAH...
KALAU KITA MAHU HARGA BARANG TURUN MAKA KITA JUGA KENA TURUNKAN BN DARI 'TAHTANYA' SEKARANG..JIKA TIDAK KITA TERPAKSA MENERIMA KENAIKAN HARGA BARANG SEPANJANG TAHUN KERANA INI TELAH EMJADI SEBAHAGIAN DARI BUDAYA PEMERINTAHAN BN..
TANPA MENGAMBIL KIRA AKAN BEBANAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG RAKYAT,BN TETAP AKAN MENAIKAN HARGA BARANG ASALKAN KRONI-KRONI MEREKA BEROLEH KEUNTUNGAN...PADA MEREKA RAKYAT DIDUNGUKAN KRONIKU DIUTAMAKAN...
DAN SETIAP KALI KERAJAAN MENAIKAN SESUATU HARGA BARANG,KERAJAAN SERING MEMBANDINGKANNYA DENGAN NEGARA LUAR WALAUPUN PERBANDINGAN ITU SAMA SEKALI TIDAK MASUK AKAL...UMPAMANYA BILA MEREKA MENBANDINGKAN NEGARA KITA DENGAN NEGARA YANG TIDAK MEMPUNYAI HASIL MINYAK BILA KERAJAAN MAHU MENAIKAN HARGA MINYAK...
BEGITU JUGA BILA KERAJAAN MENAIKAN HARGA GULA..KERAJAN MEMBANDINGKAN HARGA GULA KITA LEBIH MURAH ARI SESETENGAH NEGARA...NYATA KERAJAAN CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA...APAKAH RAKYAT TIDAK TAHU MENILAI AKAN KEPERLUAN KENAIKAN HARGA INI..DAN ADAKAH PERBANDINGAN YANG MEREKA BUAT ITU RELEVAN???
INGAT..SEBAGAIMANA DACING LAMA DIATAS TIDAK LAGI DIPAKAI ORANG..MAKA SUATU HARI NANTI BN JUGA BAKAL MEMJADI BAHAN SEJARAH JIKA MASIH KEKAL DENGAN 'TABIAT' MEREKA MENAIKAN BARANG INI..RAKYAT YANG TERTEKAN PASTI AKAN BANGKIT MENENTANG..KETIKA ITU TAHULAH NASIB BN BILA HANYA MENJADI BAHAN SEJARAH DALAM BUKU TEKS BUDAK SEKOLAH MENENGAH...

1MALAYSIA : JUAL MIG HANYA SANDIWARA SEMASA KERAJAAN

Jual pesawat MIG29N, sandiwara kerajaan

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 1 Jan : Kenyataan terbaru Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bahawa kerajaan belum ada keputusan yang muktamad untuk menjual pesawat MIG29N dipersoal.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menganggap kenyataan Ahmad disebabkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan sebelum ini.

"28 Oktober lalu di Dewan Rakyat, (Ahmad berkata) perkhidmatan pesawat tempur MIG29N akan di tamat tahun depan (2010), tibak-tiba apabila Tun menegur dan kritik, (Ahmad) Zahid kata belum muktamad lagi," jelasnya.

Beliau menganggap, kenyataan Ahmad sekadar meredakan kemarahan Tun sahaja - yang tidak mahu pihak tertentu mengaut keuntungan komisen, sebagaimana yang berlaku dalam transaksi kapal selam Scorpene dan pesawai Sukhoi sebelum ini.

Sebagaimana kes kehilangan dua enjin jet F5E baru-baru ini, beliau mendakwa Ahmad cuba menyembunyikan niat sebenar kerajaan untuk membeli pesawat yang baru.

"Hakikat mereka sedang disembunyikan (adalah) nak jual MIG29N dan beli pesawat baru, semacam mereka sembunyikan dua injen pesawat F5E selama 3 tahun baru-baru ini," jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa pihak atasan dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TLDM) terlibat dalam beberapa penyelewengan tersebut.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan Mahathir supaya pesawat MIG29N itu dinaik taraf dengan kelengkapan teknologi terkini sahaja.

"kita naik tarafkan semua injin MIG29N seperti mana kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia (ke atas) semua MIG milik India," jelasnya.

Jelasnya lagi, perjanjian tersebut membenarkan Hindustan Aeroautics Pte. Ltd. iaitu syarikat pertahanan-penerbangan milik kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India.

Begitu juga dengan Polond, mendapatkan kepakaran Rusia untuk menaik taraf kesemua 32 pesawat MIG29N yang dijangka siap sekitar 2012-2015.

Beliau juga menjelaskan bahawa United Kingdom turut menaik taraf pesawat-pesawat juang negaranya.

"Jet pengebom UK English Electric Canberra diguna sejak tahun 1950 hingga Perang Teluk yang pertama setelah dinaik taraf beberapa kali, sesuai dengan usianya dan modelnya," jelas.

Beberapa usaha kerajaan itu, sekali gus mendorong rakyat menganggap kerajaan membazirkan wang rakyat.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KALAU PASAL NAK MEMBAZIRKAN HARTA RAKYAT BE-END MEMANG JUARA...MASA BELI TAK FIKIR BILA NAK JUAL PUN TAK FIKIR...YANG DIE ORNG TAHU HANYALAH KEUNTUNGAN POKET MEREKA SAHAJA..SOAL MEMBAZIRKAN DUIT NEGARADIE ORANG TAK AMBIL PEDULI..BKAN DUIT MAK BAPAK DIE ORANG PON...PEDULI APA DIE ORANG..NIE LE NASIB BILA DI PERINTAH OLEH KERAJAAN '1MONGOLIA'

Friday, January 1, 2010

GEMPAR!!!!!MB NEGERI SEMBILAN KENA SEBAT!!!

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008. Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan.

Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu. “Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus.

Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.” Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu. “Ada kelompok yang rapat dengan rejim secara seronok hantar duit 22 juta 10 juta ke luarnegara.

Rosmah hanya sebab tak cukup duit shooping di Dubai, 6ratus ribu dihantar kesana. Dalam keadaan rakyat begitu susah payah dibawah ni," kata Badrul Hisham Shaharin, Ahli Majlis Tertinggi Keadilan.

Pengerusi Perwaja dan Maju Holding, Tan Sri Abu Sahid turut dikatakan telah memindahkan sejumlah 22.2 juta ringgit ke luar Negara. Seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan rejim pemerintah iaitu adik kepada Syed Mokhtar Al- Bukhari, Syed Mohammad dikesan telah memindahkan wang secara tidak sah sebanyak 1.19 juta ringgit. 16 november lalu, pimpinan keadilan telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri.

Kegiatan ini telah melanggar akta pengurupan wang 1998 antaranya Seksyen 30(1)(b)”perbuatan yang melibatkan, yang berkiatan dengan, atau sebagai persedaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…”dan Seksyen 35(b)“ memberikan apa- apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana- mana akta ini..” Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan.

Pada 3 disember lalu, pimpinan keadilan nekad memfailkan kes ini ke ibu pejabat polis bukit aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri. “Setiap kali wang Negara dihantar keluar Negara secara haram dalam jumlah yang besar, ia melibatkan ekonomi Negara. Melibatkan periuk nasi rakyat. kecuali mereka yang rapat dengan rejim pemerintah…….yang memang nyata,” katanya lagi. 26 0otober lalu, bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Namun tidak disertakan sebab musabab pembatalan lessen berkenaan.

Sumber : TV Selangor

JEBAT_BERANI : kita tunggu dan lihat apakah mb n9 ini akan terlepas atau tidak dengan hukuman mahkamah..mungkin beliau akan terlepas jua akhirnya kerana dilindungi oleh kroni2 nya..namun yakinilah bahawa sebelum dihukum oleh allah s.w.t beliau akan dihukum dengan hukuman rakyat

BEULKH PEWAKILAN UM-NO PUAS HATI??!!

Ahli Umno berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih teraju kepimpinan sebagai presiden parti memandangkan mereka berpendapat beliau kini memimpin negara ke arah yang betul.

Kaji selidik yang dikendalikan oleh sebuah firma penyelidikan bebas, Merdeka Centre, terhadap 358 perwakilan ke perhimpunan agung Umno baru-baru ini, menunjukkan kira-kira 95 peratus daripada mereka menyuarakan rasa puas hati terhadap prestasi Najib, sebahagian besarnya disebabkan peningkatan dalam kualiti kepimpinan.

Mereka berpendapat bahawa Najib, yang juga perdana menteri, mempunyai kualiti kepimpinan kebangsaan dan mengutarakan beberapa idea menarik bagi meraih sokongan umum, misalnya konsep "1Malaysia", memberi penekanan terhadap menyelesaikan masalah rakyat dan memperkukuhkan ekonomi.

"Rasa puas hati terhadap presiden parti dalam kalangan perwakilan adalah amat tinggi iaitu 95 peratus dengan 60 peratus daripada mereka mengatakan 'sangat berpuas hati' dengan prestasi beliau sejak mengambil alih kepimpinan Umno.

"Sebab utama bagi sokongan yang kukuh itu berpunca daripada peningkatan yang dirasai dalam kualiti kepimpinan," kata Merdeka Centre dalam rumusan terhadap keputusan kaji selidik perwakilan perhimpunan agung Umno 2009.

Kaji selidik itu dijalankan dari 4 hingga 11 November, meliputi sekurang-kurangnya seorang individu dari setiap bahagian dalam parti berkenaan.

Kaji selidik dilakukan menerusi telefon dan kumpulan yang dikaji dipilih berdasarkan senarai perwakilan ke perhimpunan agung itu.

Merdeka Centre juga berkata perwakilan memberi sokongan amat padu kepada dua langkah yang diperkenalkan itu, dengan 81 peratus menyokong liberalisasi ekonomi manakala konsep 1Malaysia menerima sokongan daripada 94 peratus.

Kaji selidik itu menunjukkan bahawa 91 peratus daripada perwakilan yang dikaji percaya bahawa imej Umno di mata masyarakat secara amnya adalah positif manakala 97 peratus percaya Umno adalah satu-satunya parti yang dapat menjaga kepentingan orang Melayu.

Mereka juga optimis mengenai peluang parti dalam pilihan raya akan datang dengan 66 peratus berpendapat Umno telah pun pulih daripada masalah yang membawa kepada pencapaian buruk parti itu pada pilihan raya umum lepas. - Bernama

BLOGGER : SERANG BE-END BUKN PAS

Oleh Herman Samsudeen

InsyaAllah, jika masih ada nyawa dan matahari esok pagi bermakna kita diizinkan Allah untuk menikmati perjuangan untuk kesekian kalinya. Dan sinar 2010 sewajarnya dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua khususnya jentera dan pengerak PAS diseluruh dunia.Sedikit harapan dari saya. Semoga tahun 2010 dijadikan medan untuk menyerang Umno, membongkar segala kedurjanaan yang mereka lakukan dan berdakwah kepada saki baki ahli Umno yang mahu bersama Islam.






Diharapkan tahun 2010 tidak dijadikan medan untuk ahli dan rakan-rakan blogger menyerang kepimpinan hingga memberikan ruang luas kepada musuh menyerang dan memasuki kota kepercayaan kita.

PAS tidak pernah menutup pintu teguran dari ahli dan juga para penyokong. Tapi diharapkan semua teguran itu dibuat secara beradab dan melalui saluran yang betul.

Kita tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada, maka kita tetap berharap agar ahli dan penyokong memberikan ransangan dan teguran yang membina bukan mencipta persepsi yang akhirnya merugikan parti.

Membongkar kelemahan parti adalah sesuatu yang dituntut dalam membina kekuatan dalaman. Tetapi kalau pembongkaran itu dibuat dihadapan musuh, itu bermakna bunuh diri.

Sesama pimpinan juga harus bijak memainkan peranan politik mereka dan tidak menjadikan media dan kenyataan-kenyataan terbuka untuk memerangkap pimpinan lainnya.

Acap kali ahli menjadi bingung bila melihat kepimpinan saling berbeza pandangan dan membuat kenyataan-kenyataan yang memberikan beban kepada kepimpinan lain menyelesaikannya.

Kebijakkan politik menuntut PAS mempamerkan budaya kerja politik yang lebih profesional yang bukan sekadar mengulas tetapi menganalisis serta menyelesaikan permasalahan yang ada.

Seterusnya, PAS harus memperkukuhan sumbangan dalam Pakatan rakyat dan menjadi pemimpin kepada kebangkitan rakyat dalam membenamkan Barisan Nasional.

Jadikan tempat-tempat yang sudah dimenangi PAS sebagai kubu-kubu kuat dan pastikan asakkan berterusan dikubu-kubu BN diteruskan tanpa henti.

Akhirnya, kita harus memahami matlamat dan dasar parti sebenar-benarnya agar ia menjadi panduan kekal untuk kita terus mara ke hadapan. Kenali musuh kita yang sebenarnya. Serang dan kerjakan mereka dengan penuh keimanan bukan kerana nafsu atau dendam kesumat.

Kerana akhir tujuan dan matlamat kita adalah keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia

Sumber : Detik Daily

BLOG 'CELAKA' KENA SAMAN

KHAIRY GIGIT JARI NAK ADIK???

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Selepas disebut-sebut bakal menyertai kabinet, nampaknya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin terpaksa menggigit jari apabila Perdana Menteri mengumumkan, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman Abdul Rahman Taib yang meletakkan jawatan.

Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya di Kuching berkata, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

"Ya dari Sarawak. Kita sudah ada nama tetapi tidak boleh diumumkan lagi," kata Najib selepas merasmikan mesyuarat agung Sarawak Progressive Democratic Party's (SPDP) di Dewan Suarah 29 Disember lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada 19 Mac 2008 lalu semasa Tun Abdullah masih Perdana Menteri.

Beliau kemudiannya dikekal dalam kabinet apabila Najib ambilalih jawatan PM pada April lalu.

Pada 4 Disember lalu, Sulaiman mengumumkan, dia telah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dengan alasa peribadi.

Najib kemudiannya menerima perletakan jawatan itu selepas berbincang dengan ayah Sulaiman, Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Sebelum itu, Najib disebut-sebut bakal membuat rombakan kabinet dan nama Khairy disebut-sebut bakal dilantik menjadi timbalan menteri.

Sebuah akhbar politik, Siasah melaporkan di muka depannya, Khairy bakal gigit jari lagi untuk menyertai kabinet. Akhbar itu mengaitkan serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Umno pimpinan Najib sebagai tanda-tanda bantahan Mahathir terhadap berita angin itu.

Ini kerana, sejak sekian lama, iaitu semasa Tun Abdullah, bapa mertuia Khairy adalah Perdana Menteri, Mahathir menjadikan Khairy sebagai sasarannya.

Selepas pemilihan Umno lalu, anak Mahathir, Mukhriz yang kalah di tangan Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pemenang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri iaitu di Kementerian Belia dan Sukan.

Namun, Khairy yang menang Ketua Pemuda tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Apabila ura-ura Najib mahu membuat perubahan dalam kabinetnya, nama Khairy disebut-sebut bakal menjadi timbalan menteri. Turut melaporkan ura-ura ini adalah akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Apabila Sulaiman meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri, nama Khairy sekali lagi disebut-sebut.


Namun dengan pengumuman Najib bahawa orang Sarawak akan menggantikan Sulaiman, Khairy nampaknya terpaksa menggigit jari lagi.

JEBAT_BERANI : SIAN-SIAN..MAMT NIE MEMANG TAK DIHARAP OLEH P-END MONGOLIA..KAH,KAH,KAH

BE-END CURANG!!!

SHAH ALAM - Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa berlaku 'curang' dengan tindakan menyebabkan BN hampir tewas dalam undi untuk meluluskan Bajet 2010 di Parlimen 14 Disember lalu.

Tindakan 'duri dalam daging' itu didedahkan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menyifatkannya sebagai 'malapetaka' bagi BN.

Menurutnya, Ahli-ahli Parlimen BN juga memberi maklumat yang menjadi panduan dan kekuatan kepada PR dalam membahaskan peruntukan untuk rakyat itu. Beliau, bagaimanapun, tidak memberitahu dengan jelas apa jenis maklumat yang mereka disalurkan atau siapa yang terlibat.

“Saya tidak boleh sebut siapa antara mereka yang menyalurkannya. Ia berlaku di Parlimen,” katanya di sesi dialog dengan wakil-wakil Sinar Harian ketika mengunjungi ibu pejabat Karangkraf di Seksyen 15 di sini bersama kira-kira 10 pemimpin Pas Perak.

Nizar, yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Ahli-ahli Parlimen terbabit juga terpaksa 'mengangguk' sahaja di Dewan Rakyat, walaupun mereka tidak setuju dengan cara pimpinan mereka.

“Itu sebabnya ada di kalangan mereka tidak hadir semasa undian dijalankan (di Dewan Rakyat), walhal setengah daripada mereka berada di sekitar Lembah Klang sahaja,” katanya.

Ditanya sama ada insiden di Dewan Rakyat itu dirancang atau tidak oleh mana-mana pihak, Nizar berkata, ia melibatkan kedua-dua elemen itu, tetapi tidak memberi keterangan lanjut berhubung perkara itu.

“Kita pun cukup berhati-hati...bukan tujuan untuk melakukannya di luar jangkaan...sekadar menguji kekuatan BN (untuk) menggambarkan (apakah) belanjawan terhebat ini mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen BN sendiri (atau tidak).

“Oleh itu kami PR telah berbisik antara satu sama lain untuk sampaikan pesanan kepada setiap Ahli Parlimen PR dan hasilnya terbukti, walaupun kami hanya ada 63 orang,” katanya.

Dalam insiden mencemaskan itu, BN menang tipis, dengan mendapat 66 undi, iaitu lebih tiga undi berbanding pembangkang.

Di waktu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang menjalankan tugas rasmi, terpaksa bergegas ke Dewan Rakyat untuk menambahkan bila- ngan Ahli Parlimen BN.

Nizar, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, ketidakhadiran setengah Ahli Parlimen BN pada masa itu adalah bukti jelas setengah daripada mereka tidak menyokong perbahasan Bajet 2010 tersebut.

“Sebagai contoh, (bagi Ahli Parlimen BN) tindakan Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi mempromosikan sukan F1 tidak munasabah kerana mereka boleh melihat rakyat di tempat mereka sendiri ada yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

"Begitu juga dengan peruntukan RM100 juta untuk projek Permata (Pusat Anak Permata Negara) yang dikendalikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini menunjukkan malapetaka kepada BN,” katanya.

Najib mengumumkan peruntukan RM100 juta itu ketika membentangkan Bajet 2010.

Rosmah menyifatkan peruntukan itu sebagai penghargaan kepada pentingnya penjagaan awal anak-anak dan pendidikan di Malaysia.

Sumber : Sinar harian

JOLI KATAK SUDAH BERALU!!!!



Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.

1MALAYSIA OR 1 MONGOLIA: HADIAH TAHUN BARU GULA NAIK


PUTRAJAYA, 31 Dis: Rakyat mendapat hadiah tahun baru dari kerajaan apabila harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Menurut kenyataan, kenaikan ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KERAJAN '1MONGOLIA' NAMPAKNYA TAK HABIS-HABIS NAK MEMBEBANKAN RAKYAT..MEMANG BERTEPATAN SEKALILAH BN=BARANG NAIK....TAK SUDAH-SUDAH BARANG NAIK SELAMA 50 TAHUN BN MEMERINTAH..NAK HARAP TURUN TAKDENYE..LAU ADER PUN TURUN SEHARI DUA JERK...

BARU NAK SERONOK SAMBUT TAHUN BARU DAN KERAJAAN '1MONGOLIA' BIKIN KEPALA PENING..ASYIK-ASYIK NAK PEKENAKAN RAKYAT JERK KERJANYA..TENGOK LA NANTI PRU KE 13 RAKYAT PLAK YANG PEKENAKAN MEREKA...TAU LA NASIB MASA TUE...