WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, January 2, 2011

PAKATAN RAKYAT 'TENANG' HADAPI UM-NO/BE-END DI DUN TENANG


LABIS, 2 Jan: Jentera Pemuda PAS diseru tidak gentar berhadapan dengan Umno BN di Dun Tenang meskipun dikatakan kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda seharusnya menanamkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS mampu menawan kerusi Tenang.

"Orang kata di sini kubu kuat Umno tapi saya nak bagitahu sifir pilihan raya,sekarang ini tiada lagi istilah kubu kuat bagi Umno BN.

"Di seluruh negara, kita pernah menawan kerusi-kerusi mereka dan di Dun Tenang ini pilihan raya kecil ke 14. Dari 13 pilihan raya kita telah menang dengan agregat 8-5.

“Dalam orang tak percaya kita boleh menang, kita mampu melakukannya.

"Ini bermaksud kita ada keupayaan untuk menang.Inilah yang harus kita yakin. Saya tak mahu pemuda-pemuda kita tak yakin dengan kekuatan yang kita miliki," katanya ketika berucap di majlis pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat dekat sini, semalam.

Justeru Nasrudin berkata, jentera pemuda harus bersiap sedia dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS.

"Saya harap jentera yang turun hari ini mampu menggunakan segala kekuatan untuk memenangi Dun Tenang ini," katanya disambut laungan takbir oleh kira-kira 500 pemuda yang hadir.

Sementara itu, ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, pemuda Pakatan akan membuat agihan tugas secara tepat dan tersusun dalam gerak kerja PRK kali ini.

"Rupa-rupanya di Tenang ini satu kebangkitan rakyat akan berlaku. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pekan Tenang jangan disangka tak akan mengamuk.

"Kita berhadapan realiti, iaitu kawasan Felda yang dikatakan kubu kuat Umno.

"Pemuda PAS, Dapsy dan AMK akan agih tugas dengan betul kali ini. Kalau kita tengok pengalaman di Sibu, semua orang kata kita susah nak menang. Tapi oleh kerana kita bekerja secara tersusun, kita mampu menawan Sibu," katanya.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : AYUH KITA 'TENANG'KAN RAKYAT DI DUN TENANG DARI PEMERINTAHAN 1MALAYSIA YANG MEMENINGKAN RAKYAT..AYUH KITA MENANGKAN PAKATAN RAKYAT DI DUN TENANG AGAR RAKYAT DI DUN TENANG DAPAT HIDUP 'TENANG' DAN SELESA.....

1 comment:

  1. AKU PASTI PARTI AJARAN SYAITAN TAHU DI MANA TAHAP PENERIMAAN PENGUNDI TENANG KEPADA MEREKA. JGN BUANG MASA, TENAGA DAN PITIH, TUMPUKAN KPD MENGEKALKAN PEGANGAN KALATE, ITU ADALAH BAIK.

    ReplyDelete