Nazri Ahtar salam,
1. Tolong laa jangan buat perbandingan harga minyak dengan negara lain. kalau terpaksa bandingkan juga, bandingkan sekali Cost Of Living, Bandingkan sekali average GAJI yang diterima. compare 1 to 1, bukan compare selepas congak nilai RM.
2. Petrol ni bahan asas penting. naik petrol, naik la kos transport. naik kos transport, naik la kos barang mentah dikedai2, siapa juga yg tanggung ? consumer aka rakyat. itu belum dikira dengan naik tarif elektrik. Bila tarif elektrik naik, kos LRT, ERL, monorel akan naik juga (eventually), siapa yg tanggung ? Consumer aka rakyat.
3. Betul dan setuju naik utk kemajuan, tapi berbaloikah risiko diambil kalau nak dibandingkan dengan peratusan menyokong (dan juga peratus memangkah undi memihak kepada DS). saya pasti DS ada ramai cendiakawan yang memberi pandangan dan nasihat kepada DS ttg ini.
4. Alasan yang biasa diberikan utk sejukkan hati rakyat ialah 'kami akan pastikan harga barang lain tidak akan naik'. Sejauh mana janji ini ditepati ? Saya rasa DS boleh congak sendiri. Dari sudut pandangan mata saya yg serba sederhana, asalkan gaji kakitangan awam diumumkan naik (belum naik lagi), harga barang runcit sudah naik. Lihat sahaja harga gula sekarang. Sejauh mana kekuatan pegawai2 yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan harga barang tidak naik ? Wallahualam. Yg pasti saya sudah bosan mendengar alasan2 sebegini.
5. Kenapa tidak digunakan cara 'tunjuk IC@ kad pengenalan Malaysia sebelum beli minyak petrol utk dapatkan harga subsidi' ? Sekurang2nya dengan cara kampung tersebut, rakyat terbela. Duit subsidi mmg jatuh terus ke tangan rakyat, bukan kepada tangan pelancong mahupun PATI, jikalau ini yg satu ketika dahulu dijadikan alasan utk menaikkan harga petrol. Mana dia method yg dicanang2kan kononnya subsidi yg lebih effisen utk rakyat. mana ? mana ?
6. Kalau ini merupakan salah satu langkah untuk mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, sediakan penganggkutan awam yg effisen terlebih dahulu. DS tak perlu pening nak lobi rakyat utk guna pengangkutan awam. rakyat akan guna pengangkutan awam kalau sistem pengangkutan awam itu sendiri effisen. Kami bukan bodoh sehingga tidak tahu utk berjimat.
7. Tolong jangan mengiakan apa yg pembangkang perkatakan sekarang. bagi mereka, bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat mendahulukan.
Sekian sahaja pendapat 5 sen saya buat setakat ini.
pikir2kahlah.
pikir2kahlah.
* dari komen seorang sahabat di facebookb Najib Razak
JEBAT_BERANI : BAGI MANUSIA YANG PUNYA KEWARASAN FIKIRAN PASTINYA BOLEH MEMAHAMI APA YANG CUBA DISAMPAIKAN PENULIS SURAT INI..BELIAU BUKAN MERUNGUT KOSONG...RUNGUTAN BELIAU ITU SANGAT BERASAS...
MALAH HAMBA YAKIN RUNGUTAN SEBEGINI BUKAN SAHAJA DIDENGARI DIKALANGAN RAKYAT YANG MENYOKONG PEMBANGKANG..MALAH MEREKA YANG TEGAR MENYOKONG BE-END JUGA PASTI MERUNGUT DENGAN KENAIKAN HARGA PETROL INI WALAUPUN HANYA '5SEN'..
KITA SEMUA SEDAR AKAN KESAN KENAIKANN HARGA MINYAK INI WALAUPUN JUMLAH KENAIKAN HARGA INI DIANGGAP KECIL OLEH 'KEPIMPINAN 1MALAYSIA'....IANYA BUKAN SEKADAR MENPENGARUHI KENAIKAN KOS PENGANGKUTAN SEMATA-MATA..KENAIKAN HARGA PETROL SELALUNYA MEMBERI KESAN MENYELURUH KEPADA KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN....
KENAIKAN HARGA PETROL INI JELAS MENUNJUKKAN SIKAP KERAJAAN YANG TIDAK PEKA DENGAN BEBANAN YANG DITANGGUNG RAKYAT..MALAH IANYA JUGA MENYERLAHKAN SIKAP KERAJAAN 1MALAYSIA YANG TIDAK MENGUTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT..SLOGAN 'RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAN' NYATA HANYA 'OMONGAN' KOSONG...
APAKAH PENYOKONG-PENYOKONG BE-END MASIH LAGI MAHU MENYOKONG PIMPINAN 1MALAYSIA INI..APAKAH MEREKA MASIH MAHU MEMBIARKAN DIRI TERUS 'DIPERBODOHKAN' DAN 'DIPERALATKAN' OLEH PIMPINAN 1MALAYSIA???AYUH SEDARLAH DAN BANGKITLAH BANGSAKU...JANGAN SAMPAI KITA KEHILANGAN SEGALANYA....PERBETULKAN APA YANG PERLU SEBELUM TERLAMBAT.....
No comments:
Post a Comment