WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, September 25, 2010

MEREKA MEMANG BIADAP...TAPI BAGAIMANA PULA KITA??


LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.

Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.

Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.

Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.

Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.

Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.

Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.

Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.

Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi

JEBAT_BERANI : PERBUATAN BIADAP YANG DILAKUKAN OLEH BUKAN ISLAM INI TIDAK KITA HAIRANKAN..MEREKA SEMEMANGNYA ANTIKAN ISLAM TIDAK KIRA SAMADA KEJADIAN 11 SEPTEMBER ITU BERLAKU ATAU TIDAK..MEREKA SEMEMANGNYA SUDAH LAMA MEMUSUHI AKAN ISLAM DAN KEJADIAN 11 SEPTEMBER HANYA DIJADIKAN ALASAN MEREKA UNTUK MEMUSUHI DAN MEMERANGI ISLAM...

TAPI APA YANG LEBIH MENYEDIHKAN HAMBA IALAH APABILA UMAT ISLAM ITU SENDIRI BERSIKAP BIADAP TERHADAP ISLAM...UMUMNYA KITA DIMALAYSIA SERINGKALI DIDEDAHKAN DENGAN PERBUATAN SEGELINTIR ANAK REMAJA KITA YANG TERPENGARUH DENGAN KUMPULAN SKIN HEAD DAN BLACK METAL..ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBAKAR AL QURAN INI...

SELAIN INI ANTARA PERKARA YANG SANGAT MENYEDIHKAN APABILA ADA SEGELINTIR UMAT ISLAM ITU SENDIRI MERASAKAN BAHAWA HUKUM DAN PERATURAN YANG TERDAPAT DALAM AL QURAN TIDAK LAGI SESUAI DIAMALKAN DI DALAM NEGARA KITA..KENYATAAN MEREKA INI ADALAH LEBIH HINA DAN LEBIH BIADAP DARI PERBUATAN MEMBAKAR AL QURAN OLEH BUKAN ISLAM..INI KERANA SEBAGAI SEORANG ISLAM MEREKA TERGAMAK MENYATAKAN AJARAN YANG TERDAPAT DALAM AL QURAN TIDAK LAGI SESUAI UNTUK DIAMALKAN DI DALAM NEGARA KITA...

OLEH YANG DEMIKIAN JIKA KITA MAHUKAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM MENGHORMATI AKAN AL QURAN DAN ISLAM,MAKA KITA TERLEBIH DAHULU HARUSLAH MENGHORMATI AKAN AJARAN YANG TERKANDUNG DALAM AL QURAN INI...JIKA TIDAK SIA SIA SAHAJA KITA MENGHARAPKAN BUKAN ISLAM UNTUK MNEGHORMATI AKAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI INI...

2 comments:

  1. Semoga mereka ini diberi hidayah oleh Allah....
    "Ya Allah bukalah pintu hati mereka yang membakar Al-Quran ini agar mereka mengenali siapa dirimu yang sebenar Ya Allah."
    "Moga berlinang-linang airmata mereka Ya Allah mengenangkan kejahilan mereka membakar Al-Quran. Dengan Air mata itu Engkau padamkan dosa-dosa mereka Ya Allah." "Juga segala dosa-dosa tuanblog ini sekiranya ada, juga dosa hamba dan umat islam seluruh dunia Ya Allah."
    Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau Ya Allah."

    ReplyDelete
  2. semoga Allah memakbulkan doamu ya kekandaku dato panglima 7

    ReplyDelete