WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, September 25, 2010

KONVENSYEN KE-2 PR : KESEPAKATAN PR BIKIN UM-NO/BE-END TAK SENANG DUDUK



Pakatan Rakyat menegaskan sekali lagi misi bersama dengan mengemukakan tawaran-tawaran baharu kepada pengundi Malaysia dan mencabar takrif Umno dan Barisan Nasional terhadap prinsip-prinsip dasar negara.

Di konvensyen kedua Pakatan di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini, parti-parti gabungan itu bertemu dengan persediaan menghadapi pilihan raya sebagai agenda utama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan apa yang disebut sebagai rekod kejayaan kerajaan negeri pimpinan DAP itu membela semua bangsa sehingga kontraktor Melayu mendapat sebahagian besar kontrak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perparitan dan Saliran melalui tender terbuka di negeri itu.

Sambil mengalihkan tumpuan pada Umno, Lim menegaskan bahawa isu Melayu terpinggir hanya kempen Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula mendedahkan kegagalan-kegagalan pemerintah terutama dalam program-program ekonomi.

"Keseriusan kita memperjuangkan pelbagai isu di Parlimen, sebagai contoh isu pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST Act), isu kenaikan harga minyak, isu penyelewengan wang rakyat dan lain-lain isu membuktikan bahawa komitmen kita demi rakyat berada pada landasan yang betul.

"Akibatnya Umno-BN cemas dan lebih berwaspada. Mereka kini lebih berhati-hati dalam bertindak kerana tahu rakyat akan memilih pakatan yang membela mereka," tegas Wan Azizah.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan yang realistik menekankan sekali lagi agenda memulihkan negara daripada kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini.

Jelas Hadi, Pakatan telah bersepakat "mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau," tegas Hadi, menjawab tuduhan Umno yang mengaitkan Pakatan dengan penghakisan kedudukan istimewa Melayu.

Ketiga-tiga ucapan membawa tema konvensyen, "Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!" yang membayangkan prospek yang kelam bagi negara sekiranya BN terus memerintah melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pembentangan kertas kerja oleh wakil-wakil parti dalam sesi pertama sejurus selepas perasmian turut bertema "negara dalam krisis" secara langsung menawarkan Pakatan sebagai penyelesaian kepada krisis tersebut.

Pada masa sama, konvensyen turut mengedarkan buku kecil memperincikan dasar-dasar dipersetujui bersama oleh Pakatan, menyerupai manifesto pilihan raya bersama gabungan itu.

Perkara-perkara dikemukakan, berbentuk penerangan dan misi-misi yang ingin dicapai, mudah dibaca sebagai persembahan manifesto oleh Pakatan.

Masa dan suasana konvensyen, ketika Pakatan berdepan serangan berterusan media pemerintah dan pilihan raya umum dijangka tiba dalam masa beberapa bulan, memaksa Pakatan untuk benar-benar menunjukkan wajah bersatu dan bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan pusat.

Beberapa hari sebelum konvensyen, Pakatan menerima serangan terbaharu ekoran penggantungan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan protes yang diadakan di Parlimen.

Sebelum itu, muncul kumpulan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), menjadi sebahagian kuasa ketiga dalam politik negara.

Kemunculan kumpulan ini, dan kuasa ketiga yang rancak dibicarakan kebelakangan ini mewujudkan satu cabaran baharu kepada Pakatan, melibatkan persaingan dalam politik pilihan raya dan dalam medan ide-ide perubahan.

Respons Pakatan yang dapat diperhatikan dalam konvensyen ini tidak menunjukkan gabungan ini kehilangan fokus, walaupun retorik pada peringkat awal dan ceramah malam sebelumnya tertumpu pada serangan terhadap Umno.

Sesi-sesi perbincangan selepas perasmian memperlihatkan perincian yang lebih jelas, seperti usaha meningkatkan pendapatan isi rumah, menangani masalah peneroka Felda dan pelbagai isu lain melibatkan semua bidang.

Seperti yang disebut Presiden PAS dalam ucapan perasmiannya, Pakatan bergerak berdasarkan agenda-agenda yang dipersetujui bersama, untuk memulihkan negara yang berdepan krisis.

Berdasarkan pendekatan realistik dan harapan upaya menangani kempen negatif BN dengan lebih tersusun, Pakatan Rakyat boleh terus melihat masa depan yang cerah.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SEMAKIN KECUT PERUTLAH UM-NO/BE-END MELIHAT AKAN KESEPAKATAN PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT...SESUATU YANG MEREKA SENDIRI SUKAR UNTUK CAPAI DALAM BE-END...'KESEPAKATAN' YANG MEREKA LAUNGKAN DALAM BE-END HANYALAH 'SANDIWARA' MEREKA BAGI MENYELAMATKAN SAKI BAKI NYAWA YANG MASIH ADA UNTUK MEREKA PERTAHANKAN...HAKIKATNYA KITA DAPAT MELIHAT 'KECELARUAN' BAIK KATA DALAM UM-NO ITU SENDIRI MAHUPUN DALAM BE-END KHUSUSNYA....

HAKIKATNYA SEKARANG INI MASYARAKAT MELAYU,CINA DAN INDIA SERTA LAIN-LAIN BANGSA SUDAH MULA MENOLAK PERJUANGAN BERASASKAN PERKAUMAN YANG DIPERJUANGANKAN DALAM UM-NO.MCA DAN MIC...SLOGAN 'KETUANAN MELAYU' JUGA TURUT DITOLAK OLEH KEBANYAKKAN MASYARAKAT MELAYU KERANA MEREKA SEDAR BAHAWA IANYA HANYALAH MUSLIHAT UM-NO UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN KAUM MELAYU...

DALAM MASA YANG SAMA UM-NO/BE-END LANTANG MELAUNGKAN SLOGAN 1MALAYSIA..TIDAKKAH INI MENIMBULKAN KECELARUANG...YANG MANA SATU SEBENARNYA MEREKA MAHU PERJUANGKAN..."KETUANAN MELAYU" ATAU HAK SAMA RATA SELURUH RAKYAT MELALUI SLOGAN 1MALAYSIA???!!!NYATA SEKALI MEREKA TERPERANGKAP DENGAN PERCATURAN YANG MEREKA SENDIRI LAKUKAN...KINI TIBA MASANYA UNTUK RAKYAT MENILAI SENDIRI..APAKAH MASIH MAHU 'DIPERBODOHKAN' OLEH UM-NO/BE-END???TEPUK DADA TANYA DOMPET MU..hehehehe

No comments:

Post a Comment